komen nasi lemak cik noridah, oh la la



hari sabtu yang indah, mari bangun awal! tak sabar nak merasa homemade nasi lemak air tangan cik housemate. hmm, agak kecewa sebab nasi lemak tak masak lagi!

1 jam berlalu....

nampak gigih cik housemate memasak. kuali panas pun nak pegang guna tangan. habis melecur jari jemari, jatuh saham macam ni. huhu

1 jam 1/2 berlalu

finally nasi lemak masak! yahoo!! kagum ai ngan usaha cik housemate. dah boleh kawin camni :-)

mari komen nasi lemak cik housemate

nasi: lemak berkerim disukai ramai. walaupun sedikit lembik tapi boleh layan

ayam goreng berempah: bolehlah sedap gak. cuma rempah dah hangit. keke

sambal ikan bilis: rasa ok, tapi kering kot untuk jadi sambal nasi lemak?

hiasan2 lain: ikan bilis, timun, telur - ok!

overall: 3/5 bintang. boleh cuba lagi. hehe :-)

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.