kad yang sepatutnya terima 3 tahun lepas

ini adalah dedicated entry kepada kawan2 iaitu - cik net, cik ira, puan murni dan puan fazek. masih ingatkah sambutan birthday kita kat sunway tahun 2008?

ya, waktu yang kita tukar-tukar hadiah bagai. 

baru-baru ni ai menyebok cik net kemas harta karun dia. tup-tup terkeluar kad-kad ni. heran betul, camne cik net boleh tak bagi kad2 ni dan peram kad ni sampai tahun 2011?

tadaa, ini lah kad yang cik net nak letak sekali ngan hadiah yang dia nak bagi. 



okay, mesti korang tertanya-tanya apa yang cik net tulis kan?


haha. sweet sekali cik net :-)

p/s: tapi sekarang dia sayang orang lain. haha :-p

Walk A Mile In Her Shoes



Melihat segelintir `golongan istimewa’ seperti ‘mak nyah’ atau pondan, berjalan mengenakan kasut bertumit tinggi bukanlah perkara mustahil. Tetapi, bagaimana pula jika anda menyaksikan golongan Adam yang sejati, bapa, suami, abang serta teman lelaki berjalan kaki sejauh 1.6 kilometer (km) dengan memakai kasut bertumit tinggi? Pelik bukan?

Namun, itulah aktiviti lucu yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur sempena menjayakan kempen The Pixel Project‘s Celebrity Male Role Model Pixel Reveal menerusi program Global “Walk A Mile In Her Shoes" . Pertama kali dalam sejarah kita akan menyaksikan seramai 100 lelaki tempatan berjalan sejauh satu batu dengan kasut bertumit tinggi, dengan satu matlamat - membantu menghentikan keganasan terhadap wanita.

Usaha kreatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan lelaki mengenai kepentingan mencegah, menghentikan dan menamatkan kekerasan serta keganasan terhadap wanita di seluruh dunia. Penyertaan itu membabitkan kutipan dana sehingga AS$1 juta (kira-kira RM3 juta) membabitkan jualan satu juta piksel dari laman web http://reveal.thepixelproject.net.

Pengasas dan juga Presiden bagi sebuah pertubuhan sukarelawan tempatan yang menjayakan kempen itu di Malaysia, The Pixel Project, Regina Yau, berkata ia satu cara meningkatkan kesedaran lelaki mengenai isu keganasan terhadap wanita dan bersama-sama membantu menangani serta menyelami perasaan mangsa.

Selama satu dekad, program Walk a Mile in Her Shoes menyediakan landasan kepada kaum lelaki di Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan terhadap wanita dan berharap dapat direalisasikan di seluruh dunia. Acara yang sememangnya agak melucukan itu mampu memberi kesan positif dengan sokongan memerangi keganasan terhadap wanita yang dialami beribu-ribu wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Selain The Pixel Project, program yang akan berlangsung di Amcorp Mall, 19 Jun ini, bersempena Hari Bapa, turut dijayakan rangkaian sukarelawan, Venture Humanity dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Malaysia).

Program itu akan berjalan serentak di empat lagi lokasi lain iaitu di London, United Kingdom; New Delhi, India; Singapura; Washington, Amerika Syarikat. Kempen yang kali ke-10 diadakan itu juga membantu menambah dana sehingga RM3 juta untuk pertubuhan bukan kerajaan berkaitan di seluruh dunia menerusi pembelian sekurang-kurangnya lima piksel. Satu piksel berharga AS$1 (kira-kira RM3).

Kira-kira separuh daripada hasil dana yang diterima daripada projek itu juga akan diagihkan kepada WAO dan Gabungan Menentang Keganasan Domestik Amerika Syarikat.

