errr.. jom induksi



29.6.2012

err, sok nak p induksi. aisey almost 2 weeks of induksi. haish. am I able to sit in a classroom? oh my!

dah la induksi ada exam. cet. dengar kuliah demi kuliah. mataku, hatiku mampukah mendengar, menghayati dengan tekun?

Dear Allah, give me strength. amin :-)

Posted via Huawei Ideos S7

FAA 2011: belum bermula pun yang



29.6.2012

sekarang sibuk betul orang nak register as food analyst. hoi kan dah ada Akta, dah ada fasal kata kena register perlu la alert kan. tapi ni betul2 memeningkan.

fyi, (non official statement), registration belum start lagi. kena tunggu regulation yang masih dalam semakan. once ready adalah promosi, road tour. masa tu kasi serbu!

sabar eh yang :-p

Posted via Huawei Ideos S7

selamatkan diri, kerana diriku lebih berharga



29.6.2012

kadang2 betul cakap dj. mungkin ai yang bermasalah. haha. tapi semakin hari makin awkward. ai dah move forward, yes. what ai can do. ai don't have power neither loud voice. so ai kena la sedar diri. hey, tapi suka ke kalau orang lalu lalang depan uols pastu pandang ekor2 mata je. macam pesalah dalam jel okay! whatever ur mata, do I look like care?

pastu boleh plak nak sarcarstic. libatkan orang lain. tak profesional. apasal dah tak tau nak letak ego kat mana? haha. dah ludah nak jilat.

ai do play smart. ai mengambil langkah berhati2. less communication mean less kurang ajar, kan? even though ai dah move forward, trauma tu masih ada. esp bila nampak kelibat jejak kat tempat seseorang. terus otak hantar mesej "merendahkan diri". terus otak kata "fake, fake!" bila nampak dari jauh plak, rasa nak menyorok walaupun sedar badan bukan kecik. der.

bukan lancar perang dingin, but more berhati2. silent is always the best killer. dah kena warning jadi pendengar je, tak boleh agresif, keja dalam pressure tinggi. what u aspect? tak kan tiba2 nak jadi orang bermulut manis dan gedik. oh please. tak ikhlas pun tak guna.

ada orang yang kata ai degil. as ai said, ai sudah cuba to be plain, ai dok diam2 buat keja, ok. tak pandang kiri kanan. siapa lalu pun mulut malas dah nak beramah mesra. choi kan. u dream of perubahan kan? terima lah. tak reti bersyukur? at least takde orang kurang ajar kan.

dear Allah, ai just want to protect myself. should ai be blame?

Posted via Huawei Ideos S7

RESEPI: Kek Coklat Cheese



27.6.2012

ai telah merajinkan diri untuk habiskan stock cream cheese sebelum g induksi sabtu ni. ditambah pula baru2 ni emi ada sebut pasal kek coklat cheese. maka atas sebab itu lah operasi kek coklat cheese dijalankan.

wah. wah. alasan kan. sendiri nak makan, tak nak mengaku :-p

ok, mari kita taip resepi ye. adunan ni dibakar menggunakan loyang 8x8 inch, segiempat 

RESEPI: Kek Coklat Cheese

Bahan-bahan Kek Coklat

2 cawan gula perang
3 biji telur
1 cawan butter (cairkan atas api sederhana)
1 tsp esen vanila
1 tsp chocolate emulco
1 cawan susu
2 cawan tepung superfine*
1 cawan serbuk koko*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonat*
1 cawan air panas (didih)

Bahan bertanda *, satukan dan ayak :-)

Bahan-bahan Cheese

250 gm cream cheese
1 biji telur
3 ts gula kastor
2 ts tepung jagung
1 tsp jus lemon

Cara membuatnya

Kek coklat
1. Wisk gula perang dan telur hingga sebati. Masukkan butter cair (telah disejukkan). Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan susu, choolate emulco dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
2. Dengan menggunakan spatula, masukkan adunan tepung (*) yang telah diayak. 
3. Akhir sekali, masukkan air didih
4. Bakar pada suhu 170 deg C selama 40 min (bergantung pada oven masing2), menggunakan api bawah sahaja

Cheese
1. Wisk cream cheese sehingga kembang. Masukkan gula castor, telur dan tepung jagung. Pukul hingga sebati
2. Masukkan jus lemon dan pukul hingga sebati
3. Apabila adunan kek coklat telah fully bake, keluarkan dari oven. Tuangkan adunan cheese atas lapisan kek tadi. Dengan menggunakan api atas, bake adunan cheese selama 5-10 min pada 170 deg C (bergantung pada oven masing2)

