wordless wednesday pada hari raya ke-2 dan hari merdeka

selamat hari kemerdekaan negara yang ke-54. semoga kita akan lebih menghargai kemakmuran negara dan mensyukuri nikmat yang diberi.


hari ni hari wordless wednesday! apa yang wordless nya. hari ni kan hari kemerdekaan dan hari raya kedua pulak tu? takde keja cari kerja, maka ai nak share link2 wordless wednesday hari ni. jangan mara :-)






hav fun uolls!!

menu raya: only serve mom's best specialties. hehe


diam tak diam 1 syawal pun dah menjelma. operasi masak lauk raya start selepas official pengumuman raya.maka sehingga lewat pagi ni team masak masih segar dan bersemangat nak masak lauk raya. kalau tak, menangis la orang takde lauk raya. hehe :-)

bila raya ni, tekak mengidam nak makan macam2 lauk raya. tapi mom dah list her's best specialties aka lauk wajib setiap kali raya. 

nasi impit: walaupun dah rebus 30 pek kecik ketupat nona, mom still pack nasi impit dalam plastik besar untuk direbus. 

kari kerang: ai like betul kari kerang. tapi sebelum nak makan kena bersusah kopek kerang 15kg! pergh memang lenguh jari jemari ai

rendang daun kunyit ayam pencen: nama pun ayam pencen, nampak liat tapi lembut.

kuah kacang: sepi lah raya tanpa kuah kacang, so ni pun menu wajib dalam list

kuah lodeh: mix of vege, masak lemak. sedap

masa ai tulis post ni, rendang on d way masak, kari kerang n kuah kacang sudah complete masak. nasi impit pun dah rebus. cuma kuah lodeh masak pagi esok. 

penat dan lapar!

hmm, korang makan apa pulak pagi raya nanti? 

ucapan standard: selamat hai raya, maaf zahir&batin


ucapan raya ini, ai tujukan kepada:

ibu bapa, adik beradik dan seluruh kaum keluarga
sahabat handai: mgs-aysk clan-ukm
rakan sepejabat, rakan ex-pejabat
blogger, fb-ians
n of course u yang rajin baca post ni :-)

have a great hari raya ever. selamat hari raya, maaf zahir & batin (^_^)

kerja plumbing hari minggu. memeningkan!


banyak2 hari dalam setahun, hari ni pulak bilik air nak tersumbat. demmit. dah la piping complicated, banyak halangan. air bertakung dah macam swimming pool, nasib baik air bersih. choi~

kesian cik dj yang mintak resepi kek coklat dari tengah hari, sudah nya baru time ni ai sempat email. busy dengan kerja2 as plumber. malangnya tak siap2 lak keja ni, tertangguh sebab air tak mau mengalir seperti biasa.

mati akal. dah la nak raya ni oii. hmm~

adakah saya kelihatan Nutox young?


"hai saya fazura dan saya kelihatan NUTOX young"

biasa dengar ayat iklan ni? fazura yang i like tu adalah ambassador untuk produk Nutox Oxyfusion yang menggunakan extract bird nest.

tak banyak review tentang produk ni dan website company pun tak cerita detail pasal produk2 keluaran mereka. lucky ada FB Nutox Oxyfusion, so boleh lah ai usha2 review orang yang pernah guna produk ni. review kat FB rata2 positif tapi ada gak yang kata kulit mengelupas lepas pakai produk ni. hmm?

katanya produk ni guna extract bird nest no 1 plak tu. tapi pelik gak bila tak banyak review macam tak ramai orang guna. so ai decide untuk cuba. maka ai beli lah travel kit yang kecik dan comel2 je barang dia. huh~

 
travel kit consist of cleanser, moisturizer and serum. first time apply cleanser, memang adore bau dia sebab wangi macam bau bunga jasmine. moisturizer n serum pun tak sticky and cepat menyerap. feel yang luar biasa takde la pulak. rasa cam sama je ngan existing produk. 

hmm, ai nak usha2 lah full range produk ni. cam best je. huhu~

pasta bukan sekadar makanan. hehe


aktiviti balik rumah kampung, tak lain tak bukan nak marathon korean movie. bila kat umah bandar, cik net memang alergik bila ai dok tengok korean movie ni, nanti dia tak dapat tengok citer lain. huhu.

