order spec baru. dush.



31.7.2012

setelah sekian lamanya, hari ni ai jejak kaki dalam kedai cermin mata. nasib baik ada kedai cermin mata kat anjung, maka tak perlu lah ai menunggu alamanda buka. hmmm..

price spec sekarang bukan main lagi. sori la kalau nak cari yang dua tiga ratus. koman2 pun empat ratus. gulp. memang menggigil dibuatnya. habis budget raya. nak tak nak kena la beli, rabun buat cara rabun.

part paling ai tak suka bila nak kena test kanta. fail betul. kena buat satu2. pastu tengok nampak tak nampak. iskh hasilnya mata kanan power 300 silau takde, mata kiri power 75 silau 150. hmm. patutlah rabun. hehe

so hari khamis baru dapat. lambatnya! so sementara menunggu rabun la sekejap. oh!

Posted via Huawei Ideos S7

jalan kaki amal AVON



30.6.2012

ratu avon opis dok war2 event jalan kaki amal AVON menentang breast cancer. event ni akan berlansung di putrajaya pada 23.9.2012/ahad.

ai berminat gak join aktiviti ni, plus jalan kaki (je) kan sejauh 4.5km. puhh. sanggup?

kalau uols berminat boleh register di kedai2 AVON berdekatan dengan bayaran penyertaan sebanyak rm40.

jom kita jalan kaki amal :-)

Posted via Huawei Ideos S7

sudah tamat perkhidmatan



30.6.2012

bila kali terakhir ai buat spec baru ai pun tak boleh recall. tapi hari ni dah sampai ajal spec, hari tamat perkhidmatan. sobs. sedih bukan sebab spec dah tak boleh guna lagi tapi lebih kepada nak kuar duit beli spec baru. syahdu betul jiwa.

spec ni dah lama, memang patut tukar. tapi selagi tak bersebab selagi tu lah liat sangat nak tukar spec baru. tapi nak dijadikan cerita kaki ai sendiri yang terpijak spec sampai cermin spec terkeluar landasan. sebak.

redha. ada hikmahnya.

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #4: oh my sambal belacan!



28.7.2012

sambal belacan tom yam kung satu set rm3.50. huhu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

iftar D-8: with cik net kat tom yum kung



28.7.2012

lokasi iftar hari ni di tom yam kung, presint diplomatik, putrajaya. kelass kan, hari bekerja sibuk nak masak hari cuti makan kat luar. hehe :-)

kami sampai dalam jam 6.30 ptg untuk booking table. nasib baik datang awal uols, kebanyakan meja dah kena book! lepas order, kami jalan kaki g mydin berdekatan.

dalam jam 7.10 ptg, kami dah kembali ke kedai. ramai dah menunggu rupanya. food pun dah dihidang kat table. rasa masa lambat berlalu. huhu.

okay nak tahu apa kami order?

1. nasi putih x 2 org

2. ayam masak dengan gajus: nice, a bit sweet

3. tom yam kung : pedas & a bit masin tapi takpe bulan posa, boleh dimaafkan :-)

4. kankung goreng tepung: signature dish. memang sedap & crispy!

5. set sambal belacan

6. air: teh tarik dan sirap soda

sekali makan memang terangkat. food for me, sedap dan ada rasa. yang paling penting harganya berpatutan. untuk apa yang kami makan harganya cuma rm 34.60!  wow, kan!

korang pakat2 la mai makan kat tom yam kung!



Posted via Huawei Ideos S7

random pic #3: you can do it!



28.7.2012

sukan olimpik 2012, London!

go Malaysia Team! you can do it! go for GOLD!!

p/s: like baju atlet pakai. aummmm!

Posted via Huawei Ideos S7

lil auni 1st baju kurung!



