shah alam exciting race 2012- team 018



13/5/2012

dalam hidup ini lah first time ai masuk treasure hunt berkereta. so pencetus untuk join saer 2012 ialah cik net. so ai tag along emel n anis untuk join :-) so part registration ai yang uruskan. bayaran untuk join rm200/kumpulan.

hari kejadian

awal pagi dah bangun, semua kelengkapan yang difikirkan perlu dah bawa dan pakai uniform gangster kampung dusun. pagi2 dah bikin hangin sebab emel n anis tak nak pakai tshirt yang sama sebab geli. so sampai kat tempat berkumpul kena tukar baju dalam keta yang menyebabkan ai rasa macam *&%! sebab woi dalam keta nak tukar? korang kurus kot aku gemok so macam haram je bila nak buka n sarung tshirt lain. hangin je.

breakfast memang tak disediakan. ni part yang ai rasa kena improve. tak kan light breakfast pun takde? cet. nasib baik ai bawa bekal roti n tuna so piknik la kat tepi padang.

race start around 8am. ramai orang. macam2 gaya, macam2 ragam. muka terror pun ramai. total group ada 80+. haha. gila kentang kot?! race ni dimonopoli oleh lelaki. kalau group sumer pompuan boleh kira dengan jari. kecut perut *_*

walaupun namanya race, kami ni lebih banyak bersosial. macam masing2 1st time datang shah alam. orang buat task sungguh2 kami gelak2, amik gambar sampai penjaga checkpoint bising soh cepat. ala nama pun 1st time, takde idea pasal race ni. we just want to have fun!

seriously memang penat even dok dalam keta. cik net memang penat la sebab drive. mood dia pun dah tak ok bila dah tengah hari sebab penat n sakit kaki. team mate lain terpaksa la follow je kalau tak ke laut la race ni. we go slow&steady je lah. tempat checkpoint ni pun jauh2. pastu kami pun tak tau jalan. gps pun takde memang sesat barat. nak menang tu memang tipis la harapan. haha.

kol 3pm masa penamat race ni. masa tu kami baru sampai checkpoint 10/13. sure lah kantoi kan. tapi masa tu memang exhausted tahap nak surrender secara rela. tapi masa pun dah habis kira disqualified dari race ni. tapi masih boleh berbangga sebab ada dalam 10 group kot dah surrender awal2. kira walaupun kami masuk dalam geng corot masih gigih nak habiskan race. haha.

penutup event ni kat space u8 tempat baru dan kosong. patutlah versus buat kat sini. huhu. so ada sesi penyampaian hadiah. muka yang menang memang stok terror dan mungkin dah join hampir setiap tahun. susah nak kalahkan! huahua. sepatutnya penganjur kena sediakan hadiah untuk geng2 corot ni, ye lah walaupun dah tau akan kalah tapi masih gigih nak habiskan race! ah sijil pun tak dapat ni kan pulak hadiah. huhu :-p

overall, we have fun but untuk enter benda2 camni ada banyak yang nak kena pertimbangkan. selain dari persediaan mental n fizikal, kena gak tengok chemistry antara ahli pasukan. lagi? mindset untuk be positive n of coz dare to fail!

apapun, tq team mate : the javenture!

to mbsa aka organizer: this event was superb but there is still room for improvement such as:-

i) sediakan light breakfast. it's so important okay!

ii) jangan buat game sama berulang2- bagi klu pusing satu blok- boring!

iii) bagi la sijil penyertaan. baru excited nak masuk lagi tahun depan

iv) bagi hadiah kat group yang kalah tapi gigih gak nak habiskan game :-)

okay. have a nice day ya!

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.