induksi D-3: asrama perempuan



2.7.2012

induksi kali ni memang "induksi budget" sebab penginapan kat hostel bukan hotel. tapi bersyukur la sekurang2 nya tak kena hujan kan? sobs.

hostel ni obviously la untuk pelatih jururawat suatu masa dulu, tapi setelah mereka pindah ke tempat lain, kskb ni kena jadi tempat latihan plak. so batch kami ni kira bertuah la dapat induksi kat sini. huhu

best part pasal hostel ni, ia jauh (sangat) dari bilik kuliah n dewan makan apalagi pintu utama. so bila nak g kelas masa induksi ni kena naik turun tangga lebih kurang 6-8 kali sehari. gigih uols!

lebih mengembirakan boleh jumpa monyet secara live. haha. ada sekali tu abang long monyet dok ke hulu hilir kat laluan ke hostel. masa tu time rehat n semua orang nak balik hostel. memang berzaman nak tunggu jalan clear. kami terpaksa la respect abang long, kang dia terkam camno?

setakat ni keadaan hostel ni baik2 je, hopefully maintain sampai balik nanti. amin

Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.