oh blog!

semakin lama semakin tak update blog ni. macam-macam hal lah! laptop 'away', takde story n malas. muahaha :-) bulan 2 pun dah nak sampai penghujung. cepat betul masa berlalu kan :-)

bulan 2 ni adalah bulan yang agak sibuk. awal2 bulan dok sibuk ngan perkahwinan adik. alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja, cuma memang sangat penat! oh! dapat adik ipar. hmm, ada can nak buli pas ni, keke :-)

kerja- ada kesibukan, ada planning, ada macam2. lagi pulak sekarang ni kena buat ala-ala tesis submit 15hb mac ni. haish, dah la satu benda pun tak buat lagi. tajuk kajian ai adalah "BPA & Phthalates ke atas pembalut makanan ringan dan pembungkus makanan". hmm, tajuk ni agak wide dan ai pun masih kabur2 dengan perjalanan kajian ni. adoi! berusaha!!!

hmm, baiklah nak mulakan siasatan keatas BPA & Phthalates. nanti ai roger2 lagi. tadaa... blog!

 pic: reunion kawan2 matrik. omg. gemuknya ai. huhu :-p

pembunuhan sering berlaku dimakmal


masa sekolah subjek biologi memang kesukaan ai. lebih2 lagi apabila kena bedah membedah ni. tapi masa zaman sekolah berkesempatan nak bedah ikan (siang ikan), bedah lipas dan satu lagi binatang apa ntah. bila time matrix benda yang ai bedah pula adalah katak yang ditangkap secara beramai-ramai dipadang kolej chermai.

semalam tengok cikgu oyun publish gambar diatas kat facebook. katanya student beliau bedah tikus yang ada fetus (anak tikus to be). kalau u all tanya ai mana satu fetus tikus ni, mungkin yang kat bahagian bawah tu. tapi tak sure lah. cikgu oyun dok gelakkan kami yang tak nampak2 rupa fetus tikus dalam picture diatas.

kalau ikutkan memang kesian tikus ni jadi mangsa pembunuhan dimakmal. anak dia pun jadi mangsa gak. tapi oleh kerana nak belajar, layan je lah. dah nasib dia nak buat macam mana kan?

tikus oh tikus!

perlukah saya bersedia dengan jawapan- KAMU BILA LAGI?

tinggal lagi seminggu rumah sibuk nak berkenduri kendara. ye, adik saya nak kawin! oleh kerana ni kali pertama nak buat wedding event, rasa macam gabra pun ada. macam-macam nak buat rupanya bila nak kenduri ni. pening, nasib baik ada ramai assistant eh :-)

oh bila nak kenduri ni, ramai lah makcik2 kepoci yang akan zass ai dengan soalan - "eh, adik pulak kawin dulu, KAMU BILA LAGI?" hehe, actually dah lama dengar soalan ni, dah takde tekanan pun bila kena zass. cuma kesian la dengan diaorang yang dok tanya2 ni. letih ai dibuatnya.

bukan ai tak mau kawin, tapi kesungguhan belum ada. kawin ni bukan kerja seminggu je, tapi seumur hidup. kena bersedia mental, fizikal dan spiritual, beb!

tapi bila dah nak dekat hari kenduri ni, risau lak kalau makcik kepoci ni dok tanya lagi. yang menariknya, ai telah jumpa satu lawak yang macam kena je dengan kerisauan ai ni. hmm :-p

tajuk: pernikahan
mimi selalu merasa tidak selesa apabila datang kemajlis perkahwinan ahli keluarga. nak tahu sebabnya? biasalah, makcik2 dak kerabat lain akan datang menghampirinya sambil menepuk-nepuk bahu, "KAMU BILA LAGI?" kata mereka. menyampah betul, tak berperikemanusiaan sama sekali! tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah mimi melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengebumian ahli keluarga berlansung :-)

hah, amacam dah idea kan nak menepis soalan zass makcik2 kepoci. hehe. i like this lawak pernikahan!

Powered by Blogger.