kenapa begini HRMIS?

tinggal beberapa hari nak hujung tahun. tinggal beberapa hari dateline hrmis. adoi. stress sangat bila sistem ni asyik hang, hang dan hang!!!!!

ai ke yang salah sebab lambat key in or sistem ni yang lembab? iskh. kisah sedih hujung tahun ni :-(

cuti akhir tahun.... katanya :-)


yeay! cuti akhir tahun kembali :-) kali ni memang ai cuti panjang 10 hari. kira rekod hari ini dalam sejarah lah. apa pun cuti masih berbaki 15 hari dan yang paling penting opening cuti tahun depan 40 hari. hehe :-) korang ada?

apa plan cuti kali ni?

actually, takde apa2 plan. memandangkan budget suam2 je, rasanya baiklah ai mengambil masa berehat dan menenangkan fikiran. so tahun baru ni, boleh lah datang keja dengan semangat baru dan hopefully anasir2 negatif dapat dijauhkan, yeah!!

apapu, uollss- selamat bercuti dan semoga kehadiran tahun baru 2012 akan meniupkan satu semangat baru kepada kita :-)

"jangan percaya"


"jangan percaya"

akhirnya, ai dapat beli dan baca novel terkini ramlee awang murshid- fiksyen 302. yeay!

ai memang like, like karya2 en ram sebab memang mencabar minda. mana taknya syok2 baca ingatkan ai ada kat tahun 2011, rupa-rupanya dah sampai tahun 2032. memang terbaik!

kalau tengok cover, memang ala-ala seram okay! tapi jalan cerita memang tak menghampakan. tapi for first timer yang baca karya ram dan choose novel ni, korang mesti akan pening sket, tapi boleh je layannn~ apa pun uolss selamat layan novel baru ram ni. 

tadaa... 

kijang emas, alangkah indah kalau dapat secara percuma :-)



ai memang suka emas. uolss mesti suka gak kan, kan? sekarang maybank ada buat contest deposit at least 1g dan menang. kalau nasib baik, hehe. tapi takkan nak deposit 1g je kan? 

mgia account ai tu tak bertambah2 pun g emas. nak capai 10g pun cam tipis je harapan. hmm, bilalah agaknya nak menambahkan keceriaan buku mgia ai ni uoolss :-)

contest ni dari 1/12/2011 hingga 31/1/2012. so, dapat bonus hujung tahun boleh lah invest. hehe :-) mana tau dapat 1oz=31.1 g kijang emas, seronok tak terkata lah.

ok lah, latest gold price kat maybank2u, okay!

ombak rindu, tiada lagi harapan


ramai orang review pasal ombak rindu yang baru start tayang semalam on 2nd dec. ai pun nak review juga dari sudut seorang yang baru je habis baca novel ombak rindu seminggu sebelum nak tengok kat wayang. hehe :-)

novel ombak rindu ni antara collection novel pertama yang ai ada dalam simpanan. so cerita dalam novel ni memang agak kuat dalam ingatan. so bila dok baca lagi sekali novel ni sebelum tengok wayang, ai ada satu expectation yang tinggi bila novel ni diadaptasi dalam bentuk filem.

ai suka dengan scenery dalam filem ni. sebab tempat2 memang cantik. tak tau sebab editing atau apa2 teknik lain, places dalam filem ni adalah terbaik dan sedap mata memandang. 

overall, setiap elemen2 penting dalam novel berjaya dimasukkan dalam filem, cuma tak terkesan jauh dalam hati. macam feeling tak sampai gitu. plot macam mendatar je, takde umpphhh. kadang2 rasa watak yang sepatutnya kena lagi keji dan kejam tak sampai, yang ada part lebih2 lak over dia. tapi nak wat camne layan je lah. huhu~

tapi cik net kata maybe sebab ai baca novel, maka ai ada high expectations. maybe yes maybe not. cik dj sah2 la mengamuk sebab dia tak dapat layan feeling masa aaron nangis. cet. tu pun ada feeling kah? siap kata nak tengok lagi sekali. haha.

apapun, sekarang ni dah macam trend, filem kalau tak citer hantu, citer adaptasi novel. lama2 pun boleh boring. haish!

apapun kepada korang yang belum tonton, maybe review ai ni tak boleh jadi indikator pun. yup, kita mestilah menyokong industri filem tempatan kalau tak siapa lagi kan? semoga industri filem negara ni akan terus suksess dan terus mencari dimensi baru yang lebih memberangsangkan.

suksess yo!

dan apabila harimau mengaum, rasakan kehebatanya. haha :-)

walaupun ai hanya tengok minit-minit terakhir perlawanan bola sepak@sea games malam tadi- malaysia vs indonesia, tapi debaran perlawanan masih terasa. walaupun ada masa tambahan, gaung gol masing2 masih bertahan dengan jayanya. akhirnya sepakan penalti jadi penentuan.

