kenapa begini HRMIS?

tinggal beberapa hari nak hujung tahun. tinggal beberapa hari dateline hrmis. adoi. stress sangat bila sistem ni asyik hang, hang dan hang!!!!!

ai ke yang salah sebab lambat key in or sistem ni yang lembab? iskh. kisah sedih hujung tahun ni :-(

cuti akhir tahun.... katanya :-)


yeay! cuti akhir tahun kembali :-) kali ni memang ai cuti panjang 10 hari. kira rekod hari ini dalam sejarah lah. apa pun cuti masih berbaki 15 hari dan yang paling penting opening cuti tahun depan 40 hari. hehe :-) korang ada?

apa plan cuti kali ni?

actually, takde apa2 plan. memandangkan budget suam2 je, rasanya baiklah ai mengambil masa berehat dan menenangkan fikiran. so tahun baru ni, boleh lah datang keja dengan semangat baru dan hopefully anasir2 negatif dapat dijauhkan, yeah!!

apapu, uollss- selamat bercuti dan semoga kehadiran tahun baru 2012 akan meniupkan satu semangat baru kepada kita :-)

"jangan percaya"


"jangan percaya"

akhirnya, ai dapat beli dan baca novel terkini ramlee awang murshid- fiksyen 302. yeay!

ai memang like, like karya2 en ram sebab memang mencabar minda. mana taknya syok2 baca ingatkan ai ada kat tahun 2011, rupa-rupanya dah sampai tahun 2032. memang terbaik!

kalau tengok cover, memang ala-ala seram okay! tapi jalan cerita memang tak menghampakan. tapi for first timer yang baca karya ram dan choose novel ni, korang mesti akan pening sket, tapi boleh je layannn~ apa pun uolss selamat layan novel baru ram ni. 

tadaa... 

kijang emas, alangkah indah kalau dapat secara percuma :-)



ai memang suka emas. uolss mesti suka gak kan, kan? sekarang maybank ada buat contest deposit at least 1g dan menang. kalau nasib baik, hehe. tapi takkan nak deposit 1g je kan? 

mgia account ai tu tak bertambah2 pun g emas. nak capai 10g pun cam tipis je harapan. hmm, bilalah agaknya nak menambahkan keceriaan buku mgia ai ni uoolss :-)

contest ni dari 1/12/2011 hingga 31/1/2012. so, dapat bonus hujung tahun boleh lah invest. hehe :-) mana tau dapat 1oz=31.1 g kijang emas, seronok tak terkata lah.

ok lah, latest gold price kat maybank2u, okay!

ombak rindu, tiada lagi harapan


ramai orang review pasal ombak rindu yang baru start tayang semalam on 2nd dec. ai pun nak review juga dari sudut seorang yang baru je habis baca novel ombak rindu seminggu sebelum nak tengok kat wayang. hehe :-)

novel ombak rindu ni antara collection novel pertama yang ai ada dalam simpanan. so cerita dalam novel ni memang agak kuat dalam ingatan. so bila dok baca lagi sekali novel ni sebelum tengok wayang, ai ada satu expectation yang tinggi bila novel ni diadaptasi dalam bentuk filem.

ai suka dengan scenery dalam filem ni. sebab tempat2 memang cantik. tak tau sebab editing atau apa2 teknik lain, places dalam filem ni adalah terbaik dan sedap mata memandang. 

overall, setiap elemen2 penting dalam novel berjaya dimasukkan dalam filem, cuma tak terkesan jauh dalam hati. macam feeling tak sampai gitu. plot macam mendatar je, takde umpphhh. kadang2 rasa watak yang sepatutnya kena lagi keji dan kejam tak sampai, yang ada part lebih2 lak over dia. tapi nak wat camne layan je lah. huhu~

tapi cik net kata maybe sebab ai baca novel, maka ai ada high expectations. maybe yes maybe not. cik dj sah2 la mengamuk sebab dia tak dapat layan feeling masa aaron nangis. cet. tu pun ada feeling kah? siap kata nak tengok lagi sekali. haha.

apapun, sekarang ni dah macam trend, filem kalau tak citer hantu, citer adaptasi novel. lama2 pun boleh boring. haish!

apapun kepada korang yang belum tonton, maybe review ai ni tak boleh jadi indikator pun. yup, kita mestilah menyokong industri filem tempatan kalau tak siapa lagi kan? semoga industri filem negara ni akan terus suksess dan terus mencari dimensi baru yang lebih memberangsangkan.

suksess yo!
Powered by Blogger.