sungguh diva dan dot dot dot


rasa nak buat karangan tentang diva seorang ni. tapi kalau tulis karangan mahu satu malaya akan tahu pasal ni. tapi pasal diva sorang ni, kalau ai nak handle depan-depan memang boleh menjatuhkan moral diri sendiri. maka baiklah kita tangani dengan rasa berhemah yang dibuat-buat. 

naik kepada satu tangga, memang perkara yang menggembirakan. tapi kalau naik satu tangga pun dah jadi diva, ai mana boleh tahan. nak tukar sana sini, nak itu nak ini, report sana sini, complaint sana sini, haish hati sejuk pun boleh jadi didih. 

tapi diva tetap diva. mestilah ada yang jadi mangsa keadaan. kesian kawan ai yang sampai menitis air mata dek menahan karenah diva ni. siap dah lontarkan kata-kata tak mau respect diva ni lagi selepas ini. cukup-cukup lah wahai diva.

tak seronok sebenarnya keadaan macam ni, sudah lah nak jumpa hari-hari, mana boleh tahan kalau jaga hati sendiri je? hmm. kalaulah ada penyelesaian kan bagus.

tak tahu la apa kesudahan cerita diva ni. harap2 ada lah kesudahan yang baik dan positif. tak nak lah dengar diva bawa cerita sana-sini yang tak sedap didengar. layan aja lah karenah diva ni~

ok lah chow (^_^)

0 comment:

Powered by Blogger.