2012 it's a wrap



31.12.2012

macam mana nak start eh. 2012 tahun yang agak up side down for ai. ada masa rasa hepi, ada masa rasa frust n demotivated dan kadang2 excited terlebih. huhu :-) but untuk semua positive n negative thing happened, thank to tuhan maha pencipta, maha pemurah dan maha penyayang. ai have my family around, good frenz, a job n more. Alhamdulillah, Alhamdulillah!

YES it's the end of 2 series age! huahua. but not so much achievement huh? haiyaa.

so bila dah hujung tahun ni kena lah ulang tayang pencapaian, kegagalan, kegembiraan, kedukaan dan lain-lain kan. annual report katanya. tapi, tapi mana nak start?

family

lil auni is growing up u know, makin aktif, nakal n banyak keja. semakin hari semakin sayang. buah hati atuk of coz n sweetie pie mak long. family is expanding! sis pregnant lagi. waa murah rezeki, bertambah cucu atuk. alamak next year banyak la duit raya mak long kena kuar. Alhamdulillah, family dalam keadaan baik2 n tahun ni tak berjaya nak berjalan jauh lagi. budget ketat kan. oh the twins dah habis sekolah! that's mean bank boleh tutup. muahahaha. d twins dah dapat keja of coz lepas ni kena la tolong2 family pulok. terima kasih Allah.

kesihatan

yup kesihatan ai baik tahun ni. Alhamdulillah. tapi bila nak 3 series ni kena banyak wat check kan. huhu. oh tak bagusnya semakin lama semakin gemuk. huhuhu. tension punya pasal lah ni. melantak tak ingat. bila nak insaf ni. huhu.

aktiviti

ada banyak aktiviti sepanjang tahun ni. terjah pesta buku borong 10 novel kat pbakl 2012, 1st time masuk treasure hunt SAER 2012, 1st time gak water rafting kat KKB water rafting. aktiviti jalan kaki jangan cerita pantang ada masuk je. name it walkathon avon, walkathon kemeterian perladangan komoditi n tak dilupa tarian 1 malaysia. yeah should do more in 2013. yeah!

travel

tahun ni ada 2 travel trip. 1st was langkawi with aysk buddies- memang seronok sangat p langkawi, my 1st time. huhuhu. ai tak stori banyak pasal trip ni but ai do share online photobook masa p langkawi. nanti rajin ai kasi update cerita, tu pun kalau ingat.  2nd one p USS Singapore. yeah oversea trip kan. so buat passport for d very 1st time. USS memang super fun! 2 benda tak boleh lupa masa p USS was the roller coaster dan tragedi pemandangan yang terhijab. but yeah a worth trip of coz. ni pun sila view my online photobook. hehe.

financial

tahun ni berbelanja tak ingat, sedap je amik n bayar kan. saving pun suam2 kuku. dah simpan pastu eh eh terguna. cis.  now time to recover al maklumlah tempoh penajaan d twins dah ditamatkan. so kena displin semula. jom menabung!

kerja

2012 is tahun kureng bila bab kerja. yup phase kerja adalah stagnant takde yang menarik semuanya rutin. so p keja balik keja. huhu. pastu dengan environment yang membunuh semangat keja, yeah keja tak menarik. rasa nak pindah sabah keja. huh. but bila ai tau bukan ai je yang rasa negative pasal benda tu ai move from phase demotivated. buat apa nak stress yang membunuh baik stress yang gerakkan kita to do something yang positive, more years to go. oh! hujung tahun tiba2 kena pulun banyak untuk gerakkan 'baby' aj. yeah, now spot some sunshine. chaiyo!

life

life ai tak la extremely change throuhout the year. but loose sikit bila ai mula2 wat decision nak spent untuk travelling. in a year ai beli 4 tiket flight. hahaha. pastu buat qurban for myself melalui infaq kemboja, rezeki ada untuk share, why not? pastu ada hobi baru, photobook! dah macam addict pun ada, asik nak beli promo voucher pastu spent time buat photobook. yeah walaupun photobook ai masih tahap design 'boring' ai suka jugak! untuk rekod ai dah buat 3 softcover n 2 hardcover photobook - auni/ lia/ langkawi/ uss/ lawatan. yeah!

keputusan paling gempak

ada satu keputusan yang memang gila tapi buat gak. bayar ptptn near 16k dengan kwsp acc 2, pengeluaran pendidikan. ni akibatnya nak kejar diskaun 20% yang banyak muslihat. walaupun ai tertipu dengan helah ptptn takpe, takpe. hutang wajib bayar. kalau tak bayar sekarang masa kuar kwsp still kena bayar gak. sakit hati ngan bayar bulan2 kat ptptn tapi macam apa pun tak bayar. podah la ptptn.

cinta

yeah ramai kawan2 kawin tahun ni n d besties yang kawin nana n shu. both sudah pregnant n lagi beberapa week akan jadi mom. huhu. oh cik net pun dah tunang dengan cinta hati beliau n 2013 kawin. ni menjadikan geng ukm semua dah kawin except me. hahaha. anyway happy for u guys. n for me no worries tuhan tahu bila dan mengapa. so enjoy je life dulu. hehe.

penulisan blog

2012 tahun yang agak malas malas rajin nak update blog. tapi 308 post sepanjang tahun 2012 kira yang kedua terbanyak sepanjang 4 tahun berblogging. yeah. year to come, Insya'Allah ai will blog more :-)

kesimpulan

banyak ruang lagi untuk improve. hopefully Allah beri kekuatan dan bimbingan supaya ai manage to improve in vary aspects. yeah. chaiyo!

THANK YOU ALLAH. Alhamdulillah!

