perlukah saya bersedia dengan jawapan- KAMU BILA LAGI?

tinggal lagi seminggu rumah sibuk nak berkenduri kendara. ye, adik saya nak kawin! oleh kerana ni kali pertama nak buat wedding event, rasa macam gabra pun ada. macam-macam nak buat rupanya bila nak kenduri ni. pening, nasib baik ada ramai assistant eh :-)

oh bila nak kenduri ni, ramai lah makcik2 kepoci yang akan zass ai dengan soalan - "eh, adik pulak kawin dulu, KAMU BILA LAGI?" hehe, actually dah lama dengar soalan ni, dah takde tekanan pun bila kena zass. cuma kesian la dengan diaorang yang dok tanya2 ni. letih ai dibuatnya.

bukan ai tak mau kawin, tapi kesungguhan belum ada. kawin ni bukan kerja seminggu je, tapi seumur hidup. kena bersedia mental, fizikal dan spiritual, beb!

tapi bila dah nak dekat hari kenduri ni, risau lak kalau makcik kepoci ni dok tanya lagi. yang menariknya, ai telah jumpa satu lawak yang macam kena je dengan kerisauan ai ni. hmm :-p

tajuk: pernikahan
mimi selalu merasa tidak selesa apabila datang kemajlis perkahwinan ahli keluarga. nak tahu sebabnya? biasalah, makcik2 dak kerabat lain akan datang menghampirinya sambil menepuk-nepuk bahu, "KAMU BILA LAGI?" kata mereka. menyampah betul, tak berperikemanusiaan sama sekali! tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah mimi melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengebumian ahli keluarga berlansung :-)

hah, amacam dah idea kan nak menepis soalan zass makcik2 kepoci. hehe. i like this lawak pernikahan!

3 comment:

bareessence said...

tu la, selalu mesti orang sibuk2 tanya kite bile lagi..nanti kalau da kawin, org sibuk2 tanye bila lagi nak dpat anak. pastu da ade sorang anak, orang sibuk2 tanya bila nak dapat anak lagi..


huhuhu.

HaRaShO HiDaYaH said...

stress duh...aku dah merasakannya skang....lagi2 last week masa CNY ada kenduri, smlm kenduri....abes la sumer nak tanya sama je soalan...leh gakkan wat ayat gurau kasar mcm tu!hahaahaha mau terbeliak bijik mata org2 tu semua....kahkahkah...

Luna Fantasi said...

hahahha lawak itu sungguh kejam ;p

Powered by Blogger.