oh! duit raya :-)



14.8.2012

tahun ni duit raya dengan duit design baru :-)

raya kali ni dapat bonus so kena la spare duit raya kan. tq to kak izan sebab tukar duit raya untuk kami satu opis. so ai tak payah la bersusah payah nak beratur kat bank. sampul raya pun dah ada kan. senang.

mak kata duit raya ni macam kita bersedekah. kita share apa yang kita ada dengan orang. yup, apa pun ikut la kemampuan. jangan la paksa diri.

part yang ai suka masa bagi duit raya kat budak2 ni muka happy diaorang. so true, ada gak budak2 yang merungut bila dapat seringgit. haha. nak wat camne, budak2 pun dah tau nilai seringgit tu bukan banyak mana lain lah masa zaman kanak2 ai. hehe :-) pastu ai suka gak tengok waktu diaorang beratur dengan mula excited. comel kan?

hmm, apapun duit raya hanya perencah yang membuatkan raya lebih ceria, kan? yang lebih penting penghayatan sebenar hari raya :-)

Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.