RESEPI: Cashew Chocolate Chip Cookies


ini adalah resepi coklat chip yang kedua ai cuba. resepi dari internet dengan sedikit modification. rasanya tak terlalu manis dan rapuh. sedap kot. haha (o_^)!

Bahan-Bahan
250 gm menterga
280 gm tepung superfine (tepung gandum pun boleh)*
10 gm serbuk koko*
150 gm gula perang
1/2 tsp esen vanila
1/2 tsp soda bikarbonat*
3 tbs tepung jagung*
1 biji kuning telur
100 gm gajus/cashew (atau kekacang lain)
150 gm chocolate chip
Secubit garam

Nota: Campurkan semua bahan yang bertanda* dan ayak. Jangan malas!

Cara Membuatnya
1. Pukul butter, gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanila dan secubit garam.
2. Masukkan campuran tepung, dan kacau menggunakan spatula.
3. Taburkan gajus dan coklat chip. Adun sehingga sekata.
4. Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 30min - 45min. (Adunan sedikit lembik)
5. Setelah disejukkan, guna 2 sudu kecil dan scoop adunan dalam dulang pembakar. Memadai scoop adunan kecil kerana semasa proses baking adunan akan mengembang. (Adalah dinasihatkan untuk try bake 2-3 scoop adunan supaya dapat tengok 'pengembangannya')
6. Bakar selama 15 min, suhu 180 deg C, api atas-bawah. (sila warm up oven selama 30 min terlebih dahulu, ya!)

berbeza dengan resepi coklat chip yang ai pernah cuba sebelum ni, adunan mengikut resepi asal adalah sangat lembik dan macam susah nak scoop. maka ai dah tambahkan tepung jagung dan sejukkan dalam tempoh yang agak panjang. lebih terkejut bila ai bake, adunan ni jadi mengembang dan melekat antara satu sama lain. memang kelakar betul. lesson learn, ai scoop kecik2 dan jadilah biskut yang korang tengok seperti diatas. hehehe. okie, selamat mencuba!

5 comment:

HaRaShO HiDaYaH said...

oh sila bwk ke opis...tp sok aku cuti lg...hehehe so lusa yer...hehehehe

Luna Fantasi said...

tapawe tu mcm ku kenal hihi

Anonymous said...

sedap sangat..tq..sorryla mula2 I ingat pakwe u yang buat..sebab sama je macam kat meja dia..sama sedap:)

intan said...

klu x guna gula perang boleh jadi ke?

asilahkassim said...

intan, boleh je. tapi brown sugar kurang manis

Powered by Blogger.