induksi D-6 to 13: it's a wrap

5-12.7.2012

aiseh malas pula nak update satu-satu hari, leceh yo! kira buat post kesimpulan je la. induksi pun dah lama berlalu. 
daripada hari ke 6 ke 10 memang kelas je la tak habis2. naik tepu dibuatnya. kena plak kelas perintah am, pkpa adoi cam nak makan kertas je dibuatnya. memang tekun la kena belajar, tapi kadang2 tu ngantuk gak la especially kelas pkpa. memang sabar je la tunggu time kelas habis. hehe. part kena buat pengucapan awam pun satu hal. kena pilih tajuk pastu kena cakap kat depan. tajuk ai? sudah tentu tentang white water rafting. hehe :-)
dalam kesibukan belajar kena pulak buat assignment individu dan kumpulan. part individu memang takde masalah, jawapan semua dalam buku. bab assignment kumpulan kena la buat lawatan. ke mana kita? kompleks sejarah pasir salak! pernah ke korang pergi? tak kan? hehe. so bila dah melawat ni, cuci mata je lah lebih, assignment semua dah ke laut. one thing about kompleks ni, banyak bangunan yang tak maintained. jadi sayang lah kan tempat2 bersejarah tak dipelihara dengan baik. so bila dah habis pose sana sini, we all balik ke markas utama kem lumut yang disayangi. hehehe :-)
hari ke 11 hari untuk persediaan peperiksaan. aiseh, banyak bab yang tak belajar lagi oii. camne nak tangkap muat semua benda dalam kepala ni. stress! nak dijadikan cerita, malam tengah dok pulun study, blackout pula bilik kami. sabotaj betul. nasib baik 2 jam selepas tu, dah ada sinar semula. tapi rugi masa nak study, huwaaaa... :-(
hari ke 12 merupakan hari yang ditunggu2, jeng2 hari peperiksaan! yeay! so bila dah lama tak alami mood peperiksaan ni mula lah nak menggelabah kan. haish, tak cukup persediaan, macam ni lah. so peperiksaan start dengan paper objektif diikuti dengan paper subjektif. for me paper objektif tu boleh la jawab, kalau tak boleh pun pilih la jawapan apa yang ada kan. part subjektif tu tiba2 ter'stuck'. blank nak jawab apa. memang kelam kabut la kan. so ai pilih la soalan yang boleh 'goreng'. harap2 lulus. amin :-)
habis mood peperiksaan, amik pula mood makan malam. fasilitator kata organize makan malam pun dah termasuk dalam modul induksi. so kami kena buat persediaan untuk menganjurkan makan malam aka majlis penutup! ai join group kak azi untuk task hadiah. kena sediakan hadiah untuk vip- hamper makanan laut lumut dan door gift peserta induksi- tuala muka. ok la kan?
makan malam adalah part yang best sepanjang sesi induksi. kena buat pesembahan, ai join dikir barat je la senang sikit. 
pastu ada sesi karok! memang layan la, masing2 semua sporting. part paling penting boleh layan 2 lagu dangdut selepas semua orang bersurai. hehe :-) tapi apa yang mengerikan, adik2 caterer info, ada entiti telah muncul ditempat kami bersuka ria. seram! nasib baik entiti tersebut tak kacau kitaorang. huhu
pic mereka yang dikatakan muka dah nak sama semasa makan malam. fotostat!

pic geng induksi di malam penutup :-)

hari ke 13, hari balik! bila dah rapat antara satu sama lain, masing2 dah sedih. yup dalam masa 2 minggu kami dah macam adik beradik, usik mengusik, lawan ketawa siapa paling kuat dan yang paling best appreciate persahabatan yang baru terjalin. apa pun balik tetap kena balik, hehe.  

overall, for me induksi memang satu syarat untuk p.a confirm jawatan. tapi lebih dari tu induksi merupakan tempat nak release stress, build networking dan friendship
disebalik semua kesukaran di hostel lumut ni, dengan iringan lalat semasa sesi makan, kumpulan khinzir hutan, kegembiraan monyet liar dan entiti berbau nescafe dan roti bakar, induksi bil 1/2012 lumut memang meninggalkan kenangan yang manis :-) 

especially to roomies sabrina n kak azi, both of u r rocks! 
okay sebelum balik,  jangan lupa sesi membeli belah di pekan lumut. 

end post :-)

0 comment:

Powered by Blogger.