26.7.2012

mak long is so excited nak beraya with lil auni. haha, keterlaluan kan! bila dah tua2 ni mood raya tu tenggelam timbul but this year raya with additional team member-lil auni. yeay!

camno ai boleh usha baju kurung untuk lil auni? ntah, just come across my mind. taip2 keywords baju kurung kanak2 macam2 blog n online shop ada. tapi ai paling suka 2 blog ni:

1.  NZ Sweet Design : sweet je baju2 dia. pemilihan kain n padanan aksesori memang tip top dan comel. sayangnya masa ai jumpa dah tutup order. maybe next time :-)

2.  Manjakuhappy : blogshop ni ada offer macam2 baju untuk kanak2. baju kurung pun tak kurang hebatnya. sweet n comel. ada ready made

masa dok usha2 n mencari baju kurung untuk lil auni, ada plak jualan raya kat dewan persidangan. masa menyinggah mata terpesona dengan baju kurung kecik for 1 year little girl. haish, berkenan. tengok harga rm79.90. hmm, belek punya belek, adik yang jual ni kata, baju kurung yang ai berkenan tu jual for rm50. apa lagi ai pun beli. hehe :-)

next is mission ai nak cari baju kurung! hmm~

p/s: aisey baju kurung lil auni pun dah ada. ai pulak masih mencari baju kurung raya aka baju keja.

Posted via Huawei Ideos S7

bazar ramadhan putrajaya



25.7.2012

bulan puasa dan bazar ramadhan memang tak dapat dipisahkan

bazar ramadhan dan pelbagai makanan juga tak dapat dipisahkan

hmm, best betul kalau g pasar ramadhan. tapi kena beringat jangan lupa diri. beli mana yang patut supaya dapat berjimat dan tak membazir :-)

ok selamat beramal n beribadah dengan jayanya :-)

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #2: fridge magnet



credit to ms jeanie for d fridge magnet. oleh kerana ada sikit je kena bahagi sama rata antara sekretariat ifsc. so ai tak dapat collect all 5 key to safer food. huhu :-(

5 key to safer food!

key 1:  ?

key 2: seperate raw & cook

key 3: ?

key 4: keep food at safe temperature

key 5: use safe water and raw material

remember, beware with what u eat!

Posted via Huawei Ideos S7

jom klcc!



24.7.2012

off to kl convention centre for open day GTP: the roadmap 2.0!

masa we all sampai, event dah pun start :-) tapi ramai orang kat luar yang macam blur je kena datang klcc pagi ni. hmm, patut pun dewan dah penuh. sekali tengok macam nak sambut merdeka.

bila dah penuh tak kuasa la ai nak bersempit2 kan, so intai2 tempat pameran. walaupun berjaya menyelit masuk tapi tetap sesak. aiseh, tak sempat nak study halatuju GTP. hehe :-)

untuk mengatasi frust tak dapat masuk dewan dan tempat pameran, we all amik angin dok kat taman sebelah klcc. lega dan nyaman. tapi dok lama pun boring, dok teringat keja kat opis. nasib la bulan posa kalau tak dah terbang ke bangunan sebelah. hoho. maka, setelah berbincang we all decide balik awal instead of tunggu sampai 4pm tapi habuk pun takde.

ok, cerita hari ke-4 posa :-)

Posted via Huawei Ideos S7

random pic#1: oh my klcc!



24.7.2012

view from kl convention centre :-)

Posted via Huawei Ideos S7

buku tiga lima



23.7.2012

masa kecik2 selalu ada buku tiga lima ni dalam poket. why? ai tulis sifir dalam buku kecik ni. konon2 ada masa boleh hafal sifir. buku ni memang berguna terutama sekali bila time perhimpunan pagi, sebagai persediaan bila cikgu random panggil ke depan baca sifir, kira macam emergency tool kit.

lama dah masa berlalu tapi buku tiga lima masih lagi wujud. masih relevan rupanya. ai beli ni pun sebab nak gather maklumat dalam satu buku kecil. easy kan. kalau terlupa apa2 boleh refer.

kalau ai tulis kat buku tiga lima ni nampak cam ortodoks ke? huahuahua.

Posted via Huawei Ideos S7

KAMI



22.7.2012

it's Sunday! takde mood nak buat pape. huhu:-)

apa kabar agaknya geng induksi?

Posted via Huawei Ideos S7

it's ayah birtday!



