mei 2012


31.5.2012

wow! akhirnya tiba penghujung mei. alhamdulillah, a great month ai guess?

ada banyak perkara first time berlaku sepanjang mei, ada benda baik dan of coz ada benda yang paling annoying dan membencikan berlaku? how I wished to swept away those bad thoughts about 'that day'.

saer 2012 was a blast! enjoyed fun time with besties! walaupun dapat tempat corot?

komitmen rm meningkat selari dengan naiknya rm. haish! lega that d twins dah habis diploma kat poli. so boleh mula bayar ptptn secara konsisten semula :-(

little auni dah 8 month +, dah semakin sweet, nakal dan bijak :-)

my baking skill dah tumpul. kena asah semula ni. huhu. *frust lagi bila fikir pelangi yang tak menjadi*

work: hmm, kemuncak 5S berjalan dengan jayanya. so sekarang kena maintain- sentiasa amal katanya. nuurul plak dah kena pindah menyebabkan boring sket sebab takde rakan sepasukan untuk kerja dan gosip. boss? sejak kena tengking hari tu ai tak penah lagi berdepan dengan boss. how should ai react pun ai tak sure? nak fake ke perangai or just being myself? haha.

koleksi novel dah bertambah. pbakl punya pasal lah! hehe. sudahnya hanya 1/10 novel yang mampu dibaca sehingga hari ini.

gemuk. semakin hari semakin berat. bulan mei ni memang lupa diri la asik makan je. harapan nak turunkan berat tapi usahanya lebih kepada menambahkan berat. alah. bulan depan nak pasang azam. cer...

jun 2012

hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar, azam akan dicapai dan kerja akan lebih positif&happy. Amin

terima kasih ALLAH :-)

Posted via Android device

pelangi tak menjadi. skill dah ke laut?



30.5.2012

dah berhari2 nak buat kek. terapi jiwa kan. pastu tak beragak2 nak buat kek rainbow. haha. susah kot nak buat kek tu tapi dah terpedaya dengan rupanya yang nampak cantik.

resepi daripada myresepi. sebab pilih resepi ni, kerana kagum ramai orang buat menjadi. dek kerana lupa diri dah lama tak bake, dengan yakinnya menyahut cabaran. yeah!

balik keja beli barang, sampai kat umah terus setting. excited kan. baca resepi betul2 ngan prepare barang2. al masalahnya ada 1 barang susu pekat kena campur ngan air, tapi takde sukatan air. katanya tambah je berapa banyak air, tak kisah. maka ai dah portion 50:50, susu pekat:air.

baked lapisan pertama dah detect something wrong. kek tak naik pun? pastu moist sangat. sure lebih air.

baked lapisan kedua, hmm gerenti bermasalah.

seterusnya...?

tong sampah :-)

bahan2 dah betul cuma air tu terlebih. aiseyy bagitau je la guna brp ml air. kan dah tak jadi kek ai!!!!!?

okay tapi tu mungkin salah satu sebab je selebihnya skill dah tumpul dan mood baking takde tapi paksa gak diri nak bake.

takpe next time cuba lagi. yeah!

Posted via Android device

acara menggemukkan. haish!



29.5.2012

bila ntah nak bertaubatnya. asik g makan je. demm. hari ni follow cik dj n cik wan makan kat seoul garden, IOI Mall Puchong. cik dj posa so ikut tekak dia teringin nak makan mana. huhu.

seoul garden serve makanan korean style. mentang2 cik yang berdua ni nak g melancong korea, dah start training bagai. choi sangat!

kat sini makan buffet style. sorang dalam rm43 nett. ada banyak raw meat, vege, dessert, buah, mee, nasi,  air dll. pergh, hebat kot. banyak pilihan dan rambang mata.

lepas dah pilih boleh la masak sendiri. rebus atau panggang atas kuali leper ala2 korean style. ai prefer meat ni at least 95% masak baru makan. tapi cik dj kata kalau half cook lagi sedap tender and juicy! hehe, terpulang selera masing2.

air plak dah masuk sekali dalam set. boleh refill, kalau larat boleh minum sampai pengsan.

sekali makan memang letih la. ada sampai satu tahap nak terkeluar benda2 yang dok sumbat. serius senak. kalau tembolok bosar boleh kot?

ok siapa nak makan kat sini pastikan korang lapar tahap kebulur, baru la boleh enjoy! hehe :-) tak sia2 gak la ai follow cik dj, at least ai belajar benda baru!

Posted via Android device

tamak haloba :-p



24.5.2012

day after beli dejavuu cake kali pertama terus nak beli 3 cup sekaligus! hmm ye la beli 1 rm 4, beli 3 rm10. haa kan berbaloi2 kalau beli 3 terus?

dasar mulut naga. tamak haloba. haha

antara 3 ni ai suka choc cheese tu la kan. sedap nya! lepas ni nak beli katne eh, hari belia dah nak tutup kedai!

huhu,  I'm gonna miss u, dejavuu :-)

Posted via Android device

my girl lil auni@8 month++



26.5.2012

seminggu lepas lil auni balik dari kampung sabah, now it's time nak balik rumah sendiri. walaupun atuk dah keberatan tapi life must go on :-) untung la cucu 1st manja terlebih!

