juadah 1 syawal, 1433



19.8.2012

ngantuk! kena bangun awal pagi. liat sebab dah la tido lambat @3am pastu lenguh lak kaki&bahu dibuatnya! ni semua gara2 juadah hari raya. aisey

cerita pasal juadah hari raya, kat rumah ni memang meriah. part ni bapa ai memang the best hospitality dia. kena plak dapat bonus, lagi meriah dibuatnya. apa juadah raya ai ye agaknya?

nasi impit

ni menu wajib la. hampir 60 ketulan kecil dan 20 ketulan sederhana telah direbus malam raya. raya 1, dah separuh sold out.

kari kambing kaw

menu baru. tak penah2 masak kari kambing time raya. serbuk kari pun special mix. mom pun 1st time masak dish ni. so, bila tak sure part rasa,  bapa la kena jadi juri. setelah dikomen berulang2 kali, baru lah taste approved. mom memang masterchef!

rendang kerang kering

dish baru raya kali ni. tahun ni bapa beli 8kg kerang dan tugas ai kopek kerang dengan help of my bro. ceh, lenguh n stress dibuagnya. okey, selalunya raya kerang masak kari, tapi oleh kerana dah ada kari kambing kaw, maka cari la resepi baru. bila mom tanya nak masak pe kerang ni? automatik ai teringat dish atuk rendang kering lala. tapi dah lama ai pun tak boleh nak recall rasa. tapi bila mom dah siap masak, terus teringat taste tu. memang kena, resepi turun temurun kot. hilang stress kopek kerang!

rendang ayam pencen

dish wajib setiap tahun. signature dish 1. bapa beli ayam pencen 4 ekor, tugas ai kena remove offal n bersihkan & mom masak.

rendang serai ayam daging

signature dish 2 n no. 1 fav dish ai. bapa beli ayam daging 7 ekor, tugas ai kena remove offal n bersihkan & mom masak. nyum!

kuah kacang

menu wajib tahun demi tahun

kuah lodeh

menu wajib setiap tahun n menu tak pedas untuk lil auni. mixture of vege n taste yummy.

overall ada 6 dish raya tahun ni. semua masak malam raya! nasib baik dah buat prep awal2 kalau tak lagi pengsan :-/

so, what's yours juadah raya?

Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.