Posted with my Huawei Ideos S7

DJ's shepherd pie. wah wah wah



31.12.2012

dj buat sherpherd pie kat kitchen we allz! tq dj siap buat 1 loyang untuk kami. untunglaa sape kawin ngan dj pandai masak. hehe :-)

but sape nak habiskan satu loyang ni?

Posted with my Huawei Ideos S7

warna warni tahun baru



30.12.12

alkisah kain yang tertangkap. ngap!

hehe, gembira kerana berjaya shopping. yeay!

Posted with my Huawei Ideos S7

housemate outing day!



30.12.12

yeah. after 2 weeks plan berjaya jugak we all terjah pasar karat @ stadium shah alam. motif utama ai nak cari kain for baju kurung n cuci mata. yeay!

pasar karat's catch: 2 pasang kain+1 blouse untuk mak+ buah2

pastu dah sampai SA, we all terjah SACC sebab cik net nak usha festival pengantin. hahaha. amik mood la uols.

pastu ada banyak banner jakel inform jakel ada sale. maka ai request cik net p jakel. huhu. tqvm cik net. kat jakel memang seram uols. orang ramai giler macam kain jual 1 meter seringgit. choii la kan. ai tengok kain kurang cantik pun mahal. mana sale nya? tapi dah terlajak sampai cari gak la kain yang murah2 kan 3 pasang rm100? huhu.

jakel's catch: 4 pasang kain. eh eh..

pastu..

balik umah daaa..

tq cik net :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

my photobook!



27.12.2012

order kali ni 2 hard cover pb, 1 soft cover pb n 2 slip case. yeah, so so excited bila tengok hasil pb. notice ada kecacatan gak tapi minor2 la. kecacatan tu berpunca dari ai jugak ada plak susun pic senget2. padahal dah check betul2. stress je. tapi, almaklumlah baru belajar kan banyak lagi la kena explore.

yeah tak sabar nak buat next project. kk? huhuhu lamanya lagi berkarat la skill ai ols. oh oh ada satu water rafting! bila nard nak pass pic ni. derr.

Posted with my Huawei Ideos S7

penantian menyeksakan. skynet, huh!



27.12.2012

finally my photobook arrived dengan selamatnya. huhu. penantian memang menyeksakan u know!

ai tak boleh blame pixajoy sebab lambat sebab expected delivery sepatutnya on 22.12.12, n pixajoy team dah keluarkan order ai on 21.12.12. sepatutnya my order akan sampai exactly on 22.12.12.

so masa 21.12.2012, ai trace activity consignment ai katanya dah 'out for delivery'. so berbunga lah kan. tunggu punya tunggu tak sampai barangnya. kecewa lah ai ols kan. nak sedapkan hati, ai pun fikir ada masalah la tu, maybe isnin baru sampai. oh, tunggu lagi 2 hari!

on 24.12.12 ai trace lagi consignment activity, katanya dah 'out for delivery'. haa, berbunga lagi. tunggu punya tunggu, nan ado consignment sampai. hampeh betul! dah la sok nya cuti krismas kena tunggu lagi 1 hari.

on 26.12.12 ai trace lagi consignment activity, yes dah 'out for delivery' lagi. kali ni ai dah call Skynet office kat Subang 03 56239046 and managed to talk with 2 person which is Faizal n Shahrul. ai called kali pertama bagitau yang consignment tak sampai lagi. lepas depa check kat sistem Shahrul contact ai semula at this no 016 3391901 n inform consigment ai dah ada kat p9. wah berbunga lah hati ai kan. around 5pm consignment tak sampai gak! hati dah panassss kan. ai call Shahrul lagi n info dia if delivery buat after 5.30pm soh despatch tu call ai. Sharul info despatch ada kat p9 lagi n pass no despatch kat ai. Around 6.30pm ai call despatch dia kata ada kat p9 lagi tengah tunggu barang nak dikurier tengah pack. cis kan. despatch kata kalau ai nak amik boleh jumpa kat mamak double. lucky hari tu dj ada so ai tag dj makan kat medan selera p9. bila ai sampai n call despatch tu dia kata dia dah balik. ngeng betul.

27.12.12 pagi2 dah call Shahrul info dia consignment ai tak sampai lagi. dia mintak maaf coz ada masalah teknikal. dia janji hari ni delivery mesti sampai. ai malas dah nak terpedaya ngan janji skynet ni. ai check consignment activity lagi n katanya dah 'out for delivery'. at 2.30pm ai call Shahrul bagitau consignment tak sampai lagi. dia janji hari ni barang ai mesti sampai. ok tunggu dan tunggu akhirnya at 4.30pm consignment SAMPAI!!!

penantian berakhir! what I worry most barang ai akan rosak. ye lah dah 4 kali 'out for delivery'. nasib baik pixajoy balut photobook dengan lapisan2 anti kemek. maka all photobook selamat!

oh on 28.12.12 Shahrul call ai tanya whether ai dah terima consignment. haa, gigih kan nak call ai customer service katanya. nasib ai tak marah uols!

kesimpulannya, next order ai tak mau guna free delivery skynet ni sakit hati. nasib baik pixajoy dah ada delivery service baru gdex yang kena bayar ikut berat. huhu. should try lepas ni.

okay dah habis complaint. to Skynet please work hard to improve your service.

Posted with my Huawei Ideos S7

muffin, love!



25.12.2012

another muffin version. instead of gula kastor ai guna brown sugar, sour cream replace with whipping cream. nasib baik menjadi. but a bit basah sebab ai tuang habis whipping cream, resepi mau 1 cup je. pastu butter pun malas timbang kan.

hehe. best part masa baked muffin ni part bahagian atas muffin merekah bila dalam oven! sign of sucsessful recipe. yeah!

just love d taste. less sweet!

