shu&hilmi wedding 28/4/12 :-)



finally presiden ketapu zaman matrix kahwin! alhamdulillah, satu persatu kawan telah touch fasa baru dalam hidup :-) oh!

kepada shu&hilmi,

selamat pengantin baru

semoga kekal& bahagia sehingga akhir hayat!

semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah

wedding adalah masa untuk jumpa kawan2! yeay, ai jumpa eza, soon, pah n mey! tak ramai tapi masih happening uolls :-) semoga persahabatan kita akan kekal dan hopefully korang pun sentiasa happy. sayang korang semua :-)



Posted via Android device

lil auni's pre walker shoe!



auni dah 7+ month! cepat betul lil auni membesar. hehe :-) lagi seminggu lil auni nak balik sabah jumpa family sebelah sana. mom mesti sedey, huhu :-(

ok, hari ni ai managed cari kasut untuk mahluk kecil. dah la hentam je saiz hopefully muat. kalau tak terpaksa la tunggu masa yang sesuai nak pakai. banyak design kasut kecil2 ni, rambang mata dibuatnya. last2 dapat dua hasil 'tangkapan'

harap2 lil auni akan suka kasut yang auntie beli :-)

Posted via Android device

reset flow



lesson 2# be positive to face unpredictable life path :-)

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

Posted via Android device

raptai majlis anugerah kantin


hari ni ada raptai untuk majlis esok. tahun ni berjaya tukar portfolio dari sekretariat dokumen ke sekretariat jamuan. yeay!

kali ni complicated. nak serve peserta guna dome concept. haish! nak jaga 1400 orang, dome concept, ini cabaran. berjaya ke nak mengharungi hari esok?

berbalik kepada cerita raptai, scene yang paling syok ialah layan dikir barat student sek men dato harun,pj. memang terbaikkk,ok! lagu lihat hidu rasa version dikir barat. kena plak dengan movement yang, wow! terror la uolss dik.

ok. let's wrap d day. esok kena bangun kol 5.30 am!



Posted via Android device

pengganti oh!



kalau citer pasal pengganti ni skop dia amat meluas :-)

ai ingat lagi, masa kat canopy walk,frim ai dah hampir putus asa nak teruskan perjalanan. nasib baik ada penyokong dan penggesa cik anis n cik emel yang menjadi PENGGANTI semangat yang luntur, kalau tak berkampung la dalam hutan tu.

coklat pun sudi menjadi PENGGANTI tenaga yang berkurangan.

pusing la sekeliling kita,  mesti banyak yang memegang status PENGGANTi. barang,  perkhidmatan, hubungan manusia dll.

mudah ke mencari pengganti uolls!?

lesson#1 it's not how much you get but most important how much you can give :-)

Posted via Android device

teringin nak makan lempeng kelapa, tapi...



adoi, teringat2 lempeng kelapa kat pd. nak buat sendiri kelapa pulak takde. hmm :-(

lempeng serat tinggi?

idea? tepung+oat+air+sedikit garam. maka resepi minum petang = lempeng oat

lempeng oat single boring bukan? maka sambal ikan bilis adalah gandingan ideal :-)

tadaa, dah siap, lempeng oat bersama sambal ikan bilis for minum petang ala bujang. kelassss tak??

Posted via Android device

taklimat demi taklimat. oh 5S!



demi meningkatkan semangat dan kesungguhan 5S ai dan rakan sekerja telah menghadiri sesi taklimat kat KKSB Sg Buloh. walaupun rasa cam dah terror (hehe) tapi apa salahnya menambah ilmu :-)

selepas sesi taklimat rasanya ada lagi nak improve. next audit mesti lebih mantopp.

yakin boleh!

