siapa buat, patut rasa malu sendiri

ai rasa dipanggil-panggil untuk mulakan sesi mencoret bulan julai dengan isu yang hangat ni. pergh, ayam kfc tapak kasut lemak berkerim disukai ramai.


zass!

bila ai tengok video ni kat fb, memang rasa malu dengan sikap staff cook tu. tapi perangai orang yang amik video ni lagi memalukan. macam mana dia boleh tengok dan biarkan je kawan dia or staff dia buat macam tu hah?

ai pernah kerja kat kfc as a manager kfc lebih kurang 3 tahun. jujurnya ai tak pernah jumpa staff dengan perangai yang "menjaga" kualiti produk dengan cara ini. mungkin sebab outlet ai tu tak busy, staff pun tak stress dan customer pun ok maka takde sebab nak sabotaj.

kat kfc, staff selalu diajar untuk jadi customer mania. apapun customer first. tapi staff pun manusia, bila dia penat or stress dan superior abaikan or buat tak tau maka mungkin kes-kes macam ni terjadi. tu first assumption la. tapi kadang2 perangai staff tu pun memang tak boleh dikawal.

berbalik kepada kes video tu, ramai orang marah. ye lah, makan kfc bukan sehari dua, dah bertahun-tahun. first time tengok memang nak bakor je wisma kfc kan? kat fb kfc je ramai yang protes, keluarkan kata2 yang tak sepatutnya. bukankah lebih baik kita bagi peluang kat kfc management untuk investigate perkara ni kawan?

outlet kfc pun bukan satu dah ada 500+ buah outlet! orang yang buat perkara ni pun silap-silap dah kena tindakan or dah berhenti. tapi salah tetap salah, kalau jumpa memang nak dengar staff cook dan orang yang rakam video ni buat pengakuan maaf secara live. huhu (^_^)

apapun semoga kfc management akan selesaikan perkara ni, dan harap-harap tak la menjejaskan perniagaan kfc. maklumlah disebalik kfc tu ramai orang yang makan gaji dengan kfc, kalau terjejas kesian kat orang-orang yang tak bersalah.

ni lah akibatnya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga :-)

disclaimer: post ini tidak melibatkan orang-orang yang hidup ataupun mati dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.

0 comment:

Powered by Blogger.