book fair kat tanjung karang, yeay


ada mini book fair kat tanjung karang. haish en R.A.M pun ada. rasa cam nak balik kampung je. huhu :-p

novel pun kena cetak rompak. iskh2

kepada pembaca dan pengumpul nover tegar adakah korang tau yang novel pun dah kena cetak rompak? dasyat kan?

info ni ai copy dari fb@alaf 21. so berhati-hati, jangan tertipu tipah~



Novel Alaf 21 dicetak rompak!

Selama ini, kita menyangka cetak rompak hanya berlaku dalam industri hiburan dan perfileman tanah air sahaja. Banyak cakera padat (CD, VCD dan DVD) lagu dan filem yang dirakam secara tidak sah dan dijual di pasaran terbuka dengan harga yang murah.

Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel... Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.

Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah di pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.


Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada kami di 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684. Kerjasama anda sangat kami hargai.

red velvet cuppies!


cuppies red velvet, kali pertama makan dan rasanya adalah sangat sedap. tq kepada kumpulan inovasi 1 sebab sponsor dessert station masa sambutan raya bkkm. hehe :-)

kredit juga  kepada kak ana bake freshly sebab buat cuppies yang sedap ni. 

memuntahkan perasaan disini adalah lebih molek

banyak sebab buat kita rasa frust dengan apa yang kita buat dengan rela atau tidak rela. current task ni betul2 membuatkan jiwa jadi tak tenang dan rasa frust. bukan sebab kerja. tapi orang-orang yang ai kena deal with. pening!

the head memang dah membuatkan ai rasa, "hmm", maklumlah sebab dah terkena dengan beliau once upon a time. nak menampakkan story ni lebih teruk, the head ai rasa bukanlah rasional sangat sebab anak buah dia pun dia asik sound. mungkin ai akan terkena lepas ni. oleh kerana communication dia tak baik dengan puan xyz maka kami plak yang jadi mangsa. nak sampaikan mesej, nak jerit-jerit dan nak show off yang the head adalah well verse in everything. huhu~

my ex-boss pernah kata, kalau you bagus, bukan sebab orang lain, sebab you sendiri. tapi the head, hari-hari nak suapkan kami dengan story panjang2 yang conclusionnya takde orang yang lebih bagus selain the head. 

ai dah boring. mula-mula ai excited sebab dapat belajar benda baru. tapi sekarang dah frust. asik blame others, asik cakap semua tak perfect, semua tak bagus dan banyak tabur janji yang tak pasti boleh buat atau tak. 

siapa mangsa? ai salah seorang. keja sampai malam cari info yang the head nak tapi bila nak present rupanya dia dah chow balik. hish!

sekarang mood ai dengan task ni memang negative. rasa cam malas nak buat. baik buat keja sendiri yang berderet2 ni, uolls!


susu uht dan dot dot dot

ada apa dengan susu uht ni. kenapa ada orang sakit perut lepas minum susu uht. kenapa ai kena ada dalam meeting kol 9pm angkara susu uht ni? 

ada apa dengan susu uht?

kenapa ai?

catatan untuk hari mendatang

selepas balik cuti raya yang panjang, mood nak update blog pun berkurang. malas dan kekangan masa. terlalu banyak benda jadi dan macam-macam perasaan ada. ai nak recap mood-mood penting sepanjang hari-hari tak rajin update blog!

induksi
bila sebut pasal induksi ni,ada sikit la perasaan frust. al-maklumlah ingatkan kali ni punya induksi dapat join, rupa2nya last minute nama kena cancel. redha je lah. tapi kesian lak kat ds yang banyak berusaha nak pergi induksi kali ni. banyak gak lah air mata gugur dan jiwa kacau orang-orang yang berusaha sepanjang proses membuat rayuan. tapi akhirnya hampa. encik boss kata, tunggu next trip. huahua.