pasta, ai discover movie ni bila cik dj kata boleh tengok online korean movie @ maadu. ai memang suka cari movie berkait dengan makanan, ini semua angkara terpedaya dengan movie baker's king (kim tak gu) terus nak cari movie yang inspirational berkait dengan food. ai kan pencinta makanan? hahaha

ok, mari mulakan marathon, uools! raya, raya gak, movie korea tetap kena layan (^_^)

mission melengkapkan cuti raya berjaya!

yeay! ai dah sampai kat rumah dengan selamatnya. gembira kerana cuti raya telah berjaya "dilengkapkan". hehehe :-) tq en boss dan cik dj. penat gak berusaha buat muka sedih tak dapat cuti on jumaat after raya. nasib baik last minute en boss kata "ikut suka u lah". mesti dia malas nak layan ai. hahaha (^_^)

hari ni baru sibuk2 nak cari baju raya. memang banyak kat kedai, tapi banyak pulak yang tak berkenan. yang berkenan sangat cecah ratusan ringgit. iskh, budget raya ai "ketat" kena control dan beringat-ingat. huhu. so pick aje lah yang agak2 okay. tak kisah la bukan nak beraya beria-ia pun.

sampai rumah adik ai tengah sibuk buat kuih raya- biskut dam. tiap2 tahun wajib ada dan only her yang specialist bab kuih dam ni. ai? biskut chocolate chip 2 adunan dah selamat bake n sampai rumah. yeay! 


tahun ni 1st time beraya dengan ahli keluarga baru aka with adik ipar. lebih meriah my sis tengah preggy ~ 6 month! macam mana lah agaknya eh raya dengan new members ni? ai still get to use dengan adik ipar ni. jarang-jarang jumpa pastu jumpa tak tau nak cakap apa. haha.

korang pulak camne? hopefully everything will run smoothly dan semoga kita dapat bergembira semasa raya dan cuti panjang. i like~

hav fun! 

diskusi aman antara generasi Y tentang generasi Y


tengah hari tadi ai pasang telinga cik dj n yadie berdiskus panjang tentang generation Y. ni sume gara-gara yadie yang sentap ngan cik dj pasal cik dj kata yadie generation XY. haha (o_^). 

ada apa dengan generation-generation ni? ntah lah, ai pun bukan aware sangat. cuma curious bila kakak cik dj sebut pasal dia generation X. kakak kata mungkin sebab perbezaan generation, kakak and kami ada banyak percanggahan, cara atau character. hmm?

maka ai pun google: iskh rupanya memang banyak info pasal generation2 ni, tapi fokus cik dj and yadie generation Baby Boomers (approx. tahun lahir 1946-1964), generation X (approx. tahun lahir mid 1960- 1970) dan of course generation Y (approx. tahun lahir 1980s n above). cik dj ngan yadie bersetuju 90% (percent ai yang bagi sendiri) dengan apa yang diorang jumpa kat website pasal generasi Y. pastu mula lah kaji-kaji character baby boomers and generasi X. dan ayat yang keluar dari mulut diorang lepas tu berbunyi "patutlah diorang macam tu". hahaha. kali pertama ai tengok cik dj ngan yadie boleh berdiskus secara aman (^_^)

tapi secara keseluruhannya, bila zaman berubah, teknologi semakin mantap, wajarlah kita bergerak mengikut peredaran zaman. tak kan nak jadi katak bawah tempurung pulak? pastu jangan lah guna alasan generasi lain, tak boleh ikut flow. apa salahnya, kalau merentas zaman? betul? baby boomers alam siber? 

haish! tak sempat lah ai nak kupas satu-satu pasal generation ni. korang google lah sendiri~ hav fun uollss!!

mamee monster. jeng jeng jeng

dari zaman hingusan ai dah makan snek mamee monster pek kuning monster biru ni. korang tak pernah? kesian, terjah supermarket terdekat pasti korang masih mampu untuk jumpa snek pek kuning monster biru ni.