dan, syabas malaysia! kerana berjaya mengekalkan emas yang katanya ibu segala pingat. haha :-) ai respect habis dengan team malaysia as well as penyokong malaysia yang kebal daripada serangan mental, psikologi dan fizikal. walaupun tekanan tinggi, uollss masih mampu melakukannya. Malaysia Boleh!

terima kasih dan ai percaya semua warga Malaysia berbangga dan bersyukur dengan kejayaan ini. syabas! 

p/s: ini pun bermakna ai kena serap tekanan tinggi nak siapkan fail meeting dalam minit2 terakhir ni. watchaaaa!

teater: badai semalam@istana budaya

again, menjejakkan kaki ke istana budaya. kali ni layan teater badai semalam. teater ni adalah adaptasi novel badai semalam oleh khadijah hashim. novel lama ni dalam tahun 1970-an, kalau tanya orang2 senior mesti tau. sempena bulan bahasa kebangsaan, maka karya ni dipilih untuk dipentaskan :-)


we all amik tiket petang pukul 3.00 pm. beli sebulan yang lepas so harga total RM53. dapat la duduk kat bawah takde la seat capai bumbung cam masa tengok Nora hari tu. haha. cik net telah korbankan tiket dia, last minute tak jadi pergi, pengganti pun takde :-p


sebelum start teater kena nyanyi lagu Negaraku. pastu bila dah start, kita layan je lah. overall teater ni, okay2 je la. mungkin ai tak pernah baca novel sebab tu tak dapat menghayati. kisah cinta antara 2 darjat, cinta tak kesampaian, cita-cita sesuailah dengan temanya CITA-CITA, CINTA dan PENGORBANAN.


layan je lah sebab de aaron aziz kan. cik dj yang nak sangat tengok. haha. pastu part yang paling we alls geli-geli part jasmin hamid yang menari ala-ala kat disko singapura tu. lebih frust bila jasmin hamid peluk aaron? hah, geram cik dj, sempat gak la we all terjerit kuat. hahaha ;-p

note: pasni layan ombak rindu plak, okay~

wordless wednesday: tanpa otak



orang yang rasa dia macam bagus sangat  =  takde otak

kejam giler. kucing ai tengok mesti lari rumah a.s.a.p


giler keji. gambar ni ai copy paste fb sumber gambar2 merapu. hahaha. sebab ai post gambar ni kat sini supaya kegiatan orang yang keji lagi hina ni tersebar dan nak ingatkan diri sendiri serta orang lain HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP KUCING. pergh, macam pencinta haiwan pulak :-p

p/s: kalau kucing comot ai tengok ni mesti pengsan. kesian. iskh2

hotchat@hotfm: perempuan tidak suka lelaki berpendapatan rendah

kadang-kadang ai rasa diaorang ni dah takde topik nak dibincangkan pagi2. asik2 perempuan dan bla bla bla dan kajian mengatakan wanita bla bla bla.

topik hari ni lagi lah hot,"kajian menunjukkan 60% wanita masa kini tidak sukakan lelaki berpendapatan rendah". aiseh, macam ni pun nak jadi topik. tapi apapun kita layan je lah. haha :-)

ai quote sikit apa yang diaorang komen kat fb. zass~

komen wanita

LL: yea ker... sekarang nie lelaki yg beria2 cari wanita yg berpendapatan tingg

HR: how do u measure pendaptn rndah yg make differ for evry each person kan.. 1 thing, its about finding D RIGHT PERSON and D ONE.. the RIGHT PERSON shud b lagi bergaji tinggi and lebih better dr wife die for future la.. the ONE is some1 as soulmate..tak bersyarat.. mane u nk? choose la.. normally ape yg kite nak xsama mcm kita rasa

NJO: Ini cabaran buat Lelaki, pendapatan rendah= pendidikan rendah= MALAS belajar = MALAS keje , camne Nak support famili. Bukan BODOH , Tapi pandai pulak Nak beristeri pendapatan Lebih .Maka rajin rajin lah berusaha wahai Lelaki, kami Bukan memilih , Tapi Berhati Hati 

komen lelaki

MF: psl tu lelaki kawin lambat or tak kawin langsung kot..hahahahhaha...

SHH: Rezeki Allah tu banyak... Mungkin lelaki yg baru bekerja tu bergaji rendah tapi siapa tahu lepas kahwin rezeki bertambah... Yang kaya pun kekadang lepas kahwin melungkup... Tapi yang penting kesefahaman, kasih sayang dan kepercayaan dan bertawakkal kepada Allah s.w.t

ASO: pe la salah nye kalo si suami yg rendah pndapatannye bantu menguruskan kewangan isteri yng pndapantannye lebih tinggi demi keluarge tercinta.. ape..ape..pe ... kannnnnnnnn

KMA: Hek eleh igt pompuan saje yang tak suke lelaki berpendapatan rendah...lelaki pun tak suka juga perempuan berpendapatan rendah...cuba bayangkan lelaki bergaji 4K...tapi setiap kali berbelanja semua lelaki kena tanggung...alat mekup...barangan baby..ansuran rumah....ansuran kereta....segala jenis bil...si perempuan senang je cakap..."abangkan ketua keluarga..." adoiiiyai....tak patut betul hot chat pagi nie...huhuhu

hek eleh, hot ke orang ni? sabar je lah!

