pbakl,pwtc (30.4.11)

siapa spot ai dalam gambar diatas?

pesta buku antarabangsa kl 2011 memang tak mampu ai nak ignore. lagi-lagi bila ada launching sutera bidadari dan boleh jumpa en R.A.M. face to face. maka awal2 pagi ai dah keluar rumah dan bersesak2 dalam train dan lebih bersesak di dewan yang menempatkan karya-karya keluaran karangkraf.

launching sutera bidadari adalah pada jam 12 t/hari dan habis kira-kira 30 min selepas itu. ada gimik dan sesi cakap2 dan selepas tu ada announcement yang mengatakan, tempat untuk dapatkan signature R.A.M kat novelis area bukan kat kawasan pentas. maka ai dengan cepatnya bergerak ke area novelis dengan harapan tak payah beratur panjang-panjang nak dapatkan autograph beliau. 

tapi kecewa ai bila masa untuk sesi autograph ditunda ke jam 2.30 pm, maksudnya lagi 2 jam nak kena tunggu! ramai la orang yang merungut dan berlalu pergi dari tempat tersebut. ai? masih setia nak menunggu, berdiri paling hadapan sehingga jam 2.30 pm. walaupun penat berdiri tapi best gak sebab dapat borak-borak dengan novelis kat situ.

akhirnya jam 2.45 pm, en R.A.M muncul dan terus sign novel. sempat ai usik en R.A.M, yang terkejut dengan ramainya orang Q untuk dapatkan autograph beliau.

apapun, walaupun penat berdiri, rasanya berbaloi-baloi. hehe :-)

p/s: cik anis and cik net, sila jangan jealous, okay?! 

oh gold. i like!

hiasan, bukan ai punya. tokei emas yang punya!

siapa yang tak suka gold. eh, i like gold kuasa 1000. haha. tapi harga gold sekarang ni mencacak-cacak naik. sekarang ni dah 3.3k++, letih ai dengar, lihat dan berangan-angan.

kata orang-orang expert, gold boleh jadi one type of investment untuk masa hadapan. maklumlah harga gold ni jarang mengalami kejatuhan melampau. jadi ada baiknya kalau kita mula kumpul gold ni, kan?

best nya jadi wanita, gold boleh diwujudkan dalam bentuk barang kemas. bolehlah glam berkilau2 dengan gold kan. tapi awas jangan sampai jadi mangsa rampok pulak? tapi kalau wanita yang tak suka glam gaya mami jarum, simpan gold keping-keping pun cara apa? tapi nak dapat gold berkeping-keping kena lah ada duit berkepuk-kepuk. siapa lah yang dermawan nak hulur2 duit ni kan, haish?!

apapun marilah pertimbangkan untuk tampah kepingan gold dalam koleksi. mungkin kena cut cost mana-mana supaya cita-cita ni akan tercapai. berusaha!!

sungguh diva dan dot dot dot


rasa nak buat karangan tentang diva seorang ni. tapi kalau tulis karangan mahu satu malaya akan tahu pasal ni. tapi pasal diva sorang ni, kalau ai nak handle depan-depan memang boleh menjatuhkan moral diri sendiri. maka baiklah kita tangani dengan rasa berhemah yang dibuat-buat. 

naik kepada satu tangga, memang perkara yang menggembirakan. tapi kalau naik satu tangga pun dah jadi diva, ai mana boleh tahan. nak tukar sana sini, nak itu nak ini, report sana sini, complaint sana sini, haish hati sejuk pun boleh jadi didih. 

tapi diva tetap diva. mestilah ada yang jadi mangsa keadaan. kesian kawan ai yang sampai menitis air mata dek menahan karenah diva ni. siap dah lontarkan kata-kata tak mau respect diva ni lagi selepas ini. cukup-cukup lah wahai diva.

tak seronok sebenarnya keadaan macam ni, sudah lah nak jumpa hari-hari, mana boleh tahan kalau jaga hati sendiri je? hmm. kalaulah ada penyelesaian kan bagus.

tak tahu la apa kesudahan cerita diva ni. harap2 ada lah kesudahan yang baik dan positif. tak nak lah dengar diva bawa cerita sana-sini yang tak sedap didengar. layan aja lah karenah diva ni~

ok lah chow (^_^)

mari berpindah!


cik net ajak ai pindah umah dia, maka ai bersetuju dengan syarat bayar sewa harga sama iaitu dua ratus ringgit malaysia, maklumlah kena jaga budget kan. semalam ai ngan cik net pergi sapu dan mop umah. perkara pertama yang terlintas dikepala ialah:

jauhnya tempat ni!

rumah tinggi! 

camne nak pergi kerja dari tempat ni?

haish! tapi best juga bila dapat pindah ni. macam feel2 dok umah gitu. ai pun tiba-tiba nak pergi furniture sale dek penangan nak pindah rumah baru ni (^_^) hah! excited gitu~ tapi kena pertimbangkan budget. muahaha. nanti ada plak yang kena makan sofa!

