perebutan cuti raya, siapa menjadi mangsa?

dah lama kerja rasanya tak pernah merasa feel nak berebut-rebut cuti raya. time keja kfc dulu 3 tahun tak balik masa raya pertama. maklumlah kfc kena bukak 365 hari. maka cuti raya memang tinggal harapan. time jadi awek kilang dulu 2 tahun tak pernah nak fikir pasal cuti raya. maklumlah dok umah kan. so, memang tak penah amik port pun pasal cuti raya ni. siap boleh offer diri nak ganti orang cuti. 

tahun ni baru nak merasa feeling rebut2 cuti.tapi takde la apa sangat pun sebab tahun ni cuti raya jatuh middle week (except jumaat) dan weekend. memang bercinta la balik kampung nak beraya. tapi bila bab raya ni, memang semua pakat nak menghabiskan cuti tahunan. woii sapa nak keja hari isnin ngan jumaat sebelum dan selepas raya tu?

diam. takde sapa nak offer diri. ai pun join geng diam bukan tanda setuju. bukan senang nak cuti berderet2 ni. encik boss siang2 dah bagitau yang dia akan cuti sebelum dan selepas raya. kakak2 dan kawan2 yang dah beranak pinak langsung tak pikir nak keja time orang cuti raya. nak balik kampung, jauh katanya. tinggallah geng bujang, kampung dekat. hmm, mangsa? belum tau lagi, walaupun encik boss macam dah tau siapa nak dijadikan mangsa.

sekarang tunggu arahan encik boss, nampaknya masih chill lagi, maklumlah baru hari kelima posa. huhu.

berdebar-debar pula. haish!

2 comment:

Misz Nuriz said...

sapa yg cuti ari isnin n jumaat tu, mmg rajin bebenor la yea.. :)

asilahkassim said...

memang rajin? hmm

Powered by Blogger.