DO: bg aku..pegi mampos dgn pempuan mcm nie..aku ni brpendpatan tggi, dh rmai aku kenal pempuan..dan pempuan yg jenis mata duitn mmg jd mangsa aku..mula2 aku tabur dlu duit lps tu..nah rasakan..

apa kes?

Elok pempuan cr lelaki yg lebih tinggi dr pmpuan,sebab lelaki skgni,tau meneduh kat pempuan je,tau nk kikis duit pempuan,mentang2 la pmpuan lg berpelajaran tinggi


tepuk dada tanya selera. lelaki atau perempuan kalau dah tau berpendapatan rendah mesti tau manage kewangan dengan baik dan sentiasa wasatiah. sentiasa beringat-ingat dan sedar diri.

okay?

resepi tiramisu chef riz dah reveal. yeay!

love it! love it!

akhirnya resepi tiramisu chef riz dah reveal kat website masterchef. yeay! should try? tak pernah ai wat tiramisu ni semenjak terjerumus dengan aktiviti baking ni.

okie, copy paste dulu resepi, ada masa kita try?


Tiramisu Chef Riz (sumber masterchef)

3 biji telur
6 sudu teh gula 
10 gram serbuk gelatin 
40ml air panas 
175 gram Keju Mascarpone
175 gram Krim Keju 
250 ml Krim Memasak (whipping cream) 
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan) 
Jejari biskut SpanSerbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla 

Cara- cara membuatnya: 
1. Asingkan kuning telur dan putih telur

Adunan 1

2. Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning. 
3. Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

Adunan 2

4. Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar. 

Adunan 3

5. Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
6. Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
7. Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
8. Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati. 
9. Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung. 
10. Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya. 
11. Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi. 
12. Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga. 
13. Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam. 
14. Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna. 
15. Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.

macam mencabar je keja ni. haha :-) hav fun uolls!

kuliah master: puding chef yahaya terbaik!

pergh masa kuliah master ni, sibuk gak la ai salin resepi. rupanya resepi ada je kat website masterchef ni. gigih betul menyalin. haha. tapi takpe, tips dan skill hanya dapat bila tonton kuliah masterchef. gigih lagi.

sebab tak tau astro akan remove atau tak resepi ni, maka ai nak copy kat belog ai, supaya resepi ni jadi 'resepi mesti cuba'. sedap betul nampaknya, kan?


tapi kena buat alih bahasa dulu. so postpone resepi yang sedap ni. tapi kalau dah tak sabar2 nak cuba. sila lah ke website masterchef>resepi>kuliah master>resepi kek lapis puding nasi bercoklat dan keju berkerim dihidang bersama sira berri.

hmm, bila mahu cuba?

chatime publika. yeay!


nampak icon baru bila buka page nuffnang. nampak? korang ada?! hahaha :-)

tq, nuffnang for the voucher!

hari tanpa fast food=hari sihat sedunia?

24 oktober hingga 24 november 2011 adalah hari tanpa fast food- perjanjian verbal antara ai dan cik dj. hahaha. tapi al-masalahnya....


baru hari ke-5, cik dj dah tanya kat ai pizza hut consider fast food? teringin nak makan pizza kat bawah ni? huhu~


camne ni? sabar je lah!

dia ada masalah mental, pasti.

haish. agak tertekan juga macam ni. letih bila tak dapat keluarkan semua. letih sebab kena pendam. letih sebab malas nak layan sudah.

mental pun dah nak cramp, nasib baik tak jammed.

kenapa ada orang yang rasa dia bagus sangat tapi tak sedar yang dia bukan lah apa-apa pun masa dia baru nak bertapak dulu. 

kenapa ada orang yang asik mendabik dada walaupun dada uolss bukan la apa-apa pun?

kenapa tak tengok kain sendiri yang dah koyak rabak, kain orang yang jauh ke dalam gak uolss nak intai?

boleh mati jiwa. mati hati.

kegilaan kepada masterchef malaysia. yes chef!


wah wah teruja tengok episod bootcamp masterchef malaysia. pergh. terror kot calon2 masterchef ni. walaupun background masing2 bukan dalam kulinari tapi bakat calon2 masterchef ni memang superb. profesional, kreatif dan WOW! 

akhirnya 24 calon masterchef dah terpilih setelah beberapa siri saringan. yang terpilih ni pun bukan main terror. masak pun dah ala2 chef. food presentation pun mantap. haish!

oh, semalam masa ai tengok sesi saringan akhir, buat tiramisu chef riz, hmm, kecur liur dibuatnya. sedap betul nampaknya. teringin nak bake tiramisu gak. huhu~ 

okie. jangan lupa tengok episod masterchef malaysia. mana tau ada idea nak masak apa. or mungkin boleh bercita-cita nak masuk masterchef malaysia season seterusnya? hehe :-)

masterchef website kat astro, klik sini. yes chef!