Nota kaki
1. Kalau nak buat ganache pun boleh. tapi oleh kerana ai takde stock whipping cream, maka buat la ganache bujang2 je. Double boil cooking coklat dan tambah susu, tuang atas kek. oleh kerana cooking coklat pun ada sikit je, maka tak dapat nak cover semua area. hehe :-)
2. Always remember, masa buat adunan kek, jangan over beat bila dah tambah tepung, sebab boleh merosakkan tekstur kek. 
3. Adunan ni kalau guna method kukus lagi moist!
4. Ok, have fun baking!

update 28.6.2012

malangnya takde rezeki emi nak makan kek coklat sebab dia kursus. so rezeki kawan2 lain lah nampaknya :-)

update 29.6.2012

patutlah tergerak hati nak simpan satu bekas kecik kek kat opis. hari ni emi datang p3 dan sampai hajat ai nak bagi dia makan kek coklat cheese. ok janji dah ditunaikan, settle. huhu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

RESEPI: M&M's choc chip (ver 2.0)



24.6.2012

baiklah mari mulakan operasi choc chip ver 2.0. kali ni masih menggunakan resepi kiena dengan sedikit olahan. ai buat adunan ni masa kat kampung. tapi ai tak puas hati ngan oven mak yang api atas-bawah tak berfungsi. maka ai telah pack 1/2 adunan untuk dibakar dalam oven ai. amazingly, walaupun adunan ni kena abuse tapi output memang terbaik! inilah rasa choc chip yang dicari2 :-) ramai yang puji kesedapannya!

hmm, tak kan nak abuse adunan baru cookies sedap? argh!

ok2 mari kita taip resepinya:

RESEPI: M&M's choc chip cookies ver 2.0

Bahan-bahan

250 gm butter (softened)

200 gm gula perang

1/4 tsp salt

1 biji telur

1 tsp esen vanilla

1/2 cup nestum

1/2 cup almond (cincang)

3 tube m&ms mini

1/2 cup choc chip

300g super fine flour

1/2tsp of baking powder

Cara membuatnya

1. Wisk gula perang dan butter hingga sebati. Masukkan telur, esen vanila

2. Dengan menggunakan spatula, masukkan campuran tepung+baking powder

3. Kemudian, masukkan nestum, kacang, chocolate cip dan m&m's. Gaul rata

4. Scoop guna sudu dan susun dalam tray. Untuk step ni ai guna piping beg je, senang :-)

6. Bake for 150 deg C, 15 min, api atas-bawah (bergantung pada oven masing2)

Nota kaki:

1. Adunan lembik dan bila bake mengembang. so masa dalam tray susun jarak2 supaya cookies tak jadi kembar siam.

2. Rasa memang fantastic.

3. Rugi kalau tak cuba bake. hehehe

Posted via Huawei Ideos S7

cik kecik @ 9 month++



22-24. 6.2012

oh my little girl is growing up! alahai dah semakin comel dan aktif. pastu dok jadi "parrot" ikut je apa orang ajar. mulut pulak asik pot pet. pening nak layan. hehe :-)

bila balik kg ni macam2 boleh tengok progress cik kecik. sekarang ni dah pandai berdiri sendiri. memanjat jangan kata la semua ceruk nak panjat. pastu atok lak ajar "menderam", dah kalau dia marah dia dok menderam. haha, tapi comel kot.

tido plak dekat2 nak kol 2 pagi. ada je aktiviti. latest dok rajin nak baca buku yang ai beli. macam2 karenah cik kecik ni. yet, sangat menggembirakan tengok dia membesar, ceria dan sihat2 selalu

hopefully cik kecik akan sentiasa dilindungi dan sentiasa sihat selalu ;-)

Posted via Huawei Ideos S7

oh lemonade!



22.6.2012

masa makan kat SR sempat juga try lemonade drink@secret recipe. nampak sedap kan? untuk ai yang dah penah minum lemonade yang sedap (sangat!) lemonade SR ni memang tak kool langsung! takde kepuasan masa minum, tapi still boleh menghilangkan dahaga!

adeh apasal lak ai dah obsess ngan lemonade ni?

Posted via Huawei Ideos S7

bangunan lama, kuala lumpur



22.6.2012

balik awal hari ni @3.30 pm, jom balik kampung! tak sabar nak jumpa lil auni, yeay!

sementara menunggu, snap gambar bangunan lama yang berdekatan. hmm, berapa la umur bangunan2 ni agaknya? masih bertahan dan tak mencacatkan pemandangan!

oh, kuala lumpur!



Posted via Huawei Ideos S7

lunch with cawangan-mate!



22.6.2012

seperti biasa cerita makan. kali ni nak celebrate birthday asmah on 21st june. lokasi kat secret recipe galeria, kedatangan 6 orang ahli cawangan dj, asmah, pn myza, cik laila, cik wi n ai. tidak dilupakan 2 orang ahli jemputan

cik wan n dyh o.

order memang tak ingat la. sana order, sini makan. haha. ai plak order aglio olio. dalam kepala dok teringat2 kesedapan pasta ni time makan kat new york (restoran). tapi bila sampai pedas tak ingat pastu tak sedap. huhu. frust je. nasib ada makanan lain yang mengenyangkan.

