cik dj, berikut adalah warna kain sari pilihan ai (^_^)

jiran sebelah kubikel ai kat opis akan fly ke india next week. best betul dia nak bercuti kuch kuch hota hai kat sana. hmm~

apapun, semoga selamat pergi dan selamat pulang. jangan bawa mamat india balik malaysia sudah lah. hahaha. sila amalkan penjagaan diri yang baik bersama rakan seperjuangan cik cari stok kain :-)  makan dengan selamat dan tidur dengan nyenyak ya!

oh, ya! tolong beli ai kain sari dengan warna pilihan yang berikut:

pilihan pertama soft pink, pilihan kedua light green atau turquoise. budget seperti yang telah dibincangkan. ok?

have a safe and happy journey ya. take care :-)

perasaan yang tidak dapt diluahkan

dalam hidup ni macam-macam perasaan kita ada. yup, tapi tak semua dapat diluahkan dengan baik. kadang-kadang perasaan tidak dapat meluahkan tu boleh menyebabkan orang lain rasa annoying dan menyampah tahap extreme.

ai adalah orang yang sangat transparent. bila ai tak suka sesuatu ai akan make sure orang yang menyebabkan perasaan tak suka ni akan perasan. ya! feeling ai kan, suka hatilah ai lah! well mungkin ai nampak macam biasa je, tapi sebenarnya tak. memang tidak. mungkin ni penyakit keturunan, hahaha.

kenapalah kat mana-mana ai pergi, ai akan jumpa orang-orang dari kategori ni. letih betul nak handle. mungkin ai ni ada banyak dosa, dengan cara ni, mungkin dosa-dosa kecil akan terhapus. insya'allah. maka buat tak tau adalah lebih baik. bukan?

huh?!

 

tak percaya?

sangat tak percaya dengan diri sendiri kerana pada jam ini ai masih di "rumahku", "ofisku". haha :-) marilah "berterima kasih" kepada kekecohan dunia dan kebijaksanaan mereka yang menyalahgunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya dalam makanan.

cannot describe how much ai "appreciate" your work, orang-orang yang hebat. dush (^_^)

feeling sekarang?

lapar!

mengantuk!

boring!

haish, pukul berapa nak balik ni? huhuhu~



dan begitulah untuk lebih manis, stevia


seperti biasa, emak akan pesan pokok bila ai balik kampung. looks like ai memang macam pencinta alam sekitar sebab macam terror je bab pokok-pokok ni kan? haha

kali ni pokok stevia. hmm, ai pun tak tahu menahu pokok ni ada. macam mana lah mak ai tahu, itu ai kurang pasti. tapi biasa dengarkan stevia? ya, selalu orang buat sebagai pemanis atau pengganti gula. tapi selaluya dalam bentuk yang dah siap proses, tapi kali ni dalam bentuk original aka pokok yang hidup segar bugar dengan disirami air baja organik. 

oleh kerana, mak kata daun pokok ni boleh makan, ai pun petik sehelai, basuh dan makan. haish, makan daun? not bad sebenarnya, rasanya memang manis. tak sangka betul!

ai pun minta cik net rasa daun stevia ni, tapi seperti yang dijangka beliau memang tak dapat telan daun ni, dengan alasan "mind set". hahaha :-) 

apapun, i like lah pokok ni. hmm, rasanya mak pun like jugak (^_^)

okie, chow!
Powered by Blogger.