SAER 2012 " the checkpoint"



13/5/2012

part nak recall checkpoint ni yang susah sikit. haish da seminggu selepas shah alam exciting race 2012 baru nak update kan?

oleh kerana team ai tak habiskan race ni, maka akan ada 10/13 checkpoint sahaja. harap maklum :-)

CP 1 susun huruf

ni kira 'oh pening' task. untuk cp ni kami dapat 18 huruf pastu kena susun jadi 25 patah perkataan. pastu kena buat cogan kata dari 3 perkataan yang kita dah senaraikan. dah siap dapatkan klu seterusnya.

tahap kesukaran: 1

team: setakat susun perkataan ni sekejap je lah, tapi part buat cogan kata tu confius plak apa yang diaorang nak. rupa2 nya kena select 3 perkataan untuk isi tempat kosong. oh!

CP 2 kapal terbang kertas

buat kapal terbang kertas dari kertas A4 yang diberi. pastu terbangkan masuk dalam baldi yang jaraknya dalam 5 langkah kaki. bila kapal terbang dah masuk dalam baldi dapatkan next klu

tahap kesukaran: 1

team: ni perlukan skill buat kapal terbang kertas. nak terbangkan tu agak susah sikit. tapi emel berjaya fokus dan masukkan kapal terbang dalam baldi. yahoo!

CP 3 kedai lampu+amik gambar tugu shah alam

kena cari kedai lampu kat seksyen 4. kat sana diberi sehelai A4 yang ada klu. kena match kan klu tu dengan nama2 kedai kat kawasan tu. dah isi semua dapatkan next klu

tahap kesukaran: 2

team: mula2 tu blank gak. nak cari nama yang ada kaitan ngan klu. kat sini memang spent masa lama. ye la ingatkan nak jawab betul2 rupanya asalkan isi je. cet! amik gambar kami skip terus g next place.

CP 4 pasar karat dan penderam

jual 4 item dari sorang peniaga ni dan bagi sekretariat rm16. dah jual dapatkan next klu

tahap kesukaran:3

team: apahal nak jual2 lak ni. leceh kan? takpe cari penyelesaian segera :-p. kat sini ada bonus point. kena makan telur mentah. der gila ah nak makan telur mentah. salmonella kot?

CP 5 perpustakaan

kena baca 3 buku, keluarkan fact, dah siap dapatkan next klu.

tahap kesukaran: 3

team: keja membaca ni bagi kat cik net n emel. bos2 suka membaca kan? ai ngan anis lepak kat luar library sambil bergosip. haha.

CP 6 kayu vs layang2+amik gambar @ alam impian

checkpoint ni kat mbsa shah alam kota kemuning. sampai2 ada 2 task yang pertama kena belah kayu, kedua kena buat layang2. dah siap dapatkan next klu

tahap kesukaran: 4

team: nak belah kayu memang dah susah kot! buat layang2 bab tampal2 senang bab nak layangkan fail. tak nak naik! nasib baik ada bro yang tolong tapi tu pun lepas dah membebel banyak. huhu. amik gambar punya lah jauh kat alam impian.

CP 7 al rafi kedai mamak

kat sini diberi klu dan kena match dengan jawapan nama kedai (lagi?) dah siap dapatkan next klu

tahap kesukaran: 3

team: masa ni dah malas, lapar dan penat. boring gak kena buat benda sama. jawab cincai2 pusing 4x blok bangunan dan gerak ke next klu

CP 8 padang sekolah+amik gambar dengan lampu binatang @ i-city

kena tendang bola ragbi hingga melepasi tiang. dah lepas dapatkan next klu

tahap kesukaran: 5

team: hek eleh sukar kot. dah la tendang dari arah jauh pastu tinggi lak tiang ragbi tu. ai memang tendang jauh ok tapi tinggi tak lepas. emel gak yang berjaya melepasi halangan. huhu :-) ni memang menyebabkan sakit pinggang! pastu kami ke i-city cari lampu binatang. nasib baik jumpa. i-city besar kot?

CP 9 sapu habuk cari sampul stadium shah alam

kena cari sampul surat yang lekat bawah kerusi dalam stadium ni. dah jumpa dapatkan next klu

tahap kesukaran: 5

team: keja gila. nak cari bawah seat yang banyak tu. dah la berhabuk seat2 ni. nasib baik anis gigih cari. yang lain dah berlakon cari je. penat! oh kami gak g cari tugu shah alam untuk amik gambar.

CP 10 kayak di tasik shah alam

bayar rm5 untuk kayak. cari bola biru n kuning kat pulau2 yang ada kat tasik. dah jumpa dapatkan next klu

tahap kesukaran: 3

team: kayak ni memang emel ngan anis suka. so diaorang g kayak. ai bagi sokongan moral. cik net dah sakit kaki dan dah exhausted. demm bila nak disqualified nih? emel n anis bawak macam2 kaler bola, tu lah tak dengar arahan kan, kan?

CP seterusnya..... tak tau sebab tak lepas. hehe :-)

tahap kesukaran

1 - kacang putih

2 - kacang

3 - ok lah

4 - hmm susah gak ni

5 - susah gila kot!

we have fun n exhausted too!

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.