SR kat galeria baru 1 month buka masa hari kami datang. tempat pun cantik biasalah baru kan. cuma service agak slow. hopefully next time datang ada improvement, ok!

Posted via Huawei Ideos S7

pengalaman pertama: lif kereta



20.6.2012

lif kereta ke tempat pelawat memang kemudahan yang jarang2 kita dengar. ya, itu lah kali pertama ai, dj n kpp naik lif kereta. rasa takut n excited bersatu. oh kat mana? wisma kfc!

lif ni seperti lif yang selalu kita naik. cuma bezanya lif ni kita naik dengan kereta2 sekali. sebelum masuk lif kena tunggu signal, bila dah ada dalam lif kena matikan enjin dan nak keluar (balik) pun kena tunggu signal.

banyak hal lah!? nama pun pengalaman pertama katanya..

Posted via Huawei Ideos S7

agenda auntie kepoci: cloth diapers



20/6/2012

ada banyak orang cite pasal cloth diapers (cd) so ai pun tersibuk nak amik tau. al maklumlah banyak design comel2, harga boleh pilih yang mahal or murah. haish, untung la budak2 sekarang.

ai beli cd ni tru milkadeal promo, for 2pcs rm56. mahal? x sure tapi ai ada across beberapa online cd shop yang jual lagi murah.

masalahnya ai pun heran cd ni betul2 benefit ke kalau guna. macam tambah keja je? takpe2 nanti bila lil auni dah pakai cd auntie beli ai update. okay?

Posted via Huawei Ideos S7

ber "TANGO" dengan lil auni. yeay!



17.6.2012

lama tak jumpa lil auni. so ai dengan feeling2 oversea ai nak buat video call ngan cik kecik ni. haish, skype n ym tak boleh video call, katanya tak support. choice lain ada?

TANGO!

yup, download dan install senang je. pastu TANGO lah!

1st time lil auni cam takde mood n blur. haha. muka dia cam fikir "apa daa muka auntie kepochi kuar kat laptop ni". 5 min pertama ok pastu dia terus mengamuk. derr

2nd time lil auni mood baik. boleh gelak2, tepuk tangan. tapi beberapa minit lepas tu dia da stress, pastu mengamuk. haha.

apapun memang enjoy TANGO with lil auni. haish rindu plak kat dia. sobs :-(

Posted via Huawei Ideos S7

wordless wednesday



auntie lil's girl, qurratul auni :-)

Posted via Huawei Ideos S7

warna-warni M&M's mini



16.6.2012

saiz kecil rasa sama. hmm, ai tak pernah tau pun ada version mini m&m's sehinggalah ai pergi beli bahan2 nak buat m&m's choc chip (ver 1.0) menarik dan comel kan?

so kalau nak buat cookies sesuai sangat nak tenggek m&m's ni. surely cookies akan nampak ceria dan colourful uolls.

ai beli tube ni kat mesra petronas, rm3.40/tube. maybe ada jual kat kedai biasa ai yang tak jumpa agaknya :-)

colorful life starts with m&m's mini. yeeha!

Posted via Huawei Ideos S7

RESEPI: M&M's choc chip (ver 1.0)



16.6.2012

Tq to kiena sebab share resepi ni kat blog dia. ai did across so many times nak cuba resepi kiena dan akhirnya berjaya menjalankan misi baking m&m's choc chip ver 1.0 pada hari sabtu lepas

Resepi ni ai ada buat alteration ikut bahan yang ada kat rumah. Untuk resepi asal sila ke kiena m&m's choc chip chunk

RESEPI: M&M's choc chip cookies ver 1.0

Bahan-bahan

250 gm butter (softened)

200 gm gula perang

1/4 tsp salt

1/2 tsp chocolate emulco

1 biji telur

1 tsp esen vanilla

1/2 cup nestum

1/2 cup almond

3 tube m&ms mini

1/2 cup choc chip

300g super fine flour

1/2tsp of baking powder

Cara membuatnya

1. Wisk gula perang dan butatter hingga sebati. Masukkan telur, esen vanila dan chocolate emulco

2. Dengan menggunakan spatula, masukkan campuran tepung+baking powder

3. Kemudian, masukkan nestum, kacang, chocolate cip dan m&m's. Gaul rata

4. Untuk resepi ver 1.0 ni, ai tambah additional step. Simpan adunan dalam peti sejuk for 30 min

5. Setelah dikeluarkan dari peti ais, adunan masih lembut. So boleh la scoop guna sudu dan susun dalam tray. Untuk step ni ai guna piping beg je, senang :-)

6. Bake for 150 deg C, 15 min (bergantung pada oven masing2)

Nota kaki:

1. next try, ai ingat tak mau letak chocolate emulco ni sebab adunan turn warna coklat. Ai ni fobia sikit dengan adunan coklat ni sebab susah sangat nak monitor. hehe :-)

2. masa bake adunan ni tak mengembang seperti yang ai expect, mungkin sebab kesejukan adunan ni tak mau mengembang.

