RESEPI: Kek Coklat Cheese



27.6.2012

ai telah merajinkan diri untuk habiskan stock cream cheese sebelum g induksi sabtu ni. ditambah pula baru2 ni emi ada sebut pasal kek coklat cheese. maka atas sebab itu lah operasi kek coklat cheese dijalankan.

wah. wah. alasan kan. sendiri nak makan, tak nak mengaku :-p

ok, mari kita taip resepi ye. adunan ni dibakar menggunakan loyang 8x8 inch, segiempat 

RESEPI: Kek Coklat Cheese

Bahan-bahan Kek Coklat

2 cawan gula perang
3 biji telur
1 cawan butter (cairkan atas api sederhana)
1 tsp esen vanila
1 tsp chocolate emulco
1 cawan susu
2 cawan tepung superfine*
1 cawan serbuk koko*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat*
1 cawan air panas (didih)

Bahan bertanda *, satukan dan ayak :-)

Bahan-bahan Cheese

250 gm cream cheese
1 biji telur
3 ts gula kastor
2 ts tepung jagung
1 tsp jus lemon

Cara membuatnya

Kek coklat
1. Wisk gula perang dan telur hingga sebati. Masukkan butter cair (telah disejukkan). Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan susu, choolate emulco dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
2. Dengan menggunakan spatula, masukkan adunan tepung (*) yang telah diayak. 
3. Akhir sekali, masukkan air didih
4. Bakar pada suhu 170 deg C selama 40 min (bergantung pada oven masing2), menggunakan api bawah sahaja

Cheese
1. Wisk cream cheese sehingga kembang. Masukkan gula castor, telur dan tepung jagung. Pukul hingga sebati
2. Masukkan jus lemon dan pukul hingga sebati
3. Apabila adunan kek coklat telah fully bake, keluarkan dari oven. Tuangkan adunan cheese atas lapisan kek tadi. Dengan menggunakan api atas, bake adunan cheese selama 5-10 min pada 170 deg C (bergantung pada oven masing2)

Nota kaki
1. Kalau nak buat ganache pun boleh. tapi oleh kerana ai takde stock whipping cream, maka buat la ganache bujang2 je. Double boil cooking coklat dan tambah susu, tuang atas kek. oleh kerana cooking coklat pun ada sikit je, maka tak dapat nak cover semua area. hehe :-)
2. Always remember, masa buat adunan kek, jangan over beat bila dah tambah tepung, sebab boleh merosakkan tekstur kek. 
3. Adunan ni kalau guna method kukus lagi moist!
4. Ok, have fun baking!

update 28.6.2012

malangnya takde rezeki emi nak makan kek coklat sebab dia kursus. so rezeki kawan2 lain lah nampaknya :-)

update 29.6.2012

patutlah tergerak hati nak simpan satu bekas kecik kek kat opis. hari ni emi datang p3 dan sampai hajat ai nak bagi dia makan kek coklat cheese. ok janji dah ditunaikan, settle. huhu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

0 comment:

Powered by Blogger.