random pic #11: malaysia ku Merdeka!



31.8.2012

Alhamdulillah, semoga kita sentiasa bersatu hati, menjaga keamanan dan cintakan negara kita :-)

Love ;-)

Posted via Huawei Ideos S7

MERDEKA!



30.8.2012

Alhamdulillah, 55 tahun MALAYSIA MERDEKA! semoga negara ini akan aman, makmur, kaya n berjaya. AMIN :-)

Posted via Huawei Ideos S7

sharing is caring #1: ada jerawat?

something worth to share, tapi tak tau la ada kebenaran atau tak? ai copy paste daripada facebook Eat4Health


Acne problem? What are they trying to tell you?

1 & 2: Digestive System — Eat less processed or junk food, reduce the amount of fat in your diet, step up water intake and opt for cooling things like cucumbers.

3: Liver — Cut out the alcohol, greasy food and dairy. This is the zone where food allergies also show up first, so take a look at your ingredients. Besides all this, do 30 minutes of light exercise every day and get adequate sleep so your liver can rest.

4 & 5: Kidneys — Anything around the eyes (including dark circles) point to dehydration. Drink up!

6: Heart — Check your blood pressure and Vitamin B levels. Decrease the intake of spicy or pungent food, cut down on meat and get more fresh air. Besides this, look into ways to lower cholesterol, like replacing “bad fats” with “good fats” such as Omegas 3 and 6 found in nuts, avocados, fish and flax seed. Also, since this area is chock-full of dilated pores, check that your makeup is not past its expiry date or is skin-clogging.

7 & 8: Kidneys — Again, drink up! And cut down on aerated drinks, coffee and alcohol as these will cause further dehydration.

Zone 9 & 10: Respiratory system — Do you smoke? Have allergies? This is your problem area for both. If neither of these is the issue, don’t let your body overheat, eat more cooling foods, cut down on sugar and get more fresh air. Also keep the body more alkaline by avoiding foods that make the body acidic (meat, dairy, alcohol, caffeine, sugar) and adding more alkalizing foods like green veggies and wheatgrass juice. Another thing that most of forget – dirty cell phones and pillow cases are two of the top acne culprits and this area is what they affect the most!

Zone 11 & 12: Hormones — This is the signature zone for stress and hormonal changes. And while both are sometimes unavoidable, you can decrease their effect by getting adequate sleep, drinking enough water, eating leafy veggies and keeping skin scrupulously clean. Another interesting point: breakouts in this area indicate when you are ovulating (and on which side).

Zone 13: Stomach — Step up the fibre intake, reduce the toxin overload and drink herbal teas to help with digestion.

14: Illness — Zits here can be a sign that your body is fighting bacteria to avoid illness. Give it a break, take a yoga class, take a nap, take time to breathe deeply, drink plenty of water and know that everything always works out!

Tika Bidadari Berbisik – pesanan buat Seorang Suri dan Miss Single

 

masa ai tengah baca intipati site sinar harian ni, jumpa satu review buku yang agak menarik. worth to share :-) insya'Allah
 
review buku ini ai copy paste dari site sinar harian.com.

"Apa khabar wahai bidadari milik ALLAH S.W.T? Saya juga hanyalah insan seperti kalian. Seorang perempuan yang dilahirkan tanpa keistimewaan, hanya manusia biasa. Namun takdir yang dijalani tidak serupa seperti kalian. Manusia ini ditakdirkan dengan corak hidup yang berbezabeza. Meskipun pepohonan akar kita berbeza, insya-ALLAH di hujung ranting akan bertemu satu jalan yang sama.

Kalian,


Saya tidak bertuah seperti kalian yang dikurniakan ILAHI seorang suami dan permata-permata soleh dan solehah sebagai pewaris agama dan keturunan. Sangat cemburu rasa di hati melihat hadiah ALLAH S.W.T kepada kalian. Namun akhirnya saya meyakini kebahagiaan kalian di dunia ini adalah berbentuk demikian dan kebahagiaan yang saya terima adalah dengan cara yang berbeza.


Saya beranggapan positif bahawa TUHAN belum lagi mengurniakan kebahagiaan mungkin kerana DIA terlalu menyayangi dan sedang memelihara saya. Mungkin pada suatu masa yang sesuai akan menyerahkan saya kepada lelaki yang terbaik mengikut pandangan-NYA. Jika tidak dikurniakan di dunia, mungkin telah disimpan seseorang untuk saya di syurga kelak. Nantikan sahaja kepulangan saya di sisi ALLAH S.W.T. Saya pasti akan merona-rona cinta pemberian-NYA  kelak. Alhamdulillah….doa saya semoga kalian menghargai pemberian TUHAN dan bagi yang seperti saya dapat mensyukuri apa yang dianugerahkan.


Kalian,


Janganlah memandang serong perempuan seperti kami yakni yang tidak punya teman berkongsi duka di sisa kehidupan ini. Setiap manusia dilahirkan berbeza sifat, niat dan perbuatan. Kami pasti pernah berasa kesunyian dan kesepian. Tentu sekali adakalanya menitis setitis dua air mata melihat kebahagiaan kalian.Pernah menerjah di hati, kenapa kami tidak bisa memilikinya? Namun sebibit iman telah menguatkan kami dan mendidik kami untuk mengenal maksud redha, tawakal dan “La tahzan” yakni jangan bersedih.


Walaupun kita dilahirkan atas nama perempuan, tetapi ALLAH S.W.T telah mencipta kita dengan berbeza-beza sifat dan berbeza niat. Ada perempuan yang sangat mencintai dunia dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai niat. Ada perempuan yang sekadar ingin menumpang kasih dan berkongsi tempat mengadu di akhir sisa kehidupan. Mungkin ada sebahagian perempuan yang tidak sanggup melihat perempuan lain dilukai malah mungkin juga ada perempuan yang memilih untuk hidup dan matinya kerana ALLAH S.W.T dan mencintai Rasulullah s.a.w. Inilah kehidupan! Aneka interpretasi dan pelbagai corak lakaran kehidupan. Jadi di manakan letaknya diri kita?


