dia pergi buat selamanya

tiada lagi mesej awal pagi, yang minta belikan breakfast, huluran duit lepas ai belikan nasi lunch dan senyuman itu. tiada lagi. seminggu dah berlalu, rasa baru semalam dia pergi bertemu Penciptanya.

sedih. tipu kalau ai kata ai tak terasa bila dia tiada di kubikel itu. 

dia tabah, walaupun sebelum ni dia berhadapan dengan kanser, dan kali ni kena keluarkan air dari paru2 dia tak pernah paksa diri untuk senyum. ingat lagi kali terakhir ai ngan dj pergi lawat dia kat hospital. nasib baik Allah gerakkan hati kami nak pegi melawat dia hari tu kalau tak, takde peluang lah kami jumpa dia buat kali terakhir. hari tu dia nampak sihat dari hari-hari sebelumnya. able untuk recognize ai n dj. makan dengan penuh berselera.

selang sehari, waktu semua orang sibuk2 nak dengar budget 2012, dia pergi mengadap Penciptanya dengan tenang. waktu ai dengar berita pemergian dia, ai tercengang. blur. speechless. macam semalam baru jumpa nampak cam dah nak sihat. rupanya itu tanda2 yang dia akan pergi meninggalkan kami semua.

alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan. ramai sahabat yang hadir mendoakan dia pergi dengan tenang. ai gagal nak tahan air mata dari tumpah. gagal sama sekali. inilah kali pertama sepanjang tahun-tahun pekerjaan ai berdepan dengan situasi ni. 

Allah salurkan kekuatan kepada kami untuk mengiringi dia pulang ke kampung halaman.walaupun semua ahli rombongan nampak tenang, tapi masing2 rasa hiba dan kehilangan.

sentiasa dalam kenangan, kak fid. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam lindunganNya, Insya'Allah

7 Oktober 2011, Jumaat, Putrajaya
 

1 comment:

norinaomar said...

Innalillah..tumpang sedih atas kehilangan itu asie..
aku ni belum insaf lagi nampaknya.aku tak pernah buat pemeriksaan payudara.

Powered by Blogger.