masak-masak stail saya tanpa gaya Itali: carbonara spaghetti

gambar hiasan. harap maklum

dah lama teringin nak masak carbonara spaghetti sendiri, tapi asik malas dan malas, maka asik tertangguh je cita2 nak belajar masak carbonara ni. 

puasa ni tekak rasa nak makan macam-macam. hari tu nak makan bread butter pudding, pastu semalam terasa nak makan carbonara ni. dok google recipe, macam-macam teknik keluar. guna campbell soup la, cream la, susu la. macam-macam ada.

petang semalam, sementera menunggu waktu berbuka, ai ngan asmah berborong di alamanda.beli apa? cheese keping, sosej nutriplus cheese dan black pepper powder.cik dj lak share resepi yang mak dia selalu buat, tambah tepung jagung bagi sos pekat. haish!

sampai part masak, senang je cerita. tumis bawang putih+merah dengan butter. pastu hiris sosej cheese nutriplus dan biar garing sikit. pastu tuang susu kotak kecik UHT dutch lady, tambah tepung jagung dan kacau. nak tambah kick, tambah 2 keping cheese slice. kacau hingga pekat. tambah sikit black pepper powder. habis cerita.

rasa? sedap. creamy dan nyum2. itulah dia hasil masakan ikut suka hati je. hahaha :-) maka boleh lah isytiharkan diri dah pandai masak carbonara spaghetti! yeay!  

0 comment:

Powered by Blogger.