hallo hallo

adoi lama deh tak update belog ni. kabare uolsss? macam-macam nak jadi lately ni. mood pun takde mau nak update blog ni. mukabuku apa ntah lagi :-p

hmm, dah balik kg ni ada lah masa-masa senggang nak update. 

sejak ada cik kecik auni, rumah pun dah jadi happening. upload pic cik kecik ni. tadaa, sila lah berkenalan dengan auntie saya :-)

dia pergi buat selamanya

tiada lagi mesej awal pagi, yang minta belikan breakfast, huluran duit lepas ai belikan nasi lunch dan senyuman itu. tiada lagi. seminggu dah berlalu, rasa baru semalam dia pergi bertemu Penciptanya.

sedih. tipu kalau ai kata ai tak terasa bila dia tiada di kubikel itu. 

dia tabah, walaupun sebelum ni dia berhadapan dengan kanser, dan kali ni kena keluarkan air dari paru2 dia tak pernah paksa diri untuk senyum. ingat lagi kali terakhir ai ngan dj pergi lawat dia kat hospital. nasib baik Allah gerakkan hati kami nak pegi melawat dia hari tu kalau tak, takde peluang lah kami jumpa dia buat kali terakhir. hari tu dia nampak sihat dari hari-hari sebelumnya. able untuk recognize ai n dj. makan dengan penuh berselera.

selang sehari, waktu semua orang sibuk2 nak dengar budget 2012, dia pergi mengadap Penciptanya dengan tenang. waktu ai dengar berita pemergian dia, ai tercengang. blur. speechless. macam semalam baru jumpa nampak cam dah nak sihat. rupanya itu tanda2 yang dia akan pergi meninggalkan kami semua.

alhamdulillah, Allah memudahkan segala urusan. ramai sahabat yang hadir mendoakan dia pergi dengan tenang. ai gagal nak tahan air mata dari tumpah. gagal sama sekali. inilah kali pertama sepanjang tahun-tahun pekerjaan ai berdepan dengan situasi ni. 

Allah salurkan kekuatan kepada kami untuk mengiringi dia pulang ke kampung halaman.walaupun semua ahli rombongan nampak tenang, tapi masing2 rasa hiba dan kehilangan.

sentiasa dalam kenangan, kak fid. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam lindunganNya, Insya'Allah

7 Oktober 2011, Jumaat, Putrajaya
 

wordsearch, untuk menajamkan dan hilangkan boring :-)


hiasan sahaja

semalam cik net tanya, apakah cara untuk tajamkan minda? ini mungkin akibat cik net selalu confius titik perpuluhan nak letak kat mana maka cik net berusaha untuk sharpen mind. betulkah cik net?

dulu ai pilih sudoku dan ken-ken untuk hilangkan boring sekaligus untuk aktiviti minda. tapi sejak akhir-akhir ni rasa tak best pulak dengan angka2 maka ai  telah beralih kepada huruf2. maka i choose wordsearch. hahaha. menarik, okay! 

tak yah nak pikir2 sangat cuma kena tajamkan mata dan cari dengan sabar. beberapa kali buat, mata senang je catch huruf-huruf yang kita kena cari. so senang!

maka cik net, jangan lupa dapatkan buku wordsearch dipasaran. hehe :-)

wordless wednesday: carrot yang ai mahu?


selalu kena fikir, nak ada carrot besar pokok kecik or carrot kecik pokok besar? tepuk dada tanya selera :-)

book fair kat tanjung karang, yeay


ada mini book fair kat tanjung karang. haish en R.A.M pun ada. rasa cam nak balik kampung je. huhu :-p

novel pun kena cetak rompak. iskh2

kepada pembaca dan pengumpul nover tegar adakah korang tau yang novel pun dah kena cetak rompak? dasyat kan?

info ni ai copy dari fb@alaf 21. so berhati-hati, jangan tertipu tipah~



Novel Alaf 21 dicetak rompak!

Selama ini, kita menyangka cetak rompak hanya berlaku dalam industri hiburan dan perfileman tanah air sahaja. Banyak cakera padat (CD, VCD dan DVD) lagu dan filem yang dirakam secara tidak sah dan dijual di pasaran terbuka dengan harga yang murah.

Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel... Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.

Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut.
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah di pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.


Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini boleh disampaikan kepada kami di 03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684. Kerjasama anda sangat kami hargai.

red velvet cuppies!


cuppies red velvet, kali pertama makan dan rasanya adalah sangat sedap. tq kepada kumpulan inovasi 1 sebab sponsor dessert station masa sambutan raya bkkm. hehe :-)

kredit juga  kepada kak ana bake freshly sebab buat cuppies yang sedap ni. 

memuntahkan perasaan disini adalah lebih molek

banyak sebab buat kita rasa frust dengan apa yang kita buat dengan rela atau tidak rela. current task ni betul2 membuatkan jiwa jadi tak tenang dan rasa frust. bukan sebab kerja. tapi orang-orang yang ai kena deal with. pening!

the head memang dah membuatkan ai rasa, "hmm", maklumlah sebab dah terkena dengan beliau once upon a time. nak menampakkan story ni lebih teruk, the head ai rasa bukanlah rasional sangat sebab anak buah dia pun dia asik sound. mungkin ai akan terkena lepas ni. oleh kerana communication dia tak baik dengan puan xyz maka kami plak yang jadi mangsa. nak sampaikan mesej, nak jerit-jerit dan nak show off yang the head adalah well verse in everything. huhu~

my ex-boss pernah kata, kalau you bagus, bukan sebab orang lain, sebab you sendiri. tapi the head, hari-hari nak suapkan kami dengan story panjang2 yang conclusionnya takde orang yang lebih bagus selain the head. 

ai dah boring. mula-mula ai excited sebab dapat belajar benda baru. tapi sekarang dah frust. asik blame others, asik cakap semua tak perfect, semua tak bagus dan banyak tabur janji yang tak pasti boleh buat atau tak. 

siapa mangsa? ai salah seorang. keja sampai malam cari info yang the head nak tapi bila nak present rupanya dia dah chow balik. hish!

sekarang mood ai dengan task ni memang negative. rasa cam malas nak buat. baik buat keja sendiri yang berderet2 ni, uolls!


susu uht dan dot dot dot

ada apa dengan susu uht ni. kenapa ada orang sakit perut lepas minum susu uht. kenapa ai kena ada dalam meeting kol 9pm angkara susu uht ni? 

ada apa dengan susu uht?

kenapa ai?

catatan untuk hari mendatang

selepas balik cuti raya yang panjang, mood nak update blog pun berkurang. malas dan kekangan masa. terlalu banyak benda jadi dan macam-macam perasaan ada. ai nak recap mood-mood penting sepanjang hari-hari tak rajin update blog!

induksi
bila sebut pasal induksi ni,ada sikit la perasaan frust. al-maklumlah ingatkan kali ni punya induksi dapat join, rupa2nya last minute nama kena cancel. redha je lah. tapi kesian lak kat ds yang banyak berusaha nak pergi induksi kali ni. banyak gak lah air mata gugur dan jiwa kacau orang-orang yang berusaha sepanjang proses membuat rayuan. tapi akhirnya hampa. encik boss kata, tunggu next trip. huahua.

anak buah!
10/09/11. my sis expected to deliver her baby on 6/11, sama ngan birhday my sis. konon-konon target nak date sama ngan baby auni, rupanya baby auni lahir awal 2 bulan. pre-mature, tapi both mom n baby sihat. mak kata baby auni tak nak lahir date sama ngan mom dia, nanti "panas", asik nak gaduh ngan mom je.  walaupun the whole family tak prepare sebab dok pikir, takpe la baby lahir bulan 11, maka banyak la barang2 baby takde. hahaha. memang kelam kabut. tapi poor baby auni, hari ni 16/09/11 warded sebab jaundice. hopefully she's will be okay. be strong auni, u are so adorable! 

susu
tiba-tiba ai jadi one of ahli task force ni. mula2 memang blur la fungsi task force ni siap orang salah anggap kewujudannya nak caras keja existing. tapi setelah whole conceptnya diterang dengan detail oleh encik penyelaras, barulah nampak clear picture. hari ni dapat arahan dari ketua unit kena buat flow kerja. hmm, takde idea nak start kat mana. huhu~

tiada lagi yang bersinar
memang frust buat keputusan ni, tapi dah terdesak. huhu.

beraya
hari khamis 15/09/11 sempat gak kitaorang membuat kecoh kat rumah eza. tq encik jamal masak mi lidi berkuah. memang sedap. pastu sesi doc bagi nasihat pemakanan dan lain-lain diselangi air nescafe dan roti kok high 5. hampir kol 11 gak la kami beransur dari rumah eza. kesian ra'aid pun dah tido. anyway tq eza for hosting dinner. pah n shu lepas ni boleh gather2 lagi :-)

 bila tengok pic ni terasa gems betul. huhu :-)

buku @ pudu
sementara ai tunggu bas kat pudu nak balik kampung sempat beli 1 novel baru uda&dara by aisya sofea dan 1 buku word search. bila ntah nak buatnya. suka-suka beli. sudoku pun dah malas nak buat. how?

maadu
finally dapat gak habiskan movie korea ni- spy myung wol. happy ending saat akhir. memang best dan layan. lepas ni nak layan movie apa plak eh?

ok, catatan ringkas tamat kat sini. tadaa~

maaduu, pasta dan dot dot dot.

finally, hari ni dah berjaya habiskan 20 episod pasta kat maadu. ai think apa head chef buat kat kitchen dengan attitude dia yang kejam tu, ai dah pernah experienced masa ai mula2 take over outlet kfc subang early 2007. bila fikir2 kelakar pun ada, kesian kat budak2 masa tu. hehe :-) mangsa kepada keghairahan bekerja dan nak meet people's expectation.