3. mini m&m's tu serius mahal. 1 tube = rm3.40 tapi ai beli kat mesra petronas hehe :-) obviously comel je kalau m&m's ni tertenggek atas cookies kan?

4. okay soon untuk cuba m&m's choc chip (ver 2.0). tungguuu...

5. komen dari orang yang makan sedap n manis sikit. biasalah kan orang yang buat pun dah sweet nak wat camne kan?


Posted via Huawei Ideos S7

durian...... again?



16.6.2012

sepatutnya ai nak balik kampung, dengar2 dah musim durian. alangkah syoknya kalau dapat makan durian kat sekinchan. huhu :-)

anyway, ai dapat melepaskan keinginan nak makan durian bila cik net ajak join beliau n geng salam makan durian kat bandar tasik permaisuri. ada pesta durian katanya.

masa kami sampai geng salam dah makan beberapa biji durian. tanpa melengahkan masa ai n cik net menggunakan bakat terpendam untuk pilih durian. of coz la ai yang kena pilih tapi dalam hati risau gak kalau2 buah yang dipilih tak menepati standard.

alhamdulllah 5 biji durian yang dipilih oleh kami memang tip top. kelass kan. tak sia2 ajaran uncle kassim.

lepas dah menghabiskan beberapa biji durian kami pun bergerak pulang. yeay! apapun alhamdulillah dapat gak makan durian :-)

Posted via Huawei Ideos S7

perantau hill, jom lunch



16.6.2012

lunch kat perantau hill memang syok. lokasi kedai ni tak jauh dari putrajaya, so bila2 pun boleh lunch sini (haha, bila2 katanya..)

cik net yang kenalkan tempat ni dan selalu tag ai makan kat sini. food yang disediakan memang menyelerakan dan selalu aje membuka keinginan nak makan. huahua. hmm, lauk yang mesti order oleh cik net ialah ayam goreng kampung. sedap hingga menjilat jari katanya. ai selalu ada banyak pilihan, cuba macam-macam food, rambang mata.

so guys jangan lupa singgah perantau hill, okay! sedap hingga menjilat jari. yeah!!

Posted via Huawei Ideos S7

charger tablet huawei ideos s7, oh sengsara.



14.6.2012

kan hari tu ai citer pasal  charger tablet buat hal ? stress makin menjadi2 bila cubaan cucuk mencucuk tak menjadi. haish tak keruan.

so tujuan utama ke mines sebab nak temankan dj beli bateri kamera n ai pula nak beli charger baru untuk tablet. untungnya dj, dia tak payah spent rm199 beli bateri sebab yang rosak cuma plug charger cost her around rm20.

malangnya bagi ai, ada kedai huawei kat mines. setelah dibuktikan charger ai bermasalah ai disuakan dengan charger original yang berharga rm130 boleh bikin tersedak dibuatnya. puas merayu dapat la diskaun rm10. adeh, duit cukup2 nak bayar. nak beli ke tak nak?

setelah fikir dan timbang sana sini, bayar gak la. sob sob. sedey betul. dah la di penghujung gaji. kerana mu charger tablet ai terpaksa turutkan. kalu tak macam mana nak blog uollss.

so uolls pengguna tablet huawei ideos s7, kalau nak cari charger ori bley beli kat mines kat area tempat hp banyak2. sediakan ongkosnya ye je :-)

sobs..

Posted via Android device

sweetchat: pancake durian, terbaik!



14.6.2012

pancake durian uolls? @>--- jom ke sweetchat, mines :-)

sebelum makan kat san fransisco pizza, dj n ai menyinggah kat sweetchat. dj kata kat sweetchat ada dessert yang terbaik. hmm, bila dj kata terbaik dan dipersetujui oleh ai, maka it is a MUST TRY dessert!

oh, it's pancake durian! first thought- lempeng durian? tebal, rasa tepung n ye ke ada durian?

masa untuk cuba!

first time dj keluarkan pancake durian dari plastik, masa tu we dah lepak kat meja makan san fransisco pizza. while waiting dj buka posa, dia pun offer soh makan. hmm, okay! pantang ajak kan...

bila masuk je mulut, terdiam. pergh, sedap kot. ini bukan pancake biasa! yang layer kuning tu tebalnya cam kulit popia, dalam ada thick whipped cream and of coz thick layer durian. sensasi durian memang mantap. rasa cam makan durian but actually pancake durian.

ai had 1 1/2 and dj makan the other half. rasa cam nak makan lagi!! best consume masa sejuk even kat penutup ada note makan within 1 hour kalau tak simpan kat peti sejuk. hah!

apa lagi. I'm not sure location sweetchat yang lain, but surely kalau korang craving nak makan durian yang not too durian boleh cuba makan ka sweechat. untuk haters durian, sorry uolls tetap tak boleh makan sebab pancake durian ada rasa durian sebenar. kelass!

give a try n enjoy!