rupanya dah 35 tahun kat market. patut lah dari zaman hingusan lagi ai dah nampak snek ni. huh! ingat lagi time muda belia, nampak je bai roti terus kejar sebab nak beli snek pek kuning monster biru ni. bila nak makan, kasi tabur perencah dia dan kena shake2 sampai pening. baru layan. huhu~

 
betul tak monster biru? haha. comel kan?

okay, sempena nak raya ni ai nak deliver churper maniac message:

biasalah bila raya semua orang akan berpusu-pusu datang rumah nak  beraya dan makan. tapi kalau dah takde stok kuih raya kat dalam balang, stok rendang kat dapur, pastu ramai plak orang datang dan buat korang kelam kabut. jangan risau. boleh masak mamee mee, macam-macam perisa ada. haha (^_^)


kalau orang yang datang tak kenyang-kenyang lagi, bagi makan mister potato atau double decker! memang kelasss mak ngah. hehe :-)


tapi kalau diaorang tak reti-reti gak nak balik, buat-buat hulur snek pek kuning monster biru sebagai pengganti duit raya. pastu cakap kedai dah tutup ni oiii, bila nak balik.  huhu~


okay, selamat bermamee monster sepanjang musim perayaan ini. jangan lupa click sini - mesti baca apa churp-churp n mamee monster message sempena hari raya yang bakal menjelma ni :-)

hav fun uollss!!

adakah korang fikir kolon korang cukup bersih, tanpa kerak? haha

 

tak pernah ai terfikir secara serius adakah kolon ai dalam keadaan baik-baik sahaja? maklumlah dah hidup berpuluh2 tahun kot. hmm?

sehinggalah hari ni bila ai terjah super deals promo. what?! colon therapy? apakah dan kenapa ada service ini? mahal der service ni RM480 sekali session. mahal. mahal. nak bersihkan kolon je kot. tapi jangan risau, oleh kerana promo, satu session RM99. mahal gak? lu pikirlah sendiri. hahaha (^_^)

apakah itu colon hydrotherapy?

"Colon hydrotherapy is a safe and gentle internal bath using gravity-fed purified water into the colon through a sterile disposable pencil-thin rectal tube. The purified water softens the toxic faecal matters which are then passed out. The colon hydrotherapy acts as a natural detox therapy as it aids your body in the removal waste and toxins process. As the result, there will be around 2 to 5 kg toxin faecal matters that will be passed out from your body with this process.CN Health & Beauty offers a professional treatment from a medical Doctor and uses a colonic machine regarded as one of the best models around today. This ancient technique, thankfully modernized, can improve digestive troubles, low energy levels, skin complaints, headaches and even help give you that flat stomach you've always wanted. Detoxify your body from within and see the results on the outside too"

ai pun tak sure camne proses ni. nak bayangkan cam tak sanggup pulak. ngeri. haha. tapi cam bagus je therapy ni. dah la promo bagus gak kalau cuba, sekali pun ok kot?

katanya, therapy ni tak sakit, relaxing dan kita akan more fresher! sapa nak pergi? jom?! offer masih valid hari ini dan another 5 days. kalau nak rebut, silakan. sebab terhad 150 voucher sahaja.

bersilat siapkan door gift cookies!

ai memang tabik spring ngan orang-orang yang buat cookies untuk tempahan raya ni. maklumlah, dah la sibuk dengan aktiviti puasa, tarawih pastu kena bersilat lagi kat dapur siapkan order!

last weekend ai bersilat nak siapkan door gift cookies echa. lenguh tangan2 dibuatnya. resepi pun dah boleh ingat tanpa refer paper. dah dok mengulang2 adunan je, hehe. tapi tak siap2 lagi :-) hopefully by khamis ni, door gift echa boleh deliver. harap2 jugak cookies berkelakuan baik sehingga wedding echa nanti. yeay!

cik dj, kak ani punya cookies dah selamat bagi kat tuannya. tq for the order :-) tinggal kak fid punya. emm, estimate ada lagi 4 batch to go, sebelum boleh balik kampung hari sabtu ni. tangan dah lenguh ni, rasa cam nak gi massage je. hahaha (^_^)

okay, have fun baking, uools!