ada banyak sebab kenapa pasta adalah menarik untuk ditonton. dan rasanya, ai sanggup je nak ulang2 tengok pasta.

passion
bila perkara yang berkait dengan makanan, feel mesti berbeza. passion ada sepanjang ai tengok pasta. kerja dalam dapur bukanlah benda yang senang. dah la panas, keja kena cepat dan kena meet expectation. cool je cook2 dalam pasta, macam expert, kan?

makanan
bila bab makanan ni semua orang nak makan yang sedap2. so lepas tengok pasta, bila nak masak je, kena bagi full attention. fokus gitu. hahaha. pastu nak tengok sama ada plate return kosong ke tak? sebab head chef kata, return plate adalah measurement satisfaction seorang cook. kalau return plate kosong, maknanya food yang kita masak sedap dan sebaliknya. hmm?  

head chef
as ai write before, head chef adalah hot. sangat balance dan pro semasa dan selepas kerja. i still wonder, ada ke orang dengan karakter ni kat luar sana? hmm?

gf head chef
ai personally salute dia, sebab dia berani express feeling dia kat head chef. tapi dia beruntung sebab head chef pun suka kat dia. plus dia sangat simple, eventhough bf dia head chef tapi dia tak dependable dan yang paling penting dia firm+degil. hahaha.  

relationship gf+bf
walaupun diaorang ni "in relationship" tapi sangat cool dan tak menunjuk2. worst part ialah tak show true feeling, tapi masing2 tau yang diaorang ni suka sangat antara satu sama lain. walaupun ada en president nak masuk line pun tak berjaya.

teamwork
movie ni ajar, teamwork adalah perkara penting untuk sucsess. kena belajar untuk respect dan humble. selalu willing to learn dan teach people :-)

happiness in life
kebahagiaan ada kat mana2, cuma sama ada kita plan untuk rasa bahagia atau bahagia yang akan cari kita. so kena selalu happy, tak kusut dan berusaha untuk bahagia.

dan banyak lagi (^_^)

so korang pun jangan teragak2 nak tengok pasta, okay? next ai nak tengok coffee prince pula, cik dj kata movie ni pun best! haha :-)

anyway, thank you maaduu!

OST Spy Myung Wol- Afraid Of Love


lagu ni selalu bermain-main dalam mind sejak ai follow citer ni kat astro-kbs channel. baru hari ni nak google dan nak tau lagu ni pasal apa. huhu :-)

afraid of love, by bobby kim

lirik dia memang touch, tapi rasanya ai tak sampai la tahap "afraid " ni lagi. macam pathetic vs desperate pulak.


tiba2 ingat encik boss yang keep asking ai dan cik dj, how serious us think about love and commit with it. hahaha. what a busy body boss, kan? are we afraid of love? both of us memang banyak jawapan untuk soalan ni. dan encik boss selalu ingatkan kitaorang supaya commit kepada diri sendiri untuk cinta. hahaha (^_^).

tapi betul cakap cik dj, orang sekeliling banyak masalah dengan cinta, too complicated dan kadang2 tak masuk akal. ada orang yang langsung takde orang nak bercinta dengan while in other hand ramai sangat orang nak bercinta dengan dia, sampai tak tau nak pilih mana satu. tapi ada jugak yang not bother dengan isu ni, yup, kalau gembira dengan keadaan ni, why should we change?

what to do?

hari raya kedua tahun ini, al kisahnya~

nothing much, nothing less. hari raya pada usia ini dan dengan status ini, adalah biasa-biasa sahaja. bangun pagi lewat pagi, gosok gigi, basuh muka dan breakfast ketupat rendang yang dah emak panaskan.

disaster!

isu bilik air tersumbat belum settle2 lagi. memang pening. lagi pening bila bapa suggest untuk flush pipe line yang tersumbat tu dengan menggunakan hos bertekanan tinggi. seperti yang dijangka, tiada siapa dapat control air bertekanan tinggi yang keluar dari hos! dan hasilnya, banjir 25% part rumah. takde kerja, cari kerja. betul2 annoying idea ni, tapi kind of interesting bila semua orang panik dan cepat2 nak keringkan air atas lantai untuk avoid bapa marah. haha. what a day!

pasta

demmit. jatuh tergolek tengok citer ni. ai suka movie ni dan passion chef2 dalam dapur restoran. refresh ingatan ai kepada time kerja kfc dulu. full of passion dan happy walaupun asyik kena marah dengan customer. serius!

wish nak jumpa orang dengan karekter head chef. ai like head chef of La Sfera :-) can i?

wahid's family gathering
hari adik beradik bapa gather. hari cousins gather. hari nephews gather. omg! crack my head dengan title "mak long". hahaha. need mentally prepare b4 call nenda at this age. interesting part of the day, big wahid's photography session!


wrap up for the day was 2 episode of pasta at this hour. demmit. i'm craving for the head chef pasta right now. hehe (^_^) 

cik dj, chef choi hyun wook adalah the hottest. ai suka.


