cookies milo choc chip yang keras tapi crunch!



10.6.2012

mood nak bake cookies datang tanpa diseru. rasa nak bake cookies milo yang ada dalam buku resepi nestle. bahan2 ada so boleh proceed dengan baking cookies! yeay!

adunan keras semacam plak bukan macam usual doh buat choc chip cookies. awat ntah? seram plak. layan je susun atas tray bakar 12 min, suhu 150deg. biskut coklat ni susah nak monitor dah siap bakar ke belum. kalau leka memang hangus la kan.

seperti yang dinyatakan pada tajuk, cookies ai ni keras tapi rangup. haha. rasa milo memang obvious. sedap kot. hasil satu adunan dalam buku kata 60pcs, tapi ai dapat 150pcs saiz kecik. mana taknya cookies ni mengembang kot masa masak, nak elakkan saiz besar terpaksalah scoop adunan kecik2 atas loyang. gigih katanya...

tak tau la resepi or ai yang problem. maybe, kena kurangkan gula kot baru cookies tak keras? haish! lain kali la cuba lagi. huhu~

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.