Posted with my Huawei Ideos S7

22.12.2012 saya berharap...



saya berharap:

a) kaki saya akan sekurus itu, boleh lah .....

b) kaki saya tidak akan sekurus itu, jika tidak ....

mana satu keinginan dan kemahuan?

#erlputrajaya#boring#cari pasal

Posted with my Huawei Ideos S7

21.12.2012 i just hate it


sedih betul sebab hujung tahun tak dapat cuti. masa ni la nak ada 'so called crisis' tu. why? why? kalau dari awal buat kan senang, now nak put blame on us n tak pasal2 kena burn cuti. sedey.

why? why?

hati tak cukup bersih lagi ni, sebab tu ada someting wrong somewhere. yeah, time to improve.

Posted with my Huawei Ideos S7

20.12.2012 cari ilmu



Alhamdulillah, dapat hadir dalam majlis bicara rohani by ustaz don..

Posted with my Huawei Ideos S7

lawatan sambil belajar 8-)


5-6.12.2012

sepatutnya peluang lawatan ni milik cik dj, tapi atas keperluan lain yang lebih penting ai replace untuk buat lawatan ni. so, mari kita buat lawatan aktiviti industri tenusu di selangor n perak. yeah!

ai personally memang tak penah pergi ladang kambing or lembu sebelum ni. memang dalam kepala asik pikir mesti busuk. huhu.

hari pertama lawat ladang kambing kat selangor, perjalanan yang agak mencabar. amazingly sampai kat kadang kambing yang ada more 100 ekor, bau yang ditakuti tu takde! tipu lah kalau kata tak berbau, tapi memang light n boleh bernafas seperti biasa. yang lebih best kambing2 tu memang friendly n manja.

hari kedua lawat ladang lembu, first time jejak memang menusuk bau urea lembu+najis lembu. pening sesaat. lama2 imune dengan bau. ada harapan jadi tokey kambing or lembu ni..

so tugas ai sepanjang lawatan kena amik gambar. yup, tapi tak bawa gadget kan. nasib baik tuan pinjamkan Note beliau. maka terhasil lah capture yang indah2. huhu.

overall trip ni menarik n orang2 dvs pun sangat membantu dalam beri informasi n assist kami yang baru nak belajar ni.

as usual, picture speaks thousand word. enjoy pb lawatan aktiviti industri tenusu :-)



Posted with my Huawei Ideos S7

#MAHA 2012 #petugas



1.12.2012

MAHA adalah aktiviti setiap 2 tahun. maka dalam setiap 2 tahun tu tak penah lagi la ai miss duty kat MAHA ni. tahun ni parah sket sebab geng duty ai tak datang. maka duty secara solo. bila duty solo ni penat la kan, maklumlah orang ramai tak kan tak entertain pulak. dah la datang jauh2, sarawak mari pun ada. gigih kan?

kali ni duty kat kawasan industri burung walit. memang ramai yang berminat ngan burung walit ni, maklumlah mahal kan. sayangnya eksport negara berkurangan dek negara China yang mula ketatkan peraturan mereka. ada gak yang datang marah2 n kata geli dengan peraturan2 ni semua. huhu. tapi kalau takde peraturan maka bermaharajalela lah pengusaha2 sarang burung walit kan. hmm..

apapun duty hari tu berakhir tepat jam 4. ai happy sebab dapat entertain orang2 yang datang booth dalam masa yang sama bengang jugak dengan 2 orang geng petugas yang selfish tak datang duty. choii sangat kan.

#MAHA 2012#best#bengang

Posted with my Huawei Ideos S7

Cik Net's E-day!



18.11.2012

masa cik net tunang hari tu ai berjaya gak siapkan 3 batch cookies untuk goodie bag beliau. dah terlanjur berjanji kena la tunaikan, kan? janji ditepati katanya.

memang pulun lah buat, dari adun sampai pek kecik2. dah la buat sehari sebelum nak p uss memang nak kena la kan. apapun such an honour dapat tempatkan cookies ku with item2 lain dalam goodies bag cik net. Alhamdulillah, masa sampai umah cik net kakak2 dia dok puji cookies ku.. ahaha, sedap katanya. biasalah buat dengan penuh kasih sayang kan.


hari E-day cik net memang gempak mengalahkan orang nak nikah dah. dari pelamin, meja makan, susun atur, orang yang datang... pergh amik mood nak kawin cik net kita ni.

ai kat kampung cik net sehari sebelum majlis. memang datang saja je tak tau nak buat apa. semua kakak2 n abang2 dah settle kan. best gak family besar ni. persiapan sehari sebelum memang riuh, lucky ai dok escort cik net amik kek n barang2. maka keriuhan persiapan ala-ala je lah.

oh, memandangkan 17th birthday cik net, maka kami 'celebrate' dengan makan mee bandung parit jawa. yeah.

to cik net# have a good engagement period!#

eshan n fazek :-)

Posted with my Huawei Ideos S7

cuti-cuti#2: USS

12.11.2012

finally trip pembuka ke laluan oversea. dekat je, singapore. tujuan utama trip ni pastilah ke Universal Studio tapi sempat juga kami menyinggah kat masjid sultan n makan murtabak singapore kat jalan sultan.

walaupun trip ni dicemari insiden ai terhilang selama 40min daripada geng2 travel dan sedikit sebanyak membuatkan diriku menjadi fobia dengan trip oversea, tapi it's okay. lesson learn. kalau tak jadi worst case, i may not prepare for next next trip. ada ke? hahaha

okey, enjoy USS Photobook! seperti biasa picture speaks thousand word. yeah

love. xoxo

 

cuti-cuti#1: Langkawi

31/10/10-3/11/2012

yeah, finally trip geng2 aysk berjaya dilaksanakan. short plan tapi menjadi. semua pun ON. okey buat masa ni u guys enjoy dulu pic2 from my online Langkawi photobook :-) picture speaks thousand word kan.