Pendaftaran untuk menyertai Walk A Mile In Her Shoes boleh dibuat menerusi laman web http://globalwalkamileday.thepixelproject.net dengan bayaran sebanyak RM40 manakala pembelian piksel menerusi laman web http://reveal.thepixelproject.net. 
 
 
p/s: siapa agaknya 100 lelaki tempatan yang akan pakai heels nanti? hmm 
 
website global: "walk a mile in her shoes"

belia: mari berhimpun, mari bergembira!


korang tahu hujung minggu ni 27-29 mei 2011, ada himpunan sejuta belia 2011 kat putrajaya? dengar cerita ada 200+ aktiviti telah dirancang. hmm, sound interesting kan? kalau tengok preparation, memang gempak la. khemah je dah sepanjang jalan.


tapi bukan warga belia je boleh turun padang. warga yang tak berapa nak belia pun boleh turun memeriahkan event ni. kalau tengok website hari belia negara ni, macam2 aktiviti ada dari segmen kerohanian hinggalah aktiviti mencari kerja, demontrasi dan banyak lagi. rugi kalau tak pergi. huhu :-)

eh, ada konsert super junior@k-pop artist!  

so jangan lepaskan peluang, ok!

ni salah satu aktiviti yang akan berjalan sepanjang event ni. kalau agak2 nak ber "CHENTA"  (cara hadapi emosi, naluri dan tingkahlaku anda) jangan lupa datang khemah ni!

gadis dan trend semasa = isu sosial?


utusan malaysia, m/s 8, selasa 24/3/11

adakah korang alert dengan trend semasa yang hangat diperkatakan dan nampaknya (dituduh) menyebabkan kecenderungan implikasi kepada institusi kekeluargaan?

trend apa?

trend melewatkan perkahwinan terutama dikalangan wanita berpendidikan tinggi

kata dr. anjli doshi- timbalan ketua pengarah (dasar) LPPKN - 

"kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin dilewatkan, khasnya dikalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai calon yang sesuai"

hmm, patutlah hari ni awal-awal pagi radio dah sibuk suruh orang komen pasal tajuk ni. kat fb orang sibuk post pasal topik ni. surat khabar utama pun dok sentuh point yang sama. trend gadis semasa? hahaha. macam2 hal lah dunia ni.

isu sosial?

serius?

implikasi kepada institusi kekeluargaan?

trend perkahwinan yang semakin dilewatkan?

salah siapa?

wanita berpendidikan tinggi?

hehehe. lu pikirlah sendiri?

apapun topik ni dah jadi macam isu global. agaknya dah sama taraf dengan krisis nuklear. ada siapa nak komen?

phew. sesak nafas sekejap

ok, chow!

manis seperti kamu. lagi-lagi triffle!

ai pernah papar resepi triffle sebelum ni. cuba lihat resepi triffle kalau kamu mahu cuba ya! senang je nak buat tak payah bake atau kukus. tapi "renyah" sikit. sebab banyak step. eh tapi kalau nak makan sedap kena lah bersusah-susah dahulu, barulah terasa kenikmatannya. 

triffle best serve chill. lagi sejuk, lagi sedap :-)

ini first time ai guna kek gulung sebelum ni ai guna kek coklat and potong kiub2. oleh kerana ai guna 4oz cup, maka ai potong kek gulung kepada dua bahagian. just nice bila letak dalam bekas.

 
kali ni ai masih guna peach dalam tin, tapi kalau tak suka peach boleh guna buah campuran dalam tin atau nata de coco, mana-mana suka.


tadaa. nampak sedap? nak tau sedap ke tak kena la buat sendiri. hehehe. selamat mencuba :-)

selamat hari guru, guru-guru!

pada petang yang sudah terlewat untuk wish
"selamat hari guru"
ai masih terhegeh2 nak buat ucapan juga!