sekarang lil auni dah 8 month plus. dah semakin cerdik, semakin nakal dan semakin garang! haha. dah recognize closest faces dan sangat observant.

hari ni sempat bawa lil auni to jom hoboh vs hari belia. as usual dia tak meragam, tapi sentiasa tercengang. banyak sangat benda baru. penat nak masuk satu2 dalam kotak fikiran.

hopefully, lil auni akan terus diberi kesihatan yang baik dan jadi anak yang solehah. auntie sayang awak :-)

Posted via Android device

teknologi makanan: cheese cake in cup



23.5.2012

kalau teringin nak makan cheese cake la la tu, jangan lupa try cheese cake in cup dejavuu.  hari ni masa ai jalan2 kat booth hari belia terserempak dengan inovasi ni.

pernah ke korang fikir nak makan cheese cake akan jadi semudah ini? first time tengok ingatkan ice cream. yo lah dalam kepala ni tak penah lak terfikir orang nak jual cheese cake ala2 jual aiskrim. bila dah makan tester tersedap plak, maka terbeli :-)

tak rugi beli, dijamin sodap!

Posted via Android device

AVON's organizer bag



22.5.2012

lama dah nak cari organizer bag last2 beli organizer bag avon je lah. hehe. murah dan menyelesaikan keserabutan dalam beg :-)

warna pink, tak menahan! feeling gadis2 muda belia.

Posted via Android device

LIKE! carrot slice secret recipe :-)



22.5.2012

sebab-sebab kenapa saya super like carrot slice secret recipe!

1. kek carrot adalah sangat sedap!

2. cream cheese aka topping sedap dan tak muak nak makan

3. combination kek n cheese adalah terbaik, lagi2 kalau cheese tu cair :-)

4. carrot cake banyak 'bahan asing' yang menambahkan kesedapan kek

nak belajar buat carrot cake with cream cheese topping!

tapi........

1. kos, banyak bahan kena beli

2. resepi yang terbaik or pasti jadi?

3. adakah kek tu akan jadi lebih sedap dari SR?

4. beli kat SR kan lagi senang? hehe :-)

kesimpulannya, beli je lah kat SR!

Posted via Android device

laksa johor cik noridah



20.5.2012

rasanya macam dah blog pasal resepi terbaru cik noridah aka housemate rupanya belum. kali ni cik noridah mengasah bakat masak laksa johor.

ai jarang2 makan laksa johor so tak berapa familiar rasanya. tapi kuah laksa johor cik noridah agak baik. sedap, kira kalau nak present kat bakal mak mertua kira lulus.

lately rajin benar housemate ni masak, dah nak dekat2 kot makan nasi minyak. hehe :-)

Posted via Android device

madam kwan's fish&chip



21.5.2012

hari ni teman cik net n cik wan buka posa kat madam kwan. nasib baik la cik wan posa teringat2 nak makan nasi bojari, kena turutkan kemahuan *walaupun dah hujung bulan, hehe*

so tekak rasa nak makan yang sedap, maklumlah nak tenangkan jiwa. food always make me feel happy. haha. so ai order fish&chip.

fish&chip ni agak sedap, dengan potongan ikan yang besar dan rangup. like. tapi oleh kerana besar sedikit muak nak makan. not sure sebab ikan or sos dish ni. apapun layan je lah :-)

makan sampai kenyang!

Posted via Android device

sedap kot?!



21.5.2012

banana fritters with vanilla ice cream @ madam kwan

sedap sangat dan able untuk turunkan temperature yang mencanak naik hari ini. tapi agak mahal rm 11+. tapi worth to taste :-)

p/s: temankan cik net n cik wan buka posa kat madam kwan. like!

Posted via Android device

saya hanya manusia yang masih punya nilai


21.5.2012

finally true colour mpen tertonjol keluar. light provokasi pun tak boleh handle. poor self stress management, i guess?

kurang ajar

rasanya hari ni macam extra cemerlang bila mpen label ai hampir >6 kali dengan perkatan "kurang ajar". well, word yang supposely tidak patut keluar dari mulut seorang boss yang "so call" rasional. haha. sebab nya ai pun kurang jelas. nak kata tak buat keja yang diberi lewat petang jumaat lepas, rasanya dah 80% siap kot. tak kan sebab ai tak pandang muka dan angguk yes boss maka ai patut dapat tengkingan yang tak sepatutnya di pagi hari isnin ni?

you just spoil my day, mpen!

observer

rupanya mpen cari masa yang tepat je nak buat serangan peribadi. katanya dah lama dah dia jadi observer. tak tahan asik kena provok. lama2 makan hati berulam jantung kot. rasa tercabar katanya. aik kata rasional boleh meneutralkan sesuatu yang negatif kepada positif.

kursus

sebab mpen dah hangin satu badan boleh plak dia kuar idea yang ai should go kursus. haa.. kursus? psikologi? adab n tata susila? whatever.

traditional boss

sepatutnya boss zaman sekarang dah move forward. kalau dah tau nak handle staff gen-Y, kena lah tau how to tackle situation. mindset "bos is always right" dah kena buang dalam tong alam flora. dah tak relevan. ortodoks sangat kot?