love. xoxo


sneak preview. photobook

9.12.2012

yeah, some of u might say.. apa da asie tak habis2 ngan photobook. haha. apa nak buat bukannya ai ols ada rumah tangga nak kena jaga kan. so ai spent my quality time untuk buat photobook. 

but keja selalu buat kita stress dan malas maka untuk dapatkan idea untuk design photobook pun memang kacau. kadang2 bila dah excited nak buat badan n otak letih, so utamakan tidur. bila cuti kita all out la nak siapkan photobook yang tertangguh

dengan pixajoy software, keja design photobook jadi senang sangat. pastu bila kita update software lebih banyak scrapbook item, background, frame akan ditambah. design is super duper easy! 



maka bila dah easy banyak la project pb nak buat kan...



pb langkawi

ai start sikit2 dengan design template. pastu bila dah ada gambar (amik dari azmi) + gambar from my camera so aktiviti design pb langkawi pun bermula. ai amik masa 2 hari nak siapkan. puhh


pb langkawi dah complete upload, dah submit. yeah. expected sampai 19/12/12. pb ni guna voucher hard cover yang ai borong sebelum ni. Cool Image Wrap, cover glossy, content matte :-)

pb uss

pb ni a bit susah sikit nak buat sebab pic tak banyak. tapi layan je la.. ni pun dah submit. yang ni pun guna voucher hard cover. Cool Image Wrap, cover glossy, content matte :-)


pb lawatan sambil belajar

pb ni adalah trial version. muahaha. sepanjang g lawatan sambil belajar ni, kami guna hp tuan galaxy note untuk capture. so tujuan buat pb ni sebab nak tengok quality pic galaxy note.. cantik ke tidak? so yang ni ai guna soft cover voucher Cheap n Chic Soft Cover, 8"x8", cover glossy, content matte :-)



pb ni belum submit. still ada pic2 yang belum masuk. huhu.(done submit on 11/12/2012)

okay. later ai update lagi pasal pb with pixajoy. kalau nak tau lebih lanjut tentang produk n what is pixajoy, klik button pixajoy kat sebelah kiri blog ni. if nak belajar macam mana nak buat, sila comment- minta tunjuk ajar, i'll help mana yang ai tau.

ok, xoxo

oh my blog. xoxo

9.12.2012

it's been a while. puhh, lama tak update belog kan,kan. aisey, ingatkan lepas tengok istanbul aku datang, keterujaan mengupdate belog akan menjadi luar biasa, rupanya semakin malas. hahaha.

untuk rekod ai kena update juga important thing. yup who knows in future ai nak recall gossip2 semasa ai tahu where ai can find it. yeah,my blog. xoxo

where should ai start.hmm, november banyak point yang ai miss nak update. malas, of coz. ai akan senaraikan supaya ada masa nanti ai akan update. ye, janji. huhu :-)

1. langkawi trip with aysk buddies 31/10/12-3/11/12. oh macam dah sebulan  lebih trip ni berlalu tapi tak update lagi. yess. i know, cerita dah basi. but, hey ai baru je siapkan photobook langkawi n dah submit. so, ok lagi la kan, kan. (done 13/12/12)

2. uss trip with opis buddies on 12/11/12. yeah, another trip. photobook pun status sama macam langkawi dah submit. yeah. (done 13/12/12)

3. cik net's E-day on 18/11/12

4. outstation to Penang 25-29/11/12. ah.. meeting!

5. duty MAHA. 1/12/12

6. Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia 2/12/2012

7. lawatan sambil belajar @ladang kambing n lembu tenusu 5-6/12/12

ah cukup, cukup. yang tak penting kita skip. haha. ok la till then :-)


xoxo

evoucher pixajoy: yeah. dah beli!


weehuu. ai dah berjaya beli evoucher ni. uols dah beli? promo sampai 21.11.2012 je. jangan ketinggalan nak dapatkan evoucher ni. marilah berphotobook beramai2. yeah



PIXAJOY November promo!


klik gambar untuk pembesaran
klik gambar untuk pembesaran

Good News!

okay, adakah korang masih banyak gambar2 yang belum print? asik capture pastu save dalam pc dan akhirnya dilupakan? yeah, jikalau begitu marilah ber photobook!

photobook ni memang seronok tau. korang boleh guna software designer PIXAJOY (senang giler guna!) dan susun gambar2 korang sampai puas hati. kalau rasa kurang kreatif guna je lah template sedia ada.

sebelum ni ai asik2 beli voucher softcover photobook PIXAJOY bila ada promo kat groupon or living social, ye lah rm39 je kan. dah 2 kali print with PIXAJOY memang puas hati. tapi tau2 je la bila soft cover ni kena banyak tangan pegang, cover photobook dia boleh terkelepot. kecewa kan?

tapi jangan risau, ada promo special dari PIXAJOY uols. dari 14.11.12 hingga 21.11.12, PIXAJOY offer evoucher cool image wrap hardcover photobook dengan harga serendah RM68 untuk pembelian pertama n RM50 untuk pembelian kedua dan seterusnya. harga sebenar without promo RM140.

untuk promo ni korang boleh buat photobook dengan pilih saiz yang ditawarkan. yang best skali promo ni untuk 50 pages, banyak gambar boleh susun wooo. tak rugi pun kalau beli sekarang sebab evoucher ni expire on 23 june 2013. sempat la kalau nak buat pelan2.

so, apa tunggu lagi belilah evoucher promo ni. KLIK UNTUK BELI/ INFO. eh, dah beli jangan lupa sign up sebagai GENG PIXAJOY, barulah boleh submit photobook project korang, ok!

okay, have fun ber photobook.