Posted via Android device

mee udang kuala sepetang




weekend lepas cik net n the geng telah spent hujung minggu kat penang. masa on d way balik cik net n the geng telah berenti makan mee udang kuala sepetang :-)

ai telah roger cik net untuk tapau sebungkus mee udang kuala sepetang. teringin gak nak rasa kan?

ok kalau korang tengok pic mesti tak percaya yang udang2 ni super besar! penuh pinggan, uolls! so first impression. markah 8/10. bagi sesi uji rasa, ai memang dah teruja. sayangnya kuah mee ni cair dan not meet expectation ai :-( frust betul!  markah 6/10

overall kita bagi 7/10

p/s ai penah makan mee udang yang sedap kat bno, sabak bernam. uolls pun patut try gak!

p/s tq cik net belikan mee udang kuala sepetang!

Posted via Android device

untuk kali kedua-beauty buffet :-)




sebelum ni, ai dah bagi mukadimah tentang mask beauty buffet ni. masih ingat? hari tu ai cuba pek biru kan, kali ni beralih arah ke pek kuning :-)

pek kuning ni @ CO Q10&yogurt facial mask berfungsi untuk firm and smooth skin. antara benefit yang dinyatakan pada belakang pek adalah:

> help firm skin&reduce fine line

> dissolve dead skin&minimize pores

> retain moisture

>rejuvenates skin- appear more elasti&smooth with radian glow

wah begitu sekali benefit2 mask ni. hmm, ai suka dengan mask pek kuning ni. bau pun wangi. rasa macam keesegaran yogurt tu meresap dalam liang2 muka. huhu :-p

untuk kotak kedua ni, ai masih beli di watson RM18+, masih ada promo. maka tak ralat sangat membeli lagipun ada 5 pek kan? sehingga post ni di taip, mask ai masih berbaki 2. cukup sehingga gaji durian runtuh masuk minggu depan :-)

so, korang tak teringin nak cuba ke?

Posted via Android device

bukan lelaki lindungan bulan



"isk, bau apa la ni, spoil je mood ai nak main galaxy ni"

eh, mamat comel ni! dah lama tak nampak naik bas. alih2 muncul dengan "bau"

alahai, ni mesti kes terpijak sesuatu la ni :-p

tapi masih cuba maintain comel. huhu

muka gembira menginap disini :-)



hari ni (12/4/12) last day berbengkel kat pd. ai pasti akan rindu nak stay sini sebab semua benda adalah super best!

> lecture class tak boring!

> ai dapat peluang present group project- gigil!

yang paling best kat klana beach resort ni

> hotel ni cantik dengan konsep astronomi. dari wall deco, lampu, bilik tidur, bilik kuliah semuanya tentang astronomi. mana2 nampak planet, bintang dll

> tilam empuk dan selimut yang warm- tido sampai lupa dunia

> tepi laut angin sepoi2 bahasa

> makanan terbaik. macam dapat surprise hari2. rasa- sedap sangat!

> oleh kerana hotel ni MAINS yang punya, penerapan nilai islamik tu memang ketara

> hospitality staff pun 5 star!

walaupun hotel ni baru beroperasi since 1.1.2012 tapi ai memang salute dan berpuas hati. hopefully dapat maintain good services setiap hari.

tqvm bskb sebab anjur bengkel kat tempat yang best :-)



Posted via Android device

dapat kawan baru



bagusnya pergi bengkel ni kita boleh jumpa kawan baru. yup, kami jumpa ramai kawan baru termasuk lah syu. macam min kata syu at first glance nampak super pendiam and ayu. tapi setelah berhari2 bersama, syu sebenarnya boleh 'in' kira boleh ngam lah.

hopefully friendship will be last forever :-)

Posted via Android device

amaran tsunami 11.4.2012



panik dibuatnya bila ada amaran tsunami dikeluarkan. lebih risau sebab ai betul2 ada kat tepi laut port dickson pada hari kejadian. nasib baik tak rasa gegaran kalau tak hati mungkin lebih walang.

tsunami diramalkan sampai port dickson jam 2 pagi?

erk 2 pagi? mula rasa seram sejuk. lagi2 bila peserta bengkel mula buat assumption. hati dan fikiran mula berkecamuk. kalau tsunami jadi camne? nak lari mana? selamat ke? arghhh..!

doa! doa! doa!

alhamdulilah, jam 10 malam dapat berita yang amaran tsunami ditarik balik. lega, dalam masa yang sama mengaktifkan perasaan berjaga-jaga.