Menjadi isteri kepada seorang suami adalah impian setiap wanita. Apatah lagi, jika dianugerahi kebahagiaan dan kesetiaan yang berpanjangan. Namun bukan semua wanita memilikinya. Bersabarlah. Ajarlah hati dengan kesabaran dan sentiasa redha dengan pemberian ILAHI. Insya-ALLAH hati akan tenang, setenang air di kali...


Hidup di dunia yang serba mencabar ini sangat menakutkan bagi hati yang tidak kuat. Ada dalam kalangan kita sering berjumpa dengan orang yang salah. Apakah yang dimaksudkan dengan orang salah? Iaitu orang yang tidak sesuai dan tidak menepati cita rasa malahan mungkin juga mereka yang mempunyai niat serong. Inilah kelemahan manusia, tidak mampu menilai hati seseorang; baik atau sebaliknya. Juga tidak mampu menapis dan memeriksa niat mereka. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya,maka kepada-NYAlah yang seharusnya menjadi tempat bergantung. Kepada-NYA jualah kita bertanya, kepada-NYAlah kita menanti jawapannya. Dalam lembut, ALLAH S.W.T akan menjawab soalan kita. Yakinlah..


Menyakiti hati wanita lain bukanlah suatu perkara yang harus dibanggakan. Merampas tanpa rela dan merosakkan hubungan wanita lain hanya untuk kepentingan kebahagiaan diri sendiri juga bukan sesuatu yang harus dibanggakan. Bahagiakah apabila tidak mendapat kemaafan daripada mereka yang kita sakiti? Mampukah dibayar kembali penderitaan yang dihadiahkan kepada kita? Mampukah menakung kembali air mata yang tumpah kerana kita? Sulitkah hidup jika kita ditakdirkan bersendiri di muka bumi ini?


Kini baru saya sedari ada sesuatu yang harus saya cintai dan kini saya ketahui curahan cinta ini untuk siapa. Setelah penuh liku yang dilalui yang menjanjikan kepalsuan, saya sedari bahawa indahnya mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Mengenali baginda s.a.w dan perjuangannya melalui naskhah hakiki, telah menerbitkan cinta saya kepada junjungan besar itu. Betapa saya amat merindui baginda sehingga tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.


Adakalanya, saya berasa sangat rindu kepada baginda dan alangkah indahnya jika baginda s.a.w masih ada bersama. Saya pasti ingin berusaha berada hampir di sisi baginda s.a.w. Melihat senyumannya melalui kejauhan juga tidak kira nyata atau mimpi, pasti akan menenggelamkan saya dalam lautan kebahagiaan dan menghapuskan parut dan luka di hati.


Mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah s.a.w adalah perasaan terhebat yang harus kita cari. Menggali cinta ini di sisa kehidupan adalah jauh membuahkan kebahagiaan dari terus mendamba cinta si Adam yang entahkan suci entahkan tidak. Indahnya akhlak Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dan saya sering berasa bertuahnya Sayidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah dan isterinya yang lain kerana dapat mendekati baginda s.a.w.


Memikirkan mencari pasangan yang berakhlak seperti Rasulullah s.a.w ternyata sangat sukar pada zaman yang sangat pantas ini. Malah mungkin sudah pupus di muka bumi ini. Cukuplah pada saya andai seseorang lelaki mementingkan tiga perkara di dalam hidupnya iaitu solat, puasa dan zakat seperti termaktub di dalam al-Quran. Insya-ALLAH, saya percaya sekiranya lelaki di dunia ini mengambil berat akan tiga perkara ini, maka dia mempunyai asas yang agak kukuh dan boleh ditajamkan sebagai khalifah besar atau khalifah kecil. Akan saya ingat sampai bila-bila hadis Rasulullah s.a.w di bawah ini sebagai kekuatan diri.


Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Demi zat ALLAH yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-NYA, tidaklah seseorang daripada anda semua itu sempurna keimanannya, sehingga saya lebih disukai yakni lebih dicintai untuknya daripada ayahnya sendiri dan anaknya.”


Pesanan Buat Miss Single


Wahai si manis,


Walaupun kita berbeza; dikau melayari sendiri bahteramu penuh kepayahan dan pelayaranku dikemudi oleh nakhoda gagah perkasa, namun kita menuju destinasi yang sama, negeri yang abadi. Kelak kita bukan kita lagi wanita dunia yang penuh noda, sarat dosa. Di dunia abadi itu nanti, kita akan disarungkan pakaian sutera hijau, penuh kelembutan, penuh kemewahan yang tidak terlihat dek mata dan tidak terlintas difi kiran. Tiadakah keinginan di hatimu, wahai si manis untuk berdampingan dengan puteri Rasulullah s.a.w, Sayidatina Fatimah r.a? Beliaulah yang akan mengetuai kita semua, para bidadari syurga!


Masih ingatkah pesanan terdahulu yang meminta kalian bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang? ALLAH tidak pernah dan tidak akan menjadikan sesuatu takdir itu dengan sia-sia. Cuma penerimaan kita terhadap takdir-NYA itulah yang berbeza atas sebab-sebab yang hanya DIA sahaja yang Maha Memahami. Ia begitu sukar diluahkan.