berjangkit dengan ChurpChurp dan nak ajak korang berjangkit jugak!


ai rasa dah ramai yang terjebak dengan churp churp ni. ada yang dah kaya kot. eheh :-) ai pula tiba-tiba nak berjangkit jugak, tapi macam blur pulak dengan modus operandi churp-churp ni. tak sempat study, okay! 

tapi takpe la, sign up je bukannya mendatangkan kesan penularan virus merbahaya pun, kan? lagipun cik hanis pun join gak. haha. okay, takde kaitan  pun :-p


senang je sign up. korang dah sign up ke? kalau belum klik je la link kat bawah ni. nanti ai study lagi keseronokan churp-churp ni. sapa yang ada ilmu berlebihan, meh share sikit dengan orang baru sibuk-sibuk nak berjangkit dengan churp churp ni.


masak-masak stail saya tanpa gaya Itali: carbonara spaghetti

gambar hiasan. harap maklum

dah lama teringin nak masak carbonara spaghetti sendiri, tapi asik malas dan malas, maka asik tertangguh je cita2 nak belajar masak carbonara ni. 

puasa ni tekak rasa nak makan macam-macam. hari tu nak makan bread butter pudding, pastu semalam terasa nak makan carbonara ni. dok google recipe, macam-macam teknik keluar. guna campbell soup la, cream la, susu la. macam-macam ada.

petang semalam, sementera menunggu waktu berbuka, ai ngan asmah berborong di alamanda.beli apa? cheese keping, sosej nutriplus cheese dan black pepper powder.cik dj lak share resepi yang mak dia selalu buat, tambah tepung jagung bagi sos pekat. haish!

sampai part masak, senang je cerita. tumis bawang putih+merah dengan butter. pastu hiris sosej cheese nutriplus dan biar garing sikit. pastu tuang susu kotak kecik UHT dutch lady, tambah tepung jagung dan kacau. nak tambah kick, tambah 2 keping cheese slice. kacau hingga pekat. tambah sikit black pepper powder. habis cerita.

rasa? sedap. creamy dan nyum2. itulah dia hasil masakan ikut suka hati je. hahaha :-) maka boleh lah isytiharkan diri dah pandai masak carbonara spaghetti! yeay!  

aktiviti wajib setiap tahun, iftar geng asrama!

kalau tak silap, ini tahun ke 6 penganjuran iftar geng asrama ni dan attendance ai 5 daripada 6 iftar event. hehe :-) masih mengekalkan organizer yang sama, cik anis cuma tahun ni agak "last minute preparation". maklumlah masing-masik sibuk (^_^)

ramai jugak geng-geng asrama yang datang. nasib baik ada fb, maka urusan nak buat hebahan jadi lebih senang sikit. 

tahun ni geng asrama gather kat restoran zam-zam, seksyen 7, shah alam. gila kentang! tempat besar dan deco memang nice. makanan style arab, tapi kalau tekak melayu sambal belacan memang susah lah nak layan kan. tapi overall memang puas hati. serve buffet, rm 40 nett. 

  credit picture faizah n azmi

tapi kalau dah namanya reunion jumpa setahun sekali, memang endah tak endah je la part makanan ni walaupun bayar mahal. jumpa kawan-kawan lama lagi syiok! ada plak muka-muka yang baru buat come back, memang update status je la kan. gosip, citer-citer sensasi dan gelak sampai nak runtuh bumbung zam-zam!

apapun memang happening, ramai geng yang dah bawak anak2, spouse dan partner masing2. huhu. memang meriah lah! 

so lepas buka posa, sambung main bowling dan ditutupi dengan makan supper. ini je lah aktiviti sama setiap tahun. tapi part bowling ngan supper tu tak ramai la yang join sebab family commitment kan. 

hopefully next year akan berjumpa dengan the 7th iftar with geng asrama. go aysk clan!

 credit picture azmi n faizah

pop cake=comel+sedap?

sebelum ni ai tak pernah terasa pun nak buat pop cake. macam banyak additional step plus ai tak sure macam mana cara pembuatannya. so lunch tadi ai mengambil kesempatan google- how to do pop cake?