21.7.2012

happy birthday, ayah! wish u to hav a great health n happy life. semoga panjang umur & murah rezeki :-)

Posted via Huawei Ideos S7

beli sebab tergoda dengan box



20.7.2012

haish. kadang2 manufacturer ni bukan nak sangat jual food tapi more kepada packaging. tak percaya? sila lah percaya sebab ai beli cookies quaker oat ni sebab tergoda dengan box yang cantik. iskh.

nasib baik cookies oat tu memang sedap, maka pembelian ni rasa macam berhemah gak (sedapkan hati).

paling penting box ni boleh guna simpan barang. ok la kan, dah la cantik pastu ada kegunaan (lagi sedapkan hati).

eh korang tak nak beli ke? kalau tak silap box+12 pek cookies oat ni ada 2 kaler. harga plak rm10.95 kat c4 alamanda. hehe :-)

Posted via Huawei Ideos S7

shopping stok bulan pose ala orang bujang



20.7.2012

nak pose dah! jom shopping barang2 dapur :-) orang bujang shopping simple je la, nak masak apa sangat pun. beli pun stok2 segera makan je.

hmm, tiba2 teringat masa pose kat umah. aiseh, sayu.

Posted via Huawei Ideos S7

mencari pengganti kepada yang dah nazak



20.7.2012

nampaknya kasut bata ai  beli hujung bulan 2 yang lepas  dah nazak. poor kasut sehabis daya ai "lenjan". after 4 month kena beli kasut baru, huwaa.

ai takde koleksi kasut al maklumlah budget kecik :-( nak beli baru pun tunggu sampai yang pakai semasa nazak. aiseh, bukan nak berjimat sangat uolls. ai tension gak bila masuk kedai kasut ni. sebabnya kedai kasut selalu fokus untuk orang kaki kecik@ tirus kat bahagian depan! untuk kaki lebar cam ai ni sengsara gak la nak buat pilihan. kadang2 bila dah suka tapi tak muat@tak sesuai beli gak tapi akhirnya bagi kat orang lain :-(

during lunch semalam sempat la intai kasut kat xes, galeria. luckily ada yang berkenan dan sesuai untuk orang berkaki lebar ni. haha. like :-)

camne kasut baru ai, nampak sweet kan? haha, so not me.

Posted via Huawei Ideos S7

the saem: korea brand face mask



19.7.2012

masa dj cuti2 kat korea awal bulan lepas ai ada minta dj beli face mask brand korea. kegilaan face mask? haha :-) okay, she bought me "the saem" 30 pcs. harga at rm currency 2.70 which sama je harga face mask kat malaysia ni. tapi dj ada info ada gak cheapest brand. but it's ok, ai just love it. anyway dj, tqvm ya!

the saem face mask review

kali ni ai cuba face mask yang ada gambar buah delima. bila buka je pek memang bau wangi. like! as usual essence memang ada lebih tapi tak la banyak sangat. sheet mask ni memang nipis dan kena handle with care. ganas tahap 1 pun boleh menyebabkan sheet mask koyak. once da letak kat muka, rasa macam mask ni kecik a bit sebab tak tutup whole dahi. maybe korean muka kecik kot? pakai untuk 20 min. sepanjang tempoh tu akan rasa a bit pedih sikit kat muka not sure reaction dengan skin ke apa. after 20 min ai tak rinse muka, just biar essence kering kat muka.

overall face mask ni have smell nice n ai feel good with it, cuma kena handle berhati2. tak sabar nak cuba the saem "perisa" lain. hehe :-)

enjoy!

Posted via Huawei Ideos S7

sweet like cake



18.7.2012

yeay! cake treat sempena menghargai usaha sekretariat IFSC 2012. kek hotel uolls! kecik, mahal dan sedap. oleh kerana masing2 dah kepenatan dan rush balik so aktiviti kenduri kek tunda keesokan hari.