Mungkin ada yang tidak dapat menerima alasan yang diberi. Lantas kita dikeji. Dikritik. Lalu, hanya kepada-NYA kita memohon kekuatan untuk terus bertahan, agar tidak terus tersungkur dalam kekecewaan. Agar kekecewaan yang dialami tidak tersasar dalam lingkungan redha ALLAH. Berat. Kami (isteri) dimiliki kerana ALLAH ingin menguji kami. Kalian bersendiri juga atas landasan yang sama. Kita semua diuji-NYA. Kami akui keluhan kalian. Memiliki suami adalah impian setiap wanita. Itulah naluri yang dicipta sejak azali.
Kami mendambakan seorang suami persis Nabi Muhammad s.a.w, walau iman kami sendiri tidaklah sekukuh mereka. Kami sedar kekurangan itu. Kami berharap suami dapat membimbing ke jalan yang lebih diredhai. Bukan ketampanan yang dicari. Duit juga bukan penentu kebahagiaan. Nama dan kedudukan juga tidak menjamin kerukunan rumah tangga.

Iman, takwa dan amal soleh menjadi impian. Kesetiaan amat diharapkan. Sikap jujur kunci kedamaian. Namun, ALLAH Maha Merancang. Tidak semua impian dipenuhi. Banyak halangan menuju cinta abadi, cinta ILAHI. Suami itu hanya ‘alat’ untuk mencari cinta hakiki tersebut. Namun, sebagai manusia biasa yang lemah, kami sering menyalahgunakan ‘alat’ itu.


Kami menyayangi suami kerana cinta dan nafsu. Sering tidak terjumpakan ALLAH dalam proses menyayangi itu. Apa yang kami lakukan sering kerana suami, niat kami tersasar. Lantas, apabila diuji, kami mengeluh kecewa yang amat mendalam. Luka kami sangat parah. Andai dari awal lagi kami meletakkan ALLAH mengatasi semua yang ada, tentu ujian yang diberi kami iringi dengan ucapan “Hanya daripada ALLAH kami datang dan kepada- NYA jualah kami kembali.”


Kami pasti memahami bahawa suami itu hanya pinjaman dan bukan milik kami secara mutlak. Namun, selalunya kami terlewat. Kami terlalu bergantung harap kepada suami dan bukan kepada-NYA. Itulah hakikat pahit yang dihadapi. Perasaan sayang kepada suami mengatasi cinta kami pada ALLAH.


Apabila kecewa terhadap suami, kami lupa jasa-jasa mereka. Kami ungkit segalanya. Maka kami telah mendustakan nikmat bersuami yang telah ALLAH anugerahkan. Sungguh sulit untuk menyusun kata-kata ini. Antara kelemahan kami sebagai isteri dan rasa kehambaan kami terhadap-NYA.


Kami sedar, kami harus mengagungkan ALLAH, namun sifat kewanitaan ini sangat sukar dibendung. Kami kalah, wahai bidadari bersendiri. Maka, dengan keadaan kalian yang bersendiri, tanpa suami, sebenarnya lebih mudah bagi kalian mencintai ALLAH sepenuh jiwa kalian. Mungkin kalian akan berkata, ah, mudahnya kesimpulan kami. Kalian juga mungkin akan terus berkata, kami tidak merasakan apa yang kalian tanggung.

Benar, wahai bidadari bersendiri, kami mungkin tidak memahami sepenuhnya gelodak jiwa kalian, namun apabila difikirkan dengan ujian-ujian hebat daripada-NYA, terfikir juga kami untuk kembali bersendiri. Itulah pilihan sebahagian kami. Tewas dengan ujian kehidupan berumah tangga. Hilang ketabahan dan kesabaran. Timbul pula kesedihan dan kekesalan yang berpanjangan.


Hidup ini sayang, penuh ujian. Kalian diuji bersendirian, kami diuji berteman. Ujian kita tiada persamaan namun pengakhirannya itulah yang akan dinilai TUHAN. Ingatkah kalian peringatan-NYA, tiada teruji iman seseorang andai belum diduga. Jangan dikata dikau beriman, andai ditewas perasaan, dihina keyakinan, disisih ketakwaan (Al-Ankabut: 2). Wanita beriman apabila diuji, akan kembalikan hati dan keyakinan kepada Pemberi ujian. Ketika itu dia akan berserah penuh pergantungan dan tentu berhikmah ujian yang datang. Jika tidak di dunia sini, pasti dunia sana menanti penuh simpati, penuh janji.


Suami anugerah TUHAN. Wanita pula perlu berteman. Pingin layanan. Damba kehangatan. Kami memperolehinya, sayang. Nikmat dunia telah ALLAH anugerahkan kepada kami. Hijab rindu kami disingkap tangan sasa mereka yang bernama suami. Sunyi hati kami diriuhi dengan nyanyian cinta lelaki.


Dingin malam kami dihangatkan dengan dakapan mereka. Buruk rajuk kami dipujuk, panjang muncung kami tahan disinggung, leteran dan bebelan kami disimpan di hati. Maka nikmat TUHAN manakah yang perlu dustakan lagi..? Namun, cerita yang indah itu, tidaklah selalu indah. Ada khabar buruk daripada Rasulullah s.a.w. Dengarnya, kamilah golongan yang berpotensi memenuhi neraka itu kerana untuk pengetahuan kalian, wanita memang mudah mengeluh dan melupakan kebaikan suami (nauzubillah). Mulut ini mudah benar meluahkan ketidakpuasan hati kepada rakan dan keluarga. Kami tidak sabar dengan ujian kerenah suami, maka kami selalu kalah. Kami mengaku bukanlah mudah menjadi isteri solehah. Hati kena selalu tabah, jiwa tenang perlu dikerah. Harus selalu lapangkan dada, menerima suami seadanya dia. Realiti masyarakat Melayu kita, suami dijaga penuh setia.


Memang naluri kita pula, jujur berkhidmat kerana cinta. Namun kami terlupa, khidmat sepatutnya diberi bukanlah kerana cinta semata tetapi yang utama, kerana mencari redha Maha Pencipta.


