nak ajar orang baking, boleh ke?

ai memang selalu baking. sebab suka makan kena la belajar buat kan? lagi-lagi bila cik oven akan ada dalam kitchen soon. tapi ai tak tau sama ada ai ni ada bakat ke nak ajar orang. hehe. mana taknya selalu bukannya ikut resepi bulat2 pun, ada je nak modify. hmm :-)

dari semalam asik pikir kata-kata cik sue. bagus gak kalau terjah peluang tu. boleh lah gain extra rm untuk support banyak lubang-lubang financial ni. tak dapat full half pun jadi lah. hehe. tapi risau pula, boleh ke nak ajar mengajar ni? apa yang nak ai nak ajar. ai pun bukan expert, basic je tau?

nak kena terror berkata2 sambil baking dan kena juga terror melengah2kan masa masa mengajar bukan kepandaian ai. selalu kalau baking ni nak siap cepat je.oh, camne eh? peluang ada, nak grab atau tak ni. rm oh rm!

ajar wat tartlets pun cara ni. huhu~

musang king dan saya

musang king yang satu ni memang membuatkan orang jatuh cinta dengan sekali ngap. rasanya, memang sedap ada manis ada pahit. seimbang! harga? sebiji lima puluh ringgit. huahua :-)


warna isi memang kuning.sayang nak makan bagi habis. nasib baik ai+cik dj+cik sue share2 beli musang king ni. dah la makan time tengok bola kan. memang layan lah. nasib baik tak tercekik biji musang king ni. huhu :-)

apapun memang enjoy makan. alangkah seronoknya kalau tersesat kat dusun durian musang king ni. huh~

ikan sepat ronggeng dan pekasam


petang tadi cik hasna sibuk uruskan order ikan pekasam made from kampung dia. hmm, dengar je ikan pekasam, perut terus bagi isyarat kat otak untuk bertindak. ya! mari beramai-ramai order ikan pekasam sepat ronggeng kat hasna. huhu~

ai bukannya "kaki" makan pekasam ni. tapi bila dah dekat2 posa ni, terkenang-kenang mak angkat kat perlis dok goreng ikan pekasam+hirisan cili padi+bawang and served dengan nasi panas. pergh, bayangkan pun dah terasa kesedapannya, apatah lagi kalau masuk dalam perut!

tak sabar plak ai nak tunggu hasna ni balik dari kampung. huhu (^_^)

oh, dah nak bulan posa ni, ai nak wish selamat berpuasa ya kawan-kawan jangan ponteng posa eh!

cari dan cari idea!

echa minta ai buat cookies door gift sempena hari kahwin beliau. tapi buntu pula ai nak fikir packaging yang sesuai. anyway i come up dengan idea packaging yang simple ni and tengok later apa echa akan comment :-)


atau ada sesiapa yang ada idea lebih best? help me, tq ;-)

4 jam untuk baking!?

baking adalah aktiviti mesti buat bila ai balik kampung.feeling2 reunion dengan oven dan mixer. haha (^_^). hmm, by the way petang tadi cik dj dah ingatkan ai untuk baking cake dia, maka malam hari adalah masa yang terbaik untuk bergabung tenaga dengan oven+mixer!

hari ni terlebih rajin. dalam masa 4 jam ai berjaya siapkan sebiji kek dan 150pcs+ cookies! yeay! rekod peribadi ni. hehe :-) nasib baik menjadi je hasilan baking ni, cuma taste kena tunggu komentar orang-orang yang akan makan nanti.

hari ni juga ai masih bereksperimen dengan resepi cookies ini, cuma tukar cashew jadi badam cincang. another part yang interesting, ai cuba rendahkan temperature oven ke 160 deg C dan bake lebih kurang 20min. hasilnya, cookies jadi lebih crunchy dan sedap!

untuk kek, ai gabungkan 2 resepi kek yang ai pernah cuba sebelum ni. for base chocolate cake and ganache, ai guna resepi death by chocolate cake by nanee hamid manakala cheese layer ai guna resepi ini. masa ai tulis post ni, ai belum sempat lagi rasa kenikmatan kek. ai kasi kek sejuk dalam fridge dulu. hopefully cake turn out well, sebab cik dj tengah tunggu kek ni sampai atas meja dia hari rabu ni. hmm :-)

 on the way to bake

 dah siap bakar n boleh makan!