19.7.2012

tukang potong kek dan membuat agihan menjadi task ai. sambil potong sambil makan. kek yang ai paling suka of coz la cheese cake! tapi cheese cake malam dinner lebih sedap! lagi 2 biji kek masing2 ada rasa kopi so ai kurang minat. huhu

hmm, teringat2 cheese cake+rasberry sauce malam dinner :-(

Posted via Huawei Ideos S7

IFSC 2012: sekretariat vs peserta



16-18.7.2012

it's an International Food Safety Conference 2012, Kuala Lumpur, Malaysia :-) yeah! setelah bergelut dengan masa dan kesibukan itu ini hari yang ditunggu2 pun tiba. ada 18 technical paper telah dibentang dan overall ai believe it was a sucsessful event. hehe :-) event ini adalah kerjasama moh+mift dan umd.

Day-1

busy day as secretariat! ada opening event yang melibatkan ybmk dan dinner yang melibatkan ksu. haish! although everything was according what we planned, tapi biasa la kena jadi wonderpets tutup apa2 kekurangan yang ada. opening by ybmk was short tapi banyak soalan2 press. next in conference room, dg sampaikan keynote address dan merasmikan IFSC 2012. ai tak sempat nak dengar paper hari ni dok ralit dengan isu makan malam.

dinner with ksu! simple but great. cik melah sponsor tari menari, ada dr yang jadi mc+penyanyi jemputan dan yang paling penting food sedap. love the cheese cake with rasberry sauce dan lauk ayam (tak tau nama). nak sampai penghujung event mc ajak foreign speaker n jemputan untuk menari atas stage. sporting habis diaorang!

Day-2

hari ni tak payah sibuk2 lagi dan boleh dok diam2 dalam dewan conference. tapi still multitasking - jadi penjaga slide speaker bersama dj. banyak juga paper bentang hari ni. oh, ai jumpa ms jun hari ni. sempat gak tegur dia walaupun cam seram je at first. haha

Day-3

last day! ai masih dengan task jaga slide speaker. hari ni paper banyak fokus on pengalaman negara yang pernah alami krisis makanan. closing conference pula by pk at 2.30pm.

ai think penganjuran IFSC wajar untuk diteruskan pada masa mendatang (^_^)

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-6 to 13: it's a wrap

5-12.7.2012

aiseh malas pula nak update satu-satu hari, leceh yo! kira buat post kesimpulan je la. induksi pun dah lama berlalu. 
daripada hari ke 6 ke 10 memang kelas je la tak habis2. naik tepu dibuatnya. kena plak kelas perintah am, pkpa adoi cam nak makan kertas je dibuatnya. memang tekun la kena belajar, tapi kadang2 tu ngantuk gak la especially kelas pkpa. memang sabar je la tunggu time kelas habis. hehe. part kena buat pengucapan awam pun satu hal. kena pilih tajuk pastu kena cakap kat depan. tajuk ai? sudah tentu tentang white water rafting. hehe :-)
dalam kesibukan belajar kena pulak buat assignment individu dan kumpulan. part individu memang takde masalah, jawapan semua dalam buku. bab assignment kumpulan kena la buat lawatan. ke mana kita? kompleks sejarah pasir salak! pernah ke korang pergi? tak kan? hehe. so bila dah melawat ni, cuci mata je lah lebih, assignment semua dah ke laut. one thing about kompleks ni, banyak bangunan yang tak maintained. jadi sayang lah kan tempat2 bersejarah tak dipelihara dengan baik. so bila dah habis pose sana sini, we all balik ke markas utama kem lumut yang disayangi. hehehe :-)
hari ke 11 hari untuk persediaan peperiksaan. aiseh, banyak bab yang tak belajar lagi oii. camne nak tangkap muat semua benda dalam kepala ni. stress! nak dijadikan cerita, malam tengah dok pulun study, blackout pula bilik kami. sabotaj betul. nasib baik 2 jam selepas tu, dah ada sinar semula. tapi rugi masa nak study, huwaaaa... :-(
hari ke 12 merupakan hari yang ditunggu2, jeng2 hari peperiksaan! yeay! so bila dah lama tak alami mood peperiksaan ni mula lah nak menggelabah kan. haish, tak cukup persediaan, macam ni lah. so peperiksaan start dengan paper objektif diikuti dengan paper subjektif. for me paper objektif tu boleh la jawab, kalau tak boleh pun pilih la jawapan apa yang ada kan. part subjektif tu tiba2 ter'stuck'. blank nak jawab apa. memang kelam kabut la kan. so ai pilih la soalan yang boleh 'goreng'. harap2 lulus. amin :-)
habis mood peperiksaan, amik pula mood makan malam. fasilitator kata organize makan malam pun dah termasuk dalam modul induksi. so kami kena buat persediaan untuk menganjurkan makan malam aka majlis penutup! ai join group kak azi untuk task hadiah. kena sediakan hadiah untuk vip- hamper makanan laut lumut dan door gift peserta induksi- tuala muka. ok la kan?
makan malam adalah part yang best sepanjang sesi induksi. kena buat pesembahan, ai join dikir barat je la senang sikit. 
pastu ada sesi karok! memang layan la, masing2 semua sporting. part paling penting boleh layan 2 lagu dangdut selepas semua orang bersurai. hehe :-) tapi apa yang mengerikan, adik2 caterer info, ada entiti telah muncul ditempat kami bersuka ria. seram! nasib baik entiti tersebut tak kacau kitaorang. huhu
pic mereka yang dikatakan muka dah nak sama semasa makan malam. fotostat!