Posted via Android device

makan...pasta vs lemonade



14.6.2012

fine, dj yang buka posa ai pula berlebih2. alang2 kan. yang peliknya citarasa nak berbuka memang tak beringat, nak makan kat san fransico pizza, mines. haha.

1st time makan sini. so tak tau apa yang best. so ai decide nak cuba ireland pasta (tak ingat nama penuh) n air lemonade.

rasa? sedapnya pasta ni! creamy sauce tapi tak muak, pastu ada mushroom, ayam, capsicum. nyum2!! lemonade pulak guna powder so rasanya kurang kick la compare to aunty anne's lemonade. apapun boleh layan~

dj plak makan lamb chop with black pepper sauce n coke lemonade. sos black pepper tu sedap, tapi dj complaint lamb overcook, so dah kurang juicy. coke lemonade memang lain dari yang lain.

overall, ai bagi 4.5/5 bintang. next time boleh g cuba lagy. yeahh!

Posted via Android device

raikan kegembiraan! mari pegi induksi, yeah!



13.6.2012

finally ada gak kursus induksi. makan tahun menanti. harap2 kali ni tak kena cantas lagi. huhu. tentatively, induksi start on 30th june sehingga lah 2 week selepas tu. lama kan? lokasi plak kat lumut perak.

tapi bulan julai ni a bit bz. ada workshop, conference. hmm. tapi away 2 week lebih mengusarkan. dah la takde pengganti sebab nuurul pun g induksi. camne lah agaknya. keja2 walaupun tak banyak yang berstatus urgent, risau gak dibuatnya. dah la folder2 ai pun tak tersusun (sangat). pening la kepala bos camni. iskh2

sayang plak kalau tak g induksi. lagipun, bukan pincang pun organisasi kalau ai takde. plus ai kan 'bermasalah', kalau ada pun kurang ajar nak watpe kan. haha.

banyak benda kena settle sebelum berinduksi. hmm, kena plan betul2 :-p

Posted via Android device

wordless wednesday


what say u?

iftar saban tahun.. aysk 96-00



12.6.2012

ramadhan semakin hampir, insya'Allah panjang umur dapat la bersama2 menunaikan ibadah berpuasa. yup, maka setiap tahun jugalah tanpa gagal ajk iftar (lantik sendiri) berusaha supaya setiap tahun iftar aysk 96-00 diadakan. komitmen katanya.

dalam diam2 usia penganjuran iftar dah menjengah angka 7! since tahun 2006 uolls! since we take over dari organizer yang lepas pada tahun 2008, iftar macam dah menjadi kemestian atau target setiap tahun. of coz tahun ni perancangan dah pun bermula.

tapi semakin lama cabaran nak mengumpulkan kawan2 1 batch ni semakin sukar. maklumlah masing2 dah ada komitmen keluarga so tinggal lah yang golongan yang tegar tak tukar status lagi berusaha untuk menjayakan iftar tahunan.

lucky that we still hav nana n raja around, masih sudi nak tolong kan. for us anis, emel n ai we'll try our best to make it happen!

hmm, as always banyak lagi benda nak kena follow up. tempat dah set, sacc tapi al masalahnya contact person tak reply2 email. rasa nak dush je cp ni. my task termasuklah nak buat promo event kat fb. tapi sambutan suam sangat. haish, letih2. emel n anis kena call kawan2 yang possible akan datang. muka tetap setiap tahun. hehe. tapi dengar2 ada orang nak kawin soon so mugkin kita expect muka yang datang iftar semata2 nak edar kad kawin. lol.

apapun we'll pray n try hardly to ensure this event is a sucsess. insya'Allah :-)

Posted via Android device

proven: baik untuk sistem pencernaan



11.6.2012

untuk orang yang sistem pencernaan kurang efisien mesti selalu rasa cam tak selesa n risau. hah risau ke tak? pastu cam jeles je bila sistem pencernaan orang lain berfungsi dengan baik. huhu.

tips ni dari nurse yang rawat my sis lepas pantang. dia kata selain dari minum air dengan banyak, adalah disarankan untuk makan prune bagi melancarkan sistem pencernaan. patut cuba kan?

ai cuba la saranan ni. mana tau sistem pencernaan lebih tip top?

heyyyy.. proven uollls! dan perut pastinya lebih selesa dan gembira :-) but after some time kena stop jugak, sebab bila perut dah imun, sure teknik ni tak berkesan.

ok jangan lupa cuba ya!