XOXO, publish!

Posted with my Huawei Ideos S7

renungan jumaat #1

quoting jkh email renungan jumaat 6

Assalammualaikum,

Semua baik saya doakan.

Hari ini saya hadiahkan surah Al-Fatihah kepada semua.

Al-Fatihah
(1) In the name of God, Most Gracious, Most Merciful Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
(2) Praise be to God, the Cherisher and Sustainers of the Worlds Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam 
(3) Most Gracious, Most Merciful Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
(4) Master of the Day of Judgment Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
(5) You do we worship, and Your aid we seek Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan  
(6) Show us the straight way Tunjukilah kami jalan yang lurus
(7) The way of those on whom You bestowed Your Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat  
 
Surah ini kita perlu hadiahkan kepada diri kita, anak-anak kita, ibu bapa dan sahabat kita. Ia adalah hadiah yang paling berharga supaya kita, anak-anak kita, ibu bapa  kita dan sahabat kita senentiasa   mendapat  ayat 6 and 7 sepanjang masa. Oleh itu hadiahkan diri kita dan kepada semua orang yang kita sayang  setiap hari.

Insya'Allah :-)

lia photobook, 2nd photobook with pixajoy



5.11.2012

intro: ai kiv dulu stori cuti2 malaysia langkawi, semangat update belog belum mai dengan galaknya. huhu.

ok, masa cuti raya haji lepas gigih ai paksa rela lia buat photobook. tujuan utama nak tengok jenis paper "matte" ok ke tak, maka ai dengan suci hati ajar n uruskan hal2 berkaitan photobook lia. gigih tau lia buat photobook ni, 5 jam siap susun pic. ai tambah creative part dan adjust mana2 patut n submit order at 4.00am. hehe.

finally, photobook sampai kat opis. tepat pada masanya! hasilnya tidak mengecewakan. good job pixajoy! ai like hasil akhir photobook ni n of coz ai berbunga2 sebab paper matte adalah super nice.

yeah! done 2nd photobook with pixajoy.

Posted with my Huawei Ideos S7

random pic#18: terukir di bintang



sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku

terukir dibintang tak mungkin hilang

cintaku padamu :-)

#art grafitti-yuna

Posted with my Huawei Ideos S7

makan!



18.10.2012

as usual ada courtesy dinner for trainer dan peserta training. kali ni makan kat restoran putera ayu, padang jawa. setelah bersusah payah menguruskan lo n menu dapat gak merasa dish2 sedap kat restoran ni. haha.

restoran putera ayu offers environment yang nice, hospitality yang super nice dan yang paling penting food adalah marvellous! sedap nya ikan bakar pari, siakap 3 rasa, sayur campur dan lain-lain.

kalau korang ada kat kawasan berdekatan sila lah singgah :-)



Posted via Huawei Ideos S7

random pic #17: technical update



18.10.2012

as usual, ada technical update kat ofis. alhamdulillah, tajuk lecture 1st hari ni "sabar adalah jalannya" n 2nd lecture isomaltosa by dutch lady.

hey, notice mamat yang tinggi tu? haha, rendahnya orang Asia!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#4: capati roll



17.10.2012

makan lagi. hehe :-) kali ni dapat idea nak buat capati roll bila terdengar "paratha" kat tv. untung ada bahan2, bolehlah beroperasi mengikut imaginasi.

skill balut n preparation ni cilok pengalaman masa keja kfc dolu-dolu. dish yang mudah dan sedap. dijamin 101%

bahan- bahan (ikut no dalam gambar)

1- capati

untuk capati ai beli yang segera jenama "kawan". panaskan atas kuali- until ready to eat

2- prepare inti telur (2 biji telur+2 sudu susu uht), rebus mix vege n pop corn chicken/ chicken chunk

3- sedikit mayonis dan keju parmesan

cara membuat

4- di atas capati, spread mayonis dengan sekata. susun telur, mix vege n chicken chunk seperti dalam gambar. jangan lupa tinggalkan 5cm untuk lipatan. tabur keju parmesan sehingga sekata.

5- gulung capati roll. bake dalam oven for 5 min at 160 deg C. pastikan cheese melt

6- tadaa, dah siap. jom makan!

cuba jaya eh. sedap tau!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#3: popia roll



15.10.2012

macam biasa projek makan2. part menggulung memang menguji kesabaran tapi apakan daya gulung la sehingga terdaya. nak makan kan??

bahan2

kulit popia

1 cawan horlicks*

1 cawan nestum*

3/4 cawan gula castor/ boleh kurang*

* bahan2 bertanda kena blend

part gulung memang thrill amik masa, part goreng n sadur senang je :-) kalau rajin sila la cuba resepi ni.

Posted via Huawei Ideos S7

d cream fudge factory



14.10.2012

aiskrim! okay, hari ahad tanpa aktiviti adalah masa terbaik untuk belanja diri sendiri makan aiskrim sedap. dah lama gak ai teringin nak makan aiskrim kat sini tapi macam2 hal menghalang.

1st time pijak kaki depan kedai aiskrim ni, terkedu jap sebab banyak nak pilih, tak tau nak pilih apa. so bila kat kaunter ikut arahan cashier je la. pilih cone, aiskrim n inti. pastu bayar dan masa untuk makan!

sedap ooooo. untuk 2 scoop aiskrim rasberry n vanilla with brownies n mars chunk dan cone bunga ai kena bayar rm18. mahal untuk aiskrim? tapi berbaloi, yummy!