pic geng induksi di malam penutup :-)

hari ke 13, hari balik! bila dah rapat antara satu sama lain, masing2 dah sedih. yup dalam masa 2 minggu kami dah macam adik beradik, usik mengusik, lawan ketawa siapa paling kuat dan yang paling best appreciate persahabatan yang baru terjalin. apa pun balik tetap kena balik, hehe.  

overall, for me induksi memang satu syarat untuk p.a confirm jawatan. tapi lebih dari tu induksi merupakan tempat nak release stress, build networking dan friendship
disebalik semua kesukaran di hostel lumut ni, dengan iringan lalat semasa sesi makan, kumpulan khinzir hutan, kegembiraan monyet liar dan entiti berbau nescafe dan roti bakar, induksi bil 1/2012 lumut memang meninggalkan kenangan yang manis :-) 

especially to roomies sabrina n kak azi, both of u r rocks! 
okay sebelum balik,  jangan lupa sesi membeli belah di pekan lumut. 

end post :-)

mari mimpi indah



15.7.2012

indahnya dunia, check in complimentary room kat hotel 5 star ni. first time katanya, excited terlebih la uolls. kalau harap nak check in sendiri lama lah lagi. hehe :-)

ai like! untung laa..

Posted via Huawei Ideos S7

gila durian!



13.7.2012

haish banyak lagi nak update pasal induksi ni. tapi later2 lah. hari ni citer durian. haha, oleh kerana masa kat perak dah frust tak dapat makan durian yang sedap, ai telah terjah pasar beli durian. ai beli 2 pek for rm10.

masa dok makan teringat sab muntah dek tak tahan bau durian masa induksi. hehe :-)

tak rugi beli kali ni. dua2 pun sedap, tapi ai lebih suka yang kuning coz lebih pahit n yummy!

alhamdulillah, thank u Allah!

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-5: kena denda masuk kelas lambat


5/7/2012

malam ni malam nifsu sya'ban. alhamdulillah, dapat gak baca Yasin satu round.

ingatkan malam ni takde kelas, tup2 muncul plak penceramah belanjawan ni, tersalah tarikh katanya. yang bertuahnya, masuk je kelas (lambat 5 minit) dah kena panggil berdiri kat depan ngan kak azi n sab. kena denda masuk lambat. nasib badan. lama gak la kena bebel. huahua :-( nasib baik ada ramai geng (^_^)

nasib baik kak azi support dengan reason yang boleh diterima penceramah ni, maka selamat la kami bertiga. tq kak!

moral of the story: kalau nak masuk lambat cari geng yang ada solid excuses. haha.

induksi D-5: ulat gonggok gergasi



4.7.2012

oleh kerana kskb ni berdekatan kawasan hutan, maka tak mustahil la kalau jumpa sesuatu yang giant. ya, sesuatu yang giant.

seperti ulat gonggok yang ai jumpa kat kskb ni, hoi giant betul! secara automatik ulat gonggok ni menjadi popular. ramai orang nak capture. haha!

wonder: apa lagi giant yang ada kat kawasan ni. hmm :-)

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-4: kelas oh kelas!