style

mana boleh nak paksa orang tukar style. that is how people work. yup, ai memang bukan type staff kelas A+, yang selalu jadi pendengar dan YES BOSS. ai was trained to be this type. selalu provok, fast react dan berani untuk melontarkan kata or dalam bahasa kasar menjawab. yup, that is so ME! i'm not type yang akan pandang muka tepat2 dan angguk setiap perkataan yang bos keluarkan. ewwww. perlu ke? pastu boleh plak nak suruh jadi PENDENGAR je? sanggup ke nak berhadapan dengan PEMBERONTAKAN?

ketua

okay, kalau sedar yang dah tua dan ketua, why are u not react as u suppose to be? perlu ke nak ulang " saya ni dah tua, bukannya you punya kawan2, saya ni boss u, kena la respect"? so WHATT? ai bukannya over limit, tau batas2. sedar diri.

personal attack

ai okay je kalau nak kritik pasal keja ke tapi bila dah kena serangan peribadi mana la tak panas hati. patut ke nak cakap u ni kalau kawin mesti laki u tak tahan sebab asik nak bergaduh mak mertua pun mesti tak suka. derrr. perlu ke nak cakap camni? macam haram je kan?! pastu boleh plak kata lepas ni balik tempat istigfar banyak2, amik masa fikir apa kesalahan yang ai buat sampai kena tengking. derr. hah pasal kaler baju ai pakai pun nak kena jadi point gak. gila kreatif.

rasional

"saya ni lelaki lebih rasional, tak bawak dalam hati kalau benda2 yang negatif ni" hoi hoi tak bawa dalam hati? habis tu yang muka macam nak telan orang, badan menggigil2 tu apasal? yang ketuk meja sambil jerit DIAM! sampai orang lain dengar tu rasional sangat ke. hohoho. lawak kot? pastu boleh plak kata "u tak tau lagi saya kalau marah macam mana, teruk u kena nanti. hah, rasional ke??

bos tak penah ajar ke?

mpen kata "perangai u ni macam ni ke dengan bos? sebelum ni keja tak kan bos tak ajar"? good question. my ex bosses yang trained ai to be agressive jangan passive. ajar ai macam mana nak provok. macam mana nak keras kan hati. degil? memang naturally anak sulung ada karakter ni.

marah

mpen kata sepanjang dia keja tak pernah dia marah orang, tak pernah cakap orang kurang ajar. ai la orang pertama dia cakap semua tu. siap tanya kak piza pernah ke kak piza nampak dia marah orang lain, marah kak piza. nak keji ai lah tu. ada ai kesah? nope. hati kering.

puji

dah menengking boleh plak nak memuji. dah macam letak racun dalam air pastu kena paksa minum. boleh plak nak kata ai ni baik, keja ok cuma kena tune perangai yang busuk tu. pastu ingat ai nak terima ke pujian yang obviously tau yang pujian tu sume FAKE.

merendahkan diri

ai ingat selama hari ni tindakan tu sume ikhlas. rupanya FAKE lagi? adakah mpen kata "saya dah merendahkan diri cuba buat baik bila datang kat partition u all bila nak minta buat keja, sepatutnya u all yang kena mengadap kat bilik saya" ni la mentaliti BOSS IS ALWAYS RIGHT.

warning

ni part yang ai tak paham. ada plak kata "saya nak u ubah perangai jangan nak buat ikut suka je, kalau u tak nak berubah saya akan pindahkan u atau u akan kerja bawah saya tapi kena pressure yang lebih teruk lagi". haaa kelas tak? takut? no comment. pastu cakap "jangan nak cabar2 saya, nak malukan saya dalam mesyuarat, ingat saya boleh malukan u lebih teruk lagi". haa kelas kuasa 2. apa yang ai buat dalam meeting cuma menjawab bila dia tanya takde la sampai kutuk dia pendek ke apa. itupun nak sentap. emosi betul.

kak piza kat sebelah kesian dah ai tengok. tunduk je. bila ai tanya rupanya dia dah bergenang air mata. tak penah kena marah. dia yang takde kena mengena pun kena marah.

buka minda

mpen fikir ai orang yang tertutup. tak boleh terima kritikan. dia siap cakap u buka fikiran, fikir dalam2 apa yang dia cakap. semuanya mesti betul.

stress

ai memang train myself untuk tidak berada dalam mode excessive stress. jangan silap stress sangat perlu untuk drive diri kita. self motivational. tapi mpen kata hari ni dia datang keja takde stress. ai yang menyebabkan dia stress. tapi tak lama kemudian cakap yang dia stress sebab kena marah ngan boss pastu ada macam2 lagi punca stress. pastu ai pulak nak tambah. signifikan ke? ntah la...

tak payah nak bising2

ni lagi satu talam. kata apa yang bincang habis kat dalam bilik je. diam jangan nak citer2. apsal plak boleh nak korek2 citer kat orang lain. bosan. cakap tak serupa bikin.

fine.

hati ai memang kering la bila kena tengking macam ni. rasanya kalau orang lain mungkin dah blah dan lebih teruk dah balik rumah. sejam kot kena brain wash. hati menggelegak tapi control je. diam, lebih baik. masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

nasib baik ni bukan kali pertama kena macam ni. kalau lah ai ni junior dalam alam pekerjaan ni mungkin dah tender resignation. haha. hati kering. boss juga yang kata ai ni keras hati. rasakan lah. haha

tak mungkin lah karekter ai akan ubah secepat kilat. manusia mana ada yang sempurna. dalam ramai2 yang baik mesti ada watak antagonis. barulah drama. kalau diri sendiri pun tak boleh nak ubah mimpi je lah nak ubah orang

letih sebab penat tahan marah hari ni. penat sebab tak dapat nak meluahkan. kesal sebab masih ada lagi pemikiran ortidoks. kecewa sebab respect hilang sekelip mata.

puas hati dapat taip kat sini.

sudah, cukup, cukup sudah....