Posted via Huawei Ideos S7

random pic#16: anis belanja



13.10.2012

roti canai old town, near sogo. tq dear fren, sebab belanja makan n most important pinjamkan telinga untuk mendengar keluh kesah. haha :-) sori la sebab banyak sangat borak, sampai payung pun tinggal.

Posted via Huawei Ideos S7

random pic#15: oh, kfc!



13.10.2012    

kfc the mall setelah 5 tahun ai tinggalkan.. banyak perubahan. staff semua dah bertukar, manager pun. environment dan susun atur dalam outlet. tapi dalam banyak2 benda berubah, satu benda yang ai notice masih sama- display toys dalam cermin. haha, comelss!!

Posted via Huawei Ideos S7

auntie best #1: dress



13.10.2012

SOGO sale! haha, ai pun bukan berwang sangat maka jarang2 nak shopping kan. tapi, alang2 sampai kl cuci mata, keluar duit la. jom, shopping time!!!

mine ada la beli beberapa barang, tapi mesti tak boleh lupa mau beli baju lil auni. comel2 sangat dress ni, terpaksa beli. lol. dress ni harga asal rm82 (mahal!), tapi bila sale rm25 (ok la..) brand ladybird exclusive. auntie best beli 2 dress untuk lil auni. boleh melaram la lepas ni :-)

p.s auntie pun nak pakai dress tapi takde saiz. demm

Posted via Huawei Ideos S7

halfest 2012,pwtc n artis



13.10.2012

sepatutnya hari ni kena jumpa hazwan kat pwtc sebab anis nak tanya tentang gold n zakat. unfortunately, member sorang ni tak info time duty dia bertukar n menyebabkan kegagalan kami untuk datang pada masa sepatutnya. so, appointment cancel.

sementara menunggu anis sampai kat the mall, ai jalan2 keliling halfest. banyak produk ada such as makanan, minuman, buku dll. tengah dok jalan2 ni ai pun stop kat booth yang ramai betul orang berpusu2. hmm, mana taknya penuh orang uols, booth simply siti, pastu ada plak cik retiss dato siti nurhaliza.

maka ai pun menyelit2 gak, tak nak kalah! 1st time nak jumpa dato ct live. mak aii kulit dia cantik, mulus n gebu. simply siti ker? hehe :-) tak tau ada event apa, sorang2 beratur pakat amik gambar ngan dato ct. untung laa.. jadi dato ct kan, kan?

hah, jangan nak berangan. kerja! kerja!

Posted via Huawei Ideos S7

keluh kesah


apa nak jadi dengan kerajinan ai updatd belog ni. haish. malas betul, kan. maklumlah lately ni musim hujan,lembab je maka ai pun terbawa2 la mood kelembapan. alasanggg!!

ok, mari kita ingat dan catat aktiviti2 yang belum berekod di belog!

chaiyok!!

Posted via Huawei Ideos S7

filem: aku terima nikahnya...



11.10.2012

kali pertama ai terhegeh2 nak g tengok 1st day release movie! atas semangat berkobar2 yang disalurkan oleh dj untuk tengok movie ni maka gadis2 pun setuju nak layan movie yang tajuk gempak kot, tapi......

adalah diingatkan ni adalah review ai dan tidak berniat untuk mempengaruhi siapa. sila lah sokong filem tempatan. hoyehhh!

now showing: aku terima nikahnya

tiket 1st day memang sold out la. sebab ramai nak tengok or bilik kecik tu ai tak pasti sangat. tapi untuk layan movie ni at 10.30 pm memang gigih la kan. so expectation is high. promo pun bukan main hebatnya.

ai layan gak citer jiwa2 ni maklum lah jiwa halus, katanya lah. tapi movie ni, eiiiii geram je bila fikir balik. 5 min pertama memang sangat penting pada satu2 movie, which kalau 5 min pertama tu impak positif maka positif la penerimaan kita pada sesuatu movie dan sebaliknya.

movie ni, 5 min pertama buat ai rasa pelik2 je. minit2 seterusnya penuh dengan aksi mesra pasangan 'suami isteri". untuk single cam ai ni geli2 gak la nak tengok, segan pun ada. too much kot. kena plak kat sebelah seat ai budak2 lelaki yang "bising" tengok aksi seksa yang ada. dush kat muka sendiri.

nasib baik eksiden awal. haha, tu la yang ai pikir bila part suami mesra tu mati serta merta. no more aksi2 seksa uols. tapi tu la, citer ni mendatar sangat. boleh dimudahkan seperti begini: pasangan baru kawin> laki eksiden> hilang ingatan> wifey cuba kembalikan ingatan> laki tak ingat> wifey surrender> laki ingat semula. haha :-p

memang panas je hati tengok movie ni. lambat betul nak habis. watak antagonis pun tak mengancam langsung. belum lagi part2 yang ada mak mertua, scene makanan kegemaran abang dll.

habis je movie ni, masing2 kuar tak puas hati. jalan cerita slow lah, gedik dan annoying. pergh, tapi stakat komen orang tak profssional ni sapa nak dengar kan. apapun hopefully filem tempatan ni akan improve la. kalau banyak template ATN, jiwa kacau dibuatnya.

untuk filem n jalan cerita 1.5/5

thumbs up untuk:

- jurukamera- shoot memang cantik!

- pilihan tempat pun quite nice. banyak kat Putrajaya n PD

- wardrobe nora danish memang cun!

opss. jangan mare eh penggemar ATN :-)

Posted via Huawei Ideos S7

gathering maaakaan!



