novel pun kena cetak rompak. iskh2

kepada pembaca dan pengumpul nover tegar adakah korang tau yang novel pun dah kena cetak rompak? dasyat kan?

info ni ai copy dari fb@alaf 21. so berhati-hati, jangan tertipu tipah~



Novel Alaf 21 dicetak rompak!

Selama ini, kita menyangka cetak rompak hanya berlaku dalam industri hiburan dan perfileman tanah air sahaja. Banyak cakera padat (CD, VCD dan DVD) lagu dan filem yang dirakam secara tidak sah dan dijual di pasaran terbuka dengan harga yang murah.

Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel... Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.

Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah di pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.


Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada kami di 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684. Kerjasama anda sangat kami hargai.

0 comment:

Powered by Blogger.