anak buah!
10/09/11. my sis expected to deliver her baby on 6/11, sama ngan birhday my sis. konon-konon target nak date sama ngan baby auni, rupanya baby auni lahir awal 2 bulan. pre-mature, tapi both mom n baby sihat. mak kata baby auni tak nak lahir date sama ngan mom dia, nanti "panas", asik nak gaduh ngan mom je.  walaupun the whole family tak prepare sebab dok pikir, takpe la baby lahir bulan 11, maka banyak la barang2 baby takde. hahaha. memang kelam kabut. tapi poor baby auni, hari ni 16/09/11 warded sebab jaundice. hopefully she's will be okay. be strong auni, u are so adorable! 

susu
tiba-tiba ai jadi one of ahli task force ni. mula2 memang blur la fungsi task force ni siap orang salah anggap kewujudannya nak caras keja existing. tapi setelah whole conceptnya diterang dengan detail oleh encik penyelaras, barulah nampak clear picture. hari ni dapat arahan dari ketua unit kena buat flow kerja. hmm, takde idea nak start kat mana. huhu~

tiada lagi yang bersinar
memang frust buat keputusan ni, tapi dah terdesak. huhu.

beraya
hari khamis 15/09/11 sempat gak kitaorang membuat kecoh kat rumah eza. tq encik jamal masak mi lidi berkuah. memang sedap. pastu sesi doc bagi nasihat pemakanan dan lain-lain diselangi air nescafe dan roti kok high 5. hampir kol 11 gak la kami beransur dari rumah eza. kesian ra'aid pun dah tido. anyway tq eza for hosting dinner. pah n shu lepas ni boleh gather2 lagi :-)

 bila tengok pic ni terasa gems betul. huhu :-)

buku @ pudu
sementara ai tunggu bas kat pudu nak balik kampung sempat beli 1 novel baru uda&dara by aisya sofea dan 1 buku word search. bila ntah nak buatnya. suka-suka beli. sudoku pun dah malas nak buat. how?

maadu
finally dapat gak habiskan movie korea ni- spy myung wol. happy ending saat akhir. memang best dan layan. lepas ni nak layan movie apa plak eh?

ok, catatan ringkas tamat kat sini. tadaa~

maaduu, pasta dan dot dot dot.

finally, hari ni dah berjaya habiskan 20 episod pasta kat maadu. ai think apa head chef buat kat kitchen dengan attitude dia yang kejam tu, ai dah pernah experienced masa ai mula2 take over outlet kfc subang early 2007. bila fikir2 kelakar pun ada, kesian kat budak2 masa tu. hehe :-) mangsa kepada keghairahan bekerja dan nak meet people's expectation.

ada banyak sebab kenapa pasta adalah menarik untuk ditonton. dan rasanya, ai sanggup je nak ulang2 tengok pasta.

passion
bila perkara yang berkait dengan makanan, feel mesti berbeza. passion ada sepanjang ai tengok pasta. kerja dalam dapur bukanlah benda yang senang. dah la panas, keja kena cepat dan kena meet expectation. cool je cook2 dalam pasta, macam expert, kan?

makanan
bila bab makanan ni semua orang nak makan yang sedap2. so lepas tengok pasta, bila nak masak je, kena bagi full attention. fokus gitu. hahaha. pastu nak tengok sama ada plate return kosong ke tak? sebab head chef kata, return plate adalah measurement satisfaction seorang cook. kalau return plate kosong, maknanya food yang kita masak sedap dan sebaliknya. hmm?  

head chef
as ai write before, head chef adalah hot. sangat balance dan pro semasa dan selepas kerja. i still wonder, ada ke orang dengan karakter ni kat luar sana? hmm?

gf head chef
ai personally salute dia, sebab dia berani express feeling dia kat head chef. tapi dia beruntung sebab head chef pun suka kat dia. plus dia sangat simple, eventhough bf dia head chef tapi dia tak dependable dan yang paling penting dia firm+degil. hahaha.  