oh, tqvm kat nuurul, cik net, cik dj n mereka yang comment kat status fb, remind supaya menjauhi pantai. sayang jugak korang kat ai. kekeke.

ok :-)



Posted via Android device

kelas malam dengan muka gembira



kelas malam? haish selalu malam2 dok melangut tengok tv, bila kursus habis keseronokan bersenang lenang. huhu.

sesi malam ada lecture ngan latih amal. pastu ada pembahagian kumpulan. ai masuk kumpulan 7 dengan keahlian seramai 6 orang. mix background- ada ahli teknologi makanan, farmasi, juru x-ray, jururawat dan forensik. ai jadi pencatit minit (seperti biasa) dan kena rekod semua perbincangan ahli2 kumpulan.

hopefully semuanya akan baik2 sahaja, okay!

Posted via Android device

pemandangan saujana mata memandang



berkrusus ditempat peranginan ni memang mengasyikkan. lapang fikiran, jiwa tenang. hehe :-) pemandangan pun memang layan. laut saujana mata memandang. terlupa sekejap kepada keserabutan hidup yang ditinggalkan. wah. huhu

hari ni banyak belajar tentang kreativiti dan inovasi. tahukah korang banyak mitos berkaitan kreativiti antaranya:

> kreativiti lahir secara semulajadi

> kreativiti hanya ada pada orang2 pandai

> kreativiti perlu seseorang yang 'master' dalam sesuatu perkara

no! no!

kreativiti adalah skill yang boleh dilatih! sebenarnya setiap individu mempunyai daya kreativiti tersendiri. cuma mungkin kita kurang sedar atau tak percaya kita adalah kreatif, maka kita malas nak mencambah idea2 baru. banyak tool sedia ada boleh digunakan untuk menggalak pemikiran kreatif dan inovasi. silalah cuba mana2 yang berkenan dan jangan lupa turunkan ilmu :-)

Posted via Android device

dari putrajaya ke port dickson


kelam kabut kejar masa untuk buat final touch up 5S kat tempat sendiri hari ini. esok ada audit dalaman, rasanya ai dah prepare *sehabis baik* team michelia pun berusaha keras. yang last minute nampaknya dah kelam kabut dan stress. hah, apa kes? nasib baik orang2 last minute ni sentiasa mendapat sokongan 'team partition contoh', kalau tak ke laut lah. hehe :-)

hari ni gerak ke pd untuk bengkel inovatif kreatif pun delay 1 jam. ni semua gara2 5S. tapi perjalanan ke pd smooh no problem at all. tempat bengkel kat kelana beach resort, hotel baru, tepi pantai uolllss!

ai like!

ok, nak ucapkan selamat berbengkel kepada diri sendiri dan tidak dilupakan selamat beraudit dalaman 5S untuk team michelia!

Posted via Android device

restoran rebung chef ismail, kelass!



hari ni memang hari memenatkan. mana taknya boleh terjebak ngan emel n anis g trekking kat FRIM, kepong. tapi citer trekking next2 post okay :-) dah ngantuk amat ni. huhu

tapi nak citer hari ni lunch kat restoran rebung, chef ismail. ini kali pertama ai datang sini. restoran ni memang nampak eksklusif uolls. kami choose untuk makan secara buffet which cost rm40/pax.

food memang fantastic. presentation, appearance n most important taste.. oh meet perferction. memang tak nak berenti nak makan dibuatnya *sia2 bakar kalori masa trekking* asam pedas sedap, laksa mantap, kuih2 n desserts, roti jala, nasi impit. ok banyak lagi tak makan sebab keletihan, ngantuk dan too kenyang! yang bestnya emel belanja lunch hari ni sempena birthday dia next week. hehe. tqvm emel :-)

chef ismail ada kat rebung hari ni. so sepanjang kami makan chef memang sibuk entertain customer, check food yang disediakan dan main2 ngan anak2 customer. siap bahasakan diri sendiri 'tok chef'. he's so simple n ramah sangat. ramai gak yang amik gambar ngan chef. kami tak la coz busuk n comot baru balik trekking kan? tapi memang rasa kagum gak ngan beliau :-) bila chef ada makanan pun jadi lebih sedap kan?

