RESEPI: M&M's choc chip (ver 1.0)



16.6.2012

Tq to kiena sebab share resepi ni kat blog dia. ai did across so many times nak cuba resepi kiena dan akhirnya berjaya menjalankan misi baking m&m's choc chip ver 1.0 pada hari sabtu lepas

Resepi ni ai ada buat alteration ikut bahan yang ada kat rumah. Untuk resepi asal sila ke kiena m&m's choc chip chunk

RESEPI: M&M's choc chip cookies ver 1.0

Bahan-bahan

250 gm butter (softened)

200 gm gula perang

1/4 tsp salt

1/2 tsp chocolate emulco

1 biji telur

1 tsp esen vanilla

1/2 cup nestum

1/2 cup almond

3 tube m&ms mini

1/2 cup choc chip

300g super fine flour

1/2tsp of baking powder

Cara membuatnya

1. Wisk gula perang dan butatter hingga sebati. Masukkan telur, esen vanila dan chocolate emulco

2. Dengan menggunakan spatula, masukkan campuran tepung+baking powder

3. Kemudian, masukkan nestum, kacang, chocolate cip dan m&m's. Gaul rata

4. Untuk resepi ver 1.0 ni, ai tambah additional step. Simpan adunan dalam peti sejuk for 30 min

5. Setelah dikeluarkan dari peti ais, adunan masih lembut. So boleh la scoop guna sudu dan susun dalam tray. Untuk step ni ai guna piping beg je, senang :-)

6. Bake for 150 deg C, 15 min (bergantung pada oven masing2)

Nota kaki:

1. next try, ai ingat tak mau letak chocolate emulco ni sebab adunan turn warna coklat. Ai ni fobia sikit dengan adunan coklat ni sebab susah sangat nak monitor. hehe :-)

2. masa bake adunan ni tak mengembang seperti yang ai expect, mungkin sebab kesejukan adunan ni tak mau mengembang.

3. mini m&m's tu serius mahal. 1 tube = rm3.40 tapi ai beli kat mesra petronas hehe :-) obviously comel je kalau m&m's ni tertenggek atas cookies kan?

4. okay soon untuk cuba m&m's choc chip (ver 2.0). tungguuu...

5. komen dari orang yang makan sedap n manis sikit. biasalah kan orang yang buat pun dah sweet nak wat camne kan?


Posted via Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.