11.10.2012

setiap bulan pasti ada gathering makan sempena birthday dan macam2 agenda lain. kali ni agenda utama is celebrate LRS birthday- entering 4 series. jeng jeng jeng. mula2 nak pergi small group je, sekali ramai plak nak tag along. huhu :-)

lokasi kat the gardens, alamanda. no doubt tempat ni memang cantik! sedap je mata memandang bila melangkah masuk. food pun sedap esp pasta, but unfortunately dish ai kurang sedap. salah order ingat nama gempak sedap sangat. haha, tapi sebab mahal kena la makan sampai abes. sobs.

anyway, Happy Birthday to LRS!

Posted via Huawei Ideos S7

oh passport!



9.10.2012

finally ada passport! haha. nasib baik nak g uss maka tamatlah kemarau hidup tanpa passport. urusan untuk mewujudkan passport ni mudah je tapi hampir2 membuatkan diri berputus asa. tau2 je la tempat public, ramai orang n masa menunggu tu agak mencabar.  kalau tak sabar mau makan hati.

proses permohonan passport (baru)

bila turn kita sampai kat kaunter permohonan, pegawai akan minta ic fotostat (sila fotostat awal2), ic original dan 1 keping gambar. lepas tu officer akan minta kita verify ibu jari kiri/ kanan dan semua maklumat berkenaan kita dah ada,  so tak payah susah2 isi borang. inform nak buat passport 2/5 tahun. ai buat 2 tahun, budget terhad :-p officer pulak akan print borang, minta kita verify info, ambil ic kita n minta kita tunggu untuk proses pembayaran.

kaunter bayar pun kena tunggu no. giliran. so, bayar rm100/2 tahun n rm500/3 tahun. dah bayar kena tunggu lagi no. dipanggil untuk amik passport. piagam pelanggan set passport mesti terima within 1 hour selepas bayar. walaupun dah hujung2 waktu kaunter buka, passport tetap dapat within 10 min.

wooha! finally ada passport. jom melancong!

Posted via Huawei Ideos S7

kek lapis from kuching



8.10.2012

yeay, puan boss belanja kek lapis sarawak! colourful kek lapis dan yummy. tqvm puan boss lain kali boleh belanja lagi. hehe :-)

ai masih ingat lagi kesungguhan ai belajar, beli bahan nak buat kek lapis. memang kagum dengan diri sendiri. tapi tu cerita dulu kala lah, la ni order or makan free. muahaha. lagi senang, jimat masa dan sedap.

kalau korang pegi kuching ada beli tak kek lapis sarawak ni? beli jangan tak beli, ingatlah orang tersayang.

Posted via Huawei Ideos S7

kepochi auntie. haha :-)



lil auni, auntie belikan awak beg. suka tak?!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa #2: pancake



6.10.2012

mood cabaran rasa lagi. wah2 tak pro kena belajar masak kan walaupun cuma lempeng. muahaha. okay so minum petang hari ni pancake with nutella.

resepi pancake ni actually campak2 je, kata senang tapi kena jaga consistency batter n rasa of coz. nak cuba?

resepi: pancake

masa penyediaan: 10 min

masa masak: 20 min

bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri

1/2 sudu the baking powder

1 biji telur

2-3 sudu besar susu pekat

air

gula (jika perlu)

cara membuat

1. campur semua bahan dan gaul sebati

2. tapis batter untuk dapatkan batter yang lebih smooth n tak gritty

3. panaskan kuali, masukkan 1 senduk batter n tunggu hingga masak

4. ok, boleh makan!

cabaran rasa #2: wow?!

Posted via Huawei Ideos S7

cabaran rasa#1: masak lomak cili padi



6.10.2012

masa ai g pasar hari jumaat tu, dok berkira2 nak beli barang untuk masak lemak cili padi. hmm, tapi tak pernah masak pun dish ni. cik net suggest beli barang2 yang biasa orang guna untuk masak lemak n udang as main lauk dalam masak lemak cili padi.

lucky ada buku RASA yang of coz ada resepi masak lemak cili padi. hehe :-) operasi bermula lewat petang, masak untuk dinner. yeay! cabaran rasa#1 bermula!

Resepi: Masak Lemak Cili Padi Udang vs Telur

masa penyediaan: 15 min

masa masak : 25 min

bahan2

1/2 labu bawang besar*

3 ulas bawang putih*

20 biji cili padi*

kunyit hidup (natural color)*

santan (1 biji kelapa)

serai 2 batang

air

seasoning

telur 2 biji

udang 10-15 ekor

cara membuatnya

1. tumbuk sehingga lumat bahan2 bertanda (*). guna lesung batu :-p

2. panaskan kuali, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan air. biarkan hingga mendidih

3. masukkan santan dan serai. kacau sehingga sebati, sampai naik minyak

4. masukkan seasoning sesedap rasa

5. akhir sekali masukkan telur (yang dah direbus) dan udang.

6. dah siap dan boleh dihidangkan

cabaran rasa #1: rasanya berjaya kot. hehe :-)

Posted via Huawei Ideos S7

Ms Read: love it



5.10.2012

terpengaruh nak membeli di clearance sale Ms Read lepas dj bagi info. yeah, ai pernah intai Ms Read Alamanda, harga boleh pengsan. so bila dj kata ada sale, terkinja2 la ai nak g. dalam berkira2 nak g on weekend, dj n d gang ajak g mines untuk lunch n shopping!

to be true, bukannya ai ada banyak duit lebih, tapi tangan gatal je pilih n bayar. lucky ai boleh control nafsu shopping, so sempat la beli blouse n seluar slack sahaja. harga asal blouse rm99 diskaun jadi rm49, seluar plak rm134 jadi rm69. erk, masih mahal lagi? hmm, for me yang tak kaki shopping, ai rasa ok la kot price tu. tapi ai tell u, seluar slack to memang best! rugi tak beli 2 pasang. haish.

