assalammualaikum cinta, waalaikumsalam rindu


..di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi di situ ada 7 petala cinta..

okay terbuai-buai emosi 7 petala cinta? tidak sama sekali, uollss. jujurnya ai hanya meletakkan 3/5 star untuk filem ni. pendapat peribadi, harap maklum.

habis tu kenapa nak feeling? haha. jiwa kacau, itu sudah pasti. tiba2 ai asyik nak tanya kepada diri.

kenapa?

si polan cinta si polan mereka kawin dan bahagia

si polan cinta si polan mereka kawin dan tidak bahagia

mengapa?

si polan cinta si polan tapi putus dan cari/jumpa cinta lain dan seterusnya

kenapa ada gak...

si polan tiada cinta dan menunggu dengan harapan

si polan tiada cinta dan tidak berharap

dan

si polan yang sudah putus harap

cinta rumitkah?

suka tapi tak boleh luahkan. dekat tapi jauh. hendak tapi takut.

atau cinta terlalu mudah?

sorang pergi, sorang datang. berganti2. sampai bosan.

mana penghujung cerita ni?

soalan, kata2 sinis, pandangan mata perlukah menikam sampai lubuk hati paling dalam?

manusia biasa bukan tahu agenda Maha Pencipta. bersyukurlah, sekurang-kurangnya masih bernafas, sehingga detik ini.

pertanyaan dan jawapan itu biarlah menjadi rahsia-NYA :-)

Posted via Android device

0 comment:

Powered by Blogger.