 kek yang tengah dalam proses "cooling"

update 26.07.11 base kek punya lah tinggi sampai lapisan cheese tak kelihatan. dan cheese adalah sangat lembik, lupa pula mau letak tepung jagung kasi keras sikit. dah tak fokus punya pasal, lupa pula. combination taste? hmm, ai memang suka taste chocolate cake resepi nanee ni. marvellous!

p/s- cik dj sila bersabar, okey :-) mungkin rupa dia tak menarik. huahua.

tiada cinta antara saya dan dia


sulit betul apabila tiada cinta. susah nak memahami apalagi nak mendalami. cinta tidak boleh dipaksa kan? walaupun ai dah cuba untuk faham, tapi sukar. kata mereka yang expert ai tidak mahu berdepan dengan cabaran. arghh, cabaran ni memang menguji otak. boleh crack! kusut jiwa raga!

tapi mungkin cinta itu akan wujud selepas ini. tapi ai kena berusaha dan tidak boleh pergi jauh apalagi nak melupakan terus.

apapun, kepada statistik test, ai akan lebih berusaha untuk lebih faham dan mendalami dengan hati yang ikhlas . moga apa yang ai belajar dapat digunakan untuk hari-hari mendatang.


tiada cinta antara ai dan dia? hmm, mungkin akan berputik selepas ini (^_^)

al kisahnya di melaka

ai ada kat melaka this week untuk kursus statistik anjuran bskb,kkm. gembira betul rasanya apabila dapat connect dengan internet ni. boleh update belog. muahaha :-)

kursus statistik!
memang membuat jiwa jadi kacau. ages ai tinggalkan pengajian statistik ni. dah berkarat ilmu-ilmu yang mungkin masih tersisa dalam kotak memori. hmm, bila buat come back kepada pengajian statistik ni, mulalah rasa macam tak pernah je belajar. haha, alasan dan alasan!

apapun ai cuba absorb ilmu statistik ni, walaupun otak macam tepu. haish!

assignment yang dibekalkan
boss macam tak senang duduk lately. idea mencurah-curah gamaknya. ai ingat bila pergi kursus ni boleh lah menenangkan diri rupanya tidak. huhu. encik boss dah bekalkan assignment. tapi malangnya tak berusik-usik. ingatkan malam ni nak start, rupanya update belog lebih seronok (^_^)

cuti rehat!
selepas habis kursus ni, ai akan sambung 2 hari cuti. balik kampung, yeay! tapi mesti tak boleh bergembira sebab assignment tak siap lagi dan deadline adalah hari isnin. sigh~

warning
cik dj telah warning ai untuk bake cake untuk dia. alahai tertunggak2 hutang nak bagi makan kek. hopefully balik ni sempat la bake cake. kalau tak mesti telinga bernanah dengar cik dj membebel. huahuha :-)

okey, nak buat keja sekarang. daa~


update from hotel emperor melaka.

bukan ai yang punya!

macam ni punya pelamin, tak tau berapa ntah dia charge. mau makan kelopak bunga hari-hari dibuatnya! cik dj ada berani mau naik pelamin ni? cik net pula, ai gerenti lebih gempak dari ni. hehe :-)

hmm, atau mungkin 2 ekor mahluk asing ni yang punya pelamin kot?


macam-macam hal dunia. oh!

lagi-lagi floria 2011, apa yang menariknya?

floria 2011 dah nak melabuhkan tirainya hujung minggu ni. apa agaknya dah jadi dengan bunga-bunga tu eh? ai pergi hari pertama floria start. memang kagum dengan kerajinan orang-orang dibelakang tabir floria 2011 ni. tepian tasik putrajaya berubah jadi taman bunga yang cantik. penuh bunga sana sini, rugi kalau korang tak pergi :-)

selain dari rose dan rose, banyak lagi bunga lain yang menghiasi floria 2011, sempat juga ai capture untuk tatapan korang (^_^)

 selamat datang ke floria 2011

 bunga-bunga dalam khemah

 bunga-bunga disekitar floria 2011. warna-warni dan wangi!