Di situlah kesilapan bermula, maka apabila kecewa, ujian melanda kami berputus asa. Mengungkit apa yang telah diberikan, mengharamkan apa telah kami halalkan dan meminta kembali apa yang telah diberi. Suami kami juga insan biasa. Suami kami tidak hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka dengan itulah iman mereka begitu goyah.


Kami terima mereka seadanya kerana cinta. Kekurangan mereka kami tampungi. Kelemahan mereka kami tonggaki. Kecacatan mereka kami tutupi. Aib mereka kami sembunyi. Kami juga berharap yang sama daripada mereka. Kami juga tidak sesolehah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Namun kami dan suami saling lengkap-melengkapi.


Sabar itu wajib. Tabah itu harus. Ada masa suami kami diduga. Dugaan mereka adalah seputar kesetiaan sebagai suami. Mereka selalu kalah kepada wanita seperti kalian. Bertepuk sebelah tangan tentu tiada bunyinya. Tetapi kalian bertepuk tangan bersama-sama suami kami, yang kami harap setia selamanya. Namun, inilah yang dikatakan ujian dunia. Bagi yang tiada kekuatan, perpisahan - lah penyudahnya. Bahtera yang dilayari bersama musnah karam. Bukan mudah bagi kami untuk menerima kalian. Bukan mudah... Andai bersisa iman di dada, mungkin kami mampu bertahan. Namun, kekuatan untuk kekal dalam bahtera yang dilanda badai, datang daripada Yang Maha Menguji.
 
Benar kata sebahagian kita, kalau kuasa cerai di tangan kami, tentu telah habis talak kami lafazkan. ALLAH Maha Bijaksana, DIA tidak melepaskan kuasa itu di tangan kami bahkan menyerahkannya kepada para suami. Suami yang bijaksana akan memendam dalam-dalam, kejap-kejap dan kemas-kemas serta menelan bulat-bulat segala bebelan dan cacian kami. Kami beruntung jika dianugerahkan suami sedemikian.

Kami mengaku kelemahan sendiri. Kami mudah mengalah pada emosi. Suami yang pendek akal akan mengalah juga, mengalah dengan keegoan mereka. Lantas, kami ditinggal dan dicampak begitu sahaja lalu diceraikan melalui pesanan ringkas. Mohon dijauhkan ALLAH. Kami doakan kalian tidak mendapat jodoh begitu. Kami doakan kalian akan menjadi suri kepada lelaki yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Mudah-mudahan...


Namun, kami ingin bertanya, adakah kalian sanggup hidup bertemankan lelaki hidung belang? Kaki judi? Hantu nombor ekor? Buaya darat? Si Panas baran? Andai ‘terperangkap’ dengan suami begitu, kami berusaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan kerana kasih kami bertahan.


Dek cinta, kami setia. Namun, jika masih hampa setelah berusaha, kami sanggup menebalkan muka ke muka pengadilan, memohon bantuan. Maka, berhati-hatilah sayang, jangan diturut nafsu di kalbu, badan merana, jiwa sengsara, hidup derita. Kalian masih boleh bahagia walau tidak bertemankan suami.


Itu kisah tentang suami. Belum lagi bercerita tentang permata-permata hati. Benar, setelah menjadi isteri, kami kepinginkan cahaya mata. Anak juga anugerah ALLAH namun tidak semua dianugerahkan apa yang kami ingini. Dengan izin-NYA, setelah sembilan bulan berlalu, lahirlah permata yang dijaga di dalam rahim sebaik mungkin.


Namun, bagi yang rahimnya tidak diizinkan ALLAH untuk mengandungkan zuriat, terpaksalah redha dengan ketentuan itu. Ramai yang mencuba pelbagai cara, moden atau tradisional hingga sanggup berhabis ribuan ringgit. Namun akhirnya mereka sedar bahawa dugaan ALLAH begitu mahal. Itulah ketentuan-NYA yang tidak boleh dipertikaikan.


Amanah membesarkan dan mendidik anak adalah satu tugas berat. Sungguh, ia bukan kerja santai. Sedari dalam kandungan lagi, anak perlu dibelai. Sesudah lahirnya, tugas menjaga anak kecil menjadi lebih rumit. Mungkin kalian geram melihat pipi gebu anak kami. Mulus kulitnya. Hening matanya.


Hakikatnya, apabila anak kecil ini demam atau jatuh sakit, kamilah yang bersengkang mata sepanjang malam. Naluri keibuan yang kuat hanya meminta suami memandang kami penuh ihsan. Itu sahaja. Kami tidak menuntut mereka berjaga malam, bersengkang mata. Naluri ibu sejati. Tidak akan kami ungkit selamanya.


Anak yang bersekolah berbeza pula ceritanya. Sekolah rendah dengan cerita penuh suci. Sekolah menengah dengan cerita penuh teka-teki. Kamilah yang mendengarnya. Walau penat dan sesekali suara diangkat tinggi, tangan ringan hinggap di sana-sini, namun akhirnya kami kesali dan ringankan sesalan dengan menganggap kami sedang mendidik anak agar menjadi seorang manusia.


Apabila mereka meningkat dewasa, kudrat kami pula lelah merangkak usia tua. Impian kami berubah tetapi kekal kepada inginkan mereka terus menjadi manusia yang cinta ALLAH, kasihkan Rasulullah. Moga dalam keredhaan ALLAH.


Begitulah serba ringkas ujian kami, bidadari yang dimiliki. Wahai si manis, kami ulangi sekali lagi, ujian di dunia ini hanya untuk menentukan siapakah kita di akhirat nanti. Jika kalian tabah dan redha dengan ujian bersendiri di dunia sini, percayalah di dunia sana kalian tentu akan dimiliki oleh suami yang menjadi impian sebegitu lama.


