resepi tiramisu chef riz dah reveal. yeay!

love it! love it!

akhirnya resepi tiramisu chef riz dah reveal kat website masterchef. yeay! should try? tak pernah ai wat tiramisu ni semenjak terjerumus dengan aktiviti baking ni.

okie, copy paste dulu resepi, ada masa kita try?


Tiramisu Chef Riz (sumber masterchef)

3 biji telur
6 sudu teh gula 
10 gram serbuk gelatin 
40ml air panas 
175 gram Keju Mascarpone
175 gram Krim Keju 
250 ml Krim Memasak (whipping cream) 
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan) 
Jejari biskut SpanSerbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla 

Cara- cara membuatnya: 
1. Asingkan kuning telur dan putih telur

Adunan 1

2. Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning. 
3. Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

Adunan 2

4. Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar. 

Adunan 3

5. Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
6. Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
7. Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
8. Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati. 
9. Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung. 
10. Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya. 
11. Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi. 
12. Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga. 
13. Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam. 
14. Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna. 
15. Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

macam mencabar je keja ni. haha :-) hav fun uolls!

0 comment:

Powered by Blogger.