Posted via Android device

balik 5s.. tunjuk perasaan (^Π^)



11.6.2012

spoil betul mood hari ni. ai dah agak mesti tak boleh blah la nak mengadap kan. terngiang2 kata2 'baik' yang dilemparkan 3 week lepas. makan dalam kot. topeng muka pun dah tak mampu nak cover lagi. for me, no more good image. sorry.

others will say, things happen, just let it go. yup, but it' always easy to forget but hardly to forgive. hoi, kan bagus kalau ada sifat memaafkan? but will u? put yourself in my shoes.

patutlah xboss kata- ai will be place in black hole. cis! black hole tu ada dalam diri kot. macam mana bersungguhnya nak escape, tapi jalan keluar tak jumpa. sebenarnya ai trauma ke apa.

sudahnya balik or lari awal hari ni. malas ah nak berbudi bahasa. alang2 terlepas kata, rasakan serangan psikologi. provokasi halus. hahaha.

need a break. wanna meet my lil girl. hmm?

a sweet escape?

Posted via Android device

cookies milo choc chip yang keras tapi crunch!



10.6.2012

mood nak bake cookies datang tanpa diseru. rasa nak bake cookies milo yang ada dalam buku resepi nestle. bahan2 ada so boleh proceed dengan baking cookies! yeay!

adunan keras semacam plak bukan macam usual doh buat choc chip cookies. awat ntah? seram plak. layan je susun atas tray bakar 12 min, suhu 150deg. biskut coklat ni susah nak monitor dah siap bakar ke belum. kalau leka memang hangus la kan.

seperti yang dinyatakan pada tajuk, cookies ai ni keras tapi rangup. haha. rasa milo memang obvious. sedap kot. hasil satu adunan dalam buku kata 60pcs, tapi ai dapat 150pcs saiz kecik. mana taknya cookies ni mengembang kot masa masak, nak elakkan saiz besar terpaksalah scoop adunan kecik2 atas loyang. gigih katanya...

tak tau la resepi or ai yang problem. maybe, kena kurangkan gula kot baru cookies tak keras? haish! lain kali la cuba lagi. huhu~

Posted via Android device

raja buah, kampung mari :-)



10.6.2012

untung la cik net, kat kampung halaman ada pokok durian yang tengah berbuah. eh eh ai pun untung jugak, cik net bawa balik 2 biji durian untuk ai makan. best2!

sekarang ni musim ke? kalau musim kampung ai pun tengah rancak jual beli durian. best kalau balik kampung ni!

durian yang cik net bawa comel je. isi boleh tahan sedap. memang layan 2 biji sekaligus la kan. hehe :-)

hmm, sedapnya durian!! ada sesiapa nak belanja barang sebiji, dua?

Posted via Android device

charger tablet nyawa2 ikan. demm!



10.6.2012

stress betul bila mengenangkan charger tablet yang nyawa2 ikan ni haa. nak update blog pun sakit jiwa dibuatnya. al masalahnya mana nak beli charger baru pun tak tau. huhu :-(

tablet ai brand huawei- ideos s7 bukan versi slim. anyone? ada idea mana nak cari charger tablet ai ni. stress tahap nak makan orang ni. grrrr~

sekarang ni pun bukan main susah nak dapat mode charging. kena letak tablet satu tempat pastu cuba jaya cucuk charger. kalau ok charge kalau ko shut down mode. haish! help! help!

Posted via Android device

pisang tanduk. like!



9.6.2012

gambar tanpa motif. sekian :-)

Posted via Android device

heart oppa jm :-)



9.6.2012

obviously boring saturday n takdak keja. ai was watching masterchef selebriti yo. selalunya malas nak tengok sebab akan rasa lapar. haha.

heart la oppa jehan miskin. nampak macam tak terror masak, but he's like hmm oppa body builder, senyum menawan n terror masak rupanya.. pakej huh?

lelaki memang terror masak kan. ramai chef yang terkenal sume lelaki. bagusnya kalau dapat seseorang yang terror masak. * berangan*

kat umah selalu mak yang masak kan. dulu2 masa kecik2, kalau mak sakit ayah yang masak. even masak megi je pun dah rasa macam sedapnyaaa. my dad kadang2 je masak. ada one time tu dia nak cuba resepi baru, lidah lembu masak merah. hah, gigih my dad masak dari mula sampai plating. pergh, the taste was superb la tapi lidah lembu kan, kind of seram n geli je nak makan. tapi terpaksa makan jugak lucky rasanya tak teruk. huahua. hmm, but mom's cooking is the best! sebab mom always cook with love kan kan?

back to oppa jm, good luck. hopefully u'll be the 1st Masterchef Selebriti yeah!