next door restoran rebung ada main office, pensonic kitchen, surau, etc. kami singgah solat zohor sebelum balik. surau bersih, air cond n ada sofa yang memanggil2 soh berbaring, empuk betul!

ok. memang puas hati dan boleh dicadangkan sebagai tempat makanan melayu yang mantap.

gendang gendut tali kecapi

kenyang perut suka hati

Posted via Android device

oh! compartment ku



kelass compartment ai, uolsss! pagi2 datang opis ai memang dah tak sabar2 nak isi compartment *rekaan sendiri* ngan stationeries :-)

oh, just nice!

cik senah pun tergoda. siap tiru konsep n idea ai buat compartment. haha. idea bagus mesti ada org tiru, kan? hmm, malangnya hari ni tak sempat nak buat compartment cik dj. dah macam kartun gak la kemas tempat sendiri. takpe next monday ok, cik dj!

apapun ai happy ngan compartment ku. like lah 5S. hehe :-)

Posted via Android device

jemput2 ikan bilis :-)



oleh kerana hari ni plan nak buat 5S kat opis, awal2 pagi lagi ai dah bangun. risau plak kalau sambung tido mau 5S dalam mimpi je.

menu sarapan pagi hari ni teh tarik n jemput2 ikan bilis :-) dapur bujang katanya, breakfast pun ala kadar. sempat gak goreng lebih2, nak tapau g opis. baru la semangat kan?

p/s: ngantuk, tak cukup tido. larat ke nak ber5S (^_^!)

Posted via Android device

kotak-kotak biru



okay mari membalut kotak-kotak mengikut kaler tema. yeah!

Posted via Android device

stalker ke apa? derr


dalam seminggu dua ni ada satu no yang keep call ai. bila angkat dan ai hello2 dia tak jawab. dan selepas beberapa kali dapat call camni haruslah kena sound orang yang tak paham bahasa ni.

kata-kata yang kurang berkesan. sebab cakap banyak kali tak paham2 gak.

#1 "kalau tak nak cakap, jangan call"

#2 "kalau takde keja cari la keja lain"

#3 "hek eleh ko ni tak kan asik salah nombor je"

# call 4 dan seterusnya tak nak jawab. stalker kot?

tiba2 hari ni kol 9 mlm time ai still kat opis dapat satu sms

"Askm, bleh knl x?"

pecah perut gelak. stalker nak berkenalan? haha, I'm 'too' young for this!

ai khabar kat cik dj. yes, she laughed too! adoi (^_^") ai tanya whether boleh ke reply

"Tak, not intrested"

bajet hot la konon-konon. but cik dj replied

"Sampai tuo la ko tak kawin camtu"

haha. apa daa cik dj. patut ke nak reply? I do always think worst scenario first

# maybe ada orang nak test ko ni gedik ke tak. ye lah nak reply sms dari orang tak dikenali

# maybe ex ko hantar orang stalker ko. al maklumlah ex sms ko tak reply2

# maybe relatives or worst case bapak ko bagi no ko kat orang yang dia berkenan nak wat menantu (ni confirm bapak ai tak buat. hehe)

# ada orang still guna taktik lapuk, salah nombor pastu sibuk nak berkenalan

too much kan? haha, but just to be in safe side. tak kan nak buat kesalahan sama berulang-ulang?

conclusion

tak reply sms n delete

save no n bagi nama not intrested

habis cerita. haha :-)

Posted via Android device

carta saya. nampak hebat? of coz!



task yang diberi telah siap 70%. hopefully ai tak buat keja sia2 coz ni effort 150% dan buat dengan senang hati. walaupun banyak sangat perubahan n info last minute, carta ai kena maintain!

well done, NMK!

Posted via Android device

compartment. cuba berjimat atau menjadi kreatif?



untuk orang lain, usaha kecil ini adalah membuang masa. tapi, do I look like care? plus I made it after office hour :-) so I'm proud with my compartment! (^_^*) bangga!