apapun this is my 1st 'set' of Ms Read n ai like it soooooo much. love :-)

Posted via Huawei Ideos S7

william oh william



1.10.2012

nota: dj dah berkali2 ai upload pic kat fb. katanya berjaya upload tapi takde kan pic2 tu. weng sudah.

kerana beringat nak makan kat william, gigih tak habiskan pisang goreng yang sedap kat umah member dj. tapi takpe oleh kerana kat william ada food yang sedap gak maka ralat nak habiskan pisang pun berkurang. huhu

ok, kami order ribena laici gelas besar, chicken kiev, butter prawn n roti gebu (lupa nama). chicken kiev memang sedap tapi butter prawn tak kurang hebatnya. oh, butter prawn ni versi berkuah so sedap sangat la kalau cicah ngan roti gebu tu. terangkat kaw kaw.

so kami memang puas hati dapat makan. haha. kami bayar rm48 for dish, sorang rm24, ok la tu :-)

Posted via Huawei Ideos S7

chicken kiev: william



1.10.2012

intro: agak suam nak update belog this month. haish!

opening this week start with positive aura. yeah, dj tag along ai to visit kawan ukm yang nak pergi haji. wow! Alhamdulillah, cepat peluang dia. an inspiring stories told by her aunt, mengalak2 keinginan nak pergi juga. Insya'Allah. wish her safety n semoga mendapat haji yang mabrur. Amin. oh, while waiting kat rumah dia, mak dia hidang pisang goreng n cheese tart sedap wooo. tqvm for the hospitality :-)

so dah abis melawat, kami pun meneruskan 'lawatan' kat william. haa, apa lagi. makan! makan! si gemuk. opps. so hari ni cuba food baru chicken kiev. dish ayam with mashed potato n kuah yang a bit cheesy. wooha. sedap! oleh kerana ni fav dish dj maka dia pun berusaha nak habiskan. berebut.

ok next dish?

Posted via Huawei Ideos S7

random pic #14: strange & stranger



30.9.2012

milo dan cracker, berbeza pada asasnya tapi cukup melengkapi. tak cukup ummph kalau ada milo panas tapi takde cracker lagi2 bila hujan lebat. bukankah kita sepatutnya begitu? berbeza tapi saling melengkapi.

Insya'Allah pasti ada jalannya. Amin :-)

Posted via Huawei Ideos S7

good bye, september



30.9.2012

sekejap je masa berlalu. somehow september kali ni banyak coretan2 penting hidup. should we call it pencapaian, haha.

lil auni is 1 n auntie have 1 year before turning 30. haha. ai pray my angel will have a great life n health. auntie managed to capture all your 1 year moment in your 1st year book! sori pa&ma, auntie akan simpan photobook ni, n pass to lil auni one fine day.

syukur. I've learned something this month which made me realised that life is about giving and sharing. Alhamdulillah.

jot down, banyak spending on AA lately! haiyaa. but's ai am look forward to experience it. Insya'Allah, ada rezeki boleh terbang lalalala.

this month gak, ai have courage to let my kpp know that ai am willing to be transfer. yup, tempat jauh pun, should be ok. sementara takde commitment ni, apa salahnya. walaupun ai tak tau, macam mana keadaannya nanti, tapi no harm trying. kalau la ada rezeki.

oh cik net announce yang dia akan engage this year n kawin pobably next year. ai am happy for her, at last she meet her soulmate. tapi sedey pun ada gak. sobs.

overall positive aura for september, good things shall be continue. yup, ai want to back on track n hav fun!

october is around the corner! what to expect ya?

Posted via Huawei Ideos S7

lunch cum dinner, oh my skill!



29.9.2012

dek kepenatan berjalan kaki ai skip lunch. haish utamakan tido. hehe :-) so bila dah tersedar dari beradu maka perut pun dah lapar. aisey, masak apa?

late lunch n early dinner! so, masak nasi n today's highlight- PARI! okay, menu kita hari ni ialah ikan pari bakar n asam pedas pari with kangkung goreng belacan. haha. sedapkan, setengah jam berperang kat dapur nak siapkan dish. muahaha.

ai think, skill masak asam pedas dah improve. sedap semacam je walaupun ingredient tak cukup. haha. ok lah, let's join me for lunch cum dinner. yeah!

Posted via Huawei Ideos S7

jalan kaki untuk sihat



29.9.2012

yup, another aktiviti jalan kaki untuk sihat or untuk lebih 'sihat'. hehe :-p kali ni anjuran kementerian perladangan perusahaan komoditi. jalan kaki sejauh 5km, start point dihadapan jpn hingga ke bulatan masjid putra dan patah balik. yeah.

walaupun 5km, for me it took about 55 min. haha. such a bad record, huh. supposely, ai met up with NIO n cik wi, tapi oleh kerana ai lambat maka tak kesampaian hajat nak jumpa, sampai sudah. huhu. so ai jalan solo with others peserta. it's fun! ai adore dengan semangat orang2 veteran dan kanak2 yang berusaha untuk habiskan 5km. ai pun letih!

mc of the day was Nash-pada syurga diwajahmu. dah tua pun still handsome. muahaha.

selain dari air mineral, penganjur ada sediakan pisang n roti bakar! bayangkan dah kepenatan dapat plak makan roti bakar, best betul!

selepas rehat dalam 20 min, ai pun cabut balik. tak daya nak tunggu sampai event habis. unfortunately all d effort ke laut bila sampai je umah, ai sambung tido. haha. am ai mengigau pergi jalan kaki sejauh 5km? hmm :-)

Posted via Huawei Ideos S7
Powered by Blogger.