hotfm chat: lagu yang korang masih ingat masa sekolah rendah

kelas muzik masa sekolah rendah adalah kelas yang menggembirakan. ye, boleh nyanyi2 sambil bergelak dan mungkin bergelek. oh, zaman muda!


baiklah antara lagu yang ai masih ingat dan kenapa ai masih ingat. jeng, jeng, jeng....

"bapakku pulang dari kota
bapakku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa kesekolah
pon (7x)
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik, mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek"

kenapa ai ingat lagu ni: ini adalah lagu pertama yang ai buat show depan orang ramai. haruslah secara berkumpulan dengan skirt pendek biru gambar kereta. haha. comel kot masa tu. muahaha.

next lagu yang ai mampu ingat....

"kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya"

panjang lagi sebenarnya lagu ni, cukuplah serangkap eh. ai ingat lagu ni, sebab bila ai tolong mak siram bunga, ai akan nyanyi-nyanyi lagu ni walaupun bunga ai yang siram adalah bunga tahi ayam. huhu

lagi....

"bapakku seorang guru
balik ke rumah pukul satu
waktu petang periksa buku
bila malam mengajarku"

ai selalu persoalkan kenapa lagu ni tak ada kisah... bapakku seorang bomba? haish!

lagi... oh, kena recall semula. korang pulak, lagu apa yang korang still ingat sampai sekarang?

radio+aktif=radioaktif?


bila sibuk hal kat jepun, semua orang tiba-tiba alert dengan perkara yang satu ni: radioaktif. macam-macam perkara, dari makanan, air dan perkara-perkara yang berkaitan.

hidup sebenarnya bukanlah complicated, tapi bila diperhalusi sekeliling kita ni banyak betul unsur2 radioaktif dalam kehidupan. sama macam gunting dalam lipatan. ah!

ok radioaktif atau gunting dalam lipatan ni? haha. ai pun dah confius. ah, kecewa sebenarnya. semalam seseorang telah khabarkan yang si polan rupanya telah cakap belakang tentang ai. tak cukup ke u nak jaja2 stori? ingat ai senyum2 ai suka ke? ingat ai gelak2 ai gembira ke? eh, sebenarnya ada ai kisah ke? ai ni masih mode sabar ni. wei baik kot ai dengan u. kenapa u nak kutuk2 ai pula. benci. annoying. kenapa u nak jadi talam. eh, ai hate u lah. depan ai u pura-pura rupanya. plastik.

spesies ni patut dihapuskan secara halus, ya.. halus. oh mungkin ke perlu kembali ke bentuk asal. dalam bentuk ni, kehidupan ini begitu dorman tanpa laser. boring kan?

baiklah ai akan mulakan modus operandi. kalau u boleh jadi talam, i pun boleh jadi dulang orang bubuh nasi ambeng. haha. buku belum jumpa dengan ruas. sabar eh. hari ni ai hate u, sampai bila-bila pun u tetap dapat label tu. sori ai delete u dari kamus hidup ai.

ingat sikit, ai senyum, ai gelak bukan semestinya ai jadi teman suka duka. mungkin ai sedang berusaha menjadikan diri ai talam yang high class. kalau u boleh drama, ai pun boleh juga. ahahaha :-p

ok, ai hate u lah sayang :-)

belon panas!



belon panas. belon panas! yeay, akhirnya dapat gak tengok event ni dengan jarak dekat. last year, jeles dengan cik net yang amik gambar belon2 dari tingkap office. hmm :-)

tapi kecewa, kamera dah antar balik kampung. snap dalam memori aje lah. muahaha :-)

apapun mari datang beramai-ramai k!

bodoh sombong?


semalam kerajaan telah mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. rata2 ramai rakyat Malaysia yang menyokong usaha ni, tapi ada juga yang bersikap bodoh sombong.

katanya, KKM lambat amik tindakan, lagi setahun baru nak kuat kuasakan? anak2 dah terdedah pada risiko pencemaran BPA? sebagai IBU BAPA YANG PRIHATIN DAN BANYAK MEMBACA/ MENDAPATKAN INFO, anda pasti pernah terdengar tentang isu BPA ni. kalau dah tau, mesti awal2 dah cari botol susu FREE BPA. tapi anda? sendiri mahu ingat.

pertimbangan KKM pastilah melihat dari semua aspek. bukan main hentam je. nanti kalau tak relevan, siapa yang bising? golongan bodoh sombong ni juga. hmm. sedih betul :-(

kesal tiada gunanya. sekian

apa salah saya?


quote from berita harian online facebook: anak ayam yang ditampal nota dalam bahasa Arab yang bermaksud "pergi" dilihat di lokasi demonstrasi anti kerajaan yang menggesa pengunduran Presiden Ali Abdullah Saleh di ibu negara Yaman, Sanaa hari ini. - Foto AFP
Powered by Blogger.