kegagalan yang manis :-)



1.6.2012

masih ingat cerita kegagalan pelangi? fine. fine. jiwa pembakar kek masih tebal dalam diri rupanya. hmm, ai berjaya menyelamatkan cream cheese dari dibazirkan begitu sahaja. inovasi katanya..

resepi penyelamat ai : cheese brownies!

brownies mix

so balik dari keja, ai singgah kedai beli serbuk koko n susu. dengan jiwa yang berkobar2, ai sediakan bahan n terus buat brownies mix. tak payah nak guna mixer bagai. bila adunan dah sekata terus tuang dalam loyang dan bakar! masa penyediaan <20 min.

cheese layer

oleh kerana ai dah premix cream cheese+butter+gula a day before, maka tugas hari ni lebih mudah. keluarkan dari fridge, biarkan pada room temperature. bila dah lembut masuk dalam mixer n pukul hingga kembang. tambah sikit tepung jagung bagi layer ni tak terlalu lembik bila nak makan nanti. masa penyediaan <15 min.

lepas brownies dah siap bake, keluarkan n sejukkan sebelum tuang cheese mix.

bila dah tuang cheese mix atas brownies, jangan lupa buat corak2, create some fun effects! ai buat bulat2 pink, guna cheese mix+pink colour. hahaha. ok la kan?

transfer loyang dalam oven for 5-10 min- closely monitor sebab cheese boleh overbake. kena jaga2.

tadaa.. dah siap pink bolat cheese brownies. like :-

siapa mahu?

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.