dan begitulah untuk lebih manis, stevia


seperti biasa, emak akan pesan pokok bila ai balik kampung. looks like ai memang macam pencinta alam sekitar sebab macam terror je bab pokok-pokok ni kan? haha

kali ni pokok stevia. hmm, ai pun tak tahu menahu pokok ni ada. macam mana lah mak ai tahu, itu ai kurang pasti. tapi biasa dengarkan stevia? ya, selalu orang buat sebagai pemanis atau pengganti gula. tapi selaluya dalam bentuk yang dah siap proses, tapi kali ni dalam bentuk original aka pokok yang hidup segar bugar dengan disirami air baja organik. 

oleh kerana, mak kata daun pokok ni boleh makan, ai pun petik sehelai, basuh dan makan. haish, makan daun? not bad sebenarnya, rasanya memang manis. tak sangka betul!

ai pun minta cik net rasa daun stevia ni, tapi seperti yang dijangka beliau memang tak dapat telan daun ni, dengan alasan "mind set". hahaha :-) 

apapun, i like lah pokok ni. hmm, rasanya mak pun like jugak (^_^)

okie, chow!

0 comment:

Powered by Blogger.