Posted via Android device

check in homestay putrajaya di presint 9!



19.5.2012

homestay kat putrajaya ni jangan mimpi nak dapat suasana kampung yang penuh kehijauan tapi apa yang boleh dapat ialah homestay kat flat hijau. hehe :-)

hari ni ai check in homestay kat flat hijau. kalau sesiapa yang familiar dengan kawasan ni korang mesti sedia maklum akan persekitarannya. eh tapi jangan silap, bila ai masuk je homestay yang ai dah book ni, wow agak berpuas hati. bersih!

oh tujuan ai nak dok homestay ni bagai ialah dad n mom nak amik sis family yang balik dari sabah. yup, my lil sweetie auni dah balik! flight diaorang arrive midnight kot. so kena la jemput. tapi takkan nak heading balik sekinchan pagi2 buta kan, so solution sewa homestay!

berbalik kepada cerita homestay..

actually ai pernah menyewa kat flat hijau ni. tapi tak sangka lah pulak rumah yang sama bila maintain jadi luar biasa. superb lah! selesa sangat dan rasa macam kat umah. serius!

okay, homestay ni ada 3 bilik- 2 bilik air cond+kipas, 1 bilik kipas. ada tv with basic astro beyond package, meja makan, sofa, cermin besar. kat dapur ada peti ais, dapur, pinggan, cawan, kettle, kuali n rice cooker. 1 bilik air untuk mandi dan 1 tandas.

kalau nak buat air kena la beli 3 in 1 sendiri, kalau nak masak belilah minyak dll.

persekitaran dalam homestay bersih dan selesa. parents ai pun suka dan satisfied. homestay ni sesuai untuk family yang datang nak melancong, hadiri event dll kat putrajaya ni.

sewa rm130/night. kalau nak sewa homestay ni boleh call en homestay (lupa tanya nama) kat 0196011624.

ok sampai jumpa lagi :-)

Posted via Android device

hadiah partition kedua terbaik!



18.5.2012

hah ini la hadiah yang ai dapat. terharu. sobs!

partition kedua terbaik zon michelia, katanya....

Posted via Android device

Majlis Penyampaian Hadiah 5S Zon Michelia/P3



18.5.2012

sehari selepas majlis anugerah 5S office, hari ni ada plak penyampaian hadiah bagi pertandingan 5S zon kecil michelia dan zon di P3.

terima kasih kepada tukang sponsor hadiah, kak izan barang2 avon n pn zz pinggan mangkuk ikea. kelass!

ok kali ni ai dapat hadiah! tempat kedua partition terbaik 5S. ehem :-) terbaik kan katanya. penat lelah berbaloi, tiba2 rasa cam nak buat ucapan kemenangan. yeah!

pn sham memang sporting habis. walaupun takde official jemputan nak kena bagi hadiah tapi tetap layan. camni lah ketua zon kan?

terpancar wajah2 kegembiraan!

p/s gembira sebab kenyang makan pizza cik ila belanja. malangnya lupa amik gambar. dasar memenuhkan tembolok sendiri je :-p

Posted via Android device

Majlis Anugerah Pertandingan 5S



17.5.2012

kali pertama penganjuran Majlis Anugerah Pertandingan 5S antara 4 zon. majlis yang amat ringkas dan pantas gara2 menyelit 30 min sebelum meeting bos2 berlansung :-)

yeah! zon michelia & p3 hampir menyapu bersih semua anugerah. syabas!

tahniah kepada semua pemenang, yang tak menang termasuk ai sila cuba lagi. yeah!!

Posted via Android device

Akta Makanan 1983 & Peraturan



latest edition buku akta, panas dari pusat percetakan!

Posted via Android device

zon makan = zon michelia



15.5.2012

kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. sebab tu lah bila ada je orang offer nak sponsor makan, siap sedia semua ahli zon michelia :-)

*zon michelia = nama zon 5s kat office*

kali ni turn cik melah hulur fulus. herzi n bibik sempat sediakan mee hoon, lepat pisang kelapa dan keropok ikan. dessert signature dish ai la kan triffle peach. tak dilupakan capati 3 kuah yang disponsor oleh kak izan. hehe :-)

kalau dah namanya kuat makan, maka bila announcement je sumer ahli zon pakat serbu. rezeki untuk dikongsi kan :-) tips of the day, ajak la bos sekali makan, barulah berkat.

dari sok sek, ada la orang zon2 lain jeles dengan zon we all ni. asik wat makan2 pastu tak mengajak. adeh sekali sekala boleh lah kan, kalau kerap2 kena la join sponsor. huhu. lagipun aktiviti ni semua untuk create positive environment, bila kita suka dengan kerja, orang2 sekeliling kita barulah lebih produktif, kan?