seperti yang dijangka memang banyak step! tapi website ni telah membuka mata ai yang buat pop cake bukanlah susah sangat. hehe. cuma kena rajin sikit. mana tak rajinnya, dah la kena bake kek, pastu kena hancurkan, kena letak cream, kena bulat2kan, kena celup dalam coklat, haish! bila nak makannya? hmm~

tapi rasanya kalau dah buat first time, mesti nak buat berulang-ulang kali. sebab pop cake: comel dan sedap dimakan. hehe :-)

maka ai dah masukkan pop cake dalam "baking project-list to do:. yeay! excited betul camni (^_^)!

oven oh oven!

akhirnya berjaya beli oven sabtu lepas. terima kasih kepada penaja pengangkutan, cik net. saiz oven ni 30L, just nice tak besar tak kecik. yang penting boleh guna untuk operasi baking dan juga operasi memanggang ayam. yeay!

walaupun cik net tak mau semakkan kitchen dengan oven, tapi ai merayu-rayu mahu letak oven gak kat kitchen. takkan nak letak dalam kotak je? mana ada semangat mau baking, takde la aura yang memanggil2 untuk baking. huhu. maka ai telah setelah sedaya upaya membuat susun atur, dan akhirnya berjaya gak menyelitkan oven disudut tepi kitchen. tak kisahlah. janji dapat tengok oven. hahaha (^_^)

maka operasi baking bolehlah bermula secara rasmi! sebelum ai nak sibuk dengan cookies door gift wedding echa dan cookies untuk raya, lebih afdal kalau ai rasmikan dengan bake bread butter pudding petang ni! yummy!

tak sabar mau start baking project with new oven. ai like!

perebutan cuti raya, siapa menjadi mangsa?

dah lama kerja rasanya tak pernah merasa feel nak berebut-rebut cuti raya. time keja kfc dulu 3 tahun tak balik masa raya pertama. maklumlah kfc kena bukak 365 hari. maka cuti raya memang tinggal harapan. time jadi awek kilang dulu 2 tahun tak pernah nak fikir pasal cuti raya. maklumlah dok umah kan. so, memang tak penah amik port pun pasal cuti raya ni. siap boleh offer diri nak ganti orang cuti. 

tahun ni baru nak merasa feeling rebut2 cuti.tapi takde la apa sangat pun sebab tahun ni cuti raya jatuh middle week (except jumaat) dan weekend. memang bercinta la balik kampung nak beraya. tapi bila bab raya ni, memang semua pakat nak menghabiskan cuti tahunan. woii sapa nak keja hari isnin ngan jumaat sebelum dan selepas raya tu?

diam. takde sapa nak offer diri. ai pun join geng diam bukan tanda setuju. bukan senang nak cuti berderet2 ni. encik boss siang2 dah bagitau yang dia akan cuti sebelum dan selepas raya. kakak2 dan kawan2 yang dah beranak pinak langsung tak pikir nak keja time orang cuti raya. nak balik kampung, jauh katanya. tinggallah geng bujang, kampung dekat. hmm, mangsa? belum tau lagi, walaupun encik boss macam dah tau siapa nak dijadikan mangsa.

sekarang tunggu arahan encik boss, nampaknya masih chill lagi, maklumlah baru hari kelima posa. huhu.

berdebar-debar pula. haish!

yummie! yeah!


semalam ai n cik net berbuka kat bangi. sementara nak tunggu waktu berbuka ai telah ajak cik net untuk singgah kat yummie bakery. yeay! hmm, kat sekinchan pun ada yummie tapi kecik je, tapi yummie kat bangi ni, besar dan menarik! ai suka sangat! macam-macam ada. memang bersemangat nak baking macam ni. hehe :-)

sempat juga ai beli tepung biskut, chocolate chip dan almond. tak sabar nak ajak cik net memulakan operasi baking. macam-macam resepi dah ada dalam list ni. tinggal jadi tak jadi je. huhu~

opss! tapi oven belum ada dalam kitchen lagi. sabar je lah eh cik net. hehe (^_^)!
Powered by Blogger.