hotfm chat: lagu yang korang masih ingat masa sekolah rendah

kelas muzik masa sekolah rendah adalah kelas yang menggembirakan. ye, boleh nyanyi2 sambil bergelak dan mungkin bergelek. oh, zaman muda!


baiklah antara lagu yang ai masih ingat dan kenapa ai masih ingat. jeng, jeng, jeng....

"bapakku pulang dari kota
bapakku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa kesekolah
pon (7x)
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik, mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek"

kenapa ai ingat lagu ni: ini adalah lagu pertama yang ai buat show depan orang ramai. haruslah secara berkumpulan dengan skirt pendek biru gambar kereta. haha. comel kot masa tu. muahaha.

next lagu yang ai mampu ingat....

"kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya"

panjang lagi sebenarnya lagu ni, cukuplah serangkap eh. ai ingat lagu ni, sebab bila ai tolong mak siram bunga, ai akan nyanyi-nyanyi lagu ni walaupun bunga ai yang siram adalah bunga tahi ayam. huhu

lagi....

"bapakku seorang guru
balik ke rumah pukul satu
waktu petang periksa buku
bila malam mengajarku"

ai selalu persoalkan kenapa lagu ni tak ada kisah... bapakku seorang bomba? haish!

lagi... oh, kena recall semula. korang pulak, lagu apa yang korang still ingat sampai sekarang?

0 comment:

Powered by Blogger.