kau mudah lupa



perjuangan demi perjuangan

kosong

cita-cita tersasar jauh dari matlamat

apa tujuannya?

politik? impian yang tinggi melangit?

atau sekadar melepaskan batuk ditangga

menjadi sayap kanan katanya

walhal tiada tempat langsung dimata mereka!

ah! kau mudah lupa

bukankah hidup ini punya landasan?

kenapa berfikiran enteng bila kau punya otak bergeliga?

bukan kemusnahan yang kita cari

bukan perpecahan yang kita damba

bukan kebodohan yang mahu kita banggakan!

kembalilah kepada jalan yang benar

kembalilah kepada PenciptaMU

buang jauh angkuh, sombong, dungu, tamak dalam diri

carilah damai

carilah cinta

carilah penyatuan

jangan mudah lupa

fikirkan..

ludah yang kau tuju ke langit

satu hari akan jatuh ke muka kau sendiri

1/5/2012 perjalanan masih jauh, esok masih ada kah harapan?

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.