relationship gf+bf
walaupun diaorang ni "in relationship" tapi sangat cool dan tak menunjuk2. worst part ialah tak show true feeling, tapi masing2 tau yang diaorang ni suka sangat antara satu sama lain. walaupun ada en president nak masuk line pun tak berjaya.

teamwork
movie ni ajar, teamwork adalah perkara penting untuk sucsess. kena belajar untuk respect dan humble. selalu willing to learn dan teach people :-)

happiness in life
kebahagiaan ada kat mana2, cuma sama ada kita plan untuk rasa bahagia atau bahagia yang akan cari kita. so kena selalu happy, tak kusut dan berusaha untuk bahagia.

dan banyak lagi (^_^)

so korang pun jangan teragak2 nak tengok pasta, okay? next ai nak tengok coffee prince pula, cik dj kata movie ni pun best! haha :-)

anyway, thank you maaduu!

OST Spy Myung Wol- Afraid Of Love


lagu ni selalu bermain-main dalam mind sejak ai follow citer ni kat astro-kbs channel. baru hari ni nak google dan nak tau lagu ni pasal apa. huhu :-)

afraid of love, by bobby kim

lirik dia memang touch, tapi rasanya ai tak sampai la tahap "afraid " ni lagi. macam pathetic vs desperate pulak.


tiba2 ingat encik boss yang keep asking ai dan cik dj, how serious us think about love and commit with it. hahaha. what a busy body boss, kan? are we afraid of love? both of us memang banyak jawapan untuk soalan ni. dan encik boss selalu ingatkan kitaorang supaya commit kepada diri sendiri untuk cinta. hahaha (^_^).

tapi betul cakap cik dj, orang sekeliling banyak masalah dengan cinta, too complicated dan kadang2 tak masuk akal. ada orang yang langsung takde orang nak bercinta dengan while in other hand ramai sangat orang nak bercinta dengan dia, sampai tak tau nak pilih mana satu. tapi ada jugak yang not bother dengan isu ni, yup, kalau gembira dengan keadaan ni, why should we change?

what to do?

hari raya kedua tahun ini, al kisahnya~

nothing much, nothing less. hari raya pada usia ini dan dengan status ini, adalah biasa-biasa sahaja. bangun pagi lewat pagi, gosok gigi, basuh muka dan breakfast ketupat rendang yang dah emak panaskan.

disaster!

isu bilik air tersumbat belum settle2 lagi. memang pening. lagi pening bila bapa suggest untuk flush pipe line yang tersumbat tu dengan menggunakan hos bertekanan tinggi. seperti yang dijangka, tiada siapa dapat control air bertekanan tinggi yang keluar dari hos! dan hasilnya, banjir 25% part rumah. takde kerja, cari kerja. betul2 annoying idea ni, tapi kind of interesting bila semua orang panik dan cepat2 nak keringkan air atas lantai untuk avoid bapa marah. haha. what a day!

pasta

demmit. jatuh tergolek tengok citer ni. ai suka movie ni dan passion chef2 dalam dapur restoran. refresh ingatan ai kepada time kerja kfc dulu. full of passion dan happy walaupun asyik kena marah dengan customer. serius!

wish nak jumpa orang dengan karekter head chef. ai like head chef of La Sfera :-) can i?

wahid's family gathering
hari adik beradik bapa gather. hari cousins gather. hari nephews gather. omg! crack my head dengan title "mak long". hahaha. need mentally prepare b4 call nenda at this age. interesting part of the day, big wahid's photography session!


wrap up for the day was 2 episode of pasta at this hour. demmit. i'm craving for the head chef pasta right now. hehe (^_^) 

cik dj, chef choi hyun wook adalah the hottest. ai suka.


cik dj, ai dah tengok sampai episod 9, pasta. ai like head chef hyun wook! dia adalah sangat hot, kerek, macam bagus dan annoying tapi dalam masa yang sama dia adalah sangat sweet, cute dan caring.

hmmmmmmmm~

at least dapat jumpa watak ni walaupun in my dream pun takpe (^_^)

pathetic. full stop
Powered by Blogger.