Walk A Mile In Her Shoes



Melihat segelintir `golongan istimewa’ seperti ‘mak nyah’ atau pondan, berjalan mengenakan kasut bertumit tinggi bukanlah perkara mustahil. Tetapi, bagaimana pula jika anda menyaksikan golongan Adam yang sejati, bapa, suami, abang serta teman lelaki berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer (km) dengan memakai kasut bertumit tinggi? Pelik bukan?

Namun, itulah aktiviti lucu yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur sempena menjayakan kempen The Pixel Project‘s Celebrity Male Role Model Pixel Reveal menerusi program Global “Walk A Mile In Her Shoes" . Pertama kali dalam sejarah kita akan menyaksikan seramai 100 lelaki tempatan berjalan sejauh satu batu dengan kasut bertumit tinggi, dengan satu matlamat - membantu menghentikan keganasan terhadap wanita.

Usaha kreatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan lelaki mengenai kepentingan mencegah, menghentikan dan menamatkan kekerasan serta keganasan terhadap wanita di seluruh dunia. Penyertaan itu membabitkan kutipan dana sehingga AS$1 juta (kira-kira RM3 juta) membabitkan jualan satu juta piksel dari laman web http://reveal.thepixelproject.net.

Pengasas dan juga Presiden bagi sebuah pertubuhan sukarelawan tempatan yang menjayakan kempen itu di Malaysia, The Pixel Project, Regina Yau, berkata ia satu cara meningkatkan kesedaran lelaki mengenai isu keganasan terhadap wanita dan bersama-sama membantu menangani serta menyelami perasaan mangsa.

Selama satu dekad, program Walk a Mile in Her Shoes menyediakan landasan kepada kaum lelaki di Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan berharap dapat direalisasikan di seluruh dunia. Acara yang sememangnya agak melucukan itu mampu memberi kesan positif dengan sokongan memerangi keganasan terhadap wanita yang dialami beribu-ribu wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Selain The Pixel Project, program yang akan berlangsung di Amcorp Mall, 19 Jun ini, bersempena Hari Bapa, turut dijayakan rangkaian sukarelawan, Venture Humanity dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Malaysia).

Program itu akan berjalan serentak di empat lagi lokasi lain iaitu di London, United Kingdom; New Delhi, India; Singapura; Washington, Amerika Syarikat. Kempen yang kali ke-10 diadakan itu juga membantu menambah dana sehingga RM3 juta untuk pertubuhan bukan kerajaan berkaitan di seluruh dunia menerusi pembelian sekurang-kurangnya lima piksel. Satu piksel berharga AS$1 (kira-kira RM3).

Kira-kira separuh daripada hasil dana yang diterima daripada projek itu juga akan diagihkan kepada WAO dan Gabungan Menentang Keganasan Domestik Amerika Syarikat.

Pendaftaran untuk menyertai Walk A Mile In Her Shoes boleh dibuat menerusi laman web http://globalwalkamileday.thepixelproject.net dengan bayaran sebanyak RM40 manakala pembelian piksel menerusi laman web http://reveal.thepixelproject.net. 
 
 
p/s: siapa agaknya 100 lelaki tempatan yang akan pakai heels nanti? hmm 
 
website global: "walk a mile in her shoes"

0 comment:

Powered by Blogger.