3.7.2012

hari ni ramai yang tertanya2 turn pengucapan awam. masing2 nak mengelak kan? turn ai memang tak sampai lagi tapi risau bukan main, apa tajuk nak cakap ni uols?

kelas hari ni dah start tajuk nak masuk exam. hoi exam!

start of d day class sprm. rasuah? apa hal ada kelas sprm ni? education n sebaran maklumat. jauhi rasuah, ok kawan2. penceramah pesan kalau nak buat aduan secara pos boleh hantar kat sprm, peti surat 6000. laporkan kes2 rasuah yang korang tau as long ada bukti dan berasas.

pastu kelas pengucapan awam. adeh complicated gak rupanya pengucapan awam ni. lebih menambahkan debaran!

end of d day belajar plak pasal komunikasi. yang bestnya lepas penceramah dah siap present dia bagi kami buat ujian personaliti. haaa, memang kelass! oleh kerana ai jawab bersungguh2 maka result nya memang reflect ai. just notice benda2 baru tentang diri.

hingga hujung hari ni tak kena lagi turn pengucapan awam. bila lagi? balik dari kelas malam ai n azi gigih buat slide ppt untuk pengucapan awam. apa lah hasilnya eh? apa plak tajuk ai nak pilih?!

pic: roomates kat kelas komunikasi asie-azi-sab

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-3: asrama perempuan



2.7.2012

induksi kali ni memang "induksi budget" sebab penginapan kat hostel bukan hotel. tapi bersyukur la sekurang2 nya tak kena hujan kan? sobs.

hostel ni obviously la untuk pelatih jururawat suatu masa dulu, tapi setelah mereka pindah ke tempat lain, kskb ni kena jadi tempat latihan plak. so batch kami ni kira bertuah la dapat induksi kat sini. huhu

best part pasal hostel ni, ia jauh (sangat) dari bilik kuliah n dewan makan apalagi pintu utama. so bila nak g kelas masa induksi ni kena naik turun tangga lebih kurang 6-8 kali sehari. gigih uols!

lebih mengembirakan boleh jumpa monyet secara live. haha. ada sekali tu abang long monyet dok ke hulu hilir kat laluan ke hostel. masa tu time rehat n semua orang nak balik hostel. memang berzaman nak tunggu jalan clear. kami terpaksa la respect abang long, kang dia terkam camno?

setakat ni keadaan hostel ni baik2 je, hopefully maintain sampai balik nanti. amin

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-3: kelas bermula



2.7.2012

kelas bermula! macam2 kelas hari ni. haish dah lama tak masuk kelas kan? ngantuk? haha memang penyakit berjangkit!

hari ni subjek kelas tak masuk exam! gembira!

class sepanjang hari ni menarik (ke?) refresh2 info pasal kkm. boleh la tahan segar mata tak sempat nak layan mata aka tido :-p

hari ni dah ditakutkan dengan kena buat pengucapan awam. haish! adoi seram pulak ai nak cakap tajuk apa ni uolss? seram!

pic: ai ngan sabrina dalam kelas pengenalan organisasi. muka kami sama ke?

Posted via Huawei Ideos S7

induksi D-2: menari ke?



1.7.2012

hutan! tepi laut! itu lah tempat induksi kali ni. first impression macam so-so. hutan kan? hari ni dah masuk hari kedua induksi, hari ldk.

ldk memang perkara yang tenangkan hati. gembira! yang paling best hari ni boleh menari haha. menari ke? guna tangan je uolls! lagu tema can mali can :-) layan je la kan bila lagi nak menari kan, kan?

hari ni food memang tak sedap (tak bersyukur pulak) tapi rasa terseksa uolls. nak makan sedap!

hmm, apa akan terjadi hari esok ni. huhu :-p

Posted via Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.