keep up good work ye ahli2 zon michelia. katakan YA pada nilai2 positif :-)

Posted via Android device

kl to kk, 2013 :-)



15.5.2012

pertama kali book tiket kapal terbang sendiri. penerbangan domestik je, to kota kinabalu. yeay!

actually emel n anis ada sebut2 nak g kk next year. tapi masing2 tak sempat nak usha tiket. kebetulan AA buat promo yang tak murah sangat tu kan, so ai usha2 la ada ke tiket mampu beli to kk.

alhamdulillah, setelah bincang dan masing2 setuju, ai book la penerbangan ke kk early mac 2013. lama lagi kan? return ticket cost us around rm118/person, ok la kan?

next is to plan activity. skip nak panjat gunung kinabalu sebab rasanya belum bersedia. huhu, so akan isi trip 4hr 3mlm untuk jalan2 makan angin. yeay!

most important thing fulus kena ready :-p

Posted via Android device

triffle express



14.5.2012

zon michelia ni tak habis2 ngan aktiviti makan. kali ni turn cik melah nak sponsor duit tapi tukang masak herzi n bibik. kelass. ai ingat nak lenggang kangkung je, tapi herzi pujuk rayu soh buat dessert.

masa ai dok update ni sempat gak jengah nuffnang keyword, amazingnya ada orang search "asilah kassim blogspot 2010 resepi peach triffle". wah, ada gak orang berkenan ye. tq. ai pun cuba gak la taip keyword tu dan alhamdulillah bawa terus ke link resepi peach triffle.  (link resepi) kelass kan?

macam uollss gak, ai pun suka resepi peach triffle ni. mudah je, kan? tapi bila last minit kena buat susah gak. nak cari bahan2 satu hal bekas lagi. kalau bekas tak sama cam selalu buat mulalah salah estimate bilangan. hehe, nasib baik boleh cover2 kan.

untuk 2 adunan dapatlah 14 bekas, isi half je. nak bagi semua merasa jadi lah kan. hehe :-) siap dessert express untuk aktiviti makan dan makan lagi.

p/s : tiada harapan kurus. cet

Posted via Android device

SAER 2012 " the checkpoint"



13/5/2012

part nak recall checkpoint ni yang susah sikit. haish da seminggu selepas shah alam exciting race 2012 baru nak update kan?

oleh kerana team ai tak habiskan race ni, maka akan ada 10/13 checkpoint sahaja. harap maklum :-)

CP 1 susun huruf

ni kira 'oh pening' task. untuk cp ni kami dapat 18 huruf pastu kena susun jadi 25 patah perkataan. pastu kena buat cogan kata dari 3 perkataan yang kita dah senaraikan. dah siap dapatkan klu seterusnya.

tahap kesukaran: 1

team: setakat susun perkataan ni sekejap je lah, tapi part buat cogan kata tu confius plak apa yang diaorang nak. rupa2 nya kena select 3 perkataan untuk isi tempat kosong. oh!

CP 2 kapal terbang kertas

buat kapal terbang kertas dari kertas A4 yang diberi. pastu terbangkan masuk dalam baldi yang jaraknya dalam 5 langkah kaki. bila kapal terbang dah masuk dalam baldi dapatkan next klu

tahap kesukaran: 1

team: ni perlukan skill buat kapal terbang kertas. nak terbangkan tu agak susah sikit. tapi emel berjaya fokus dan masukkan kapal terbang dalam baldi. yahoo!

CP 3 kedai lampu+amik gambar tugu shah alam

kena cari kedai lampu kat seksyen 4. kat sana diberi sehelai A4 yang ada klu. kena match kan klu tu dengan nama2 kedai kat kawasan tu. dah isi semua dapatkan next klu

tahap kesukaran: 2

team: mula2 tu blank gak. nak cari nama yang ada kaitan ngan klu. kat sini memang spent masa lama. ye la ingatkan nak jawab betul2 rupanya asalkan isi je. cet! amik gambar kami skip terus g next place.

CP 4 pasar karat dan penderam

jual 4 item dari sorang peniaga ni dan bagi sekretariat rm16. dah jual dapatkan next klu

tahap kesukaran:3

team: apahal nak jual2 lak ni. leceh kan? takpe cari penyelesaian segera :-p. kat sini ada bonus point. kena makan telur mentah. der gila ah nak makan telur mentah. salmonella kot?

CP 5 perpustakaan

kena baca 3 buku, keluarkan fact, dah siap dapatkan next klu.

tahap kesukaran: 3

team: keja membaca ni bagi kat cik net n emel. bos2 suka membaca kan? ai ngan anis lepak kat luar library sambil bergosip. haha.

CP 6 kayu vs layang2+amik gambar @ alam impian

checkpoint ni kat mbsa shah alam kota kemuning. sampai2 ada 2 task yang pertama kena belah kayu, kedua kena buat layang2. dah siap dapatkan next klu

tahap kesukaran: 4

team: nak belah kayu memang dah susah kot! buat layang2 bab tampal2 senang bab nak layangkan fail. tak nak naik! nasib baik ada bro yang tolong tapi tu pun lepas dah membebel banyak. huhu. amik gambar punya lah jauh kat alam impian.