Posted via Android device

ultra moist choc cake, katanya...



8.6.2012

bos dj belanja dj, kak piza n ai satu bekas ultra moist chocolate cake. hmm, sebab pe? ntah ai tumpang sekaki kot sebab dok sebelah kubikel dj. rezeki la tu :-)

hmm, trend sekarang jual choc cake dalam bekas agaknya. few area gak la ai spot tempat2 yang jual kat choc cake dalam bekas. mungkin sebab mudah nak pegang n makan :-)

ultra moist choc cake ni quite sedap. kek moist, cuma ganache tu pahit sikit. overall tip top 4/5.

tq bos dj :-)

Posted via Android device

takde keja ke?



8.6.2012

pagi2 dah bikin panas dan seram. ada orang yang kurang moral g tampal gambar perempuan tanpa baju kat notice board! message yang tertulis atas gambar "pls contact, en zaki, 013......., rm350, tingkat 3, blok 3.

iskh. ai tak sure bila gambar ni ada n berapa orang dah nampak. ewww~ so ai amik dan koyak halus2. apa daaa.. ada ke tampal benda2 camni kat notice board umum. merosakkan nilai dan minda je. tak pasal pagi2 jumaat tambah dosa kutuk orang.

pastu tiba2 nak rasa panik dan ngeri. orang yang tak bermoral ni mesti ada berdekatan je. iskh. bahaya betul! kena wat report kat ajk penduduk ke? hmm.

Posted via Android device

1977 ipoh chicken rice, jom makan!



7.6.2012

masa untuk makan.

yeah, selepas tukar duit kat summit dj n ai round kat area taipan subang. jumpa restoran nasi ayam :1977 ipoh chicken rice. so kami pakat nak cuba, mana tau boleh lawan kesedapan nasi ayam gemas? huahua :-p

dalam menu memang macam2 ada. dari ayam sampailah ke lala. kelass kan? kedai bersih n ada air cond, quite selesa. service cepat n friendly. amik order pakai pda kot. canggih. hehe

masa kami sampai, ramai pelanggan n 1 Malaysia :-) so memang wonder sedap ke food kat sini?

my order: nasi, roasted chicken, bean sprouts n ice lemon tea.

comment: nasi bau wangi n sedap dimakan. ayam a bit dry n sos kicap cair too salty. bean sprouts rangup n sos a bit salty. ice lemon tea tak cukup kaw, light je taste dia. overall 3.5/5

should we try other food in menu? hmm will see, one fine day (*v*)

p/s: nasi ayam gemas lagi sedap!!!

Posted via Android device

ops WON



7.6.2012

lagi beberapa hari dj nak fly ke korea with sue. bestnya makan angin! maka bila nak fly ke negara orang perkara yang penting nak diuruskan ialah pertukaran matawang. so dalam kes ni, dj tukar rm ke won.

money changer punya la jauh kat summit subang. dj kata walaupun jauh sikit tapi boleh save banyak. layan je lah, dj drive, ai follow. so, ai pun gedik nak tukar gak. nak order face mask korea kan. tukar rm110 dapat won40,000. hah, bestnya kalau won40,000 bertukar ke rm40,000 kan? *berangan*.

hmm, bilalah nak melancong. teringin nak tukar currency n shopping guna currency selain rm. yeah! mula tanam cita2 n azam :-)

Posted via Android device

kenangan... back to 1997 :-)



2.6.2012

it's unexpected! tak sangka akan kembali ke kem ni setelah hampir 15 tahun! n of coz with geng airyskiddo :-) dah macam jejak kasih pun ada!

kem ampang pecah!

sebenarnya ai memang gagal nak ingat kisah2 hot masa ni. rasanya objektif time ni untuk bina semangat kot. hah, semangat ke?

tapi the best part yang ai ingat kena mandi kolah ramai2. pergh time tu memang budak klang tak layan la mandi2 kolah ni kan. cari bilik air bertutup kot nak mandi. walaupun ada yang pandang serong.. ada ai kesah ke?

bila masing2 buka citer, hah macam2 kisah hot keluar. yang tak boleh blahnya, anis n azie bergaduh sebab hamudi. siapa hamudi dan kenapa diaorang gaduh? citer dah tak dapat recall :-p. tapi yang buatkan hati panas, balik dari kem ni, senior buat perjumpaan pasal kes anis vs azie. haha.

walaupun tempat ni dah nampak lama, tapi masih lagi beroperasi. kami pun tumpang mandi selepas berjam2 dok dalam sungai. surprisingly, kolah dah takde! haha. ada pembaharuan! pastu dewan makan dah besar n now dah ada tempat aktiviti luar- flying fox!

apapun, kami rasa gembira sebab dapat pijakkan kaki lagi kat sini. betul tak kawan2?!