cikgu azizah
cikgu english, darjah 5, srk jln 6
cikgu super garang dan kerana beliau
ai tidak buta english :-p

cikgu norita
cikgu ko-op yang sentiasa 
pot-pet dan riuh
yang sentiasa buat ai tersenyum

mr fung
cikgu fizik yang pernah halau ai keluar
dari makmal fizik

umi masnita
cikgu C7 yang sentiasa dalam ingatan

cikgu azli
cikgu bio favorite subject ai kat matrix

dan semua cikgu dan pensyarah dan semua warga pendidik
srk jln 6,bbb-mgs klang-matrix chermai,n9-ukm

kawan2 yang dok jadi cikgu especially noi yang complaint hadiah hari guru berkurangan tahun ni

selamat hari guru
semoga dilindungi Allah sentiasa
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
semoga sentiasa diberi kekuatan mengharungi cabaran pendidikan
semoga diberi kesihatan yang baik
semoga terus menjadi warga pendidik yang cemerlang dan dedikasi

insya'Allah :-)

mahu kena "side kick"?

takde siapa yang ai nak kick petang2 ni. lagi2 petang yang esoknya cuti. yeay! apa yang ai nak story ialah tentang "side kick" yang memang betul2 kick! sempat ai bersama anis dan emel bermain-main  di permaisuri resort, pd.

tadaa :-)


itulah dia "sick kick". bulat dan boleh menyumbat 3 orang. tiada seat belt. cuma ada handle ye kawan2. ai memang under estimate benda ni. ye la, first impression kata, ala tak seram, cuma baring2 feel tengah laut. hahaha. tapi semuanya berubah bila ada kat tengah laut. scary kot. terjerit-jerit macam nak terpelanting keluar dari benda bulat ni.


silap besar kalau korang ingat ai dan kawan2 tengah bergembira atas benda bulat ni. kami tengah terjerit2 sambil pegang handle kiri kanan dengan kuat, okay?


anis pun dah nak terpelanting. tu lah kurus sangat. muahahaha :-)


okay, itu adik yang bawak bot macam lupa diri. sekejap perlahan, sekejap laju. yang nampak kepala tu member ai nana dan nard. bertuah punya kawan sebab diaorang dok dalam bot, gelak guling-guling dengar kitaorang jerit dan sibuk cucuk adik bot tu suruh bawak laju-laju. sengal betul!


apapun, "side kick" memang happening dan pening. tengah2 panas terik dan atas air laut pd tu memang betul2 rasa dizzy lepas aktiviti ni berakhir. apapun 5star untuk game ni. u'ols kena try okay!

ok, chow!

suhu sekitar meningkat, suhu saya pun meningkat


minggu lepas ai gelakkan dj sebab dia asik terbersin. minggu ni ai pula yang bersin2. haish, dasyat gak sebaran virus dj ni. muahaha (^_^) rasa macam nak demam tapi macam gagah je nak bertahan.

mungkin gak disebabkan bermain panas di pd tempoh hari. ya! matahari tegak atas kepala pun masih degil bermain2 di pesisir pantai pd. lebih dasyat bersuka ria naik banana boat and side kick di tengah lautan. hasilnya? mungkin rasa yang sihat tak sihat sangat ni.

nak mc, harapan macam tipis. kena baca paper dan jaga bilik radio yang tak berapa aktif tu. frust betul. nampaknya kena layan je la suhu badan yang suam-suam kuku ni. 

baiklah, bertahan sahajalah di situ :-) chow!  

congrats hot mama fazek!

baby izz (pict credit to en zali fb)

fazek telah lahirkan baby izz pada 7/5/11. jantina lelaki, kalau tak silap 3.39kg masa lahir. tahniah kerana telah menjadi ibu!

ai ngan cik net sempat melawat fazek masa kat hospital. baby izz tido je memanjang, sah-sah ikut perangai mak dia kan. haha. apapun kepada fazek, selamat menjadi ibu yang baik, jangan stress2 dan gembira2 selalu :-)

baby izz, semoga menjadi anak yang baik dan soleh. insya'Allah.

keletihan dan kelenguhan sendi

hari ni memang suam je mood keja. haish. ni semua kerana keletihan dan kelenguhan sendi2 dek penangan cuti-cuti malaysia pd. huhu :-)

alhamdulillah, berjaya gak mini reunion geng aysk. meriah jugak rupanya bila jumpa geng2 ni. gelak tak ingat dunia, hilang perangai dewasa, dok perasan umur still belasan. hahaha.