Maka, janganlah bersedih dan berputus asa. Berbahagialah dengan kasih sayang ALLAH dan cinta rindu Rasulullah. Itu sudah mencukupi."


macam mana tersentuh tak? hehe. so jangan lupa dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran atau buat pesanan secara pos.  Sila bank in bayaran (menurut harga buku)  ke akaun Karangkraf Mall Sdn Bhd. (Maybank - 0142 7120 4204). Tambah RM7 senaskhah bagi kos pos. Kemudian, fakskan slip bank (nyatakan nama, judul buku, alamat & no.tel) ke 03-5101 7483. Sebarang pertanyaan mengenai langganan sila hubungi  03 51017480/7481 /7478 HP: 019-3310102 atau
http://mall.karangkraf.com

random pic #10: pentipu. choii



27.8.2012

wonder. kenapa orang yang dah tak available ada hati lagi nak test market? choii sangat k :-p

pic: teringin nak makan mee claypot tapi mana nak cari? so guna daya imaginasi cipta megi kelepot. haha :-p

Posted via Huawei Ideos S7

novel mode, jiwa-jiwa



26.8.2012

weekend ni memang takde agenda, sepi je. nak wat camne kan. huhu. so, dah puas bergolek kiri kanan akhirnya ai rajinkan diri nak baca novel. masih ingat 10 buah novel ai beli kat pbakl yang lalu? ye, satu dah baca ada lagi sembilan belum baca. hehe :-)

so kali ni nak baca novel damya hanna, one of novelis yang ai suka. tajuk novel ingin berkasih lagi. wah propa sangat kan tajuk. hmm, jiwa-jiwa pulak kan?

tapi progress bacaan memang merosot la. dulu 1 novel sehari pun boleh habis ni macam siput ai baca. faktor usia kot. haha.

okay, ai nak teruskan pembacaan. chow :-)

Posted via Huawei Ideos S7

emosi yang terbawa-bawa



25.8.2012

baru usai tonton cerekarama, di bawah langitmu. telan air liur dibuatnya. seram pun ada, menyesal pulak tak layan lawak ke der tadi.

cite ni pasal hal2 kekeluargaan, hal rumah tangga. tapi fokus pasal sikap panas baran dan cinta terlampau. hish, realiti ke citer ni? tapi seram gak la uols. mana taknya ada kes dera2 n bunuh2 bagai. walaupun rekaan, tapi tak mustahilkan?

panas baran ni biasa la tapi panas baran dengan deraan ni memang melampau. lagi2 kalau yang kena dera tu kaum wanita n kanak2. tak patut, okay! emosi gak la dibuatnya tengok citer ni, trauma pun ada. kalau cinta pun tak yah la terlampau kan. ada ke, dah dera2 kata sayang sebab tu dera, lol.

moral of the story, kalau da tau orang tu panas baran tak yah la nak cari pasal, nak kawin? fikir2 la takut jadi mangsa dera plak kan? huhu~

Posted via Huawei Ideos S7

7 syawal, rehat day. yeah!



25.8.2012

weekend ni mesti ramai orang sibuk beraya. menghabiskan sisa2 cuti raya kan? untung la kalau sambung sampai cuti merdeka. ni yang buat tak sabar ai nak cuti penghujung syawal nanti.

hari ni sepatutnya ada plan beraya ngan emel n anis. tup2 cancel plak sebab emel ada hal. so, dok umah je la eh. boleh kemas2 apa yang patut paling tidak boleh berbaring2 depan tv. hehe :-)

lunch hari ni simple je, spaghetti sardin. tu pun stok sedia ada kat umah. hehe ;-p uols da lunch ke?

Posted via Huawei Ideos S7

oh, hutang ptptn ku :-p



24.8.2012

kesedaran dan insaf bila tengok baki berkurang ptptn. makin bayar makin banyak plak rasanya. huhu. aisey, bila lah nak tamat derita ni. choii.

hmm, ai browse info pasal ptptn n jumpa satu method untuk langsaikan hutang ptptn. ai tak pernah tau pun ada method ni, pengeluaran kwsp. haish, duit kwsp bayar hutang ptptn. tak rugi ke?

ai gather info2 n cari dokumen yang perlu. semuanya ada kat website ptptn n kwsp. sempat gak ai fax to ptptn tanya baki hutang. who knows terbuka hati nak bayar lum sum hutang ptptn. boleh proceed je kan?

nanti kalau ada progress ai akan update. seram betul fikir hutang ptptn ni.

huhu:-)

Posted via Huawei Ideos S7

pixajoy photobook voucher



24.8.2012

as a mak long kepochi, ai hav thought to create a photobook-1 year journey of lil auni. motif? kenangan. haha :-) so ai browse a lot pasal photobook n terkejut ngan price. hmm.

oh, I'm so lucky bila across this living social site n ada deal for photobook with pixajoy! offer adalah for cheap n chic softcover photobook, 40 pages for rm39 (harga sepatutnya rm75).

so sebelum beli usha dulu pixajoy site. oh, rupanya kita kena create our own photobook guna software pixajoy n diaorang akan print n hantar kepada kita. sounds cool huh? this site is inspiring n ai tak sabar2 nak start my own photobook.

okay, time to order voucher @ living social. mula2 kena register n choose deal n bayar. so I'm done! beli 2 voucher untuk 2 project, one for 1 year journey of lil auni n another one untuk water rafting/others. rasa cam nak beli je lagi tapi budget lari plak. huhu :-)

oleh kerana voucher will expire on 19/1/2013 takde sebab ai nak menggelabah cari material. buat dengan tenang, hasilnya pasti gempak kan??

so kalau korang nak jangan malu2 cepat2 pergi kat living social (mobile ver)klik untuk order voucher n  pixajoy website :-)

okay. hav fun :-)

