catatan untuk hari mendatang

selepas balik cuti raya yang panjang, mood nak update blog pun berkurang. malas dan kekangan masa. terlalu banyak benda jadi dan macam-macam perasaan ada. ai nak recap mood-mood penting sepanjang hari-hari tak rajin update blog!

induksi
bila sebut pasal induksi ni,ada sikit la perasaan frust. al-maklumlah ingatkan kali ni punya induksi dapat join, rupa2nya last minute nama kena cancel. redha je lah. tapi kesian lak kat ds yang banyak berusaha nak pergi induksi kali ni. banyak gak lah air mata gugur dan jiwa kacau orang-orang yang berusaha sepanjang proses membuat rayuan. tapi akhirnya hampa. encik boss kata, tunggu next trip. huahua.

anak buah!
10/09/11. my sis expected to deliver her baby on 6/11, sama ngan birhday my sis. konon-konon target nak date sama ngan baby auni, rupanya baby auni lahir awal 2 bulan. pre-mature, tapi both mom n baby sihat. mak kata baby auni tak nak lahir date sama ngan mom dia, nanti "panas", asik nak gaduh ngan mom je.  walaupun the whole family tak prepare sebab dok pikir, takpe la baby lahir bulan 11, maka banyak la barang2 baby takde. hahaha. memang kelam kabut. tapi poor baby auni, hari ni 16/09/11 warded sebab jaundice. hopefully she's will be okay. be strong auni, u are so adorable! 

susu
tiba-tiba ai jadi one of ahli task force ni. mula2 memang blur la fungsi task force ni siap orang salah anggap kewujudannya nak caras keja existing. tapi setelah whole conceptnya diterang dengan detail oleh encik penyelaras, barulah nampak clear picture. hari ni dapat arahan dari ketua unit kena buat flow kerja. hmm, takde idea nak start kat mana. huhu~

tiada lagi yang bersinar
memang frust buat keputusan ni, tapi dah terdesak. huhu.

beraya
hari khamis 15/09/11 sempat gak kitaorang membuat kecoh kat rumah eza. tq encik jamal masak mi lidi berkuah. memang sedap. pastu sesi doc bagi nasihat pemakanan dan lain-lain diselangi air nescafe dan roti kok high 5. hampir kol 11 gak la kami beransur dari rumah eza. kesian ra'aid pun dah tido. anyway tq eza for hosting dinner. pah n shu lepas ni boleh gather2 lagi :-)

 bila tengok pic ni terasa gems betul. huhu :-)

buku @ pudu
sementara ai tunggu bas kat pudu nak balik kampung sempat beli 1 novel baru uda&dara by aisya sofea dan 1 buku word search. bila ntah nak buatnya. suka-suka beli. sudoku pun dah malas nak buat. how?

maadu
finally dapat gak habiskan movie korea ni- spy myung wol. happy ending saat akhir. memang best dan layan. lepas ni nak layan movie apa plak eh?

ok, catatan ringkas tamat kat sini. tadaa~

2 comment:

norinaomar said...

bestkan gather dengan geng matrik!!
aku pun masih gather2 jugak dengan geng matrik aku,sangat rapat sampai tak sedar yang tahun depan dah masuk 10 tahun kita kenal.BEST!

asilahkassim said...

betul2, memang tak sangka

Powered by Blogger.