restoran rebung chef ismail, kelass!



hari ni memang hari memenatkan. mana taknya boleh terjebak ngan emel n anis g trekking kat FRIM, kepong. tapi citer trekking next2 post okay :-) dah ngantuk amat ni. huhu

tapi nak citer hari ni lunch kat restoran rebung, chef ismail. ini kali pertama ai datang sini. restoran ni memang nampak eksklusif uolls. kami choose untuk makan secara buffet which cost rm40/pax.

food memang fantastic. presentation, appearance n most important taste.. oh meet perferction. memang tak nak berenti nak makan dibuatnya *sia2 bakar kalori masa trekking* asam pedas sedap, laksa mantap, kuih2 n desserts, roti jala, nasi impit. ok banyak lagi tak makan sebab keletihan, ngantuk dan too kenyang! yang bestnya emel belanja lunch hari ni sempena birthday dia next week. hehe. tqvm emel :-)

chef ismail ada kat rebung hari ni. so sepanjang kami makan chef memang sibuk entertain customer, check food yang disediakan dan main2 ngan anak2 customer. siap bahasakan diri sendiri 'tok chef'. he's so simple n ramah sangat. ramai gak yang amik gambar ngan chef. kami tak la coz busuk n comot baru balik trekking kan? tapi memang rasa kagum gak ngan beliau :-) bila chef ada makanan pun jadi lebih sedap kan?

next door restoran rebung ada main office, pensonic kitchen, surau, etc. kami singgah solat zohor sebelum balik. surau bersih, air cond n ada sofa yang memanggil2 soh berbaring, empuk betul!

ok. memang puas hati dan boleh dicadangkan sebagai tempat makanan melayu yang mantap.

gendang gendut tali kecapi

kenyang perut suka hati

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.