ai akan update cerita pd later, tunggu cik finaz upload gambar kat fb dia. tadaa~ 

ai telah beli 8 novel di pbakl 2011!


aim tahun ini adalah sutera bidadari by ramlee awang murshid. ya! tapi bila dah sampai pbakl 2011, lain pula ceritanya. end up, ai telah beli 8 novel+2 buku lain which cost me about rm167.20. hah!

so ini menjadikan, koleksi novel alaf 21 telah mencapai angka 128 buah. hahaha. dah lama rupanya ai tak beli novel ni, novel last ai baca pun rayyan fantasi itupun anis yang hadiahkan sempena birthday ai yang lepas.

so pbakl 2011, memanglah tempat yang sesuai untuk memborong. banyak nama-nama novelis baru yang muncul, tapi ai attack hanya nama-nama novelis yang i like macam anis ayuni, aleeya aneesa dll. 

oleh kerana masa dan kepadatan orang di pbakl 2011, ai hanya sempat menjengah dewan karangkraf sahaja. walaupun ai pun tak sure bila masa ai nak baca novel2 ni, tapi yang penting ai beli dulu sebab ada diskaun kan, kan? hehe.

tadaa, ini lah novel-novel yang sempat ai beli:
:

keranamu, sutera bidadari


yang terbaru, novel ke-5, koleksi pentalogy R.A.M. tak sabar ai nak baca!


semoga en R.A.M. akan terus berkarya dan menghasilkan novel yang tinggi nilainya. 


yeay! gembira dapat signature en R.A.M disitu. hehe :-)

RESEPI: Cashew Chocolate Chip Cookies


ini adalah resepi coklat chip yang kedua ai cuba. resepi dari internet dengan sedikit modification. rasanya tak terlalu manis dan rapuh. sedap kot. haha (o_^)!

Bahan-Bahan
250 gm menterga
280 gm tepung superfine (tepung gandum pun boleh)*
10 gm serbuk koko*
150 gm gula perang
1/2 tsp esen vanila
1/2 tsp soda bikarbonat*
3 tbs tepung jagung*
1 biji kuning telur
100 gm gajus/cashew (atau kekacang lain)
150 gm chocolate chip
Secubit garam

Nota: Campurkan semua bahan yang bertanda* dan ayak. Jangan malas!

Cara Membuatnya
1. Pukul butter, gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanila dan secubit garam.
2. Masukkan campuran tepung, dan kacau menggunakan spatula.
3. Taburkan gajus dan coklat chip. Adun sehingga sekata.
4. Sejukkan adunan dalam peti sejuk selama 30min - 45min. (Adunan sedikit lembik)
5. Setelah disejukkan, guna 2 sudu kecil dan scoop adunan dalam dulang pembakar. Memadai scoop adunan kecil kerana semasa proses baking adunan akan mengembang. (Adalah dinasihatkan untuk try bake 2-3 scoop adunan supaya dapat tengok 'pengembangannya')
6. Bakar selama 15 min, suhu 180 deg C, api atas-bawah. (sila warm up oven selama 30 min terlebih dahulu, ya!)

berbeza dengan resepi coklat chip yang ai pernah cuba sebelum ni, adunan mengikut resepi asal adalah sangat lembik dan macam susah nak scoop. maka ai dah tambahkan tepung jagung dan sejukkan dalam tempoh yang agak panjang. lebih terkejut bila ai bake, adunan ni jadi mengembang dan melekat antara satu sama lain. memang kelakar betul. lesson learn, ai scoop kecik2 dan jadilah biskut yang korang tengok seperti diatas. hehehe. okie, selamat mencuba!

selamat pengantin baru lina&shaz!

selamat pengantin baru kepada maslina n shazman, semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan rumahtangga dan kekal hingga ke anak cucu. 

lina, sorry tak dapat datang, ai kena balik kampung weekend ni, dah tertunda2 banyak kali. harap ko tak marah. sorry sangat ye!

apapun, tahniah dan selamat melayari alam rumahtangga :-)
Powered by Blogger.