cik dj, ai dah tengok sampai episod 9, pasta. ai like head chef hyun wook! dia adalah sangat hot, kerek, macam bagus dan annoying tapi dalam masa yang sama dia adalah sangat sweet, cute dan caring.

hmmmmmmmm~

at least dapat jumpa watak ni walaupun in my dream pun takpe (^_^)

pathetic. full stop

wordless wednesday pada hari raya ke-2 dan hari merdeka

selamat hari kemerdekaan negara yang ke-54. semoga kita akan lebih menghargai kemakmuran negara dan mensyukuri nikmat yang diberi.


hari ni hari wordless wednesday! apa yang wordless nya. hari ni kan hari kemerdekaan dan hari raya kedua pulak tu? takde keja cari kerja, maka ai nak share link2 wordless wednesday hari ni. jangan mara :-)






hav fun uolls!!

menu raya: only serve mom's best specialties. hehe


diam tak diam 1 syawal pun dah menjelma. operasi masak lauk raya start selepas official pengumuman raya.maka sehingga lewat pagi ni team masak masih segar dan bersemangat nak masak lauk raya. kalau tak, menangis la orang takde lauk raya. hehe :-)

bila raya ni, tekak mengidam nak makan macam2 lauk raya. tapi mom dah list her's best specialties aka lauk wajib setiap kali raya. 

nasi impit: walaupun dah rebus 30 pek kecik ketupat nona, mom still pack nasi impit dalam plastik besar untuk direbus. 

kari kerang: ai like betul kari kerang. tapi sebelum nak makan kena bersusah kopek kerang 15kg! pergh memang lenguh jari jemari ai

rendang daun kunyit ayam pencen: nama pun ayam pencen, nampak liat tapi lembut.

kuah kacang: sepi lah raya tanpa kuah kacang, so ni pun menu wajib dalam list

kuah lodeh: mix of vege, masak lemak. sedap

masa ai tulis post ni, rendang on d way masak, kari kerang n kuah kacang sudah complete masak. nasi impit pun dah rebus. cuma kuah lodeh masak pagi esok. 

penat dan lapar!

hmm, korang makan apa pulak pagi raya nanti? 

ucapan standard: selamat hai raya, maaf zahir&batin


ucapan raya ini, ai tujukan kepada:

ibu bapa, adik beradik dan seluruh kaum keluarga
sahabat handai: mgs-aysk clan-ukm
rakan sepejabat, rakan ex-pejabat
blogger, fb-ians
n of course u yang rajin baca post ni :-)

have a great hari raya ever. selamat hari raya, maaf zahir & batin (^_^)

kerja plumbing hari minggu. memeningkan!


banyak2 hari dalam setahun, hari ni pulak bilik air nak tersumbat. demmit. dah la piping complicated, banyak halangan. air bertakung dah macam swimming pool, nasib baik air bersih. choi~

kesian cik dj yang mintak resepi kek coklat dari tengah hari, sudah nya baru time ni ai sempat email. busy dengan kerja2 as plumber. malangnya tak siap2 lak keja ni, tertangguh sebab air tak mau mengalir seperti biasa.

mati akal. dah la nak raya ni oii. hmm~

adakah saya kelihatan Nutox young?


"hai saya fazura dan saya kelihatan NUTOX young"

biasa dengar ayat iklan ni? fazura yang i like tu adalah ambassador untuk produk Nutox Oxyfusion yang menggunakan extract bird nest.

tak banyak review tentang produk ni dan website company pun tak cerita detail pasal produk2 keluaran mereka. lucky ada FB Nutox Oxyfusion, so boleh lah ai usha2 review orang yang pernah guna produk ni. review kat FB rata2 positif tapi ada gak yang kata kulit mengelupas lepas pakai produk ni. hmm?

katanya produk ni guna extract bird nest no 1 plak tu. tapi pelik gak bila tak banyak review macam tak ramai orang guna. so ai decide untuk cuba. maka ai beli lah travel kit yang kecik dan comel2 je barang dia. huh~

 
travel kit consist of cleanser, moisturizer and serum. first time apply cleanser, memang adore bau dia sebab wangi macam bau bunga jasmine. moisturizer n serum pun tak sticky and cepat menyerap. feel yang luar biasa takde la pulak. rasa cam sama je ngan existing produk. 

hmm, ai nak usha2 lah full range produk ni. cam best je. huhu~

pasta bukan sekadar makanan. hehe


aktiviti balik rumah kampung, tak lain tak bukan nak marathon korean movie. bila kat umah bandar, cik net memang alergik bila ai dok tengok korean movie ni, nanti dia tak dapat tengok citer lain. huhu.

pasta, ai discover movie ni bila cik dj kata boleh tengok online korean movie @ maadu. ai memang suka cari movie berkait dengan makanan, ini semua angkara terpedaya dengan movie baker's king (kim tak gu) terus nak cari movie yang inspirational berkait dengan food. ai kan pencinta makanan? hahaha

ok, mari mulakan marathon, uools! raya, raya gak, movie korea tetap kena layan (^_^)

mission melengkapkan cuti raya berjaya!

