aktiviti wajib setiap tahun, iftar geng asrama!

kalau tak silap, ini tahun ke 6 penganjuran iftar geng asrama ni dan attendance ai 5 daripada 6 iftar event. hehe :-) masih mengekalkan organizer yang sama, cik anis cuma tahun ni agak "last minute preparation". maklumlah masing-masik sibuk (^_^)

ramai jugak geng-geng asrama yang datang. nasib baik ada fb, maka urusan nak buat hebahan jadi lebih senang sikit. 

tahun ni geng asrama gather kat restoran zam-zam, seksyen 7, shah alam. gila kentang! tempat besar dan deco memang nice. makanan style arab, tapi kalau tekak melayu sambal belacan memang susah lah nak layan kan. tapi overall memang puas hati. serve buffet, rm 40 nett. 

  credit picture faizah n azmi

tapi kalau dah namanya reunion jumpa setahun sekali, memang endah tak endah je la part makanan ni walaupun bayar mahal. jumpa kawan-kawan lama lagi syiok! ada plak muka-muka yang baru buat come back, memang update status je la kan. gosip, citer-citer sensasi dan gelak sampai nak runtuh bumbung zam-zam!

apapun memang happening, ramai geng yang dah bawak anak2, spouse dan partner masing2. huhu. memang meriah lah! 

so lepas buka posa, sambung main bowling dan ditutupi dengan makan supper. ini je lah aktiviti sama setiap tahun. tapi part bowling ngan supper tu tak ramai la yang join sebab family commitment kan. 

hopefully next year akan berjumpa dengan the 7th iftar with geng asrama. go aysk clan!

 credit picture azmi n faizah

0 comment:

Powered by Blogger.