CP 7 al rafi kedai mamak

kat sini diberi klu dan kena match dengan jawapan nama kedai (lagi?) dah siap dapatkan next klu

tahap kesukaran: 3

team: masa ni dah malas, lapar dan penat. boring gak kena buat benda sama. jawab cincai2 pusing 4x blok bangunan dan gerak ke next klu

CP 8 padang sekolah+amik gambar dengan lampu binatang @ i-city

kena tendang bola ragbi hingga melepasi tiang. dah lepas dapatkan next klu

tahap kesukaran: 5

team: hek eleh sukar kot. dah la tendang dari arah jauh pastu tinggi lak tiang ragbi tu. ai memang tendang jauh ok tapi tinggi tak lepas. emel gak yang berjaya melepasi halangan. huhu :-) ni memang menyebabkan sakit pinggang! pastu kami ke i-city cari lampu binatang. nasib baik jumpa. i-city besar kot?

CP 9 sapu habuk cari sampul stadium shah alam

kena cari sampul surat yang lekat bawah kerusi dalam stadium ni. dah jumpa dapatkan next klu

tahap kesukaran: 5

team: keja gila. nak cari bawah seat yang banyak tu. dah la berhabuk seat2 ni. nasib baik anis gigih cari. yang lain dah berlakon cari je. penat! oh kami gak g cari tugu shah alam untuk amik gambar.

CP 10 kayak di tasik shah alam

bayar rm5 untuk kayak. cari bola biru n kuning kat pulau2 yang ada kat tasik. dah jumpa dapatkan next klu

tahap kesukaran: 3

team: kayak ni memang emel ngan anis suka. so diaorang g kayak. ai bagi sokongan moral. cik net dah sakit kaki dan dah exhausted. demm bila nak disqualified nih? emel n anis bawak macam2 kaler bola, tu lah tak dengar arahan kan, kan?

CP seterusnya..... tak tau sebab tak lepas. hehe :-)

tahap kesukaran

1 - kacang putih

2 - kacang

3 - ok lah

4 - hmm susah gak ni

5 - susah gila kot!

we have fun n exhausted too!

Posted via Android device

shah alam exciting race 2012- team 018



13/5/2012

dalam hidup ini lah first time ai masuk treasure hunt berkereta. so pencetus untuk join saer 2012 ialah cik net. so ai tag along emel n anis untuk join :-) so part registration ai yang uruskan. bayaran untuk join rm200/kumpulan.

hari kejadian

awal pagi dah bangun, semua kelengkapan yang difikirkan perlu dah bawa dan pakai uniform gangster kampung dusun. pagi2 dah bikin hangin sebab emel n anis tak nak pakai tshirt yang sama sebab geli. so sampai kat tempat berkumpul kena tukar baju dalam keta yang menyebabkan ai rasa macam *&%! sebab woi dalam keta nak tukar? korang kurus kot aku gemok so macam haram je bila nak buka n sarung tshirt lain. hangin je.

breakfast memang tak disediakan. ni part yang ai rasa kena improve. tak kan light breakfast pun takde? cet. nasib baik ai bawa bekal roti n tuna so piknik la kat tepi padang.

race start around 8am. ramai orang. macam2 gaya, macam2 ragam. muka terror pun ramai. total group ada 80+. haha. gila kentang kot?! race ni dimonopoli oleh lelaki. kalau group sumer pompuan boleh kira dengan jari. kecut perut *_*

walaupun namanya race, kami ni lebih banyak bersosial. macam masing2 1st time datang shah alam. orang buat task sungguh2 kami gelak2, amik gambar sampai penjaga checkpoint bising soh cepat. ala nama pun 1st time, takde idea pasal race ni. we just want to have fun!

seriously memang penat even dok dalam keta. cik net memang penat la sebab drive. mood dia pun dah tak ok bila dah tengah hari sebab penat n sakit kaki. team mate lain terpaksa la follow je kalau tak ke laut la race ni. we go slow&steady je lah. tempat checkpoint ni pun jauh2. pastu kami pun tak tau jalan. gps pun takde memang sesat barat. nak menang tu memang tipis la harapan. haha.

kol 3pm masa penamat race ni. masa tu kami baru sampai checkpoint 10/13. sure lah kantoi kan. tapi masa tu memang exhausted tahap nak surrender secara rela. tapi masa pun dah habis kira disqualified dari race ni. tapi masih boleh berbangga sebab ada dalam 10 group kot dah surrender awal2. kira walaupun kami masuk dalam geng corot masih gigih nak habiskan race. haha.

penutup event ni kat space u8 tempat baru dan kosong. patutlah versus buat kat sini. huhu. so ada sesi penyampaian hadiah. muka yang menang memang stok terror dan mungkin dah join hampir setiap tahun. susah nak kalahkan! huahua. sepatutnya penganjur kena sediakan hadiah untuk geng2 corot ni, ye lah walaupun dah tau akan kalah tapi masih gigih nak habiskan race! ah sijil pun tak dapat ni kan pulak hadiah. huhu :-p

overall, we have fun but untuk enter benda2 camni ada banyak yang nak kena pertimbangkan. selain dari persediaan mental n fizikal, kena gak tengok chemistry antara ahli pasukan. lagi? mindset untuk be positive n of coz dare to fail!

apapun, tq team mate : the javenture!

to mbsa aka organizer: this event was superb but there is still room for improvement such as:-

i) sediakan light breakfast. it's so important okay!

ii) jangan buat game sama berulang2- bagi klu pusing satu blok- boring!

iii) bagi la sijil penyertaan. baru excited nak masuk lagi tahun depan

iv) bagi hadiah kat group yang kalah tapi gigih gak nak habiskan game :-)

okay. have a nice day ya!