NMK's design™

blue theme n guna 99% barang kitar semula. reason buat sebab ai rajin dan kedekut nak beli compartment kat kedai.

lebih bangga bila cik dj nak compartment sama. reason maybe cik dj rasa usaha kecil ai ni nampak WOW! or dia kurang rajin nak buat sendiri. hehe :-)

moral of d story: menjadi kreatif bukan untuk berjimat semata-mata. sekian

Posted via Android device

love! love!



sedapnya kek coklat lava ni! bila dah lapar semua jadi sedap or memang kek ni fantastic? but it's still sweet uolls, makan kena beringat2.

love! love! chocolate lava cake dominos!

Posted via Android device

operasi besar-besaran michelia :-)



hari ni adalah masa untuk operasi besar-besaran untuk zon michelia. walaupun tak ramai, tapi we have fun n fun!

yes, walaupun ada suara2 dan tingkah laku skeptikal, tapi tidak menggugat usaha murni sepanjang hari ni. hmm, kerja bermula kira2 jam 10 pg lepas semua orang warm up. cam cik dj kata nak start tu memang slow tapi lama kelamaan dah ok, smooth. tapi kena ikhlas beb, kalau ala kadar hasilnya pun tak bombastic.

banyak juga benda dapat buat. rasanya dah nampak progress. boleh la kalau nak bangga ngan diri sendiri. task ai adalah carta pergerakan. memang fokus la nak buat sampai siap. hasilnya...? jeng, jeng,jeng

anyway, tqvm geng2 michelia. kita patut bangga coz kita je yang sanggup dan commit untuk michelia bersama-sama :-) proud with all of u! syabas!

sucsess always start with small step! yeay!!!

Posted via Android device

untuk pertama kalinya: the beauty buffet



yahoo, masa untuk ber'face mask'! kali ni try mask baru brand beauty buffet beli kat watson. semalam ai dah stori kisah mask ni dan benefit2 nya maka kali ni ai akan buat personal review tentang mask ni :-)

ai agak surprise sebab mask ni adalah super nipis which kalau letak kat muka memang akan jelas warna kulit uolls! oleh kerana essence mask ni hanya 23ml maka semua essence terserap dengan jayanya kepada mask dan yang paling penting ia tak menitis2 n tertinggal dalam pek (^_^). bila dah tepek kat muka biarkan selama 20 min, okay?

oleh kerana mask ini super nipis maka ia cepat kering, just nice. bila remove rasa macam semua essence dah terserap masuk kulit. hehe. ai practise rinse muka selepas 5 min remove mask just untuk hilangkan rasa lekit2. tak selesa plak kalau biarkan.

hmm, memang menarik lah mask ni rasa fresh sangat2! yang paling best ai boleh terlelap within 20 min tu which mean mask ni sangat selesa dan 'mesra' je ngan kulit muka. like lah face mask beauty buffet ni. dengan price yang okay dan satisfaction menggunakan mask ni, nampak gayanya boleh lah cuba versi2 lain pulak :-)

selamat mencuba! happy skin make u happy :-)



Posted via Android device

watson face mask: beauty buffet



sejak dah pakai 5 keping face mask guardian, rasa seronok dan teruja pula dengan produk ini. hmm, tapi harga face mask ni tak murah der, rm6.90/pc. so kalau nak jadi pemakai tegar kos per week rm6.90x3=rm20.70, kalau sebulan rm20.7x4=rm82.80. erk, kos hidup bertambah?

sebab tu bila kat watson ada promo 5pc face mask=rm18.85 (rm3.77/pc) ai pun dengan gembiranya ambik, bawa ke kaunter dan bayar. huhu. jimat rm3.13/pc :-)

face mask ni brand beauty buffet, made in taiwan, ai amik caviar&biopeptide facial mask. ada banyak jenis lagi bergantung kepada tujuan/fungsi face mask tu. waktu post ni ditulis ai tak cuba pakai lagi kerana malam ni bukan malam memakai face mask. hehe :-)

apa best nya face mask ni. katanya (salin dari belakang kotak) "mask is made up of protein rich caviar extract, moisture retainer amino acid n biopeptide to help stimulate collagen regeneration, improve skin elasticity n reduce fine lines. leaves skin firmer, smoother n youthful looking". hah, menarik kan? sesuai untuk ai yang dah nak 3 series. huhu

tak sabar nak cuba esok. kasi mask sejuk dalam fridge dulu. yeay!

p/s: beli time promo baru ada penjimatan dan berbaloi2!



