pbakl,pwtc (30.4.11)

siapa spot ai dalam gambar diatas?

pesta buku antarabangsa kl 2011 memang tak mampu ai nak ignore. lagi-lagi bila ada launching sutera bidadari dan boleh jumpa en R.A.M. face to face. maka awal2 pagi ai dah keluar rumah dan bersesak2 dalam train dan lebih bersesak di dewan yang menempatkan karya-karya keluaran karangkraf.

launching sutera bidadari adalah pada jam 12 t/hari dan habis kira-kira 30 min selepas itu. ada gimik dan sesi cakap2 dan selepas tu ada announcement yang mengatakan, tempat untuk dapatkan signature R.A.M kat novelis area bukan kat kawasan pentas. maka ai dengan cepatnya bergerak ke area novelis dengan harapan tak payah beratur panjang-panjang nak dapatkan autograph beliau. 

tapi kecewa ai bila masa untuk sesi autograph ditunda ke jam 2.30 pm, maksudnya lagi 2 jam nak kena tunggu! ramai la orang yang merungut dan berlalu pergi dari tempat tersebut. ai? masih setia nak menunggu, berdiri paling hadapan sehingga jam 2.30 pm. walaupun penat berdiri tapi best gak sebab dapat borak-borak dengan novelis kat situ.

akhirnya jam 2.45 pm, en R.A.M muncul dan terus sign novel. sempat ai usik en R.A.M, yang terkejut dengan ramainya orang Q untuk dapatkan autograph beliau.

apapun, walaupun penat berdiri, rasanya berbaloi-baloi. hehe :-)

p/s: cik anis and cik net, sila jangan jealous, okay?! 

2 comment:

norinaomar said...

aku jeles..aku jeles...

asilahkassim said...

hahaha. well

Powered by Blogger.