Posted via Android device

weekend to weekend updates!


hai. kembali bersiaran dalam berita minggu ini.. bla, bla, bla..

nampaknya dah menjadi kesukaan ai pula nak update on weekly basis. ala2 sibuk ke? whole week?! hehe ;-) lebih kepada penyakit "M" dan selalu bila nak update ai takde idea "kosong"

this week banyak perkara 1st time berlaku dalam hidup. overall life berlansung seperti biasa dan normal. haha :-)

okay guys! have a nice day!!

Posted via Android device

pakaian seragam katanya :-)



ni semua gara2 SAER 2012. siap nak cari t-shirt sama kot?!

semangat berkobar!

Posted via Android device

no bertuah... menang ke?



semoga Allah merahmati usaha, menguatkan semangat dan kekuatan fizikal, mental & spiritual kumpulan kami.

yeah. go girl power! go JAVENTURE!

Posted via Android device

taklimat SAER 2012



11/5/2012

hari ni sesi taklimat Shah Alam Exciting Race, SAER 2012. taklimat start 3.30 ptg tapi ai n cik net sampai 4.30 ptg. belum apa2 dah sesat, apa daa..

tapi sempat gak jot down benda yang perlu bawa dan yang paling penting baca kompas. adoi baca kompas bukan senang der susah gak la. pening ai nak belajar.

dah la saspens kena bawa baju sepersalinan lengkap! adoi apa la aktiviti agaknya. seram!

hopefully JAVENTURE akan sukses!

go asie, nonet, emel & anis!!

Posted via Android device

makan-Q1 birthday threat :-)



makan adalah benda yang cawangan s&m suka. sebab utama ada cik dj ngan ai seorang organizer makan berjaya dan seorang suka makan. hehe.

mula2 order domino n beli kek je, tup2 bos belanja kfc pulak. meriah la makanan kan? makan sampai kenyang kot. pengsan?!

hopefully usaha ni akan berterusan dan ukhwah akan terus terjalin :-)

Posted via Android device

senamrobik katanya. jeng jeng jeng



start dari rabu last week zon michelia menggerakkan satu aktiviti sihat-sesi senamrobik. haha. semangat berkobar2 ni tau. harap2 konsisten la hendaknya :-)

pencetus idea? ntah la boleh kata kebetulan, hari yang ai ngan dj nak jogging tiba2 kuar idea senamrobik. lebih menarik setiap hari rabu ialah hari senamrobik!

harap2 dapat sambutan supaya aktiviti ni ada kesinambungan. yeay! chaiyok!

Posted via Android device

watson face mask.. cantik ke?



dilema wanita lewat 20an atau lebih tepat awal 30an. haha :-) macam2 face mask nak cuba kan, kali ni watson brand. wow!

ai beli mask ni ngan cik dj. beli kat watson sempena promosi kan, beli 2 box percuma 1 box. total ada 15 pcs so ai amik 8, cik dj 7.

apa yang ai suka tentang watson face mask?

- lebih tebal

- lebih wangi

- lebih essence

- lebih menyegarkan!

setakat ni ai dah cuba mask with essence tomato, rose n aloevera. yup, semua pun suka! setiap kali pakai pun rasa relax ngan terus je feel nak tido. haha :-)

beli single sheet rm6.90 kalau beli 3 box macam ni dalam rm3.30. adeh ni semua kos. huhu

Posted via Android device

yang 'ter'beli di PBAKL 2012



nampaknya ini sahaja yang termampu beli kat pbakl 2012. stok novel cukup sampai pbakl tahun depan kot? hehe

terima kasih Allah!

Posted via Android device

sunan musafir- pelengkap dwi triologi



tujuan utama ke pesta buku yang lepas tak lain tak bukan untuk beli pelengkap dwi triologi karya ramlee awang mursyid- sunan musafir. panas dari kilang!

kebetulan masa ai kat pesta buku, en RAM ada! apa lagi gigih la beratur nak amik autograph kan. suatu kemestian walaupun kena beratur 20 min :-) sempat juga la berborak ngan en RAM. like!

hari ni 12/5/2012 ai dah habis baca Sunan Musafir setelah 3 hari berusaha. hehe :-) ai memang follower 'laksamana sunan'.  masih ingat setiap watak2 dan jalan cerita setiap buku.

berbalik kepada sunan musafir, kali ni pelengkap novel ni lebih feel2 cinta. watak sunan lebih seimbang tampak tak terlalu sempurna, ye lah mana ada manusia yang sempurna kan? pastu lebih mencabar sebab nak kena link watak2 dari buku2 lain. hehe :-)

ai berpuas hati ngan pelengkap dwi triologi ni. mungkinkah akan ada triologi atau dwi triologi sunan musafir?

oh ya, masa ai borak kecil ngan en RAM sempat juga tanya, ada karya baru ke? en RAM jawab insya'Allah hujung tahun ni akan terbit. wah, hebat betul en RAM berkarya, semoga Allah berikan semangat dan daya kepada en RAM. amin :-)