yeay! ai dah sampai kat rumah dengan selamatnya. gembira kerana cuti raya telah berjaya "dilengkapkan". hehehe :-) tq en boss dan cik dj. penat gak berusaha buat muka sedih tak dapat cuti on jumaat after raya. nasib baik last minute en boss kata "ikut suka u lah". mesti dia malas nak layan ai. hahaha (^_^)

hari ni baru sibuk2 nak cari baju raya. memang banyak kat kedai, tapi banyak pulak yang tak berkenan. yang berkenan sangat cecah ratusan ringgit. iskh, budget raya ai "ketat" kena control dan beringat-ingat. huhu. so pick aje lah yang agak2 okay. tak kisah la bukan nak beraya beria-ia pun.

sampai rumah adik ai tengah sibuk buat kuih raya- biskut dam. tiap2 tahun wajib ada dan only her yang specialist bab kuih dam ni. ai? biskut chocolate chip 2 adunan dah selamat bake n sampai rumah. yeay! 


tahun ni 1st time beraya dengan ahli keluarga baru aka with adik ipar. lebih meriah my sis tengah preggy ~ 6 month! macam mana lah agaknya eh raya dengan new members ni? ai still get to use dengan adik ipar ni. jarang-jarang jumpa pastu jumpa tak tau nak cakap apa. haha.

korang pulak camne? hopefully everything will run smoothly dan semoga kita dapat bergembira semasa raya dan cuti panjang. i like~

hav fun! 

diskusi aman antara generasi Y tentang generasi Y


tengah hari tadi ai pasang telinga cik dj n yadie berdiskus panjang tentang generation Y. ni sume gara-gara yadie yang sentap ngan cik dj pasal cik dj kata yadie generation XY. haha (o_^). 

ada apa dengan generation-generation ni? ntah lah, ai pun bukan aware sangat. cuma curious bila kakak cik dj sebut pasal dia generation X. kakak kata mungkin sebab perbezaan generation, kakak and kami ada banyak percanggahan, cara atau character. hmm?

maka ai pun google: iskh rupanya memang banyak info pasal generation2 ni, tapi fokus cik dj and yadie generation Baby Boomers (approx. tahun lahir 1946-1964), generation X (approx. tahun lahir mid 1960- 1970) dan of course generation Y (approx. tahun lahir 1980s n above). cik dj ngan yadie bersetuju 90% (percent ai yang bagi sendiri) dengan apa yang diorang jumpa kat website pasal generasi Y. pastu mula lah kaji-kaji character baby boomers and generasi X. dan ayat yang keluar dari mulut diorang lepas tu berbunyi "patutlah diorang macam tu". hahaha. kali pertama ai tengok cik dj ngan yadie boleh berdiskus secara aman (^_^)

tapi secara keseluruhannya, bila zaman berubah, teknologi semakin mantap, wajarlah kita bergerak mengikut peredaran zaman. tak kan nak jadi katak bawah tempurung pulak? pastu jangan lah guna alasan generasi lain, tak boleh ikut flow. apa salahnya, kalau merentas zaman? betul? baby boomers alam siber? 

haish! tak sempat lah ai nak kupas satu-satu pasal generation ni. korang google lah sendiri~ hav fun uollss!!

mamee monster. jeng jeng jeng

dari zaman hingusan ai dah makan snek mamee monster pek kuning monster biru ni. korang tak pernah? kesian, terjah supermarket terdekat pasti korang masih mampu untuk jumpa snek pek kuning monster biru ni.

rupanya dah 35 tahun kat market. patut lah dari zaman hingusan lagi ai dah nampak snek ni. huh! ingat lagi time muda belia, nampak je bai roti terus kejar sebab nak beli snek pek kuning monster biru ni. bila nak makan, kasi tabur perencah dia dan kena shake2 sampai pening. baru layan. huhu~

 
betul tak monster biru? haha. comel kan?

okay, sempena nak raya ni ai nak deliver churper maniac message:

biasalah bila raya semua orang akan berpusu-pusu datang rumah nak  beraya dan makan. tapi kalau dah takde stok kuih raya kat dalam balang, stok rendang kat dapur, pastu ramai plak orang datang dan buat korang kelam kabut. jangan risau. boleh masak mamee mee, macam-macam perisa ada. haha (^_^)


kalau orang yang datang tak kenyang-kenyang lagi, bagi makan mister potato atau double decker! memang kelasss mak ngah. hehe :-)


tapi kalau diaorang tak reti-reti gak nak balik, buat-buat hulur snek pek kuning monster biru sebagai pengganti duit raya. pastu cakap kedai dah tutup ni oiii, bila nak balik.  huhu~


okay, selamat bermamee monster sepanjang musim perayaan ini. jangan lupa click sini - mesti baca apa churp-churp n mamee monster message sempena hari raya yang bakal menjelma ni :-)

hav fun uollss!!
Powered by Blogger.