 sayur pun ada!

 anggur yang masam!

 strawberry yang berjuntaian dari pasu. sayangnya tak sampai nak amik. haha!

itulah dia sedikit sebanyak bunga yang sempat ai capture. cantik tak bunga-bunga ni? sempat lagi kalau korang nak jejak kaki kat floria 2011 ni. datang eh beramai-ramai!

roses are forever, floria 2011

antara rose yang ai sempat capture semasa ai round2 floria tempoh hari adalah seperti berikut:

 dalam khemah. rose berjuntaian diikat benang-benang halus!

 
rose oren!

 pancuran air rose :-)

always my favorite capture. red rose!

rose warna-warni. wow!

jarang-jarang tengok rose ni :-)

 ini pun sweet sangat!

 rose dan rose lagi!

 oh! white roses!!

siapa bilang rose tak menawan?

floria, rose, ai dan dia. phew (^_^)

(sila klik untuk tumbesaran)

bunga dan ai bukanlah perkara yang sinonim, tidak juga mempunyai hubungan simbiosis. tapi ai juga bukan lah kategori tak suka bunga or ala-ala tak suka bunga, cam cik dj. huhu~

excited!

akhirnya, ai dapat gak berjumpa dengan event Putrajaya Floria ni :-) syok betul! tahun ni tema floria, roses are forever. agak2nya mesti banyak bunga rose disana-sini sepanjang floria nanti.

bed of roses!

so, korang jangan lah lepaskan peluang bersama-sama dengan bunga-bungaan ni pada:
tarikh: 9th - 17th July 2011
tempat: presint 2, putrajaya
opening hours: 9am-10.00pm (isnin-khamis)/ 9.00am-12.00 midnight (jumaat-ahad)
masuk adalah percuma

siapa buat, patut rasa malu sendiri

ai rasa dipanggil-panggil untuk mulakan sesi mencoret bulan julai dengan isu yang hangat ni. pergh, ayam kfc tapak kasut lemak berkerim disukai ramai.


zass!

bila ai tengok video ni kat fb, memang rasa malu dengan sikap staff cook tu. tapi perangai orang yang amik video ni lagi memalukan. macam mana dia boleh tengok dan biarkan je kawan dia or staff dia buat macam tu hah?

ai pernah kerja kat kfc as a manager kfc lebih kurang 3 tahun. jujurnya ai tak pernah jumpa staff dengan perangai yang "menjaga" kualiti produk dengan cara ini. mungkin sebab outlet ai tu tak busy, staff pun tak stress dan customer pun ok maka takde sebab nak sabotaj.

kat kfc, staff selalu diajar untuk jadi customer mania. apapun customer first. tapi staff pun manusia, bila dia penat or stress dan superior abaikan or buat tak tau maka mungkin kes-kes macam ni terjadi. tu first assumption la. tapi kadang2 perangai staff tu pun memang tak boleh dikawal.

berbalik kepada kes video tu, ramai orang marah. ye lah, makan kfc bukan sehari dua, dah bertahun-tahun. first time tengok memang nak bakor je wisma kfc kan? kat fb kfc je ramai yang protes, keluarkan kata2 yang tak sepatutnya. bukankah lebih baik kita bagi peluang kat kfc management untuk investigate perkara ni kawan?

outlet kfc pun bukan satu dah ada 500+ buah outlet! orang yang buat perkara ni pun silap-silap dah kena tindakan or dah berhenti. tapi salah tetap salah, kalau jumpa memang nak dengar staff cook dan orang yang rakam video ni buat pengakuan maaf secara live. huhu (^_^)

apapun semoga kfc management akan selesaikan perkara ni, dan harap-harap tak la menjejaskan perniagaan kfc. maklumlah disebalik kfc tu ramai orang yang makan gaji dengan kfc, kalau terjejas kesian kat orang-orang yang tak bersalah.

ni lah akibatnya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga :-)

disclaimer: post ini tidak melibatkan orang-orang yang hidup ataupun mati dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.
Powered by Blogger.