Posted via Android device

mengaktifkan operasi membuat label 5S



office semakin sibuk dengan 5S. nak audit katanya. progress masih tak nampak2 lagi. kubikel sendiri yang konon2 dah kemas kembali tunggang langgang semula. semuanya masih tidak konsisten dan semangat 5S masih suam-suam kuku.

label merupakan salah satu komponen penting dalam 5S. maka, petang ni ai telah mula mengaktifkan operasi perlabelan. start dengan kubikel sendiri ye kawan2 :-) hmm, dan secara automatiknya mendapat task untuk buat label for whole wing. huhu. terlebih rajin sangat kan :-p

banyak pulak nak kena gunting n laminate. hmm, sambung esok je lah!

p/s: semangat suam2 kuku (^_^")



Posted via Android device

food tasting@SACC



hari ni telah mendapat peluang makan eh membuat food tasting di SACC. bukan disebabkan nak buat kenduri tapi dek kerana event bahagian yang akan datang.

menarik? ya absolutely! makan siapa tak mahu kan. tapi bila kena jadi tukang komen ni susah sikit. sebab food lover akan kata hmmm, yummy! tapi expert nutrition pulak geleng kepala. too oily, too salty, kurangkan santan, buang kulit ayam dan kurangkan gula. oh, no process food eg. fish ball too! only fresh item! hehe :-)

tiba2 food lover kena tune jadi juri masterchef. nasib baik chef din cool orangnya. layan je lah tekak orang2 yang buat food tasting ni. ai pun tiba2 makan dengan penuh penghayatan. berfungsi semua deria rasa. hehe

overall food kat SACC cukup rasa! look forward food yang akan dihidangkan masa event nanti. yeay!

Posted via Android device

assalammualaikum cinta, waalaikumsalam rindu


..di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi di situ ada 7 petala cinta..

okay terbuai-buai emosi 7 petala cinta? tidak sama sekali, uollss. jujurnya ai hanya meletakkan 3/5 star untuk filem ni. pendapat peribadi, harap maklum.

habis tu kenapa nak feeling? haha. jiwa kacau, itu sudah pasti. tiba2 ai asyik nak tanya kepada diri.

kenapa?

si polan cinta si polan mereka kawin dan bahagia

si polan cinta si polan mereka kawin dan tidak bahagia

mengapa?

si polan cinta si polan tapi putus dan cari/jumpa cinta lain dan seterusnya

kenapa ada gak...

si polan tiada cinta dan menunggu dengan harapan

si polan tiada cinta dan tidak berharap

dan

si polan yang sudah putus harap

cinta rumitkah?

suka tapi tak boleh luahkan. dekat tapi jauh. hendak tapi takut.

atau cinta terlalu mudah?

sorang pergi, sorang datang. berganti2. sampai bosan.

mana penghujung cerita ni?

soalan, kata2 sinis, pandangan mata perlukah menikam sampai lubuk hati paling dalam?

manusia biasa bukan tahu agenda Maha Pencipta. bersyukurlah, sekurang-kurangnya masih bernafas, sehingga detik ini.

pertanyaan dan jawapan itu biarlah menjadi rahsia-NYA :-)

Posted via Android device

pore pack pulak?



hadoi bila dah nak 3 series ni mulalah kan macam2 nak tempek kat muka ni. kena plak masa layan nona kuar muka cik ta yang claim kata cik ta tak pegi spa nak maintain cantik dan hot tapi semua buat sendiri pakai mask sendiri, buat spa kat rumah dan pakai pore pack!

ah rahsia kejelitaan cik ta. oh! oh!

maka pow cik net satu pore pack. yeah, basahkan hidung dan tampal. tunggu 15 min dan tanggal. hasilnya, noda2 putih terlekat pada pore pack. ewww.

