sunan musafir- pelengkap dwi triologi



tujuan utama ke pesta buku yang lepas tak lain tak bukan untuk beli pelengkap dwi triologi karya ramlee awang mursyid- sunan musafir. panas dari kilang!

kebetulan masa ai kat pesta buku, en RAM ada! apa lagi gigih la beratur nak amik autograph kan. suatu kemestian walaupun kena beratur 20 min :-) sempat juga la berborak ngan en RAM. like!

hari ni 12/5/2012 ai dah habis baca Sunan Musafir setelah 3 hari berusaha. hehe :-) ai memang follower 'laksamana sunan'.  masih ingat setiap watak2 dan jalan cerita setiap buku.

berbalik kepada sunan musafir, kali ni pelengkap novel ni lebih feel2 cinta. watak sunan lebih seimbang tampak tak terlalu sempurna, ye lah mana ada manusia yang sempurna kan? pastu lebih mencabar sebab nak kena link watak2 dari buku2 lain. hehe :-)

ai berpuas hati ngan pelengkap dwi triologi ni. mungkinkah akan ada triologi atau dwi triologi sunan musafir?

oh ya, masa ai borak kecil ngan en RAM sempat juga tanya, ada karya baru ke? en RAM jawab insya'Allah hujung tahun ni akan terbit. wah, hebat betul en RAM berkarya, semoga Allah berikan semangat dan daya kepada en RAM. amin :-)

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.