Posted via Huawei Ideos S7

opis sunyi ke der



24.8.2012

yahoo! it's jumaat!! ini hari terakhir ai tercongok sorang2 dalam kubikel. nasib baik ada gak 3-4 kerat orang kat wing ni kalau tak kirim salam la uols.

opis sunyi. kadang2 rasa cam takde orang langsung! tapi walaupun beberapa kerat orang yang ada tetap boleh rasa menyampah. huhu. ada ke makcik tu main minit je soh cari itu ini. nasib lah soh orang rajin cam ai ni kan, memang makan tahun la.

oh, dalam keadaan sunyi dan boring tu siap jugak la keja yang tertangguh. syukran. tapi nak mengekalkan momentum tu memang lemau la uols. nak tunggu time balik lagi seksa jiwa raga :-p

hari ni kak izan datang tempat ai, as usual ada la modal citer dia. tapi kali ni memang ai terfokus sat la. maklumlah citer pasal duit. haha. dasar mata duitan kan. tapi kak izan tunjuk duit lama, duit rm1 n rm5. yang koleksi ni ai tak penah tengok lagi, kak izan kata duit time dia kecik2. huhu

agak2 berapa value duit ni? dah tahap masuk muzium :-)

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #9: the journey to home at town



22.8.2012

on public ride :-)

syukran, I'm safely arrived (©v©)

Posted via Huawei Ideos S7

dua tahun yang pergi, sisi gelap

23.8.2012


dua tahun

belum cukup untuk tune dan adapt dengan cara dan persekitaran. 
belum cukup untuk train jadi "yes" style
belum cukup untuk train jadi "bukan semulajadi"

dua tahun
tanpa ada apa2 yang perlu dibanggakan
tanpa ada apa2 yang perlu disorakkan

dua tahun
sudah cukup kah untuk menilai?
keserasian dan ketidak serasian?

dua tahun
cari sisi positif 
setelah lemas dalam sisi negatif

titik ini
jadi diri sendiri
tanpa prejudis
tanpa hipokrit
biar benci, biar caci

yang lama
yang kolot
yang bosan
yang yang yang

akan hilang
nanti

happy-2!

soalan cepu cemas



22.8.2012

raya oh raya. bila raya hati kena tabah, cool, ceria dll. kalau tak memang hot. haha :-8 bila ramai mengunjung banyak juga soalan mencemaskan. tapi bukan 1st time kan, ada ai kesah.

antara soalan yang popular adalah seperti berikut:

"gemuk nya ko ni, makan apa sampai macam ni?"

"bila lagi nak hantar jemputan ni?"

dalam hati kata menyibuk betul la. tapi raya ni, err. sabar je la weh, jawab je ngan senyuman :-)

Posted via Huawei Ideos S7

oh, syawal 1433. hehe :-)



22.8.2012

syawal datang dan pergi. tahun ni seronok raya sebab lil auni ada kat umah. gamat dibuatnya melayan budak kecik baru dapat kaki n so kepochi ni. hehe :-)

bercerita tentang raya, family ai time awal2 raya memang tak ke mana. tunggu orang n sedara mara datang beraya. yup, raya 1 sampai raya 3, berpusu2 orang datang, ada gak yang berkampung kat umah ni.

lagi, bila raya ni letih dibuatnya. kena prep masak, basuh pinggan, sapu, mop, kutip sampah dll. aisey, lenguh! banyak2 task, basuh pinggan mangkuk, periuk belanga ni memang mendatangkan stress. mana tak nya, berpusu2 orang datang, berpusu2 juga pinggan mangkuk kena basuh. penat sey.

bila orang datang ni hati kena cool. al maklumlah banyak soalan cepu cemas. safe side jadi bibik kat dapur. haha.

tahun ni ramai new family member. the family grow bigger la la ni! duit raya pun tak cukup. tu tak kira lagi kalau bayi2 buat koir lagu tangisan hari syawal. memang tahan telinga, sabar. budak2 lari sana sini, wonder adakah ai begitu semasa kecik? keke :-p

gosip raya memang macam2. pelik pun ada. pening gak memikirkan masalah2 camni. adoi2.

tahun ni tak amik lagi pic family macam org2 lain dok tayang kat fb. tak sempat!

okay, okay. entri ni pendek tapi dah 3 hari raya baru siap. exhausted dibuatnya hari2 kena basuh pinggan.

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #8: her 1st Eid Celebration!



19.8.2012

anak buah mak long di pagi raya. sweet nya dia dengan baju kurung. hehe :-)

auntie sayang awak, little miss kepochi.

Posted via Huawei Ideos S7

juadah 1 syawal, 1433



19.8.2012

ngantuk! kena bangun awal pagi. liat sebab dah la tido lambat @3am pastu lenguh lak kaki&bahu dibuatnya! ni semua gara2 juadah hari raya. aisey

cerita pasal juadah hari raya, kat rumah ni memang meriah. part ni bapa ai memang the best hospitality dia. kena plak dapat bonus, lagi meriah dibuatnya. apa juadah raya ai ye agaknya?

nasi impit

ni menu wajib la. hampir 60 ketulan kecil dan 20 ketulan sederhana telah direbus malam raya. raya 1, dah separuh sold out.

kari kambing kaw

menu baru. tak penah2 masak kari kambing time raya. serbuk kari pun special mix. mom pun 1st time masak dish ni. so, bila tak sure part rasa,  bapa la kena jadi juri. setelah dikomen berulang2 kali, baru lah taste approved. mom memang masterchef!

