saya hanya manusia yang masih punya nilai


21.5.2012

finally true colour mpen tertonjol keluar. light provokasi pun tak boleh handle. poor self stress management, i guess?

kurang ajar

rasanya hari ni macam extra cemerlang bila mpen label ai hampir >6 kali dengan perkatan "kurang ajar". well, word yang supposely tidak patut keluar dari mulut seorang boss yang "so call" rasional. haha. sebab nya ai pun kurang jelas. nak kata tak buat keja yang diberi lewat petang jumaat lepas, rasanya dah 80% siap kot. tak kan sebab ai tak pandang muka dan angguk yes boss maka ai patut dapat tengkingan yang tak sepatutnya di pagi hari isnin ni?

you just spoil my day, mpen!

observer

rupanya mpen cari masa yang tepat je nak buat serangan peribadi. katanya dah lama dah dia jadi observer. tak tahan asik kena provok. lama2 makan hati berulam jantung kot. rasa tercabar katanya. aik kata rasional boleh meneutralkan sesuatu yang negatif kepada positif.

kursus

sebab mpen dah hangin satu badan boleh plak dia kuar idea yang ai should go kursus. haa.. kursus? psikologi? adab n tata susila? whatever.

traditional boss

sepatutnya boss zaman sekarang dah move forward. kalau dah tau nak handle staff gen-Y, kena lah tau how to tackle situation. mindset "bos is always right" dah kena buang dalam tong alam flora. dah tak relevan. ortodoks sangat kot?

style

mana boleh nak paksa orang tukar style. that is how people work. yup, ai memang bukan type staff kelas A+, yang selalu jadi pendengar dan YES BOSS. ai was trained to be this type. selalu provok, fast react dan berani untuk melontarkan kata or dalam bahasa kasar menjawab. yup, that is so ME! i'm not type yang akan pandang muka tepat2 dan angguk setiap perkataan yang bos keluarkan. ewwww. perlu ke? pastu boleh plak nak suruh jadi PENDENGAR je? sanggup ke nak berhadapan dengan PEMBERONTAKAN?

ketua

okay, kalau sedar yang dah tua dan ketua, why are u not react as u suppose to be? perlu ke nak ulang " saya ni dah tua, bukannya you punya kawan2, saya ni boss u, kena la respect"? so WHATT? ai bukannya over limit, tau batas2. sedar diri.

personal attack

ai okay je kalau nak kritik pasal keja ke tapi bila dah kena serangan peribadi mana la tak panas hati. patut ke nak cakap u ni kalau kawin mesti laki u tak tahan sebab asik nak bergaduh mak mertua pun mesti tak suka. derrr. perlu ke nak cakap camni? macam haram je kan?! pastu boleh plak kata lepas ni balik tempat istigfar banyak2, amik masa fikir apa kesalahan yang ai buat sampai kena tengking. derr. hah pasal kaler baju ai pakai pun nak kena jadi point gak. gila kreatif.

rasional

"saya ni lelaki lebih rasional, tak bawak dalam hati kalau benda2 yang negatif ni" hoi hoi tak bawa dalam hati? habis tu yang muka macam nak telan orang, badan menggigil2 tu apasal? yang ketuk meja sambil jerit DIAM! sampai orang lain dengar tu rasional sangat ke. hohoho. lawak kot? pastu boleh plak kata "u tak tau lagi saya kalau marah macam mana, teruk u kena nanti. hah, rasional ke??

bos tak penah ajar ke?

mpen kata "perangai u ni macam ni ke dengan bos? sebelum ni keja tak kan bos tak ajar"? good question. my ex bosses yang trained ai to be agressive jangan passive. ajar ai macam mana nak provok. macam mana nak keras kan hati. degil? memang naturally anak sulung ada karakter ni.

marah

mpen kata sepanjang dia keja tak pernah dia marah orang, tak pernah cakap orang kurang ajar. ai la orang pertama dia cakap semua tu. siap tanya kak piza pernah ke kak piza nampak dia marah orang lain, marah kak piza. nak keji ai lah tu. ada ai kesah? nope. hati kering.