okey, esok boleh beli sendiri pore pack kat watson.

kini diriku semakin berharga :-) sekian

Posted via Android device

pilihan raya nak dekat ke?



rasanya pilihan raya nak dekat .... kot?! mana tak nya promo2 pilihan raya dah bersepah2 dalam post box termasuklah buku kecil ni.

transformasi vs reformasi?

tepuk dada tanya selera. pilihan ada ditangan kita.

p/s: buku kecil ni takde publisher. sekian

Posted via Android device

cinta muffin coklat cip



petang tadi ai dan cik net tengok program safiyya. pastu ada citer2 blogger yang super glamer walaupun junior tapi followers blog diaorang telah sampai puluh2 ribu. hati jahat kata, ala diaorang muda, cun plak tu. hati baik kata orang yang rajin berblog dan blog dia adalah bagus mestilah mendapat pengikut yang ramai.

blog ko hado? derrr.. blog cik net lagi lah, sedih!

okay la sebab ai bukan muda lagi dan tidak cun dan blog pun ntah apa apa, mimpi ngeri je la nak masuk program safiyya. tapi takpe, mari teruskan berblog seperti biasa. walaupun cik net kata, "blog ko ni tulis benda2 yang ko faham je, camne nak ado follower puluh ribu?" ado ai kesah?

baiklah, cukup cerita hati hancur. petang semalam ai telah bake muffin coklat cip. muffin lagi? haha. dah la tak cukup baking powder muffin pun tak naik apa lagi nak retak2 kan. dasar malas. tapi rasa tip top. sedap seperti biasa.

resepi asal klik sini http://myresipi.com/top/detail/17963 

ai telah buat 2 adunan dan kurangkan 1/4 cup gula. bake at 160 deg celcius selama 16 min. okay, siapa nak cuba? semoga berjaya :-)

Posted via Android device

komen nasi lemak cik noridah, oh la la



hari sabtu yang indah, mari bangun awal! tak sabar nak merasa homemade nasi lemak air tangan cik housemate. hmm, agak kecewa sebab nasi lemak tak masak lagi!

1 jam berlalu....

nampak gigih cik housemate memasak. kuali panas pun nak pegang guna tangan. habis melecur jari jemari, jatuh saham macam ni. huhu

1 jam 1/2 berlalu

finally nasi lemak masak! yahoo!! kagum ai ngan usaha cik housemate. dah boleh kawin camni :-)

mari komen nasi lemak cik housemate

nasi: lemak berkerim disukai ramai. walaupun sedikit lembik tapi boleh layan

ayam goreng berempah: bolehlah sedap gak. cuma rempah dah hangit. keke

sambal ikan bilis: rasa ok, tapi kering kot untuk jadi sambal nasi lemak?

hiasan2 lain: ikan bilis, timun, telur - ok!

overall: 3/5 bintang. boleh cuba lagi. hehe :-)

Posted via Android device

semanis kurma:keluarga bahagia



hari jumaat lepas, berjaya menghadiri program bicara rohani, semanis kurma:keluarga bahagia. penceramah yang tidak asing lagi as sweet dalam semanis kurma, itulah ustazah siti nor bahyah dan ustaz wan akashah.

penceramah ada share tips2 bagaimana membentuk keluarga bahagia. macam mana eh? ai share main point eh :-)

dalam membentuk keluarga bahagia:

> perlu ada iman&takwa

> sentiasa berkasih sayang

> sentiasa menjaga pergaulan melalui bahasa dan mimik muka

> sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab

> carilah rezeki yang halal

> banyakkan berdoa

penceramah pun ada bagi tip bahasa kasih sayang: cara nak luahkan kasih sayang, uolsss melalui

> hadiah

> kata2 ransangan

> sentuhan

> masa berkualiti

> memberi khidmat

dan ada gak tips 5S..

> salam (beri salam)

> salam (jabat tangan)

> senyum

> sapaan

> sopan

itulah tips ringkas masa bicara rohani lepas. marilah amalkan, yeah!

Posted via Android device
Powered by Blogger.