resepi tiramisu chef riz dah reveal. yeay!

love it! love it!

akhirnya resepi tiramisu chef riz dah reveal kat website masterchef. yeay! should try? tak pernah ai wat tiramisu ni semenjak terjerumus dengan aktiviti baking ni.

okie, copy paste dulu resepi, ada masa kita try?


Tiramisu Chef Riz (sumber masterchef)

3 biji telur
6 sudu teh gula 
10 gram serbuk gelatin 
40ml air panas 
175 gram Keju Mascarpone
175 gram Krim Keju 
250 ml Krim Memasak (whipping cream) 
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan) 
Jejari biskut SpanSerbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla 

Cara- cara membuatnya: 
1. Asingkan kuning telur dan putih telur

Adunan 1

2. Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning. 
3. Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

Adunan 2

4. Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar. 

Adunan 3

5. Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
6. Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
7. Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
8. Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati. 
9. Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung. 
10. Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya. 
11. Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi. 
12. Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga. 
13. Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam. 
14. Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna. 
15. Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

macam mencabar je keja ni. haha :-) hav fun uolls!

kuliah master: puding chef yahaya terbaik!

pergh masa kuliah master ni, sibuk gak la ai salin resepi. rupanya resepi ada je kat website masterchef ni. gigih betul menyalin. haha. tapi takpe, tips dan skill hanya dapat bila tonton kuliah masterchef. gigih lagi.

sebab tak tau astro akan remove atau tak resepi ni, maka ai nak copy kat belog ai, supaya resepi ni jadi 'resepi mesti cuba'. sedap betul nampaknya, kan?


tapi kena buat alih bahasa dulu. so postpone resepi yang sedap ni. tapi kalau dah tak sabar2 nak cuba. sila lah ke website masterchef>resepi>kuliah master>resepi kek lapis puding nasi bercoklat dan keju berkerim dihidang bersama sira berri.

hmm, bila mahu cuba?

chatime publika. yeay!


nampak icon baru bila buka page nuffnang. nampak? korang ada?! hahaha :-)

tq, nuffnang for the voucher!

hari tanpa fast food=hari sihat sedunia?

24 oktober hingga 24 november 2011 adalah hari tanpa fast food- perjanjian verbal antara ai dan cik dj. hahaha. tapi al-masalahnya....


baru hari ke-5, cik dj dah tanya kat ai pizza hut consider fast food? teringin nak makan pizza kat bawah ni? huhu~


camne ni? sabar je lah!

dia ada masalah mental, pasti.

haish. agak tertekan juga macam ni. letih bila tak dapat keluarkan semua. letih sebab kena pendam. letih sebab malas nak layan sudah.

mental pun dah nak cramp, nasib baik tak jammed.

kenapa ada orang yang rasa dia bagus sangat tapi tak sedar yang dia bukan lah apa-apa pun masa dia baru nak bertapak dulu. 

kenapa ada orang yang asik mendabik dada walaupun dada uolss bukan la apa-apa pun?

kenapa tak tengok kain sendiri yang dah koyak rabak, kain orang yang jauh ke dalam gak uolss nak intai?

boleh mati jiwa. mati hati.

kegilaan kepada masterchef malaysia. yes chef!


wah wah teruja tengok episod bootcamp masterchef malaysia. pergh. terror kot calon2 masterchef ni. walaupun background masing2 bukan dalam kulinari tapi bakat calon2 masterchef ni memang superb. profesional, kreatif dan WOW! 

akhirnya 24 calon masterchef dah terpilih setelah beberapa siri saringan. yang terpilih ni pun bukan main terror. masak pun dah ala2 chef. food presentation pun mantap. haish!

oh, semalam masa ai tengok sesi saringan akhir, buat tiramisu chef riz, hmm, kecur liur dibuatnya. sedap betul nampaknya. teringin nak bake tiramisu gak. huhu~ 

okie. jangan lupa tengok episod masterchef malaysia. mana tau ada idea nak masak apa. or mungkin boleh bercita-cita nak masuk masterchef malaysia season seterusnya? hehe :-)

masterchef website kat astro, klik sini. yes chef!

hallo hallo

adoi lama deh tak update belog ni. kabare uolsss? macam-macam nak jadi lately ni. mood pun takde mau nak update blog ni. mukabuku apa ntah lagi :-p

hmm, dah balik kg ni ada lah masa-masa senggang nak update. 

sejak ada cik kecik auni, rumah pun dah jadi happening. upload pic cik kecik ni. tadaa, sila lah berkenalan dengan auntie saya :-)

dia pergi buat selamanya

tiada lagi mesej awal pagi, yang minta belikan breakfast, huluran duit lepas ai belikan nasi lunch dan senyuman itu. tiada lagi. seminggu dah berlalu, rasa baru semalam dia pergi bertemu Penciptanya.

sedih. tipu kalau ai kata ai tak terasa bila dia tiada di kubikel itu. 

dia tabah, walaupun sebelum ni dia berhadapan dengan kanser, dan kali ni kena keluarkan air dari paru2 dia tak pernah paksa diri untuk senyum. ingat lagi kali terakhir ai ngan dj pergi lawat dia kat hospital. nasib baik Allah gerakkan hati kami nak pegi melawat dia hari tu kalau tak, takde peluang lah kami jumpa dia buat kali terakhir. hari tu dia nampak sihat dari hari-hari sebelumnya. able untuk recognize ai n dj. makan dengan penuh berselera.

selang sehari, waktu semua orang sibuk2 nak dengar budget 2012, dia pergi mengadap Penciptanya dengan tenang. waktu ai dengar berita pemergian dia, ai tercengang. blur. speechless. macam semalam baru jumpa nampak cam dah nak sihat. rupanya itu tanda2 yang dia akan pergi meninggalkan kami semua.

alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan. ramai sahabat yang hadir mendoakan dia pergi dengan tenang. ai gagal nak tahan air mata dari tumpah. gagal sama sekali. inilah kali pertama sepanjang tahun-tahun pekerjaan ai berdepan dengan situasi ni. 

Allah salurkan kekuatan kepada kami untuk mengiringi dia pulang ke kampung halaman.walaupun semua ahli rombongan nampak tenang, tapi masing2 rasa hiba dan kehilangan.

sentiasa dalam kenangan, kak fid. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam lindunganNya, Insya'Allah

7 Oktober 2011, Jumaat, Putrajaya
 

wordsearch, untuk menajamkan dan hilangkan boring :-)


hiasan sahaja

semalam cik net tanya, apakah cara untuk tajamkan minda? ini mungkin akibat cik net selalu confius titik perpuluhan nak letak kat mana maka cik net berusaha untuk sharpen mind. betulkah cik net?

dulu ai pilih sudoku dan ken-ken untuk hilangkan boring sekaligus untuk aktiviti minda. tapi sejak akhir-akhir ni rasa tak best pulak dengan angka2 maka ai  telah beralih kepada huruf2. maka i choose wordsearch. hahaha. menarik, okay! 

tak yah nak pikir2 sangat cuma kena tajamkan mata dan cari dengan sabar. beberapa kali buat, mata senang je catch huruf-huruf yang kita kena cari. so senang!

maka cik net, jangan lupa dapatkan buku wordsearch dipasaran. hehe :-)

wordless wednesday: carrot yang ai mahu?


selalu kena fikir, nak ada carrot besar pokok kecik or carrot kecik pokok besar? tepuk dada tanya selera :-)
Powered by Blogger.