rumah sewa akan ditinggalkan effective bulan 6 ni. kena tunggu orang baru masuk baru boleh bye2. sedih mau tinggalkan rumah sewa walaupun baru duduk 7 bulan. tapi housemate masing2 dah ada life commitment, ai pun kena cari alternatif lain. tinggal dengan cik net sementara cik net belum ada orang nak masuk meminang. hahaha :-)

jadi mari kita berpindah, ya! 

jadi ke tak jadi pergi picnic ni uollsz?


weekend pertama bulan 5 ni, ai n kawan2 aysk plan nak bercuti kat permaisuri resort,pd. masalahnya jadi ke tak jadi ni? memandangkan hanya 4 bilik je yang mampu kitaorang book, maka tak dapat nak pegi semua. maklumlah, orang yang dah kawin tak mau share bilik, segan katanya dan tak sesuai. yang bujang ok je, mau nak redah satu apartment 10 orang!

ai sibuk ngan bilik radioaktif yang tiada kesudahan. tak sempat nak rangka2 plan cuti2 ni. nak cancel, bilik dah bayar. haish!

jadi ke tak jadi ni?

rumahku, ofisku. huhu (^_^)

fine ai ada kat ofis lagi skang..!
9.47pm!!!

rumahku, ofisku?

pesta buku antarabangsa, pwtc: yeay! masa untuk berbelanja buku!


pesta buku. pesta buku. yeay! yeay! yeay!
setiap tahun event ni mesti membuatkan adrenalin melonjak2 gembira. mari berbelanja buku!

aim ai tahun ni ialah SUTERA BIDADARI by Ramlee Awang Murshid. lagi? dah lama tak follow novel2 terbaru, nanti boleh la usha kat sana. budget sama je la cam tahun2 lepas. hehe :-)

okie, siapa on nak g redah pesta buku. jommm layaan!

telur palsu vs telur korek?


mak aiih, timbul pula citer baru (lama sebenarnya) kes telur palsu? dah takde kerja agaknya, makanan pun nak buat yang palsu, apalagi yang palsu agaknya. hmm?

sehingga ke saat ni, belum ada bukti yang mengatakan telur2 yang disampel dari pulau tikus dan telur2 dalam negara adalah palsu. semuanya tulen bang, DNA pun originally ayam. so, jangan panik. boleh makan telur, tapi berpada2 kang kolesterol tinggi plak. hehe :-)

aii tiba2 terkenang memori masa dok keja kilang ayam dulu. selalu gak buat aktiviti mengorek telur ayam yang prior to sembelih. kira paksa rela telur ayam tu keluar dari perut dia. haha. camne nak tulis pun ai pun tak tau. tapi memang memerlukan skill supaya telur tu tak pecah dalam perut ayam kalau tak memang contaminate semua production line. hmm, kalau tanya orang yang keja kilang ayam ni mesti expert bab telur korek ni. muahaha (^_^)

ai suspect, mungkin telur korek yang depa dok jual kat pulau tikus tu. ahaha, sebab telur korek ni kulit dia memang warnanya pucat2, kuning and putih telur pun cair, plus rasa dia cam pahit2 sikit. maklumlah telur pra-matang kan. tapi telur korek ni, kalau layan buat kek memang gebu, lazat dan berkrim. hehe :-)

apapun ai harap, kita tak terdedah la dengan telur or makanan palsu ni. bukan pe bahaya untuk diri sendiri, kan, kan?

parlimen oh parlimen!


sepanjang hidup itulah kali pertama ai pergi parlimen. dan kali pertama jugak la ai berkampung kat parlimen sampai satu pagi. oh, dan kali pertama juga merasa ybtmk belanja makan nasi ayam. haha. pengalaman betul dalam hidup.

ini semua kerana akta baru. nak control cik dan encik juruanalisis makanan. dengar yb2 berbahas dan bersoal jawab dalam dewan rakyat, sampai letih nak digest. haha. hebat-hebat orang ni. banyak je idea nak cakap.

hmm, lagi 2 minggu nak dengar mereka berbahas kat dewan negara pulak. dengar cerita lebih tenang dari dewan rakyat. hehe. apapun semoga akta ni akan diluluskan dengan jayanya. lepas lulus barulah ai ada keja dengan banyaknya. haha.

baiklah, mari berusaha!

cemburu ai dengan cik net. tahniah!

merujuk kepada tulusan cik net disini, ah jeles betul dengan beliau. masih sweet 20++, sudah sampai level itu. wah kamu memang suksess ya!

anyway, tahniah. semoga akan terus maju jaya. dah cukup syarat ni nak melangkah next phase. takde alasan lagi. muahaha :-)

p/s: cik net, sila open table. terima kasih :-)
Powered by Blogger.