iftar D-8: with cik net kat tom yum kung



28.7.2012

lokasi iftar hari ni di tom yam kung, presint diplomatik, putrajaya. kelass kan, hari bekerja sibuk nak masak hari cuti makan kat luar. hehe :-)

kami sampai dalam jam 6.30 ptg untuk booking table. nasib baik datang awal uols, kebanyakan meja dah kena book! lepas order, kami jalan kaki g mydin berdekatan.

dalam jam 7.10 ptg, kami dah kembali ke kedai. ramai dah menunggu rupanya. food pun dah dihidang kat table. rasa masa lambat berlalu. huhu.

okay nak tahu apa kami order?

1. nasi putih x 2 org

2. ayam masak dengan gajus: nice, a bit sweet

3. tom yam kung : pedas & a bit masin tapi takpe bulan posa, boleh dimaafkan :-)

4. kankung goreng tepung: signature dish. memang sedap & crispy!

5. set sambal belacan

6. air: teh tarik dan sirap soda

sekali makan memang terangkat. food for me, sedap dan ada rasa. yang paling penting harganya berpatutan. untuk apa yang kami makan harganya cuma rm 34.60!  wow, kan!

korang pakat2 la mai makan kat tom yam kung!



Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.