sudah habis 1 bulan- oh januari


pic ni amik masa new year. cik auni pun dah semakin membesar dengan sihatnya. sekarang dah 4 month ++. dah mula menjerit-jerit nak makan. lebih comel bila auni jerit sekuat hati bila auntie curik orange dari jejari bam bam dia. haha. hopefully, auni akan sihat dan membesar bagai johan :-)

bapa bagi tablet huawei sempena tahun baru. hmm. dah bagi, amik je lah kan. hehe. buat masa ni ai guna sepenuhnya main angry bird. kalau ada wireless baru lah rasa cam de fungsi sket menda ni. tapi ai will look forward nak pakai data plan. maxis, celcom, digi?

januari ni tak banyak aktiviti hidup. sebab tu la blog pun tak update-update. cuti pun ai dok umah je, agaknya kalau dinding bercakap mesti dinding kata "asik2 muka ko je kat umah ni, boring2"

walaubagaimanapun sempat juga pergi melencong ke kaki genting membuat lawatan sambil belajar ke strawberry farm. wah2, dah tua2 ni baru nak pijak kaki kat strawberry farm. kata ai kepada cik dj, cik nio dan cik net.  

 

dah habis melencong kat kaki genting, we all pergi ou. tengok wayang- bujang terlajak. haha. apa kes kan? tapi sebelum layan wayang, we all pegi makan makanan omputih, yeay!

 

pasta yang ai makan. lazat, lazat dan lazat. hehe :-)


ini pula pencuci mulut, cik dj belanja. yeay, yeay dan yeay!!


habis satu hari bersosial kan. esoknya cuti lagi, tangan dok rajin nak buat cream puff. mungkin ai dah lupa skill cream puff ni, 2 adunan langsung pegi tong sampah. keras sebab asik tambah tepung. keke. last2 lempeng je yang jadi :-)


oleh kerana tak percaya dengan skill baking yang merosot, ai pun google resepi lain. finally berjaya! kali ke-3 buat cream puff je? haha


resepi nanti ai taip kat post yang lain.

hmm. setakat ini dulu lah ye. later ai update lagi.

0 comment:

Powered by Blogger.