puji

dah menengking boleh plak nak memuji. dah macam letak racun dalam air pastu kena paksa minum. boleh plak nak kata ai ni baik, keja ok cuma kena tune perangai yang busuk tu. pastu ingat ai nak terima ke pujian yang obviously tau yang pujian tu sume FAKE.

merendahkan diri

ai ingat selama hari ni tindakan tu sume ikhlas. rupanya FAKE lagi? adakah mpen kata "saya dah merendahkan diri cuba buat baik bila datang kat partition u all bila nak minta buat keja, sepatutnya u all yang kena mengadap kat bilik saya" ni la mentaliti BOSS IS ALWAYS RIGHT.

warning

ni part yang ai tak paham. ada plak kata "saya nak u ubah perangai jangan nak buat ikut suka je, kalau u tak nak berubah saya akan pindahkan u atau u akan kerja bawah saya tapi kena pressure yang lebih teruk lagi". haaa kelas tak? takut? no comment. pastu cakap "jangan nak cabar2 saya, nak malukan saya dalam mesyuarat, ingat saya boleh malukan u lebih teruk lagi". haa kelas kuasa 2. apa yang ai buat dalam meeting cuma menjawab bila dia tanya takde la sampai kutuk dia pendek ke apa. itupun nak sentap. emosi betul.

kak piza kat sebelah kesian dah ai tengok. tunduk je. bila ai tanya rupanya dia dah bergenang air mata. tak penah kena marah. dia yang takde kena mengena pun kena marah.

buka minda

mpen fikir ai orang yang tertutup. tak boleh terima kritikan. dia siap cakap u buka fikiran, fikir dalam2 apa yang dia cakap. semuanya mesti betul.

stress

ai memang train myself untuk tidak berada dalam mode excessive stress. jangan silap stress sangat perlu untuk drive diri kita. self motivational. tapi mpen kata hari ni dia datang keja takde stress. ai yang menyebabkan dia stress. tapi tak lama kemudian cakap yang dia stress sebab kena marah ngan boss pastu ada macam2 lagi punca stress. pastu ai pulak nak tambah. signifikan ke? ntah la...

tak payah nak bising2

ni lagi satu talam. kata apa yang bincang habis kat dalam bilik je. diam jangan nak citer2. apsal plak boleh nak korek2 citer kat orang lain. bosan. cakap tak serupa bikin.

fine.

hati ai memang kering la bila kena tengking macam ni. rasanya kalau orang lain mungkin dah blah dan lebih teruk dah balik rumah. sejam kot kena brain wash. hati menggelegak tapi control je. diam, lebih baik. masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

nasib baik ni bukan kali pertama kena macam ni. kalau lah ai ni junior dalam alam pekerjaan ni mungkin dah tender resignation. haha. hati kering. boss juga yang kata ai ni keras hati. rasakan lah. haha

tak mungkin lah karekter ai akan ubah secepat kilat. manusia mana ada yang sempurna. dalam ramai2 yang baik mesti ada watak antagonis. barulah drama. kalau diri sendiri pun tak boleh nak ubah mimpi je lah nak ubah orang

letih sebab penat tahan marah hari ni. penat sebab tak dapat nak meluahkan. kesal sebab masih ada lagi pemikiran ortidoks. kecewa sebab respect hilang sekelip mata.

puas hati dapat taip kat sini.

sudah, cukup, cukup sudah....

Posted via Android device

4 comment:

norinaomar said...

BAGUS ASIE!! Orang macam tu memang kena ajar sebab selama ni dia dok jumpa orang yang Yes Bos aje..

Dia telah menunjukkan kebodohan dia..

asilahkassim said...

Yup I guess on other hand should work on improving some soft skill. Huahua. Tu la kasar dan keras sangat.

norinaomar said...

ko kan ganas n gangster,=)

asilahkassim said...

yup dan tak berubah2 lagi. hahaha

Powered by Blogger.