Posted via Android device

KKB Water Rafting: percubaan pertama saya!

2.6.2012

emel n anis bersungguh2 paksa rela ai join water rafting. first time dengar macam best tapi lama kelamaan seram plak. hehe. emel yang buat booking with khersonese n communicate semua info to us thru mail. payment/pax rm180.

finally hari water rafting tiba. yeay! yang confirm join emel, anis, nard, ajim, ajis n ai. team beginner vs intermediate katanya.

perjalanan hari tu start at 7.00 am dari putrajaya. tq to emel n ajis yang pick ai. janji nak jumpa anis kat rnr sg buloh at 7.45am sebelum berkumpul kat rnr serendah to meet nard n ajim at 8.00am. dalam pukul 9.00am kami sampai kat tempat berkumpul: post office kkb. kat sana bai@guide rafter dah tunggu kami.

memandangkan hari tu bai handle group kami je so tentatif longgar la sket. kami g breakfast kat kedai mamak berhampiran sambil update citer masing2. around 9.45am gerak ke start point. bai pass dokumen wasiat soh sign. huhu. ajis n ajim plak kena hantar keta kat end point. while waiting kami pakai gear untuk rafting- life jacket n helmet.
 

dalam kol 10.15am bai bagi taklimat mengenai water rafting. memang jenuh nak ingat arahan: paddling forward, backward, over right, over left, front n back. itu belum lagi high, sit n hold. gigih dengar okay! part rescue paling gerun. tali, paddle dan yang paling penting kena tau self rescue. hmm..


10.30am bai suruh main2 kat air dulu. amik feel katanya. dah puas berendam, dalam kol 10.45am pengembaraan water rafting bermula, yeah!

sedia.....
lompat!

kami divide kepada 2 bot kecil. bot 1: beginner team-asie, nard n ajim, bot 2: intermediate team-emel,anis n ajis. setiap bot ada 2 guide. lega!

nard-asie-ajim

anis-emel-ajis


bai inform yang water level tak cukup tinggi hari tu. air empangan tak lepas hari ni. rugi...? hmm, siapa kata cabaran water rafting tak hangat? walaupun level air tak seperti diharapkan, tapi masih enjoy. ai bersyukur gak water level tak tinggi yang ni pun dah rasa nyawa2 ikan je. huhu~


kat kkb ni ada banyak jeram kecil n besar. air memang deras. banyak batu besar. bot plak kena lalu celah2 batu. masa ni la guide keluar arahan soh ke kiri, kanan, depan n belakang. kalau dah menggelabah arahan ntah ke mana kita ntah ke mana. ada gak tempat2 yang kita kena kuar dari bot especially bila air terlalu sikit. memang thrill okay!


guide banyak stop kat tempat2 menarik. sempat gak main keretapi air, mandi air terjun super sejuk n tengok ikan berenang. hebat ok!

pose dulu
ready untuk terjun!
keretapi la la la...
sesi salahkan ajis sebab putuskan keretapi?
pose kat air terjun
air terjun: air sejuk sangat!

tapi yang paling tak dapat dilupakan bila bot kami lalu satu jeram yang agak tinggi n air deras. ntah macam mana satu bot boleh terbalik! habis masing2 terpelanting sana sini. paling ngeri ai terperangkap bawah bot. seram, sempat gak la doa supaya panjang umur. at first memang panik dah la air dalam! pastu ai terus capai tali bot n keluar dari bawah bot. tak lama tu rasa cam ada orang tarik bawak ke tepi. seram kot, menggigil gak la dibuatnya. nak berdiri pun macam tak mampu. huahua :-)

gaya mesti ada
tempat kejadian
minit2 terakhir sebelum terbalik
ok scene lepas ni sepatutnya bot dah terbalik. hehe

lepas turn bot 1, turn bot 2 plak terbalik kat jeram seterusnya. hehe.

minit2 terakhir sebelum terbalik
jeng.jeng.terbalik!
hehe

perjalanan diteruskan ke end point. guide soh turun dari bot n floating sampailah ke end point! letih tapi seronok sangat!!!!


overall water rafting adalah aktiviti yang mencabar. my fren n ai sangat berpuas hati ngan perkhidmatan khersonese esp. to guide bai, man, jamal n surin. cabaran air masih mengujakan walaupun water level agak rendah. rendah kau kata. hahaha..



look forward untuk aktiviti2 water rafting akan datang di tempat lain or kita boleh datang kkb lagi bila water level tinggi. ada berani? hahaha.

pengembaraan water rafting hari ni tamat dalam kol 2.00pm. so lunch+solat dulu sebelum balik :-)

ok guys, jangan lupa cuba water rafting ok? jika saya boleh, anda pasti boleh! yeehaa!!
Powered by Blogger.