rendang kerang kering

dish baru raya kali ni. tahun ni bapa beli 8kg kerang dan tugas ai kopek kerang dengan help of my bro. ceh, lenguh n stress dibuagnya. okey, selalunya raya kerang masak kari, tapi oleh kerana dah ada kari kambing kaw, maka cari la resepi baru. bila mom tanya nak masak pe kerang ni? automatik ai teringat dish atuk rendang kering lala. tapi dah lama ai pun tak boleh nak recall rasa. tapi bila mom dah siap masak, terus teringat taste tu. memang kena, resepi turun temurun kot. hilang stress kopek kerang!

rendang ayam pencen

dish wajib setiap tahun. signature dish 1. bapa beli ayam pencen 4 ekor, tugas ai kena remove offal n bersihkan & mom masak.

rendang serai ayam daging

signature dish 2 n no. 1 fav dish ai. bapa beli ayam daging 7 ekor, tugas ai kena remove offal n bersihkan & mom masak. nyum!

kuah kacang

menu wajib tahun demi tahun

kuah lodeh

menu wajib setiap tahun n menu tak pedas untuk lil auni. mixture of vege n taste yummy.

overall ada 6 dish raya tahun ni. semua masak malam raya! nasib baik dah buat prep awal2 kalau tak lagi pengsan :-/

so, what's yours juadah raya?

Posted via Huawei Ideos S7

ucapan 1 syawal 1433 hijrah



19.8.2012

Assalammualaikum,

dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada keluarga,  sahabat handai, rakan sekerja dan tidak dilupakan pembaca blog ni.

maaf kalau ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan dan ter2 yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung.

semoga lebaran ini memberi kebahagiaan dan diraikan dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga.

sekian :-)

Posted via Huawei Ideos S7

gulungan horlicks untuk raya



17.8.2012

dek kerana kagum ngan gulungan yang dibuat oleh dj, ai telah pasang cita2 nak buat gulungan yang sama bila sampai kampung. bahan2 mudah disediakan n cara2 nya kedengaran mudah. yeah!

rupanya my sis dah biasa buat gulungan ni cuma ai je yang tak tau :-p so lagi senang kan keja.

ops gulung bermula!

ai rasa kuih ni teori memang senang. tapi bukan mudah sangat okay. bahan2 yang ai guna kulit popia (besar),horlicks, nestum n gula. part nak menggulung memang amik masa sket n leceh sikit. untuk 1pkt consist of 50 kpg kulit popia besar ai n my sis gulung dalam masa 1.5 jam. part goreng dan sadur memang senang. sekejap je settle.

rasa? yummy dan crunch! sekali makan susah mau berenti. hehe :-)



Posted via Huawei Ideos S7

random pic #7: oh my apple!



17.8.2012

Alhamdulillah, dah sampai kat kampung halaman. hehe:-)

raya tahun ni dengan lil auni yang kepochi!

Posted via Huawei Ideos S7

coklat n nyum!



16.8.2012

finally, coklat yang ai order dah sampai. tak sabar2 nak makan! hehe :-) tq to kak hasnah sebab sudi jual kat ai coklat sedap ni. tak sia2 jadi geng 501 kan.

apa yang ai suka tentang coklat ni ye? coklat ni milky, cruncy n yummy! makan sekali mesti nak lagi. haa, apa kata uols teringin ke nak rasa coklat ni? hehehe :-)

Posted via Huawei Ideos S7

oh! duit raya :-)



14.8.2012

tahun ni duit raya dengan duit design baru :-)

raya kali ni dapat bonus so kena la spare duit raya kan. tq to kak izan sebab tukar duit raya untuk kami satu opis. so ai tak payah la bersusah payah nak beratur kat bank. sampul raya pun dah ada kan. senang.

mak kata duit raya ni macam kita bersedekah. kita share apa yang kita ada dengan orang. yup, apa pun ikut la kemampuan. jangan la paksa diri.

part yang ai suka masa bagi duit raya kat budak2 ni muka happy diaorang. so true, ada gak budak2 yang merungut bila dapat seringgit. haha. nak wat camne, budak2 pun dah tau nilai seringgit tu bukan banyak mana lain lah masa zaman kanak2 ai. hehe :-) pastu ai suka gak tengok waktu diaorang beratur dengan mula excited. comel kan?

hmm, apapun duit raya hanya perencah yang membuatkan raya lebih ceria, kan? yang lebih penting penghayatan sebenar hari raya :-)

Posted via Huawei Ideos S7

lil auni @11 month



13.8.2012

dah lama tak jumpa cik kecik ni. untung la atuk nak jemput bawa balik kampung n amik kuih raya yang dah siap kat umah ai. boleh jumpa ngan cik kecik ni.

tahun ni dah beraya lil auni, tahun lepas dalam perut lagi. skarang pulak dah pandai jalan, membebel dan jawab phone. so miss kepochi. rumah memang gamat la, untung la cucu 1st manja terlebih. huhu

ok lil auni grow up healthier n happier. auntie sayang awak :-)

Posted via Huawei Ideos S7

ops biskut raya: almond london



12.8.2012

tahun ni excited nak buat almond london. alasan? dah jumpa coklat sedap-collata n beryls. hehe :-) yeay!

as usual, my sis yang buat adunan n gentel jadi bulat2. so kami buat 2 adunan, satu adunan guna coklat collata lagi satu adunan guna coklat beryls perisa orange. resepi biskut from blog mat gebu.

hasilnya, yummy! raya ni kuih warna warni la uols :-) sapa nak rasa??