Posted via Android device

PBAKL 2012- novel yang tertangkap



6/5/2012

tahun ni masih ada rezeki nak jejakkan kaki kat pbakl 2012 walaupun pada hari terakhir. agak tergesa2 gak sebab on d way balik dari kampung halaman. tiap tahun pun ramai orang. so tak kuasa nak redah keserabutan stick dengan tujuan utama

tiap tahun pun ai akan beli novel banyak2, sebab cita2 nak wat library kat umah sendiri masih on. mak pulak pesan buku fardhu ain- indahnya hidup bersyariat dan untuk sis ai beli buku mama saya lapar.

novel-novel ai masih keluaran Alaf21, ai notice sekarang ni banyak publisher lain tapi susah nak beralih arah. sebab dah ada fav novelis kan especially RAM.

masalahnya dok beli novel ni bila lah nak baca ye?

Posted via Android device

kenangan: oh seniorita!



masa zaman sekolah selalu kita dok tempah2 t-shirt kan? salah satu t-shirt zaman sekolah ai dulu siap ada kata-kata hikmat yang berbunyi:

"akan datang satu zaman di mana orang yang berpegang pada agamanya laksana menggenggam bara api"

that was 11 years ago. hmm, bila ai post pic ni kat fb group ramai yang dok flash back kenangan zaman masa jadi senior form 5. haha :-) lamanya masa berlalu! bukan main lagi kuasa masa zaman senior ni. paling tak boleh lupa waktu kena rotan secara berjemaah atas pentas sebab wat perjumpaan haram. kenangan!

kenangan bukan senang nak lupakan kan?

Posted via Android device

apam gebu vs apam polkadot. dots



emak memang terkenal dengan apam. hah, rasanya takde orang yang boleh lawan kegebuan apam mak. begitu kan. so bila ada orang order apam memang gigih la emak dok mengadun, mengukus dan lain2. dan of coz emak sangat mementingkan tekstur dan rasa apam. ala2 chef vs qc la ni :-)

dalam hari yang sama kawan mak yang lain dok order 50pcs apam polkadot. ni baru challenge. walaupun pernah buat polkadot sebelum ni tapi resepi yang selalu guna tak menjadi. cair sangat. tak tau pantang larang mana yang dah langgar. huhu. so reject whole batch.

ai pun google la resepi apam polkadot dari my resepi. jumpa resepi yang just nice untuk buat 50pcs polkadot. hah apa lagi ai bancuh dan kukus dan hasilnya jeng jeng jeng. comelnya apam polkadot ai. haha :-)

kelas kan apam2 ni. yeay!

Posted via Android device

renew lesen percubaan. hehe



finally ada ruang dan masa pergi renew lesen P ni. ehem, lesen dah expired since last nov tapi dok relax tak renew? lupa or sengaja lupa?

4/5/2012

sengaja tak renew tapi tak lupa. kaunter jpj takde kat putrajaya ni tu la yang dok tangguh... tangguh sampai la hari ni. huhu. sementara cuti panjang ni jom lah renew lesen kat jpj sabak bernam :-)

jpj sabak agak lengang pagi tu. tapi ai dok lenggang kangkung tak bawa gambar. haish! terpaksa la g amik gambar kat pekan sungai besar dan kembali semula ke jpj sabak. cost renew rm45 sebab termasuk adjustment expiry date ke tarikh lahir. selesai satu masalah.

hari ni gak tambah berat dalam mgia. harga runtuh kot. ada rm boleh lah kalau tak dok nganga je la.

Posted via Android device

lil auni@lcct 1st time!



haip. lama tak update blog. ada sedikit perasaan 'M'. okay, sementara tengah nak rajin ai nak recap aktiviti2 yang telah dan akan dialami :-)

2/5/2012

hari ni hantar lil auni kat lcct. nak balik kampung katanya ;-) memang comel je expression dia bila sampai lcct for d first time. tercengang2 semua nak tengok!

even nak capture pic dia pun susah. dok pandang kiri kanan. kepoci lil auni :-)

p/s: hari ni 12/5, rindu kat lil auni kat kampung nun kat semporna. tak sabar nak tunggu lil auni balik hari sabtu depan!

Posted via Android device

kau mudah lupa



perjuangan demi perjuangan

kosong

cita-cita tersasar jauh dari matlamat

apa tujuannya?

politik? impian yang tinggi melangit?

atau sekadar melepaskan batuk ditangga

menjadi sayap kanan katanya

walhal tiada tempat langsung dimata mereka!

ah! kau mudah lupa

bukankah hidup ini punya landasan?

kenapa berfikiran enteng bila kau punya otak bergeliga?

bukan kemusnahan yang kita cari

bukan perpecahan yang kita damba

bukan kebodohan yang mahu kita banggakan!

kembalilah kepada jalan yang benar

kembalilah kepada PenciptaMU

buang jauh angkuh, sombong, dungu, tamak dalam diri

carilah damai

carilah cinta

carilah penyatuan

jangan mudah lupa

fikirkan..

ludah yang kau tuju ke langit

satu hari akan jatuh ke muka kau sendiri

1/5/2012 perjalanan masih jauh, esok masih ada kah harapan?

Posted via Android device
Powered by Blogger.