Posted via Huawei Ideos S7

ops biskut raya: choc chip cookies



11.8.2012

tahun ni ramai pula geng mak yang nak makan cookies. siap order untuk raya. alhamdulillah. so lepas beberapa hari operasi dam by my sis, kali ni turn ai pula nak buat 4 adunan choc chip cookies untuk kawan2 mak n 2 adunan m&m's choc chip cookies.

bersilat kat dapur!

setelah 2 malam tidur time dekat2 nak sahur, cookies2 ai siap gak.  gigih kan. semua order settle termasuk la cookies untuk rumah mak. pengsan :-/ camne la orang berbisnes time raya, berapa hari la tak tdo :-p

oh masa ai bersilat kat dapur, cik dj pun bersilat gak dengan resepi cookies yang sama. gigih kan orang2 bujang ni buat kuih raya. untung la. huhu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

biskut dam cik ida untuk cinta



11.8.2012

cik net mulakan operasi kuih raya seawal 7am. hebat betul. pastu kuih pertama cik net nak buat biskut dam. erk, sori ai memang fail bab dam2 ni. nampak je senang. nasib baik ada trainer import, my sis yang boleh coaching cik net dan operasi dam nya. hehe :-)

cik net agak gigih. comel je biskut dam dia. hmm, patut la pun buat segigih ni rupanya untuk cinta. dia kata cinta suka biskut dam siap bagi duit lagi beli bahan2. untung la siapa dapat cik net. hehe *v*

biskut dam ni sesuai dibuat oleh orang yang tabah dan istiqamah je. kalau tak ke laut la :-p

Posted via Huawei Ideos S7

iftar: geng cawangan



10.8.2012

iftar bersama geng cawangan. kali ni lokasi kat kaabab putrajaya, presint 15. antara food yang famous kat sini nasi beriani ayam/ kambing n roti nan yang lembut dan gebu.

ai like roti nan cheese kaabab ni. memang kenyang la makan. gebu je roti nan ni. kalau ikut nafsu makan sekeping tak cukup la. haha :-p oh makan roti nan pakej nya ayam tandoori. sedap gak ayam kat sini uols!

so masa dok makan dalam kaabab tu, dj syok je cuci mata usha "adik" comel makan. haish, ai pun join juga. nasib taste tak sama. muahaha.

lepas makan main dish, we all oder fries plak. hehe. time ni geng2 senior dah chow balik malas nak layan we all yang muda belia ni. huhu. nuurul plak layan 2 gelas teh tarik! memang terbaik!

iftar bersurai dalam kol 8.15pm. alhamdulillah, kenyang :-)

Posted via Huawei Ideos S7

random pic#6: oh cookies!



cookies in making. kali ni sengaja mahu tunjuk m&m's choc :-)

oh my biskut raya!

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #5: oh enaknya!



ai suka betul tengok pic ni. nampak sedap dan menyelerakan. but ai do wonder lah, mom ada masa ke nak wat benda camni? full effort huh?!

tapi kids mesti suka. agaknya lil auni akan terpengaruh tak kalau presentation food camni. hmm :-)

Posted via Huawei Ideos S7

iftar: geng opis+ukm



9.8.2012

tak lengkap kalau tak iftar kat senandung malam, bagan lalang ni. terkenang2 kerangupan sotong goreng tepung. haha.

seperti biasa gather geng2 untuk terjah bagan lalang. memandangkan we all nak pergi time weekdays jadi tak perlu la nak booking2 table bagai. confident, tak ramai orang punya.

ai, cik net n adik ai gerak dulu ke bagan lalang. long journey, ada la dalam 1 hour plus. we all sampai dalam kol 6.30pm. sekali full house derr! hahaha. nasib baik ada table tanpa bumbung, so we all park je sana. haha. tak lama kemudian dj, nio n sue pun sampai.

nak beratur amik raw item punya la panjang! nak wat camne dah lambat, kena la beratur gak. malangnya, belum sampai turn nak report jenis masakan, azan dah berkumandang. sedey.

oleh kerana ramai orang, food kami delay about 30min. dari lapar terus lebih lapar, tau! apapun bila food dah sampai masing2 makan tak pandang kiri kanan. sedap tau. best specialitis- ai recommend sotong goreng tepung n kerapu 3 rasa. nyum!

cost keseluruhan kami makan ialah rm150++. great! sorang bayar rm30++. puas hati :-) korang kalau de kesempatan jangan lupa jalan2 cari makan kat senandung malam

Posted via Huawei Ideos S7

raya cookies, tq oyun!



5.8.2012

hmm, kali ni tak busy dengan baking cookies. nasib baik la kalau tak pengsan :-/

as usual, oyun jadi 1st customer order cookies. yeay! kali ni ai guna resepi baru yang lebih sedap! hopefully, oyun suka :-)

tq frens 4 ur support. love :-))

Posted via Huawei Ideos S7

spec baru uols!



4.8.2012

haa, ini lah rupanya spec rm420 tu. adeh, disebabkan dirimu terpaksa ai cut cost budget nak beraya.

nasib badan.

spec baru ai ni special sket, ada transition lens. apa tu? katanya, kalau kat tempat berbumbung lens akan lutsinar, tapi kalau tempat panas, lens bertukar jadi gelap. so kurang silau. huhu :-) kelass kan?!

hopefully,  ai tak pijak spec lagi lepas ni. menggigil uols, nak membayarnya :-p

Posted via Huawei Ideos S7

iftar: geng aysk



4.8.2012

walaupun sambutan tahun ni ala kadar je tapi as team penganjur kena gak la gagahkan diri mengadakan iftar kali ke-7, 2012.

iftar kali ni bertempat di d' sore cafe catering, shah alam. alhamdulillah food boleh dikira sedap dan berpatutan dengan harga buffet rm35 untuk dewasa. rasa berbaloi lah.

iftar masih dengan agenda yang sama, makan dan gosip. haha. cuma tahun ni takde lagi aktiviti berlanjutan sampai ke sahur mungkin disebabkan oleh korum tak cukup :-(

apapun, it was great 2 meet best buddies masa iftar. nampaknya ada diskusi plan cuti2 malaysia. ke mana kita? tunggu :-p

Posted via Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.